Friday, June 14, 2013

Ego..

Ya, saat menonton video Nouman Ali Khan ini, ada ratusan perasaan mentadabbur ayat Allah. Ya, surah Annasr adalah surah tentang sebuah janji iaitu janji kemenangan Islam. Ya, saya tahu saya perlu mentadabburnya dari sudut kaca mata dakwah dan tarbiah..

Namun di sana ada sesuatu yang juga Brother Nouman sebutkan yang saya kira sangat relevan dengan kehidupan saya sebagai doktor. Iaitu ego. Inilah yang saya lihat setiap hari dalam kehidupan kebanyakan doktor dan penyakit itu juga menjangkiti saya..

Di jabatan kecemasan, kita perlu merujuk kes-kes pada doktor-doktor di jabatan lain. Di sinilah, terpamer keegoan setiap doktor.. Terlalu sukar mahu bertemu dengan doktor yang merendah diri..

Baru-baru ini saya merujuk satu kes strok, CVA with multifocal infarcts. Menurut doktor perubatan (medical doctor - doktor dari jabatan perubatan), CT scan menunjukkan tiada strok. Dan dengan bongkaknya dia berkata, "I will never accept this case, you can put this patient elsewhere but definitely not in my ward". Alhamdulillah wad onkologi menerima kes berkenaan kerana pesakit juga menghidap pesakit kanser. Saya follow up case berkenaan dan interpretation dari pakar radiologi mengesahkan bahawa CT brain menunjukkan CVA with multifocal infarcts. Dan kes itu dirujuk semula kepada doktor perubatan semasa pesakit berada di wad onkologi.

Dan di situlah hati sendiri juga berdetak," Yes, my diagnosis is right!".. Astaghfirullah! Tertampar-tampar mendengar tadabbur Brother Nouman..

Syukur pada  Allah yang mengizinkan mentadabbur surah Annasr. Jujur di dunia hospital itu tiada siapa yang akan mengingatkan.. Kita jauh dari akhawat.. Dan akhlaq kita sendiri sering berbolak balik.. Hati kita menahan kesakitan dibuli.. 

Tadi pun dibuli.. Dah 6th poster pun ada yang buli.. Seorang MO yang in-charge yellow zone menyuruh saya yang berada di green zone mendapatkan maklumat pesakit dari keluarga pesakit.. Come on la,, your case and you're asking me to clerk the case for you? Entahlah, berapa banyak kebencian HO-HO lain juga terhadap dirinya.. Ya, dunia itu sangat membunuh hati dan perasaan... Tapi demi satu sijil full registration, setiap seorang HO bertahan menerima cercaan dan kata-kata hina sesetengah MO... Dan tak kiralah kita 6th poster atau 1st poster, selagi mana namanya HO, sabar sahajalah jawapannya.. 

Allah kan ada.. melihat segalanya.. lantas mengapa pesimis? Cuma terkadang akhlaq sendiri kian punah.. Ya, rabb perbaiki akhlaq kami dan hanya Kau sahaja yang mampu mentarbiah kami dengan sebenarnya.. 

No comments: