Thursday, October 29, 2015

Bongkak..

Kadang dalam profesi ini, saya mencari-cari qudwah yang akan menunjukkan saya cahaya harapan.

Ya, saya pernah menemuinya semasa latihan housemanship di posting medical. Dr LTC. Seorang consultant yang sangat baik. Masih ingat lagi segala tunjuk ajarnya di medical. Masih terngiang-ngiang pentingnya untuk monitor urine output dalam pesakit denggi, beza fungsi kalimate dan lytic coctail dan lain-lain.

Masih teringat juga saat MO reject case cellulitis, tegurannya yang halus tapi mengesankan. Masih teringat lagi dia belikan beberapa bekas untuk monitor urine output pesakit denggi bila jururawat beritahu tiada bekas tersebut di wad. Ya, seorang consultant. Sangat mengesankan qudwahnya saat dia berbicara dengan pesakit warga asing. Setiap kali melihat akhlaqnya, saya akan merasakan betapa teruknya saya sebagai doktor. Dan dia seorang Cina yang sangat mengesankan seorang Muslim seperti saya.

Dan saya mencari-cari qudwah itu setiap hari. Dalam dunia profesi yang gelap ini, saya mencari cahaya itu untuk saya belajar dan bermuhasabah.

Namun sukar. Bila saya menonton filem Ankor Arora Murder Case, yang saya lihat  menerusi filem itu adalah bagaimana seorang doktor boleh menjadi begitu bongkak. Ya, bongkak.

Dan hari-hari yang dilalui kini hanya menemukan saya dengan doktor-doktor yang bongkak ini. Yang merasakan diri segalanya. Sangat hebat, mahu dipuja-puja. Tiada rasa kerdil mahupun insaf bila berada di puncak.

Bukan ke semakin kita belajar, kita lagi merasai kekerdilan? Kenapa yang ada hanya kebongkakan?

Saya masih berharap akan ada lebih ramai doktor seperti Dr LTC yang menunjukkan cahaya buat doktor-doktor junior.

No comments:

There was an error in this gadget