Thursday, October 08, 2009

Pemurah...

Kata seorang ustaz, AlQuran ini kaya dan begitu pemurah. Kamu nak apa pun, kamu akan dapat. Kita boleh sahaja nak buat air jampi dengan Quran. Kita boleh cari ayat Quran dan kaitkan dengan sains. Pasal gempa bumi baru ini pun, ada yang boleh kaitkan masa kejadian dengan ayat Quran. Macam-macam lagi yang orang dapat dari Quran. Ada yang baca dan dapat pahala. Ada yang buat majlis khatam Quran dan dapat pahala. Quran ini sangat pemurah dan manusia memperolehi pelbagai perkara dari Quran.

Ada satu analogi. Cuba bayangkan ada seorang manusia yang sangat kaya dan pemurah di dunia ini. Kita pun minta dari dia sikat, pemadam, pensel, botol air dan macam-macam lagi. Dia pun beri sahaja kita. Benda-benda yang kita minta itu sangatlah merepek tapi kita dapat. Sedangkan kekayaan orang itu lebih lagi dan kita ini pada hakikatnya tidak tahu pun hakikat sejauh mana kekayaan orang itu dan kita tidak tahu apa yang perlu kita minta.

Begitulah dengan Quran. Kadangkala kita hanya dapat melihat benda-benda yang kecil sahaja dari Quran. Disebabkan Quran ini begitu pemurah, kita dapat sahaja benda yang kita minta itu. Tapi hakikatnya ada perkara besar lagi yang Quran nak sampaikan kat kita. Kalaulah Quran itu hanya perlu dibaca, sudah lama sahabat-sahabat Rasulullah SAW jadi qari semata-mata. Kalau Quran itu hanya digunakan untuk menjampi, sahabat-sahabat Rasulullah SAW pasti terkenal sebagai tukang jampi. Andai Quran itu terkenal dengan sains, pastinya sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah saintis yang terkemuka.

Tapi Quran datang untuk mengubah individu. Quran datang untuk membersihkan lumpuh-lumpuh jahiliah. Setelah mengubah diri, kita perlu melangkah untuk membaiki dunia ini pula.

Nantilah saya tambah celoteh lagi. Saya amat suka mendengar lagu kanak-kanak dari Khalifah Model School. Lagu yang menerapkan tujuan hidup manusia. Alangkah indahnya hidup kanak-kanak ini kerana telah ditemukan dengan tujuan hidup sejak awal lagi. Idea sekolah ini mudah:

I Am A Khalifah of Allah
Make Myself Good
Help Others Become Good
Make The Physical World Good

Moga Allah kurniakan kita hikmah untuk melihat 'big picture' yang mahu Quran sampaikan buat kita.

No comments: