Tuesday, December 17, 2013

Mar'ah Muslimah...

Sharing dari Ustaz Wan dan Makcik Wan semasa usrah yang lalu:

 - Sharing berdasarkan tulisan Assyahid Imam Hassan Al Banna Mar'ah Muslimah.
 - Peranan wanita ada 3:
  1/ Terhadap Allah
  2/ Terhadap ahlinya - ibu bapanya bagi yang belum berkahwin, yang dah berkahwin terhadap suaminya, juga terhadap anak dan kerabatnya
   3/ Terhadap masyarakat
 - Pertamanya, memang kena settle dengan Allah dulu. Tak settle dengan Allah, tak boleh tengok yang lain. 
 - Kedua, terhadap keluarganya. Kena settle segala urusan di rumah. Kalau yang belum kahwin, ibu bapa lagi besar peranannya dari naqib/ naqibah. Kena pandai berdiplomasi untuk D&T!
 - Ustaz bawa kisah wanita yang tidak keluar rumah melawat ayahnya yang sakit lantaran suami tiada di rumah dan dia belum meminta izin suaminya. Sehinggakan si ayah meninggal dunia. Syurga bagi wanita tersebut dan si ayah juga mendapat syurga kerana mendidik anaknya sebegitu. 
 - Semua hal kena minta izin suami - keluar rumah, belanja rumah
 - Bila dah settle hal di rumah, barulah datang D&T!
 - Tanya dengan ustaz, kalau nak tunggu settle hal Allah dan hal di rumah, tidak keluar dakwahlah.. Huhu.. Jawab ustaz, salah  pemikiran itu. Orang yang settle Allah dan ahlinya (keluarganya), lagi kencanglah dakwahnya! At the end, memang kena muhasabah balik mutabaah amal! Sejauh mana hubungan kita dengan Allah.
 - Bagaimana dengan kerja kalau kita rasa even kerja kita pun merampas hak Allah? Selalunya sebagai doktor, kena banyak bersabar. Ada short term beberapa tahun yang kita kena suffer. Kalau niatnya kerana Allah, semua sengsara, tersiksa itu adalah pahala!
 - Kalau ada masalah - Allah? Hal di rumah? Dakwah ? Mana yang nak settle dulu? Yang paling dekat dengan kita seperti susunan itu. Seperti kawanan lembu di kandang. Kalau ada yang lari dari kandang, apa yang nak buat dulu? Kawal yang dah sedia ada di kandang, kemudian cari yang paling dekat, dan baru cari yang lain. Mula dengan yang paling dekat dengan kita. 

Allahu A'lam

1 comment:

izzati said...

Salam kak afeera. okay saya faham kena ikut susunan kan. macam mana kalau situasinya Allah mmg suruh kita jadi abid dan khalifah so kita nak pergi usrah daurah, but a the same time parents halang. so nak bertanggungjawab/ikut arahan yang mana kak?