Terlalu banyak bukan kerja kita? Di siang hari perlu menguruskan wardwork di hospital. Kena selalu update patient. Kena siapkan patient management seminar. Kena oncall. Di sebelah malamnya, ada kerja-kerja dakwah yang menunggu. Hujung minggu ada kelas. Selepas kelas, masih ada program yang perlu kita hadiri.
Dan kita bukan robot yang tidak punya perasaan saat melalui semua itu. Kita adalah manusia yang Allah berikan seribu satu rona rasa dalam melalui jalan ini. Terkadang ada kesedihan, ada stress yang mengundang.
Begitu juga dengan ukhwah. Kalau lidah lagikan tergigit, apatah lagi ukhwah. Terkadang ada tergores rasa dalam menempuh jalan ini. Dan semua perasaan itu kadang memberi efek dalam aktiviti seharian kerana dakwah ini adalah kehidupan kita. Hati, perasaan, fizikal dan segalanya yang bersangkut paut dengan kita adalah dakwah.
Kadang kita menangis sendirian sehingga terlelap. Kadang kita menangis sehingga menganggu hal pelajaran. Kadang kita menangis mengharapkan ada yang memahami taklifan yang sungguh berat ini.
Dan terkadang kita merasakan bahawa kita akan tersungkur. Beratnya perjalanan sedang bekal yang ada kian kehabisan.
Sungguh meniti jalan ini memerlukan bekal. AlQuran itu bekal, qiamullail itu bekal. Segala amal fardi kita itu adalah bekal untuk menguatkan kita.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat.
Beliau dengan tenang menjawab: “Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”
Carilah bekal dalam amal fardimu. Sungguh bekal-bekal itu kau perlukan untuk terus bertahan di atas jalan dakwah ini.

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
1 comment:
Afeera sabar ye..Lepas habis IM kite study same2 ok..best lagu ni:)
Post a Comment