Sunday, July 01, 2012

Tak mahu!

ISK. Ini Sejarah Kita. Saya tidak pasti berapa kali hati saya akan tersentuh dengan amat setiap kali menghadirinya. Pada mujahadah itulah saya temukan kemanisan. Dalam penat itulah Allah menghadiahkan sesuatu yang menggelorakan iman. Di saat saya kebuntuan untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang house officer, Allah memberikan sentuhannya... Walau program itu adalah untuk adik-adik, saya begitu terkesan..

Video ini katanya telah popular di kalangan mereka yang belajar di luar negara. Namun saya baru menontonnya hari ini. Sangat tersentuh! Inspiring! Dan saya rasa begitu tersentap saat buku tersebut ditutup. Handphone saya, dunia hospital saya, kereta saya, segalanya yang dekat dengan saya adalah Islam. Segalanya... Saya tidak mahu buku itu ditutup! Saya tidak mahu! Hati saya seakan menjerit saat buku tersebut ditutup.

Ya, mungkin buku tersebut ditutup. Tapi kita dah berjanji untuk membukanya semula, kan?

3 comments:

water lily said...

Assalamualaikum Dik,

You are a sample of an inspiring muslimah. Tahniah! Tetapkan tekad dalam dakwah.

~NARA~ said...

isk punya ruh tersendiri kan...
even bbrapa kali pergi pun
terkesan pd tempat blainan
-___-
teruskan bblogging akak.
^___^

~NARA~ said...

isk punya ruh tersendiri kan
even bbarapa kali pergi, tp trkesan pada part yg blaiann T_T


teruskan bbloging akk.
^___^