Bila AlQuran menyentuh hati kamu dengan sebenarnya?
”Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya”. (Surah Qaf:37)
Kalau ikut ayat ini, ada dua golongan manusia yang mendapat manfaat daripada AlQuran. Pertama, orang yang mempunyai hati. Bila kita bersedih misalnya, mesti hati kita sangat dekat dengan AlQuran. Membaca AlQuran saat itu terlalu mengkhayalkan dan menyeronokkan. Rasa macam tersentuh sangat dengan AlQuran.
Apa nak buat kalau hati macam tidak terasa atau basah saat membaca AlQuran? Allah gunakan kalimah ’au’ yang membawa makna ’atau’ di dalam ayat tersebut. Maka jadilah golongan kedua iaitu golongan yang mendengar ayat-ayat Allah. Dengarlah dengan sebenarnya bukan mendengar ketika memandu kereta atau melakukan pekerjaan lain. Insya Allah, hati akan kembali basah dengan AlQuran.
Adakalanya ada rasa sedih yang berkunjung. Saya suka kesedihan kerana saat itulah AlQuran begitu bermakna untuk diri saya sendiri. Kadang kita merangkak untuk meraih cinta Allah, tapi benar kita dapat merasai Allah berlari kepada kita saat kita memerlukanNya.
Sayunya apabila mentadabbur ayat-ayat dari Surah Ali Imran.
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (Surah Ali Imran: 33-34)
Allah guna kalimah ’astofa’ dalam ayat tersebut. Allah memilih mereka dan apabila menyebut perihal Imran, Allah menyebut Ali Imran. Allah memilih seluruh keluarga Imran. Hebat kan keluarga Ali Imran? Mesti ada sesuatu dalam keluarga tersebut sehingga Allah melebihkannya dari segala umat.
Sayu saat membaca ’wallahussami’ul ’alim’. Rasa Allah dengar dan mengetahui segala isi hati.
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran:35)
Mana tidak hebat keluarga itu? Sebelum anak tersebut lahir lagi, si ibu sudah pun bernazar agar anak dalam kandungannya kelak akan berkhidmat di Masjidil Aqsa. Berkhidmat bukan sebarangan. Bukan ada masa cuti, si anak boleh pulang ke rumah. Tidak akan ada pertemuan lagi sesudah itu. Nazar ini nazar selamanya untuk Allah dan Masjidil Aqsa. Pernah tonton cerita Maryam Muqaddasah? Sedih sangat part si ibu pergi meninggalkan dunia ini selamanya. Dia menahan rindu namun janjinya pada Allah membuat dia tegar bertahan. Sayu...
Saya terasa apabila membaca ayat ini. Keinginan saya untuk pulang ke rumah sangat kuat tapi Allah sedarkan saya akan kalamNya. Rasa seperti ditempelak saat membaca ayat ini.
Dalam ayat ini juga Allah mengiktiraf kata-kata ibu Maryam iaitu ’muharrara’ yang membawa maksud kebebasan. Kebayakan ideologi yang ada di muka bumi ini inginkan kebebasan. Tapi Allah mengiktiraf kebebasan yang diinginkan oleh ibu Maryam buat anaknya. Mengejar akhirat itulah kebebasan yang hakiki.
Ingat tak panglima tentera Islam, Rub’ai bin Amir ? Dia bukanlah nama-nama yang mahsyur tapi kata-katanya di hadapan tentera Rom yang bernama Rustam adalah terlalu bermakna,“Kami adalah kaum yang diutus Allah untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Tuhan manusia, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari kesepitan dunia kepada keluasannya (dengan Islam).”
”Muharrara’ yang sebenarnya adalah apabila kita tunduk berubudiah kepada Allah semata-mata. Itulah kebebasan yang hakiki. Kalau kita tidak tunduk sepenuhnya kepada Allah, pasti kita akan tunduk kepada yang lain. Kita akan mula tunduk kepada Jahiliah, nafsu, harta dan lainnya. Kalau kita tidak buat kerja dakwah, mesti masa kita akan terisi dengan benda lain yang sama sekali tidak bermanfaat.
”Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (Surah Ali Imran: 36)
Apa yang terjadi? Si ibu melahirkan seorang anak perempuan sedangkan kelazimannya anak lelaki yang akan berkhidmat di masjid. Si ibu bersedih dan mengadu pada Allah.
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki)”.
Apa Allah jawab? Allah kata Allah tahu! Kadang bila kita sedih, kita terlupa yang Allah tahu. Apa yang Allah sampaikan padanya? Wa laisazzakara wal unsa. Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan. Apa maksudnya ayat itu? Kalau ada jutaan anak lelaki pun di atas muka bumi ini, pastinya dia tidak akan sesekali sama dengan bayi perempuan tersebut. Itulah Maryam, wanita yang Allah sebut namanya di dalam AlQuran. Dia adalah wanita yang terbaik dan Allah sendiri mengiktirafnya. Hebat kan ayat itu? Segala hikmah sememangnya di tangan Allah. Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Terlalu banyak rahsia Allah. Terlalu sayu rasanya membaca kalamNya..

No comments:
Post a Comment