Saturday, June 07, 2008

Kehidupan...

Perjalanan saya ke Sabah tempoh hari merupakan perjalanan yang mengandungi hikmah yang mendalam. Sabah membuka mata hati akan realiti ummah. Saya amat berharap kunjungan saya ke Sabah itu bukan kunjungan yang terakhir. Sungguh saya amat berharap diberi peluang bekerja di sana kelak.

Sepanjang perjalanan ke Kundasang, saya temukan lebih dari sepuluh gereja di kiri dan kanan jalan. Masjid atau surau mungkin kurang daripada tiga. Sememangnya ia meruntun hati dan perasaan. Hati tertanya-tanya di manakah para duat saat ini? Di mana saya saat ini?


Bukan itu sahaja, saya meneliti setiap papan tanda gereja-gereja ini di sepanjang perjalanan yang jauh itu. Saya melihat keseragaman dalam corak, reka bentuk dan tulisan pada papan-papan tanda ini. Sungguh ia sesuatu yang mengujakan dan membuatkan saya terduduk malu. Betapa mereka begitu bersistematik dalam dakyah mereka. Kalaulah papan tanda sahaja sudah sesistematik itu, apatah lagi yang lain. Saya teringat kata-kata Saidina Ali r.a bahawa kebaikan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Sungguh bermakna kata-kata itu saat melihat realiti yang ada di depan mata.

Mungkin akan ada yang akan berkata ~ biasalah, itu Sabah, negeri itu punya etnik yang berbeza, punya cara hidup berbeza dengan Semenanjung. Izinkan saya menjawab kata-kata itu dengan bercerita tentang hal yang terjadi malam semalam.

Saya menolong seorang sahabat semalam membantu seorang remaja perempuan. Remaja perempuan ini berumur 19 tahun. Kami berjanji untuk mengambilnya di ERL Putrajaya. Tapi seorang pakcik membawa dia ke rumahnya kerana tidak sanggup melihat keadaan remaja itu kerana dia membawa bersama seorang bayi berusia 12 hari. Anaknya yang pertama merupakan anak luar nikah dan dilahirkan 3 tahun yang lalu ketika dia berusia 16 tahun. Dan bayi itu merupakan anak keduanya. Sahabat saya juga terkejut saat diberitakan bahawa dia kini punya seorang lagi anak. Saat sahabat saya bertemunya beberapa bulan lepas, dia tidak menceritakan langsung mengenai hal ehwal perkahwinan apatah lagi mengenai kandungannya. Katanya dia telah berkahwin dengan orang Indonesia dan suaminya itu telah dihantar ke Indonesia kerana membuat hal di sini.

Kami pergi mengambilnya di rumah pakcik tersebut. Alhamdulillah, pakcik tersebut seorang yang baik. Isterinya turut memberi kelengkapan pakaian buat remaja perempuan tersebut dan anaknya.

Saya benar-benar tidak faham bagaimana seorang wanita yang baru 12 hari melahirkan anak boleh bermusafir dari Pahang ke sini. Isteri pakcik tersebut juga sukar memahami keadaaan itu lantaran kerana dia pernah merasakan kesakitan melahirkan anak. Remaja perempuan tersebut turut bercerita bahawa dia juga sudah berjalan jauh beberapa hari setelah melahirkan anak sulungnya juga dahulu. Hati kecil saya berbisik, mungkin sahaja Allah menarik nikmat mengandung dan melahirkan anak darinya. Bayi yang dibawanya belum punya nama. Bayi itu benar-benar mentah dan mulus. Sayu rasanya menatap wajah bayi tersebut. Memikirkan nasib bayi itu sungguh menakutkan kami. Kata remaja perempuan itu lagi, dia dijaga oleh komuniti Kristian setelah melahirkan anak. Dia melarikan diri dari sana kerana tidak mahu anaknya dibaptis. Syukur padaNya kerana memberikan dia sinar iman untuk melarikan diri menyelamatkan anaknya itu.

Perit rasanya hati kami. Lebih-lebih lagi kerana kegagalan kami memujuknya untuk ke rumah kebajikan. Dia tidak mahu hidup terkongkong. Saat melihat anak sulungnya, kami merasakan kesedihan yang amat. Anak sekecil itu memanggil ibunya dengan panggilan nama. Cukuplah untuk kami katakan betapa terhirisnya hati kami melihat semua ini. Boleh sahaja kami memikirkan soal profesional exam yang kian menjelma dari memikirkan semua ini. Tapi sungguh kami takut andai bayi ini memberi kesaksian di hadapan Allah kelak atas kelalaian kami.

Alhamdulillah, Allah bukakan hati seorang ustaz untuk membantu kami di saat manusia lain menutup pintu dan memekakkan telinga melihat semuanya. Doakan agar Allah mempermudahkan urusan kami.

Sahabat-sahabat sekalian, boleh sahaja kami memendam semua ini dalam lubuk hati kami. Tapi kami tidak mahu. Kami nak sangat semua yang ada merasai tanggungjawab mereka terhadap ummah. Kehidupan bukan hanya mengenai lulus sebuah peperiksaan. Kehidupan bukan hanya membaiki urusan keluarga sendiri. Kehidupan bukan sekitar kisah percintaan. Kehidupan bukan hanya mencari tempat tinggal, pasangan, membesarkan anak dan akhirnya mati. Haiwan juga boleh melakukan semua itu. Kehidupan seorang Muslim melebihi semua ini. Hidup seorang Muslim akan digunakan untuk dakwah. Dirinya tahu bahawa ummah menantinya. Dirinya sedar bahawa musuh bersatu membidikkan anak panah ke arah mereka. Mereka sedar bahawa musuh telah berjanji dan membahagikan tugas agar tonggak Islam tidak berdiri. Bangkitlah..

Dari insan yang menanti kebangkitan ummahnya....

6 comments:

a believer said...

terfikir di benak saya..kenapa saya sering tiada ditempat kejadian ketika sesuatu seperti itu berlaku..
kenapa Allah belum membenarkan saya untuk duduk bersama memikirkan masalah itu bersama kalian..padahal selalunya saya ada di rumah itu saat aman tanpa apa kejadian..
doakan saya untuk beriringan bersama kalian..doakan agar saya tidak terlepas lagi saat-saat penting seperti itu..

ummuafeera said...

kak lin bersama kami dalam doa kami...kak lin bersama kami dalam hati kami...kita bersama kak lin..usah rasa jauh dari kami...

~:: Lu'Lu' ALMakNuN ::~ said...

Jalan menuju Tuhan memang sukar. Adakala kuat dan adakala lemah melangkah. Mujur DIA hadirkan saudara-saudara seperti kalian, agar larian ini takkan lelah bile diiringi ukhuwwah fiLLah =) Alhamdulillah ya Allah...

ummuafeera said...

kak yang pun dah bersuara:) hehe...

hmm..betul kak yang...mungkin ukhwah dan rasa kasih ni mengambil masa yang agak lama untuk terbentuk..tapi once dah rasa kebersamaan tu, Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan...

moga ukhwah ni benar-benar kerana Allah...moga ukhwah ni mampu menyumbang pada ummah di luar...ana uhibbukuma fillah...

mukhlisah_nur said...

salam...

saya nak menjawab pernyataan ummu mengenai gereja di sabah yang banyak...

memang banyak... kalau keliling KK/jalan raya di atas bukit, secara purata tak sampai satu kilometer akan berjumpa lagi dengan gereja.

dalam hal nih, kita kena perhatikan kepada dua keadaan...(menurut ustaz nickolas @ Muhammad bin Abdullah):

pertama, dari sudut negatifnya: banyak gereja di sabah menunjukkan perpecahan mazhab di kalangan orang kristian. cuba bayangkan, kalau jalan dari tuaran ke UMS kemungkinan besar dekat 15-20 gereja. bayangkan pekan tuaran sahaja, kalau tak silap saya ada 2 hingga 3 atau 4 gereja. bila hari sabtu@ahad(waktu solat mereka), penduduk kristian di tuaran akan berpecah kepada 2/3/4 mazhab. bukan kah itu menunjukkan perpecahan di kalangan mereka?

berbeza dengan umat islam. satu daerah satu masjid. bila solat jumaat, semua menuju ke satu masjid, berkumpul dan bersatu di situ tanpa mengira dia dari mazhab apa atau jemaah apa...bukankah itu satu tanda perpaduan umat islam?

kedua,: banyaknya gereja di sabah menunjukkan betapa berkembangbiaknya dakyah kristian di sabah. dan betapa gereja2 menjadi tempat penting(kerana ramai pengunjung dan penderma sumbangan) hingga ia tumbuh dengan banyaknya. dan tak mustahil kerajaan tanpa segan silu memberi sumbangan@projek untuk membinanya atas alasan kepentinagan rakyat dan sebuah keadilan(sy agak2 sj)

berbeza dengan masjid pulak, ia biasanya penuh dengan jemaah hanya pada hari jumaat sahaja. dan akan dbanjiri dengan jemaah pada hari raya. kerana itu, jangan hairan klo datang k surau sabah, ada yang tak berazan langsung. ada yang takde paip, takde air, yang paling teruk dan sedih takde jemaah langsung.....! sy pernah pg satu program k sebuah kampung, dimana program tu di buat di surau kampung tuh. bila dah dekat waktu zohor, hati sy dah mula berdebar2 takut klo2 lelaki datang. tapi faci2 semua selamber buat aktiviti... hingga ke asar, takde sorang pun lelaki datang untuk melaungkan azan mahupun solat jemaah....huhuhuhu

saya teringat satu kisah lucu tapi menyedihkan mengenai masjid di sabah, masjid negeri kat Sembulan, Sabah.

oleh kerana pristiwa tsunami masih hangat, ramailah orang yang takut kalau2 ia berulang lagi. dan kisah masjid kat acheh yang selamat tu pun jadi bahan bicara

tiba2 suatu hari masjid negeri tuh di banjiri dengan ramai manusia, penuh sesak gara-gara laporan cuaca yang mengatakan kemungkinan Sabah akan kena tsunami. bukan setakat masjid Negeri,Sembulan tapi masjid2 lain turut mengalami keadaan yang sama terutama sekitar KK. yang lucunya, bukan setrakat orang Islam sahaja yang datang masjid tapi orang kristian pun turut menumpang, bukan sorang dua....lucu..lucu

tapi yang sedihnya, bila menjelang subuh, setelah ramalan itu ditarik balik, maka ramailah yang pulang beransur2. yang tinggal untuk solat subuh berjemaah pun hanyalah beberapa orang.dan orang2 tu adalah orang yang sama seperti hari2 sebelumnya.......sedih..

ok, wasalam.
mukhlisah_nur

ummuafeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

terima kasih maryam..mungkin saya perlu melihat sesuatu dari aspek positif dan negatif..:) terima kasih kerana mengajar saya tentang hal itu..

saya merasakan sabah menanti kehadiran daie dan daiyah...insya Allah..andai Allah kurniakan kekuatan saya mahu ke sana...

There was an error in this gadget