Tuesday, October 05, 2010

Buku lagi...


Semalam seusai viva O&G, saya khatami buku Kujemput Jodohku tulisan Fadlan AlIkhwani. Alhamdulillah satu lagi buku yang baik dari Proumedia. Huraian dalam buku ini meraikan fitrah manusiawi hatta dia seorang aktivis dakwah.

Tapi membaca buku seperti ini, apatah lagi membelinya pasti membuatkan insan lain kehairanan. Tapi menurut pandangan yang kerdil ini, ilmu dan hikmah Allah itu luas. Banyak hikmah yang berjaya saya gali dalam buku ini. Moga Allah terus menunjuki jalan dan hikmah buat hambaNya ini...

Buku lain yang saya beli adalah buku Menjadi Murabbiyah Sukses oleh Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila. Buku yang sangat best juga...
Dan buku ketiga adalah buku Berburu Pahala Ketika Haid. Huraian yang menarik bagi wanita. Seperti petikan di dalam buku tersebut, "Haid bukanlah waktu untuk libur ketaatan. Masa-masa haid adalah masa-masa rawan gangguan syetan. Syetan bisa menjerat wanita hingga tidak berkutik. Jeratnya akan menutup segala kebaikan hidup. Dengan banyak berbuat baik, maka Allah akan memberikan penjagaan ekstra kepada muslimah".
Mudah-mudahan ada khairnya. Dan moga-moga kebaikan saya temukan di akhirnya..

2 comments:

Miftahul Jannah said...

Assalamu'alaykum..my dear.apa khabar?huhu bilakan kita dipertemukan lagi...ana nak tanya mana anti beli 3 buku ni? ana puas mencari,biasa ana order pada naqibah and now she is away from me ..so payah nak order....beli ana titp pada anti..kalau boleh hehe,ana bank in duit sekali...

(^_^) said...

Salam.

Afeera,
boleh tak tolong belikan sy buku Berburu Pahala Ketika Haid? Buku nih, macam takda di sabah.

kalau boleh, tolong poskan ke alamat sy:

Siti Maryam Binti Dawalih,
Success Excellence Center Sdn Bhd,
Menara MAA, Suite 15-8B, No.6,
Lorong Api-Api, 88000 Kota Kinabalu, sabah.

ni no.hp sy 014-352 3512.Tolong hubungi sy untuk bayaran buku dan pos.

There was an error in this gadget