Posting
Alam klinikal saya akan bermula bulan Ogos nanti. Posting saya? Bermula dengan pediatrics, O&G, Public Health, Internal Medicine dan akhir sekali Surgery. Alhamdulillah, Internal Medicine dan Surgery di akhir. Saya berharap dapat kumpul kekuatan untuk berdepan dengan Prof R dan Dr A.
Pediatrics
Kanak-kanak? Saya kaku dengan mereka. Hakikatnya, bukan dengan kanak-kanak sahaja. Mentor saya cakap semua pemeriksa saya sewaktu peperiksaan OSCE memberi komen bahawa suara saya perlahan. Saya perlu berlatih bercakap. Balik semula pada kanak-kanak. Serius saya tidak tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan mereka. Tengok sahaja nanti.
Tarbiyatul Aulad fil Islam
Saya sedang
Ini buku jilid 1. Buku jilid 2? Seingat saya berwarna oren. Dah hilang. Tidak tahu siapa pinjam. Saya pun banyak hilangkan buku-buku ayah. Saya ni konon-kononnya sibuk mencari buku jilid 2. Jilid 1 pun entah habis baca atau tidak.
Atiqah
Dia tidak sihat. Saya harap dia akan berjaya mengawal diri. Saya tahu dia kuat. Saya doakan dia dari jauh.
Kak Long
Saya bimbang mengenai Kak Long. Sukarnya memujuk dirinya. Saya benar-benar kaku. Tidak reti mencairkan hatinya. Dia tidak mahu memberitahu doktor hal sebenar. Doktornya pula tidak bertanya secara terperinci. Siapa yang harus dipersalahkan? Saya cakap doktor. Sebabnya? Seorang doktor perlu tahu ‘stuff’nya.
Chatters
Saya penat melayan chatters. Saya diam sahaja. Antara soalan chatters - Kamu isteri XXX ke?
Athirah
Dia adik bongsu saya. Diamnya benar-benar menyesakkan dada. Ketenangannya membuatkan manusia lain ‘stress’. Dia tidak pernah stress, hanya buat orang lain stress. Saya bukan guru yang baik buatnya.
Tahun 6
Saya baca buku akhlaq Athirah. Dia belajar di tahun 6. Banyaknya benda yang saya tidak tahu. Taraddud. Amrad. Saya terjumpa semua itu dalam buku pelajar tahun 6. Malunya saya sebab tidak tahu.
Anwar
Saya tidak faham tentangnya. Bila baca tentang Amrad, teringatkan fitnah ke atasnya. Saya petik petikan dalam buku akhlaq tahun 6 itu – Islam telah mengharamkan seorang lelaki melihat Amrad (anak muda comel dan belum tumbuh janggut yang berusia 10 hingga 15 tahun) untuk mengelak syahwat dan menimbulkan fitnah. Saya baru tahu tentang itu.
Saya kecewa tentang Anwar mengenai satu perkara. Kenapa dia tidak menggabungkan dirinya untuk bersama PAS?
Elektif
Saya berkira-kira mahu membuat elektif dalam bidang penulisan. Membuat kerepek..
Rejab
1 Rejab bermula pada hari Jumaat. Ramadhan semakin tiba.
Palestina dan negara Islam lainnya
Bagaimana mereka akan menyambut Ramadhan sedangkan kehidupan mereka di saat ini sahaja sudah terlalu sukar?
2 comments:
comel je: "anak tekak saya sihat"
banyaknya sebab perlu baca tarbiyatul aulad... doktor kanak-kanak, guru kanak-kanak... :)
skill membaca dah tumpul...tidak tahu cara terbaik untuk menghabiskan pembacaan..
memang banyak sebab untuk baca...:)
Post a Comment