Thursday, August 07, 2008

Pelik...


Saya pernah membaca buku mengenai manusia-manusia pelik. Mereka mampu berada di lapan tempat dalam sehari untuk dakwah. Ada yang sanggup korbankan hatta satu-satunya basikal yang ada padanya untuk dakwah. Ada pula yang berkata bahawa jalan dakwah ini seperti madu, begitu manis. Pelik sungguh. Banyak lagi kisah manusia-manusia pelik ini. Saya kira itu kisah dulu-dulu. Tidak mungkin ada lagi di zaman ini. Tapi Allah temukan saya dengan manusia-manusia pelik ini di zaman ini sehinggakan saya berasa cemburu.

Ukhti S, mottonya adalah - tiada hujung minggu buat para duat. Tulisannya menggetarkan hati. Kini dia kurang menulis. Sunnah dakwah yang lebih besar dengan air liur menjadikan waktunya begitu terisi sehinggakan coretannya yang hanya sesekali itu begitu bermakna. Jauh sekali pastinya coretan saya dengannya. Anak-anak dakwahnya menjejak puluhan. Cemburu sungguh hati saya. Dia sanggup untuk bermalam di kereta semata-mata demi dakwah. Katanya, usah malu. Jadi macam sahabat nabi yang sanggup pergi dari rumah ke rumah untuk dakwah. Wajahnya melambangkan ketenangan. Akhlaqnya begitu memikat.

Ukhti A, sanggup meredah dari utara ke selatan. Dengan apa? Bukan bas, boleh terlena. Dengan kenderaan dakwah. Memecut membawa kawan-kawannya yang lain ke tempat dakwah. Sedang keesokan harinya dia perlu kembali ke utara semula. Sanggup membumikan diri melakukan apa-apa sahaja demi dakwah. Dia tegas namun aura daiyahnya membuatkan saya termangu cemburu.

Ukhti Ar, pelajar perubatan seperti saya juga. Saya lupa nama sahabatnya yang seorang lagi. Katanya, dalam diari hariannya selama 24 jam tiada masa rehat melainkan tidur di malam hari. Tugasan perlu diselesaikan dengan cepat kerana dakwah sedang menunggu.

Semangat adik-adik yang baru itu juga menggetarkan hati. Selesai sahaja program, mereka diajukan soalan. Bila mahu mula berdakwah? Kata mereka, hari ini juga.

Banyak lagi kisah manusia pelik ini. ‘Ilah’ (sembahan) mereka hanya Allah semata. Mereka telah membuang ’ilah-ilah’ lain dari hati mereka.

Ya Rabb, saya mahu menjadi seperti mereka....

2 comments:

shinichi kudo said...

salam,ukhti. saya pun nk bknln dgn shbt2 y ukhti tulis diatas!!jarang ada insan2 spt itu di zaman mencabar ni!..harap2 ukhti dpt trskn agenda dakwah ni dgn sepenuh nafas-Nya!! barakallahu fiik...

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

terlalu ramai manusia seperti itu yang ada di muka bumi ini...hanya Allah saksinya...

insya Allah, adik boleh sahaja berkesempatan untuk bertemu dengan mereka...