Terima kasih, Kak Khoir kerana sudi bertanyakan khabar saya. Kita tidak pernah bertemu, tapi Allah menanamkan erti ukhwah ke dalam hati kita. Ana uhibbuki fillah wa fil islam.
Penyakit saya menjadi lebih serius Jumaat lalu. Sakit tekak saya menjadi-jadi sehingga saya tidak mampu menelan air liur sendiri. Keperitan menjalar sehingga telinga dan kepala saya juga merasakan kesakitan yang tidak terperi. Saya pergi ke klinik akhirnya kerana tidak mampu menahan lagi kesakitan.
Rupa-rupanya, sakit saya berpunca dari telinga. Telinga saya bernanah di sebelah kanan. Saya tidak merasakan kewujudan nanah itu pada mulanya. Sememangnya hebat perancangan Allah kerana sekiranya saya bertemu doktor sebelum saya merasakan sakit telinga, pastinya saya akan mengambil rawatan untuk demam dan sakit tekak sahaja. Doktor mengesyorkan saya mengambil ubat tidur. Saya menolak pada mulanya. Tapi doktor tersebut mengatakan bahawa sakit ini akan melarat lagi dan meminta saya berehat. Akhirnya, saya bersetuju untuk mengambil ubat tidur tersebut.
Tiada siapa bersama saya sewaktu saya di klinik. Cukuplah Allah untuk menemani saya. Saya gagahkan diri untuk menaiki bas dan kemudian berjalan dari Cyberia ke apartment. Saya hampir pengsan saat itu kerana kesakitannya sangat luar biasa. Tapi Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan untuk saya berjalan lagi malam itu. Tiba sahaja di rumah, saya makan sedikit roti dan mengambil ubat. Saya tidak mampu membuka stokin sendiri saat itu. Apa yang bermain di fikiran saya saat itu, bagaimana sakitnya Sakaratul Maut? Saya tidak mampu meneguk hatta seteguk air saat itu. Saya tidak mampu mengambil wudhu’ atau bertayamum untuk solat Isya’. Saya solat Isya’ dengan bahasa isyarat sahaja.
Teringat kata-kata seorang ulama’, orang beriman ni sikapnya sama sahaja apabila dia menerima RM 10000 dan kehilangan RM 10000. Yang pasti, sikap saya begitu berbeza di saat saya sihat dan sakit. Di kala saya sakit, bibir tidak sudah-sudah mengungkapkan “Allah ! Allah!”. Berbeza di saat sihat, saya banyak melupakanNya. Ya Allah, maafkan hambaMu ini di atas kelalaiannya.
Tiada siapa mengetahui betapa sakitnya kesakitan yang saya alami saat itu melainkan Allah. “Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan), dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?” (Surah AlMulk: 14). Housemate saya memberitahu bahawa degree of pain (tahap kesakitan) yang paling tinggi adalah ketika sakit gigi, seterusnya sakit telinga dan ketiga barulah sakit bersalin. Ini adalah disebabkan sakit gigi dan sakit telinga berhampiran dengan otak yang merupakan sebahagian dari CNS (Central Nervous System). Saya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran fakta tersebut. Allahu A’lam. Allah lebih mengetahui segalanya.
Teringat saya sebuah kisah mengenai seorang lelaki dari kalangan Bani ‘Abs yang pergi mencari sejumlah untanya yang hilang. Tiga hari lamanya dia tidak pulang kerana mencari untanya itu. Padahal dia seorang kaya yang memiliki segalanya. Harta dan keluarganya berada di sebuah rumah yang mewah dekat aliran air di daerah Bani ‘Abs. Mereka hidup enak, aman dan tenang. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa sebuah bencana boleh saja menimpa mereka, musibah boleh sahaja mengancam mereka.
Pada suatu malam semua keluarganya tidur lelap, baik yang dewasa mahupun yang kecil, sedang harta mereka berada bersama mereka di tempat yang datar, sementara bapa mereka tiada, mencari barangnya yang hilang. Pada saat itulah Allah mengirimkan air bah yang menerjang bukit-bukit seperti debu. Dan itu terjadi di akhir malam. Semuanya hanyut, rumah-rumah mereka hanyut dibawa arus yang deras, harta mereka musnah, dan semua anggota keluarganya ikut dibawa air. Kini semuanya hanya tinggal bekas, seakan-akan mereka tidak pernah ada.
Setelah tiga hari mencari, si bapa ini pulang bersama unta yang kembali dijumpainya ke lembah tempat tinggalnya. Tetapi dia tidak merasakan kehadiran seseorang, tidak terdengar suara, tidak ada apa yang dinamakan hidupan, tidak ada orang untuk berbicara dan tidak ada keceriaan. Tempat itu datar sama sekali. Ya Allah, sungguh sebuah bencana yang sangat berat, tak ada lagi isteri, tak ada lagi anak-anak, tak ada lagi kambing, tak ada lembu, tak ada dirham, tak ada dinar dan tak ada pakaian. Tak ada apa-apa. Sungguh sebuah musibah yang menghancurkan.
Selanjutnya, musibah tambahan yang lain menerpa. Seekor unta jantan yang baru dijumpainya terlepas. Dikejarnya unta itu. Ketika sudah hampir tertangkap, unta itu menendang wajah si bapa itu, yang membuatnya buta. Si bapa pun berteriak-teriak dengan harapan ada orang yang akan membawanya ke tempat yang dapat dia jadikan untuk berteduh. Selang beberapa hari kemudian, suara itu didengar oleh seorang Arab Badwi. Dihampirinya orang itu dan dituntunnya. Kemudian si bapa buta ini dibawa menghadap Al-Walid bin Abdul Malik, khalifah di Damsyik. Si bapa itu pun menceritakan kejadiannya seluruhnya. Kata Al-Walid: “Lalu bagaimana sikapmu?” Jawab si bapa itu: “Saya redha kepada Allah”.
Saya kagum dengan kisah tersebut. Meniti kalimah agung pada bibir si bapa. Redha, bukan mudah untuk mempraktikkannya. Moga Allah mengurniakan saya kesabaran dan redha dalam menghadapi segalanya. Saya mohon maaf kepada kedua ibu bapa saya kerana membuat mereka risau. Hanya mereka sahaja yang saya rasakan menyayangi saya dan menerima saya seadanya. Sakit ini menyedarkan saya mengenai hakikat manusia. Saya sudah berputus asa mengemis kasih dari manusia lain. Moga doa mathurat yang saya amalkan menjadi kekuatan saya – “Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri”.
Ala kulli hal, Alhamdulillah sakit saya sudah berkurangan saat ini, namun saya menghadapi masalah pendengaran. Terasa betapa nikmatnya pendengaran yang Allah kurniakan selama ini. Saya perlu bertemu dengan doktor lagi esok untuk mengeluarkan nanah tersebut. Doakan saya.
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”. ( Surah Assyuara : 80)

4 comments:
Dik, sakit bersalin ni, sakitnya umpama nak tercabut kepala rasanya. Jgn kata nak teguk air, nak pegang kertas sekeping pun tak larat. Berpadanan dgn kadar ketaatan yang perlu kita berikan kpd kedua org tua kita.
Tapi yang hebatnya, kuasa Allah membuatkan ibu-ibu ni tak serik2 nak melahirkan anak walaupun sakit yg teramat :-)
ummul huur
Assalamu'alaikum
Dik ummuafeera,kaifa haluki?mg keadaan beransur baik.teruskan perjuangan mencari ilmu.mg ilmu yang diperoleh, kelak dapat kita amalkan setelah bergelar ahli perubatan kelak.insyaAllah, tanamkan niat untuk berkhidmat hanya keranaNya.mg Allah mempermudahkan kita.Adik medic tahun berapa ye?
Buat kak ummul huur..
Itulah kekuatan yang Allah beri pada seorang ibu. Mg dalam kesakitan melahirkan zuriat ini menjadi satu perjuangan utk kita melahirkan zuriat yang bakal meneruskan perjuangan Islam kelak.Doakan kami menjadi ibu mithali juga =).InsyaAllah
Terima kasih, kak ummul huur di atas komen tersebut...
ia menyedarkan saya kasih ibu yang tidak terhingga...
masih dlm ingatan apa yang pernah dinukilkan oleh ustaz hasrizal di websitenya...
selalunya wanita yang solehah akan merasakan kesakitan yang tidak terperi sewaktu melahirkan anak, namun mudah melepaskan nyawanya..
berbeza dengan wanita yang berzina, mereka mudah melahirkan anak, namun sukar melepaskan nyawanya kelak..Allahu a'lam..
ala kulli hal, nasihat akak menyentuh hati saya..
doakan saya menjadi anak yang solehah yek..
teringin rasanya untuk bertaaruf dengan akak..
saya pernah mendengar bahawa sakit bersalin adalah sakit kedua selepas sakit sakaratulmaut...saya tidak pasti sekiranya ianya adalah hadis ataupun tidak..
sudi kiranya ada yang membetulkan...
terima kasih kak atas segalanya..
kak khoir...alhamdulillah saya sudah beransur sihat...
hmmm...saya masih di tahun pertama pengajian...
masih panjang lagi perjalanan saya sebagai seorang pelajar perubatan..
doakan saya..
Post a Comment