Tuesday, November 25, 2014

Dunia BM..

Saya pernah aktif dalam D&T. Namun perjalanan penuh rona. Saya berkahwin dan kini dikurniakan zuriat. Lantas fasa ini ternyata berbeza. Ujian Allah juga, saya masih diuji dengan PJJ. Saat hamil saya masih mampu berlari. Namun setelah bayi saya lahir, ternyata saya diuji di atas jalan ini. Saya kira saya masih mampu berlari. Saya letakkan anak saya di car seat namun ujian Allah bayi kecil saya tak mahu duduk di car seat. Dan dia akhirnya trauma dengan gelap, kereta dll. Ya, program malam. Silauan lampu, lori yang lalu menakutkannya. Dia menjerit-jerit. Kadang terbawa-bawa sehingga beberapa hari. Pengalaman itu membuatkan saya sedar beberapa perkara. Dan banyak pelajaran hidup yang saya kutip dari syuyukh dan akhawat lain. Ini hikmah yang saya pelajari.

1) Sekiranya kamu tidak pernah membuat sesuatu, jangan expect orang lain mampu melakukannya. Dan sekiranya kamu pernah mampu melakukan sesuatu, jangan expect orang lain mampu melakukannya. Kerana ternyata manusia berbeza. Saya suka tulisan Salum A Fillah - karena ukuran kita tak sama.

2) Kamu perlu belajar hakikat bahawa fasa BM akan sangat menguji. Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya. 

3) Jangan segmentalisekan hidup. Jangan sekali-kali menyangka tugas sebagai ibu dan isteri bukannya dakwah. 

4) Jangan berfikiran bahawa dakwah hanya ketika kita di luar rumah. Rumahlah medan dakwah kita yang sebenar. Di sinilah semua kelemahan kita akan tersirna. Keluarga yang duduk sehari-hari dengan kita yang mengetahui kelemahan kita. Bermujahadahlah dengan sebenar-benarnya di rumah.

5) Terus-terusanlah berfikir bahawa rumah adalah ladang pahala yang luas buat kita. Penat tapi kena fikir pahala.

6) Di mana-mana fasa kehidupan kita, bukan pandangan naqibah atau orang lain yang penting. Di mana-mana fasa kehidupan kita, hubungan kita dengan Allah yang paling penting. Di akhirat kita perlu berdepan dengan Allah yang mengetahui setiap zarah segala yg bermain di hati kita.

7) Kalau kita terlihat kebahagian manusia lain, terus doakan mereka. Percayalah di sebalik tabir, ada takdir yang menguji setiap dari kita.

8) Niat dan bercita-citalah tinggi meski kudrat sangat terbatas. Betapa banyak amal yang menjadi besar di sisi Allah kerana niat.

9) Saat diuji, carilah wajah sahabat- sahabat yang pernah diuji. Mungkin satu masa ada ujub dalam amal-amal kita, kita lupa sahabat-sahabat kita yang diuji sehingga kaki mereka sangat terbata-bata di atas jalan ini. 

10) Pesan seorang ukhti, di atas jalan ini kita punya pilihan. Sama ada menjadi Latifah, isteri Assyahid Imam Hassan Al Banna atau menjadi seperti Zainab AlGhazali. Latifah tidak dikenali dakwahnya tapi menjadi pendukung tegar dakwah suaminya. Dialah yang membesarkan anak-anak dengan baik malah saat kesyahidan Assyahid, dia sedang hamil. Dialah madrasah pertama anak-anaknya. Namun kita juga punya sosok peribadi seperti Zainab AlGhazali yang tegar dakwahnya. Di dalam seerah juga kita belajar banyak peribadi Ummahatul Mukminin. Sama ada mahu menjadi persis Saidatina Khadijah atau Saidatina Aisyah. Namun menurut ukhti tersebut kita punya pilihan yang lebih baik. Saat di luar rumah, kita menjadi seperti Zainab AlGhazali dan saat di rumah kita menjadi seperti Latifah.

11) Insya Allah akan timbul mentari setelah gelap. Kalau kini sedang merangkak, yakinlah dengan Allah yang mengetahui hati kita. Pasti akan tiba masanya kita pasti berlari. Seorang syuyukh kita mampu ke Palestin setelah fasa membesarkan anak-anak. 

12) Rumah kita akan mendefinisikan dakwah kita. Jagalah cacat cela rumah kita sebaiknya. 

13) Berbincanglah dengan keluarga/ naqibah atau akhawat. Ya, saya pernah merasakan mahu lari dari D&T kerana tiada yang memahami. Percayalah pasti ada yang sudi mendengar dan memahami.

14) Bersedia dengan fikiran dan mental bahawa fasa BM mempunyai banyak kejutan yang tak dijangka. Kini kita adalah isteri, ibu, anak, menantu dan punya dua keluarga besar yang perlu disantuni.

15) Inilah fasa untuk kita lebih menghormati syuyukh yang lama bertatih di atas jalan ini. Mereka mampu bertahan di jalan ini. Dulu semasa dara kita tak mengerti kesukaran mereka dan sering expect sesuatu yang besar dari mereka. Inilah tarbiah Allah untuk kita.

16) Saya membaca juga artikel dari satu blog popular tentang BM yang ideal. Expectation terhadap senior ikhwah akhawat mereka. Percayalah setiap dari mereka diuji dengan ujian berbeza.

17) Sekiranya masih muda belia, belum meniti alam BM, dekati akhawat yang sudah berBM. Di sana akan ada banyak pelajaran berguna yang akan kamu pelajari. Belajar untuk berdikari dan expect less dari mereka yang sudah berBM. Belajar memahami. Usah ditahan-tahan akhawat/ makcik-makcik di dalam program sehingga lewat malam.

Semua ini saya pesan berkali-kali pada diri sendiri kerana dunia BM adalah dunia yang penuh mujahadah.

Thursday, September 18, 2014

Cemburu..

Jujur saya cemburu apabila melihat pemergian seorang adik saudara saya ke alam abadi. Noor Afiqah, ye saya cemburu pada dirinya.

Saat mahu mengenalkan keluarganya kepada zauj pada awal perkahwinan kami, saya turut memberitahu zauj kekaguman saya pada dirinya.

Lahir dalam keluarga yang biasa, dia menjadi sangat luar biasa. Membawa usrah anak gadis, saya pernah mendengar perbualan anak gadis mengenai lelaki. Tapi Afiqah tidak begitu. Tak gedik, auratnya sangat terjaga hatta di kampung. Tak pernah mengumpat, wajahnya penuh kemanisan. Dia menyentuh hati manusia-manusia di sekelilingnya. Orangnya matang. 

Saya baru membeli buku Menalar Makna Diri oleh Ustaz Hasrizal. Buku yang baru di pasaran itu ada di rak bukunya juga. Ya, pembacaannya juga menunjukkan kematangannya. 

Dia pergi tiba-tiba setelah demam dua hari. Ya, sebagai doktor saya ada banyak differential diagnosis.Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Dia telah tiada di dunia fana ini. 

Ciuman terakhir pada dahinya. Melihat kain kafan yang membalutinya, melihat orang mengusung jenazahnya menimbulkan keinsafan pada diri ini. Lebih menginsafkan, apabila semua mulut berbicara mengenai kebaikannya. FBnya  juga memaparkan komen-komen yang baik terhadap dirinya.

Lantas saya mendefinisikan kejayaan semula. Kejayaan yang hakiki adalah tika mana kita memperoleh khusnul khatimah. 

Kecemburuan saya tidak berakhir di situ. Kadang terjadi konflik kecil suami isteri, dan saya akan bermonolog sendiri, "Bestnya Afiqah, tidak diuji dengan semua ini". Dia pergi pada usia 22 tahun saat sedang ada yang sedang merisiknya. Cemburunya saya pada dirinya. 

Kecemburuan itu menjadi-jadi sehingga banyak tanda tanya dalam diri ini. Adakah Allah tak menyayangi diri ini? Terlalu banyak kelemahan diri sehingga saya jadi penasaran memuhasabah diri. 

Dalam kelesuan iman dan ribuan persoalan yang berlegar dalam ruang minda, saya menghadiri pengisian dari Sheikh Dr Ibrahim Munir, pimpinan ikhwan yang turut hadir semasa muktamar Pas. 

Saya tahu Sheikh berbicara soal-soal yang besar, tentang dakwah, ummah dan sebagainya. Namun pengisiannya menjawab beberapa persoalan yang hadir dalam diri ini. 

Hakikat pahala di sebalik ibtila', ujian yang berlaku. Betapa di akhirat nanti, golongan yang tidak diuji akan mencemburui mereka yang diuji. Rupanya ujian-ujian dan tingkat kehidupan yang dilalui kini adalah sumber pahala yang mengalir. 

Dan saya tersentak mendengar pengalamannya bersama Assyahid Syed Qutb. Saat Assyahid Syed Qutb dijatuhkan hukuman gantung, Sheikh ada berbicara dengan Assyahid,"Ujian yang kamu hadapi sekarang ini, Allah takkan membiarkan kamu!" 

Apa jawapan Assyahid Syed Qutb yang cukup menggentarkan hati-hati manusia, "Di dalam ujian ini, yang penting adalah di mana kamu dalam dakwah?!"

Allahu akbar! Keberadaan yang hampir dengan ajal, dan masih mengingati dakwah. Saya teringatkan hadis ghulam, betapa kematian ghulam menghidupkan hati-hati yang lain. 

Dalam ujian kehidupan yang kita lalui misalnya housemanhip, MOship, masalah di tempat kerja, konflik perkahwinan, anak dan lain-lain, di manakah kita dalam dakwah?

Wednesday, September 10, 2014

Duri ujian..

Entahlah, saya perlu menulis. Menuangkan segala keluh kesah yang berlegar di minda. Penat. Teruji. Semuanya sedang saya lalui kini. Yang pasti saya merasakan saya berseorangan. Lantas cuba mengingatkan kembali, Allah itu ada di sisi. 

Jalan dakwah yang saya cintai. Jalan yang telah menemukan saya dengan banyaknya kelemahan diri sendiri. Saya mengakui kesilapan diri cuma dunia terlalu suka mengadili. Saya jadi pesimis untuk melangkah. 

Mungkin Allah 'menghinakan' saya kini untuk saya belajar dan menarbiah diri. Cuma serasanya kali ini saya rasa ditinggalkan. Adakah ini juga yang dilalui oleh akhawat lain yang tidak saya temui lagi kini di atas jalan ini? Adakah ini pengajaran untuk saya yang mengabaikan hak-hak ukhwah?

Ada tarbiah dalam semuanya..

Thursday, July 10, 2014

ﻓﺎﺗﺢ حارص


Pada dirimu yang lahir saat tangisan ummah kedengaran..

Kami namakan dirimu Fatih Haris..
ﻓﺎﺗﺢ حارص

Moga tarbiah ilahi mengikuti di setiap langkah kehidupanmu..

Di sebalik nama, abi dan umi punya cita-cita dan cinta..

Fatih si pembuka, laksana Sultan Muhammad Fatih yang membuka kota Constantinople..

Haris.. punya dua sebutan…sama ada haris atau harits…hujungnya shad atau tha..

Kedua-duanya punya makna yang sangat indah anakku..

Kami ingin engkau mengerti..

Haris..hujungya shad...maksudnya yang mengawasi atau menjaga…seperti yang disebut-sebut dalam satu muwosofat tarbiah..harisun ‘ala waqtihi…yang menjaga waktunya….atau penggunaan lain dalam bahasa arabnya seperti dalam mukhayyam yang kami lalui, di sana ada hirasah, kawalan keselamatan..

Harits…hujungnya tha..maksudnya memelihara tapi penggunaanya lebih kepada memelihara nilai-nilai..

Menurut seorang teman yang kami percayai kemampuan bahasa Arabnya..andai mahu dipadankan dengan Fatih, lebih baik Haris..hujungnya Shad..maksudnya sang pembuka persis Sultan Muhammad AlFatih yang mengawasi (kota/wilayah)…

Betapa kami punya cita-cita besar anakku..

Di sana, kami juga membaca hadis..andai kami mahu memanggilmu Harits…hujungnya tha..

'Namakanlah diri kalian dengan nama-nama nabi, dan nama yang paling disukai Allah Subhanahu waTa`ala adalah Abdullah dan Abdurrahman, dan yang paling benar di antaranya adalah Harits dan Hammam, sedangkan yang paling buruk di antaranya adalah Harb dan Murrah'."

(Sunan Abu Dawood 3: 4140)

Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah (hamba Allah) dan Abdul Rahman(hamba kepada Arrahman). Dan nama yang paling benar ialah Harits dan Hammam. Yang paling buruk ialah Harb (peperangan) dan Murrah (kepahitan).

Maksud Harits adalah mereka yang menanam anak benih. Dan Hammam ialah mereka yang berusaha menghidupkan anak benih tersebut sehingga menjadi tumbuhan yang indah. Hadis yang sangat futuristik. Bukan hanya cukup menjadi hamba Allah dan hamba Arrahman, tetapi perlu berusaha menjadi Harits dan Hammam.

Ya, sangat-sangat penting untuk menanam benih-benih Islam di mana sahaja. Dan sentiasa berusaha. Kami ingin engkau menjadi seperti itu, menanam benih iman di setiap langkah… dan engkau suburkan benih tersebut sehingga menjadi pohonan yang cantik yang kelak akan memberikan hasilnya pada insan lain pula.

Kami ingin engkau menjadi persis pemuda Kahfi. Mereka tinggalkan benih iman di satu tempat. Meskipun mereka tertidur di gua tapi tidur mereka menjadi sangat bermanfaat. Hatta tidur, Islam terus tertegak di luar. Sebab mereka adalah Harits. Mereka telah menanam benih iman. Liku-liku perjalanan mereka dipenuhi dengan iman.

Kami ingin engkau menjadi fityah itu anakku…

Yang terus mendoakan, 
Abi dan umi…