Friday, May 30, 2008

Berat hati...

Saya akan ke Sabah hari ini. Berat tak rasa hati ini untuk melangkah? Sejujurnya terlalu berat. Saya terlepas banyak perkara pastinya. Saya terlepas study group yang akan menghabiskan 2 sistem hujung minggu ini. Saya terlepas membuat revisi peperiksaan OSPE. Saya pulang hari Selasa. Peperiksaan akhir Reproductive System hari Khamis dan peperiksaan akhir Nervous System hari Jumaat. Profesional Exam pula kian menjelma. Berat hati ini memikirkan semua.

Berat juga hati ini untuk pergi apabila memikirkan tangisan seseorang semalam. Serasanya mahu sahaja saya mengambil tiket bas dan bertemunya semalam juga. Namun rasional akal mengatasi hati. Saya berdoa dengan doa yang pernah dikirimkan oleh seorang sahabat. Saya tidak meminta kebersamaan bersama dia, cukuplah Allah bersamanya. Moga dia tenang semula. Saya tahu dia cukup tertekan. Apakan daya saya tidak berupaya melukis takdir sendiri. Saya perlu ke Sabah hari ini.

Saya tidak ke Sabah dengan niat untuk bercuti. Di saat saya memberikan nama, hanya tanggungjawab yang bermain di mata. Prof mahu mereka yang benar-benar komited sahaja untuk belajar ilmu sunathon itu. Dan di saat saya mempelajarinya, saya berjanji pada Allah bahawa ilmu ini untuk ummah. Lantas saya berikan nama. Saya perlu menunaikan janji itu.

Mungkin saya perlu merenungi kisah peperangan Hunain.

" ....dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (Surah Attaubah:25)

Saya tidak sewajarnya bergantung pada usaha, pada study group semata, saya perlu mengharap sepenuhnya pada Dia. Bukan kerana bilangan yang banyak rahsia kejayaan tentera Islam. Saya perlu berusaha kerana Sunnatullah kejayaan pada usaha, namun saya perlu yakin bahawa Dia akan memberikan saya yang terbaik. Andai gagal, ia adalah yang terbaik dariNya. Andai berjaya juga, itu adalah pemberianNya. Hanya Dia penentu sebaiknya.

Saya bukan genius. Mungkin juga saya takut dengan peperiksaan. Manusia pasti diuji. Tentera Islam juga pernah teruji di dalam peperangan Ahzab sehinggakan rasa takut itu seolah-hati hati (jantung) sudah sampai ke kerongkong.

“(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.”[QS33:10-11]

Teringat kata-kata seorang akak sewaktu berusrah. Ikhlas itu ada tiga. Pertamanya, kita memang ikhlas sebelum, semasa dan selepas melakukan kebaikan. Keduanya, ikhlas ni hanya hadir sewaktu melakukan amal tersebut meski hati berat untuk ikhlas sebelum melakukan pekerjaan itu. Dan ketiga, Allah kira juga kita ikhlas andai selepas melakukan pekerjaan tersebut, baru hati melahirkan keikhlasan. Kata akak tersebut, kalau rasa berat macam mana pun nak buat kebaikan, cuba buat juga. Mudah-mudahan dengan kebaikan tersebut, Allah mencampakkan rasa ikhlas.

Saya mohon Allah memberikan ketetapan hati untuk meniti jalan ini.

Teringat kembali perjalanan ke Perak dahulu.

5 comments:

Anonymous said...

salam perkenalan dan salam ukhuwah buat saudari afeera...

saya, maryam-ums. ingat lagik? sy merupakan peserta sunathon di sabah. walaupun saya bukan pelajar medic ums.

Saya mengenali blog nih melalui hanisah-UIA ketika kita baru abis tazkirah subuh, ahad kelmarin. bahkan beliau mencadangkan kepada sy supaya mempelajari cara2 nak buat blog memandangkan kita mempunyai minat yang sama iaitu MENULIS, MENULIS DAN MENULIS.

bagaimana dengan percutian di sabah? semoga percutian itu bukan semata2 bercuti untuk hilangkan tension tapi semoga percutian afeera di sabah menambahkan lagi iman di dada dan semangat dakwah di jiwa afeera, insyaAllah. doakan sy juga istiqomah dalam perjuangan hidup ini. saudariku, sesungguhnya ketahuilah bumi sabah ini memang indah dan cantik dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan tapi saudariku, jauh di sudut hati ini ingin menyatakan satu kebenaran mengenai bumi sabah- sesungguhnya bumi sabah ini kekeringan dan dahagakan pendakwah2 seperti saudari afeera. bumi sabah ini amat kontang dari sudut agama dan memerlukan tenaga2 pendakwah yang komited membuat kerja2 dakwah di sini.

saya berterima kasih atas artikel afeera mengenai "BERAT HATI...".
sebenarnya sy juga berat hati untuk ke kudat. tapi bukan kerana beban yang ditanggung. tapi memikirkan niat di hati saat itu hanya datang ke situ untuk bercuti2, sekadar berseronok2. Alhamdulillah sy tabahkan hati, kuatkan hati dengan doa, moga Allah berikan petunjuk dan luruskan hati ini. apa yang membuat sy rasa sangat2 terharu bila memikirkan hadiah yang cukup besar dari Allah buat sy apabila sy sampai di kudat.

pertamanya, pertemuan dengan sahabat2 yang sealiran, sejiwa, sehati, seukhuwah. saya gembira bertemu sahabat2 ketika tazkirah berlangsung. dalam hati ingin saya menangis terharu-"Ya Allah, aku takut datang sini(smk skutai)kerana bimbang aku akan bersukaria, berseronok2 tapi Engkau hadiahkan aku sahabat2 yang sama sedang mencari hakikat hidup sebagai seorang muslim. aku takut datang sini kerana niat yang tidak ikhlas tapi Engkau hadiahkan aku sahabat2 di mana aku boleh berkongsi tazkirah.

kedua- hadiah yang paling besar sy rasakan dari Allah iaitu sunathon. Ya Allah, sy tidak pernah bermimpi atau terfikir untuk melakukan@melihat "sunat" pada orang lelaki di hadapan mata sy.tapi Allah pilih sy sedangkan sy tidak tahu menahu bahkan nama setiap alatan yang diperlukan pun sy tidak tahu apatah lagi nama2 setiap langkah yang perlu dilakukan. Ya Allah, terasa diri ini amat hina dan kerdil di hadapan-Mu saat menerima hadiah ini. sy terfikir kawan2 lain yang terpaksa belajar setahun dua, barulah berkesempatan melakukan sunathon. tapi Allah pilih sy untuk melakukannya tanpa perlu belajar begitu lama, tanpa perlu ikut apa2 kursus bersunat. Ya Allah, hinanya diri ini saat menerima hadiah ini. apa yang saya dapat dari sunathon ini, menambahkan lagi keyakinan pada agama yang sy pegang. indahnya ciptaan Allah dan indahnya setiap ketetapan Allah. dari sunathon ini, Allah berikan sy peluang melihat dengan mata kasar mengapa bersunat perlu dilakukan kepada lelaki, Masya Allah...! saat itu, rasa-rasa di hati ini ingin berteriak, ingin menyedarkan umat islam di sabah khususnya, betapa pentingnya bersunat. saat itu,rasa-rasa di hati ini ingin menjerit pada semua kawan2 non-muslim tentang indahnya agama yang sy pegang...! tapi sayangnya sy hanya mampu berteriak dan menjerit dalam hati....Astaqfirullah Al'Aziim..

ketiga,Allah berikan sy sahabat bernama afeera, sekalipun hanya sempat bersalaman dan bertanya nama, tapi jauh disudut hati ini merasa sangat gembira. rasa perit akan pertemuan yang sebegitu singkat, namun sy tetap bersyukur. semoga ukhuwah ini berterusan.

afeera, doakan sy istiqomah dalam pencarian makna hidup ini....

syukran jaziilan.
ilal liqo' wa ma'assalamah...

siti maryam-UMS,
sunathon 2008,
smk skutai, kudat.
mukhlisah_nur@yahoo.com

Anonymous said...

ni sebuah sajak untuk afeera...

ku berdiri tegak,
ku sebut kalimah-Mu satu satu,
ku ruku' bertasbih,
ku sujud,
tak ingin rasanya ku bangun,
tapi bagaimana dengan tanggungjawabku yang lain?

ku titiskan air mata perpisahan,
lalu ku tadah tangan mengharap cinta-Mu,
layakkah aku.....?

mukhlisah_nur@yahoo.com
UMS

Ummu Afeera said...

ya Allah..tak sangka begitu cepat mukhlisah mencari blog ini...saya akui ukhwah ini indah...kita berkenalan hanya sebentar sahaja...tazkirah muklisah pagi itu mengenai ukhwah amat bermakna...insya Allah saya akan cuba menulis kembali catatan kembara ke Sabah..buat masa ini saya perlu memberi laluan pada peperiksaan esok hari dan juga hari jumaat..pro exam pula pada 20/6...

saya akui Sabah sememangnya indah dan Sabah menanti para duat...insyaAllah, saya pasti akan mendatangi Sabah sekali lagi..mukhlisah sememangnya orang Sabah ye? salam ukhwah dan salam perjuangan dari bumi Semenanjung..

ukhtuki fillah,
Ummu Afeera Zainulabid

Azlin Halim said...

assalamualaikum..

selesai sudah satu lagi perjalanan, selesai sudah satu lagi perjuangan..
namun yang pasti, cabaran yang lebih hebat pasti mendatang untuk hambaNya yang beriman, dalam perjalanan panjang mencari erti hidup..
duhai sahabat, jangan mudah berputus asa.. jangan terlalu kuat was-was dengan apa yang akan dilakukan..yakinlah..semua yang terjadi adalah Sunnatullah..
hidup ini panjang.. tanggungjawab ini berat.. mungkin anda ada approach yang berbeza terhadap kumpulan yang berbeza namun yang pasti akhirnya tujuan kita adalah sama.. membawa sebanyak mungkin manusia mengenali tuhannya.. bertemu diri mereka.. dan memahami tujuan asal mereka diutus kedunia..

*huu~..takutnye nak exam!

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

kak lin, saya akui kata-kata kak lin...baru selesai satu perjalanan yang panjang..

kak lin, selepas ni kalau ada apa-apa program lagi, babitkan sahaja saya..saya ingin bersama kak lin dan sahabat-sahabat yang lain dalam perjuangan ni...

sememangnya rasa takut yang amat untuk menduduki exam...moga Allah mentakdirkan yang terbaik...