Tuesday, March 28, 2017

Sepi..

Baru-baru ini kami ziarah seorang sahabat yang baru melahirkan anak kedua. Dan ketika itu kami saling bertukar cerita.

Seorang sahabat lain meluahkan, memutar kenangan lalu. Luahannya sangat mengesankan saya.

Dia memutar kenangan ketika zaman blog adalah medium perkongsian popular. Ketika itu ramai yang menulis pengalaman hidup yang penuh tarbawi. Memugar jiwa-jiwa muda ketika. Teringat kenangan lebih 10 tahun lalu. Subsribe Google Reader. Setiap hari akan menemukan bingkisan yang menggetarkan hati, memuhasabah kehidupan.

Namun kini sangat sukar mencari tulisan-tulisan sebegitu. Boleh dikira dengan jari penulis-penulis sebegitu yang masih ada lagi.

Kini newsfeed dibanjiri dengan perkongsian-perkongsian bisnes dan lainnya. Terselit satu dua entri berkisar tarbiah namun jarang mengesankan pembaca.

Kalau dulu, sangat sukar mengenali akhawat-akhawat. Tak mungkin raut wajah terpapar di medium sosial. Bicara ketika halaqah, program menggentarkan.

Kini wajah yang ayu, dengan fesyen yang pelbagai mempromosi bisnes.

Sedang masyarakat masih mengharapkan tulisan-tulisan yang menghidupkan. Tulisan alifnunwau nymous misalnya dinanti oleh masyarakat. Dulu ramai penulis seperti itu, yang hadir ke liqa dan ingin berkongsi. Segala kehidupan dilihat dari kaca mata tarbawi. Namun mereka hilang di saat dunia menantikan hadirnya daie?

Lontaran sahabat tersebut sangat menusuk kalbu. Salahnya di mana? Dunia pekerjaan yang membunuh?  Kehidupan kini yang mendesak antara dharuriyat, hajiyyat, tahsiniyyat? Atau sebenarnya wahn telah menjangkiti kita..

Persoalan yang perlu kita jawab atau segalanya akan pupus..

Wednesday, March 08, 2017

Pudar...

Lagi lama saya dalam bidang perubatan, lagi keyakinan saya pudar. Banyak yang saya tak tahu. Selalu rasa bodoh yang amat. Dan beransur masa, saya hilang semua keyakinan diri. Stamp pad saya ringkas, menggambarkan keyakinan diri yang telah lama hilang.

Terkadang rasa nak pergi jauh. Kesian pada suami dan anak. Hari ni suami EL lagi. Anak sakit. 3 minggu lepas Fahad masuk wad. Selepas itu Fatih masuk wad. Semua keadaan suami yang EL. Kami bermalam di hospital.Dengan semua yang terjadi di hospital, terkadang saya tak tahu apa yang sedang saya lakukan. Berbaloi ke semua ini?

Hidup pun sakit. Mati pun sakit. Master ini tiada dalam perancangan kehidupan. Takdir kerana PJJ, yang akhirnya membawa saya ke bumi ini. Susah yang amat. Dakwah hilang. Anak-anak kehilangan ibunya. Sakitnyaaa ya rabb...

Nak ucap pada diri, selamat hari wanita! Moga Allah tunjukkan hikmah