Monday, June 22, 2009

Laut...

Ada seorang guru di Singapura menceritakan pengalamannya. Dia pernah menyuruh anak muridnya melukis ayam. Salah seorang muridnya melukis seakan-akan gambar di bawah ini.
Mengapa hal itu terjadi? Semua itu kerana murid tersebut tidak pernah melihat seekor ayam yang sempurna di dalam hidupnya. Sukar sebenarnya untuk membayangkan sesuatu yang tidak pernah dilihat bukan?
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. (Surah Annahl:14)

Ayat ini diturunkan ketika zaman para sahabat Rasulullah SAW. Para sahabat Rasulullah SAW pernah melihat laut ke? Tidak pernah pun kerana mereka tinggal di tengah-tengah padang pasir.

Tapi kehebatan mereka adalah pada penghayatan mereka terhadap AlQuran. Ummu Haram yang merupakan ibu saudara Anas bin Malik ra misalnya memahami ayat mengenai lautan bahawa akan tiba masanya jihad akan turut berlaku di laut.

Dia meminta Rasulullah SAW mendoakan agar dirinya akan tergolong di dalam golongan mereka yang berjihad di laut dan Rasulullah SAW pun mendoakannya. Pernah ke dia melihat laut? Dia tidak pernah pun melihat laut seumur hidupnya.

Doa Rasulullah SAW pastinya akan termakbul. Peristiwa tersebut berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.

Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine (Rom).

Para sahabat Rasulullah SAW tidak pernah melihat lautan tapi boleh memberi idea untuk mengasaskan pasukan navy yang pertama di dunia. Hebat tak?

Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.

Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.

“Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh Rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah,” bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.

Dalam peperangan ini, kedatangan kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus. Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut. Musuh pun tidak pernah terfikir bahawa satu golongan yang tidak pernah melihat lautan mampu merentasi lautan. Dipendekkan cerita, Islam menang dalam peperangan ini.

Jauh kan kefahaman kita dengan para sahabat? Entah dah berapa ribu kali kita melihat lautan tapi tidak ada hatta satu kapal pun kat atas muka bumi ini yang dicipta oleh kita. Kita sudah kehilangan motivasi yang paling berharga iaitu Quran. Kisah tersebut merupakan suatu refleksi buat kita untuk menilai sejauh mana kefahaman kita terhadap AlQuran. Moga kita dapat mengambil iktibar dan memulakan langkah dalam mentadabbur ayat-ayat Allah.

4 comments:

sanur sukur said...

selalu berkualitas yaa tulisan tulisan di blog ini...saya jadi ikut tersemangati....

Ummu Afeera said...

masih banyak lagi yang perlu dibaiki...insya Allah yang baik hanya dari Allah...mohon doakan..

alMizzi said...

AsSalamu alaikum

quote:
"Ayat ini diturunkan ketika zaman para sahabat Rasulullah SAW. Para sahabat Rasulullah SAW pernah melihat laut ke? Tidak pernah pun kerana mereka tinggal di tengah-tengah padang pasir."
unquote

Sebenarnya para sahabat telah biasa dengan lautan - terutama Muhajirin sebab mereka adalah kaum pedagang... :)
Tamim adDari r.a. misalannya - adalah seorang pelayar di lautan (di mana dia berjumpa dengan al-Jassasah di satu pulau)
Amr bin al-'as r.a. pernah menyaksikan pepertempuran di lautan .. dsb.. dia menjadi consultant Sayyidina 'Umar ketika Muawiyah pertama kali memberi proposal untuk menubuhkan tentera laut..

Jadi para sahabat adalah golongan yang sangat familiar dengan lautan.

...dan begitu juga ada banyak ayat-ayat al-Qur'an berkenaan dengan lautan:
i.e.
(١٨)مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (١٩)بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ

malah hubungan bangsa arab dengan lautan sehingga nama Quraish itu sendiri diambil dari perkataan 'Qirsh' bermakna shark / jerung...predator of the sea.. :)

Puisi/sya'ir bahasa arab itu sendiri terbahagi kpd 15 'bihar': lautan-lautan (salah satu dari i'jaz al-Qur'an ialah ia tidak termasuk dan tidak dapat dikategorikan kepada mana-mana satu pun 'bihar' ini!).

Pasukuan Tentera laut yang dianggotai oleh Umm Haram r.a. bukanlah the first navy in the world , rather it is the first muslim navy.. as foretold by RAsulullah SAW.

Dan Umm Haram ketika itu adalah seorang wanita yang telah lanjut usianya (masih lagi mau pergi jihad....Allahu akbar!)
beliau mati syahid di Cyprus (al-Qubrus) di mana maqamnya masih wujud di pulau itu:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hala_Sultan_Tekke

wassalam

Ummu Afeera said...

terima kasih atas perkongsian...saya menulis entry ini berdasarkan perkongsian seorang ustaz...terima kasih...