Salah satu tujuan kita berpuasa adalah untuk merasai kesukaran saudara-saudara seislam kita yang lain. Ya, Palestina saban waktu menangis hiba dan mungkin kini sudah puas menanti saudara seislamnya yang lain.
Kenapa Palestin? Kenapa tidak diceritakan penderitaan saudara seislam di Mindanao yang saat ini sedang digilis oleh regim Filipina? Kenapa bukan Iraq, Afghanistan dan lainnya yang menjadi fokus? Kerana Palestina adalah seperti jantung Islam. Andai jantung ini telah rosak, akan rosaklah yang lain. Dan saat ini fokusnya adalah untuk mengembalikan fungsi jantung ini kembali. Insya Allah, andai jantung ini berdetak kembali, ummah ini akan mengorak sejarahnya sendiri. Sejarah telah membuktikannya.
Andai sejarah semalam diimbas, di sana kita akan melihat kisah Salahuddin AlAyyubi yang jarang tersenyum dan hanya makan satu lauk sahaja kerana memikirkan soal palestina. Apabila ditanya padanya, mengapa dia begitu, dia menjawab kembali. Katanya, bagaimana aku mahu tersenyum dan makan dengan berselera di saat Palestina di dalam cengkaman penjajah? Dan dia menginfaqkan seluruh hartanya untuk membebaskan Palestina..
Saat ini, 80% makanan yang disalurkan kepada Palestina adalah dari UN. Sungguh umat Islam begitu memalukan. 1.6 billion umat Islam memalukan Islam itu sendiri. Membiarkan saudaranya tanpa pembelaan. Bagaimana mahu berdiri di hadapan Allah kelak di atas kezaliman sendiri ke atas Palestina? Saat ini, bekalan klorin telah diputuskan. Air yang ditelan adalah air yang penuh racun. Saat ini juga, bekalan janakuasa telah dihentikan. Sudah 8 bulan mereka hidup di dalam kegelapan. Sudah habis bahan bakar milik mereka. Sungguh ramadhan ini kelihatan tidak mencapai maknanya apabila kesengsaraan saudara sendiri tidak dirasai.
Benarlah kata-kata Syakib Arsalan di Palestina. Di saat khilafah islam jatuh tersungkur, semua ulama menulis surat padanya. Kononnya sudah sampai masanya untuk mengumpul umat islam kembali. Mudah sahaja jawapan sheikh arsalan - kamu mahu mengumpul angka-angka kosong itu?
Bukan kuantiti yang dicari, tetapi kualiti. Badar yang terjadi di bulan Ramadhan itu buktinya. 300 melawan 1000. Menang tentera islam kerana kualitinya. Kekuatan itu hanya dari Allah belaka. Bukan kerana kelengkapan perang.
Alwahn (cinta dunia dan takut mati) telah membawa ummah pergi begitu jauh dari islam sendiri. Seorang saudara di Palestina pernah bersuara, "Kami akan menjaga Palestina dengan sebenarnya meskipun kami terpaksa mengorbankan diri dan keluarga. Kami hanya meminta sumbangan dari kalian dan kami akan berkata di hadapan Allah bahawa kalian turut mennyertai jihad ini"..
Kutiba alaikumussiyam - diwajibkan atas kamu berpuasa (2:183) Ayatnya serupa juga dengan kutiba alaikumul qital - diwajibkan atas kamu berperang(2:216) Andai kalian merenungnya dengan mendalam, kalian akan mendapati ia sungguh bermakna. Apabila seorang mengucapkan syahadah, puasa itu menjadi wajib baginya. Tidak pernah dia menunggu beberapa tahun untuk persediaan tarbiah untuk berpuasa. Begitu juga dengan jihad. Andai kalian melafazkan syahadah, jihad itu telah bermula. Infaqlah kerana Rasulullah SAW itu lebih pemurah di bulan ini...
Hari-hari akhir Ramadhan yang ada, bangkitlah. Berdoalah dengan sedahsyatnya agar Allah memberi kekuatan buat kita untuk membantu mereka dan Allah memberi kekuatan untuk mereka kerana mereka adalah insan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW :
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

1 comment:
Salam,, sedih apabila membaca post ni,, kalau kita merasai apa2 yg dirasai oleh mereka,, kita akan berharap agar saudara seIslam kita yang lain (dr negara lain) akan memberi bantuan kepada kita,, kita mengharap dan terus berharap,, apabila bantuan tiba, gembiranya hati kita walau seketika, dan jika janji2 yg dibuat oleh pemimpin2 atau badab2 kerajaan hanya omongan kosong, hampanya hati kita,, sekarang : kita bukan berada dipihak mereka, apa yg boleh kita lakukan kepada mereka ? sama2 lah kita fikir2kan dan bermuhasah diri,, andai kewangan tidak bisa lg dihulurkan, tindakan tidak bisa diatur, kata2 tidak kesampaian, maka bantulah dengan lidah (berdoa).. Allah Maha Pendengar.. sekarang marilah kita sama2 mengangkat tangan menundukkan diri dan berdoa kepada Allah agar mereka terbebas dr belenggu dan siksaan dunia ini,, takbir ! Allahuakhbar !
Post a Comment