Thursday, March 10, 2011

Ideal...

Facebook atau Google Reader?

Pada saya, semasa kita melihat news feed di Facebook, tidak semua update kawan-kawan dapat diikuti. Amat susahlah, sebab kita terpaksa stalking sorang-sorang. Sungguh membuang masa. Terkadang kita nak sangat membaca update-update mereka yang menguatkan kita pastinya. Tapi berakhir dengan banyak masa yang terbuang.

Saya lebih sukakan Google Reader. Google Reader ini seperti email yang mengumpulkan banyak blog-blog. Boleh membaca blog-blog yang terupdate secara terus. Tidak perlulah nak stalking blog sorang-sorang. Dan sangat-sangat menjimatkan masa.

Mock patient record (MPR)

Saya tidak tahu apa faedah mock patient record yang perlu saya siapkan. Benci sangat buat benda ini. 20 MPR dalam sebulan memang melampau. Jadi tabib tipu-tipu. Arghh...benci sangat. Selepas itu, punyalah banyak reflection session, berpuluh perception dari tahun pertama yang sekolah buat dan minta. Tapi sedikit pun sekolah tidak ambil peduli. Apa faedahnya reflection dan perception kalau tidak habis-habis pihak sekolah dengan ego dan defense mechanism mereka? Benci sangat kat sekolah! Boleh tak nak lari dari sekolah dengan cepat? Saya memang tak suka sekolah saya!

Lagi satu affective domain. Konon-konon nak tengok kami ini berakhlaq dengan akhlaq yang baik. Kena mintak sign dari tabib, pesakit, koordinator setiap kelas yang kami pergi. Melampau dan tidak guna! Kalau kami berakhlaq baik, tapi yang di atas macam hantu pun tidak guna juga. Pihak atasan sekolah lagi teruk affective domain mereka. Teruk sangat-sangatlah. Penipu. Benci sangat kat sekolah!

Seronok sangat hari itu berdemo di sekolah. Kezaliman perlu dibanteras. Penipuan perlu diajar.

Kesian kat adik-adik. Mereka tidak faham apa yang berlaku. Nak buat macam mana? Duit syiling ada dua muka, manusia lagilah bermuka-muka. Cakap kat sini lain, cakap kat sana lain.

Tidak takut ke dengan doa-doa orang-orang yang dizalimi? Nak lupakan hal sekolah, tapi hati berbara-bara. Lagi-lagi bila nak kena habiskan MPR ini...

Lagi saya benci sekolah, lagi saya rasa nak lari, lagi lama pula masa berjalan...

Cepatlah habis. Orang lain fikir nak kerja. Saya cuma nak lari dari sekolah. Nak menghirup udara baru.

Kata orang, bila benci, jangan benci sangat. Kata naqibah, kita ini kalau marah pun, kenalah macam orang yang ditarbiah. Demo kami memang aman sangat. Tapi pihak atasan sekolah kata kami menengking. Fitnah.. fitnah.. siap ugut guna akta AUKU.

Sabar.. Sabar..

Insya Allah, akan berlalu masa gelap ini..

Ideal

Jom tukar cerita 360 darjah.

Facebook dan perubatan seakan-akan sama. Kita belajar mengenali manusia-manusia yang ada di sekeliling kita. Ada yang Facebook mereka memang bermanfaat buat kita. Tazkirah yang ada mengesankan. Ada yang melucukan. Kita boleh membaca perihal pemikiran mereka.

Ada yang dunia mereka melibatkan soal kecantikan. Puluhan komen untuk berbicara soal pucat, cantik dan lain-lain lagi. Kelakar! Itu persepsi saya.

Sesetengah mereka memaparkan betapa idealnya hidup mereka. Cantik seperti permaisuri. Kemudian bertemu dengan raja yang tampan. Kemudian mendapat puteri yang comel. Hidup mereka di Facebook bolehlah saya simpulkan seperti Cinderella. Ideal sungguh hidup mereka.

Berbeza dengan wajah-wajab mereka yang saya temui di hospital. Hidup mereka adalah realiti yang sungguh jauh dengan kehidupan fantasi/realiti di Facebook semata-mata.

Ada ibu yang Allah kurniakan mereka anak yang menghidap cleft lip and palate. Awak dapat bayangkan tak perasaannya? Saat awak menanti seorang bayi yang comel, tapi bayi tersebut sumbing. Bukan hanya sumbing bibir tapi sumbing lelangit juga. Susah nak susukan. Apa perasaannya melihat bayi tersebut? Apa perasaannya saat perlu menyusukan bayi tersebut? Allah terlalu menyayangi mereka bukan?
Ada seorang adik yang sangatlah comel dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandang kepadanya. Dan dia sangat cantik. Dia sakit biasa-biasa sahaja masa kecil. Demam, selsema biasa sahaja. Masa itu umur dia baru 3 tahun. Tiba-tiba bila dia bangun tidur, dia dah tidak boleh menggerakkan kaki dan tangan. Dia mendapat transverse myelitis dari jangkitan yang cuma biasa-biasa itu. Dan dia bertanya pada ibunya, "Bila saya dapat berjalan dan berlari seperti dulu?" Apa jawapan yang mampu diberikan oleh si ibu?

Ada seorang ibu ini menceritakan pengalamannya. Dia tidak perasan apa-apa pun pada anaknya. Saat si anak berusia 6 bulan, kakinya masih tidak boleh lurus. Dia membawa anaknya ke hospital, melalui fisioterapi. Akhirnya si anak disahkan menghidap Jacobsen Syndrome. Hanya 1 chromosome yang terdelete, dan si anak menjadi sangat istimewa dibandingkan dengan anak-anak yang seusianya. Sangat hebat Allah yang menciptakan penyakit-penyakit.

Semalam bertemu dengan seorang ibu. Anaknya menghidap Down's Syndrome. Umur ibu tidak tua saat melahirkan bayinya itu, tidak menghidap kencing manis atau darah tinggi. Namun Allah mengurniakannya anak istimewa. Anak-anak syurga ini pastinya dikurniakan untuk mereka yang maqamnya terlalu mulia di sisi Allah. Tidak semua manusia mampu menjaga anak-anak syurga, kan?

Semasa kami di klinik, kami jumpa dua orang anak Palestin yang sangat comel. Saya tidak pernah suka kanak-kanak yang berhingus. Tapi cute sangat budak Palestin itu. Dia kesat hingus pun cute. Dua beradik itu menghidap Thalassemia. Pemindahan darah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka sekali setiap 4-6 minggu. Tidak dapat bayangkan kehidupan mereka seandainya perlu kembali ke bumi Palestin semula kelak. Hebat Allah yang menciptakan penyakit tersebut. Ingatkan popular di bumi Malaysia sahaja, rupanya mereka yang ada di Palestin juga menghidapinya.

Saya pun pernah sakit. Benci nak pergi hospital sebagai pesakit. Tapi mereka perlu ke hospital selalu. Cuba bayangkan awak perlu melalui pemindahan darah selalu sehingga awak besar. Sanggup ke?

Entahlah, dunia ini tidak ideal sebenarnya. Akhirat itulah ideal. Bila lihat dunia, memang tidak best. Tapi insya Allah akhirat sangat best. Saat Allah memperlihatkan syurga buat hamba-hambaNya, mereka merasakan bahawa mereka tidak pernah menderita di dunia. Moga Allah mengurniakan syurga yang hebat buat hamba-hambaNya...

No comments: