Friday, June 01, 2012

Jawapan..

Adik usrah saya mesej di Facebook. Katanya, ustaz kata housemanship adalah tempat membunuh manusia terutamanya daie. Huhu.. Saya pernah berbual dengan seorang pakcik. Kata pakcik, seorang sahabatnya memberitahu bahawa tidak muntij (berhasil) membawa usrah doktor. Lebih baik fokus pada yang lain..

Terasa! Tapi itulah kejujuran. Saya sendiri tidak membawa usrah di hospital. Lebih sanggup mencari adik-adik sekolah / IPT. Saya juga meyakini bahawa membawa usrah kakitangan hospital sangat tidak muntij..huhu..

Doktor-doktor yang mampu dibentuk adalah mereka yang pernah menerima tarbiah semenjak di alam IPT.. Dan sebenarnya sangat rugilah kalau kita tidak memperhatikan IPT.. Itupun, sehari demi sehari kita kehilangan doktor-doktor yang pernah menerima tarbiah lantaran kesibukan yang luar biasa. Sedih!

Dan jalan dakwah bukan boleh ditinggalkan sehari dua. Tunggulah dulu habis housemanship. Tunggulah dulu ada kereta. Tidak! Tidak! Tertinggal dua minggu sahaja pun, jalan ini seakan 'merajuk'. Macam Quran dan mutabaah amal lainnya. Tertinggal sekali dua, 'merajuk'lah jawabnya... Nak 'memujuk' semula memakan masa lamanya..

Saya masih bermujahadah meniti hari-hari di hospital. Tagging di wad pediatrik juga ternyata memenatkan. Saya perlukan roh, stamina bagi hati saya. Saya rindukan adik-adik IPT/ sekolah yang sedang bercuti. Silalah balik cepat! Usrah sendiri? Oncall .. alahai sedihnya..

Saya kongsikan realiti tagging seperti yang diceritakan oleh seorang sahabat:

i still amazed at how our body can function non stop for 15 hours a day (running, standing, walking, climbing stairs, writing, without even sit or rest in between) non stop for days, even weeks or month, but at the end of the day.. when the clock shows 10pm and we go out from our precious learning and practicing center.. all the limbs start to feel pain, the eyes can't even bare to open, and we don't even care about anything in this world except our wonderful sleep and rest.. and we start the next day with an extremely painful limbs early in the morning but able to run again at the moment we step inside the learning ground again.. wow..

Lebih menyedihkan Ramadhan saya kelak di NICU. Saya sudah menangis memikirkan hal itu.. Masuk NICU kelak akan tagging lagi. Ya rabb, bagaimana mutabaah amalku? Bagaimana Ramadhan ku? Dan saya tertanya-tanya..kenapa ya Rabb, Kau tidak mentakdirkan aku di posting yang sedikit relaks untuk aku melalui Ramadhanku? Jujurnya saya meminta Allah memberikan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan saya, dan tidak memberikan sesuatu hanya kerana ianya kehendak saya. Dan pasti Dia telah mentakdirkan yang terbaik!

Dan dalam semua kepenatan inilah Allah menjawab satu persatu persoalan itu.. Saya temukan jawapan-jawapan itu di blog Salim A Fillah. Saya tidak mampu melunasi tulisan-tulisannya. Hati saya menangis dan terus menangis. Terasa kasih sayang Allah yang sangat luar biasa. Memang benar! Allah hanya menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya..

Sumpah Ramadhan kali ini akan menjadi super best buat saya! Ya Rabb, itulah harapan saya.

Jawapannya ada dalam tulisannya Ektase Mi'raj. Dan beberapa tulisan terawalnya menjawab semua soalan-soalan saya.

Air mata tak tertahan-tahan lagi. Allah sangat menyayangi hambaNya!

Blog Salim A Fillah

2 comments:

Miftahul Jannah said...

Assalamu'alaykum dear :)

teruskan! di mana kakimu berpijak, bumikan da'wah suburkan tarbiyyah. Mutabaah amal teruji bila ruang dan masa terasa sempit, namun pada masanya kita akan terasa hadirnya khusyuk yang tak tertanding! kerana kamu yang mencari...ALlah akan memberi. Ianya hadiah yang tak tertanding. Khusyuk biarpun sedikit di mata kita

Unknown said...

Ya Allah kuatkan akhwat ku ini.

Sabar mmg tak semudah memperkatakannya. tapi mmg da tiada solusi lain. sabar. di akhir kesabaran tu adalah kemenangan. (2:250-251)

beruntunglah andai diri diuji.

ukhwahfillah. :)