Lagi dua minggu sahaja lagi. Ya, lagi dua minggu saya akan menamatkan tahun tiga. Tidak sabar! Tapi apa akan terjadi kalau tiba-tiba umur saya tidak mencecah lagi dua minggu? Maha Suci Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.
Saya rasa saya tidak akan sesekali memilih surgery sebagai bidang pengkhususan. Saya sudah melihat sebesar-besar bisul, nanah yang amat banyak, luka yang amat besar, bau yang paling tidak menyenangkan di dalam posting ini. Ada yang mengundang loya dan menghancurkan selera. Tapi hebat Allah yang memberi sifat lupa kepada manusia. Kalau tidak, saya sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada saya.
Adakalanya saya menyoal diri sendiri, betul ke jalan ini yang saya pilih? Terima kasih pada komen-komen yang ditinggalkan. Semua itu amat bermakna buat saya.
”Carilah Allah di sisi orang yang sakit, kamu akan jumpa Allah di sisi mereka”.
Saya akui kebenaran mesej tersebut. Setiap pesakit yang saya temui pasti membuatkan saya bermuhasabah. Ada pesakit yang nyanyuk dan apabila saya melihatnya saya akan mula meminta Allah mencabut nyawa saya sebelum saya menyusahkan sesiapa sahaja.
Di saat saya melihat pesakit yang terlibat dengan kemalangan dan kehilangan semua kemampuan yang ada, saya merenungi hakikat kekerdilan manusia. Tidak mustahil semua itu menimpa sesiapa sahaja. Hari ini sihat, esok lusa mungkin sahaja sudah lumpuh dan tidak mampu mengingati apa-apa. Bukankah manusia itu terlalu kerdil?
Saya juga terharu dengan komen ini:
”Assalamu alaikum....antara sunnah Rasul صلى الله عليه وسلم yang telah dilupakan oleh generasi kini ialah al-ithar.
Jadilah ahli futuwwa dan hidupkanlah kembali sunnah ini.
Seorang doktor - seluruh hidupnya berkhidmat untuk orang lain walaupun diri sendiri susah...
Itulah futuwwa dan itulah al-ithar
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
Syukur dan bersyukur sehingga akhir hayat kerana ALLAH telah pilih jalan untuk mu sebagai bakal doktor.”
Setiap kali saya baca mengenai itsar (mementingkan orang lain berbanding diri sendiri) yang merupakan puncak ukhwah Islamiyah, saya rasa mustahil hal itu dapat dipraktikkan. Tapi saudara yang meninggalkan komen tersebut menyedarkan saya hakikat ini. Tanpa sedar itsar itu dipraktikkan di dalam pekerjaan seorang doktor sehari-hari.
Ramai sahaja doktor yang terlupa untuk makan, minum, anak-anak, ibu bapa kerana tuntutan kerja. Seorang pensyarah saya misalnya keguguran sebanyak 5 kali kerana tuntutan kerja. Terlalu banyak pengorbanan mereka.
Saya juga kagum dengan jururawat-jururawat yang saya temui. Kadangkala ada juga rasa tertekan apabila bertemu dengan jururawat yang garang. Tapi merekalah insan yang bekerja di belakang tabir. Mencuci luka, najis dan macam-macam lagi pekerjaan lainnya dilakukan dengan penuh sabar. Saya terlalu kagum dengan mereka. Hanya Allah yang mengetahui pekerjaan mereka. Garang-garang mereka pun, mereka tetap memastikan segala kerja dilakukan dengan baik.
Sebenarnya ramai sahaja manusia yang bekerja di belakang tabir. Manusia lain mungkin tidak memandang mereka. Cleaner di hospital misalnya, merekalah yang akan datang apabila ada pesakit yang muntah, terkencing atau terberak. Pada saya mereka adalah manusia yang hebat sebab tidak ramai manusia yang mampu melakukan pekerjaan itu.
Bestkan kalau semua manusia ini ditarbiah? Pastinya mereka menjadi manusia yang lebih hebat. Saya ingat lagi kisah bagaimana Umar AlTilmisani terlibat dengan Ikhwanul Muslimin. Dia adalah seorang peguam. Suatu hari dia bertemu dengan seorang manusia yang begitu hebat berbicara mengenai undang-undang. Rupa-rupanya lelaki tersebut hanyalah seorang kuli yang bekerja di stesen keretapi. Umar AlTilmisani kehairanan tapi lelaki tersebut menjawab, ”Inilah yang diajar oleh Ikhwanul Muslimin”.
Orang yang ditarbiah pasti menjadi manusia yang hebat. Siapa yang nak tarbiah mereka? Saya. Saya nak sangat jemput mereka ini datang ke rumah, mengelolakan program buat mereka apabila saya menjadi doktor kelak. Besarnya impian ini. Tapi medan amal tidak pernah sama dengan medan kata-kata. Moga Allah permudahkan segalanya.
Pagi tadi saya dengar IKIM, rancangan Nur Hikmah yang membicarakan mengenai Surah Al Zalzalah.
”Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Al Zalzalah: 7-8)
Ustaz kata jangan memperlekeh batu yang kecil kerana batu yang kecil inilah yang membentuk gunung yang besar.
Seorang ustaz yang lain juga pernah berkata bahawa seekor kuda yang tangkas tidak jatuh kerana terlanggar batu yang besar tapi kerana terlanggar batu yang kecil.
Kebaikan yang kecil mampu memberi kesan yang besar. Hal yang kecil mampu membawa ke syurga.
Begitu juga dengan hal maksiat. Dosa kecil yang dikumpulkan akan menjadi dosa yang besar. Hati-hatilah!

No comments:
Post a Comment