Teringat saat saya menonton rancangan Semanis Kurma - Kahwin atau Belajar, saat itu saya katakan pada mak - "Frustnya tengok isteri Ustaz Zambri". Semuanya lantaran akhlaqnya yang begitu mempersona. Menundukkan pandangan dan kesopanan yang lahir dari iman dan tidak dibuat-buat.
Begitulah saat berkenalan dengan ukhti H. Akhlaqnya juga membutkan saya merasakan betapa tidak sempurnanya saya. Dengan zuriat yang ramai (tujuh atau lapan - saya terlupa!) dan juga berkerja sebagai guru, dia masih aktif membawa usrah adik-adik penggerak.
Saya teringat dalam satu daurah adik-adik, saya bertanyakannya soalan, "Bagaimana akak dapat istiqamah di atas jalan dakwah dengan kepadatan masa sebagai ibu, isteri dan juga sebagai wanita berkerjaya?"
Mutiara yang dikongsikan beliau sangat banyak. Teringat satu jawapannya juga mengenai betapa bermaknanya pembentukan anak sulung di dalam keluarga. Sekiranya anak sulung menjadi, mudahlah segalanya. Anak sulung tersebut akan menjaga adik yang kedua, kedua menjaga yang ketiga dan seterusnya. (Terasa saya sebagai anak sulung!) Dan saya pasti anak sulung beliau merupakan salah satu di antara kekuatannya di atas jalan dakwah.
Dan ketika saya oncall dua hari yang lepas, saya menerima dua mesej mengkhabarkan pemergian anak sulung beliau yang lemas dalam satu program jemaah. Masya Allah! Menitis air mata saya membaca mesej tersebut. Jujur dialog saya bersamanya seakan baru semalam berlalu.
Membaca email-email ikhwah akhawat yang lain berkenaan dengan pemergian allahyarham juga menimbulkan sebak. Semasa Dr Har menghubungi Ukhti H, katanya dia sememangnya mendoakan anaknya menjadi mujahid! Alangkah beruntungnya ukhti H yang dikurniakan anak yang syahid dalam program tarbiah!
Moga Allah mengurniakan ketabahan luar biasa buat ukhti H sekeluarga.

No comments:
Post a Comment