Saya rindu untuk menulis. Namun seringkali saya mengelak dari menulis. Sering hati berbisik, "Afeera, ada kerja lain yang lebih aula". Adakalanya letih sekali. Semalam dalam setiap rakaat terawikh, saya mengadu pada Allah keletihan itu. Saya tahu hanya Allah yang memahami saya sedalamnya.
Dan imam membaca ayat yang menggentarkan hati saya. Imam mengulang-ulangnya.
"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. "(Surah AlAnfaal: 24)
Menitis air mata saya. Dalam kepenatan itu ada sebuah kehidupan. Dan Allah lebih mengetahui segalanya...
Saat saya membantu dan mencuba melakukan prosedur
umbilical artery/ vein catheterisation (UAC/UVC), saya bermuhasabah sedalamnya.
Semasa saya di wad O&G dulu, saat menyambut bayi-bayi yang lahir, memotong tali pusat bayi-bayi itu, fikiran mengenai tali pusat itu terjentik di hati. Namun ia berlalu pergi. Kenapa tali pusat tersebut tidak tertanggal sendirinya semasa bayi lahir? Kenapa perlu terjuntai sebegitu untuk seminggu dua?
Semasa berdepan dengan bayi-bayi di unit NICU, fikiran itu juga hadir semasa melihat tali pusat yang sudah kering. Dan Allah memberikan jawapannya semasa saya berkenalan dan melakukan prosedur
umbilical artery/ vein catheterisation.Masya Allah, andai ada bayi-bayi ini lahir dan mereka dalam keadaan kritikal, selepas melakukan
resuscitation, prosedur seterusnya adalah UAC/UVC. UAC/UVC ini dilakukan untuk mendapatkan
line bagi mendapatkan darah, memberi ubat untuk bayi-bayi ini sebabnya sangat susah untuk mendapat
line lain. Kiranya seorang doktor akan masukkan tiub yang halus ke dalam tali pusat tersebut untuk mendapatkan
line dan
line ini mampu bertahan selama seminggu. Sangat hebat! Saat melihat darah mengalir keluar, terasa
dzuq di hati. Betapa Allah itu begitu menyayagi setiap khalifah Allah yang lahir. Betapa berharganya nilai nyawa di sisi Allah sehinggakan Allah menjadikan
umbilicus artery/vein yang masih boleh digunakan selepas dilahirkan. Dan
artery lebih kecil berbanding
vein, sangat susah mahu melakukan
umbilical artery catheterisation berbanding
umbilicus vein catheterisation tetapi hebatnya Allah, dia ciptakan dua
umbilical artery. Kalau
houseman macam saya tidak dapat
line dari satu
artery, boleh panggil
MO (medical officer) untuk mencuba satu lagi
artery. Hebat kan? Subhanallah.
Saat itu saya rasakan penciptaan saya seluruhnya adalah berharga di sisi Allah. Saya yakin Allah menyayangi setiap khalifah Allah yang lahir sehingga terakamlah ayat
“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)
Jujur bergetar hati saya saat membaca ayat-ayat Allah.
"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu." (Surah AlInfitar : 6-8)
Percayalah, Allah terlalu dekat!