Friday, November 16, 2012

1 Muharam..

1 Muharam, pena tidak mungkin mampu mengungkapkan segalanya.. 1 Muharam, tarikh yang terlalu bermakna dalam rentetan seerah, tarikh yang terlalu bermakna dalam kehidupan sahabat, tarikh yang menentukan perjalanan seerah yang seterusnya..

Dan 1 Muharam juga hadir merubah rona perjalanan kehidupan saya hari ini.. Seketika saat membaca perkhabaran Palestina, saya terfikir benarkah ya rabb apa yang terjadi hari ini? Di saat Palestina sedang terluka, aku masih di sini...

Lantas saya bermuhasabah akan fikrah saya sebelum ini.. Cita-cita mahu ke Palestina.. bercita-cita menisbahkan nama Assyahidah di hadapan nama saya.. Saya muhasabah tulisan atau cerpen Palestina yang pernah saya tulis.. Semuanya berbicara tentang syahid di Palestina.. Dan saya tahu di ketika itu, saya benar-benar ingin syahid di Palestina.. Mahu jadi doktor dan title doktor itu akan saya gunakan sebagai pelepasan tiket untuk ke Palestina..

Dan saya di muhasabah oleh seorang akak.. Benarkah itu yang Palestina harapkan dari kita? Jujurnya, bukan duit yang Palestina mahukan. Bukan juga demonstrasi jalanan. Palestina menanti pemuda-pemuda yang akan melaksanakan amal yang berterusan, yang kelak akan melahirkan satu daulah yang akan membelanya.. Duit, demonstrasi belum lagi mampu membela Palestina seperti mana kelak daulah Islamiah itu membelanya..

Dan di saat itu kita faham, setiap tindakan kita..Di ketika itu, kita mula beriman dengan maratibul amal kita...Dan apa yang terjadi hari ini dalam rona perjalanan kehidupan saya, saya harapkan ianya sebahagian dari amal yang berterusan itu...

Saya tadabbur seketika ayat-ayat hijrah itu...

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya. (Surah Annahl: 41-42)

Hijrah, perubahan yang berlaku dalam hidup kita perlu kerana Allah semata-mata.. Dan kita mengharapkan semua itu menghasilkan natijah yang baik dalam kehidupan dunia dan pahala yang lebih besar lagi di akhirat kelak..

No comments: