Saturday, December 18, 2010

Innalillah...

Saya ingatkan saya tidak akan mengupdate blog sehingga tamat Professional Exam saya yang bermula Jumaat ini. Tapi membaca pemergian seorang blogger, saya tidak mampu menahan diri dari menulis. Pemergian Dr Mas Afzal sesungguhnya menjadi peringatan yang amat besar bagi saya. Blognya telah lama saya ikuti. Catatannya meninggalkan kesan di dalam qalbu saya. Dan sungguh saya menangis hari ini.

Beberapa hari yang lepas juga saya bercerita dengan seorang teman mengenai blognya. Lama saya tidak mengikuti updatenya. Ternyata rupanya dia sedang menghadapi saat-saat terakhir kehidupannya.

Terkadang kita mengejar sesuatu yang tidak pasti. Kita mengejar dunia yang tidak pasti ini. Siapa yang pasti bahawa dia akan menduduki peperiksaan? Siapa yang pasti dia akan berkahwin dan menimang anak? Siapa yang pasti bahawa kehidupannya penuh dengan rona keindahan? Tiada siapa yang pasti semua itu. Tapi kematian adalah sesuatu yang PASTI. Sungguh PASTI.

Bagi mereka yang tahu hakikat kematian itu PASTI, pasti juga tidak akan melupakan diri menyediakan amal untuk dibawa pulang bertemu Ilahi.

Tadi ada kelas revision yang terakhir untuk exam. Dr S tunjukkan kami video-video tentang beberapa penyakit untuk membantu pemahaman kami.

Sungguh medicine is too much. Terlalu banyak yang perlu diketahui. Huntington Disease, Spinocerebellar Ataxia dan deretan lagi penyakit-penyakit yang ada di dunia ini hakikatnya menunjukkan kekuasaan Allah. Sungguh Dia sangat berkuasa.

Dari sekecil-kecil malignant melanoma yang ada di kulit, ia mampu merebak (metastasis) ke tempat lain. Masya Allah! Dan sungguh Allah berkuasa.

Teringat lagi kata-kata seorang pesakit psikiatri saat ditanya mengapa dia tidak mampu tidur pada waktu malam. Katanya, "Cuba bayangkan sijil kelahiran awak adalah sijil kematian awak".

Allahu Akbar! Mungkin kita tidak banyak mengingati mati. Namun ingat-ingatkanlah diri akan mati yang PASTI itu. Ingat-ingatkanlah diri akan pertemuan dengan Allah yang Maha Berkuasa!

Moga Allah memberkati pemergian Dr Mas Afzal. Sungguh dia telah berjuang sehingga akhir kehidupannya. Moga Allah memberikan kita juga khusnul khatimah. Ameen.

4 comments:

Azlin Halim said...

sungguh saya pn menangis mendengar berita pemergiannya.. walau hari ini hari pertama sy mendengar dan mengenali dirinya
mungkin umurnya singkat.. namun sungguh banyak hati yg telah disentuh dengan saki baki semangat yang ditinggalkannya utk kita yg masih bernyawa ini..
sungguh mati itu pasti =)..
good luck exam (owh cuak -_-)

Unknown said...

al-fatihah.

Anonymous said...

sy pon turut sedih bila tiba2 kawan post perkara tuh...
Semoga allah merahmati beliau..

anahazirah said...

ummu afeera!
nice to meet u here ukht :)
tersentuh dgn kata psyc patiet tu:

"Cuba bayangkan sijil kelahiran awak adalah sijil kematian awak"
die lebih bijak dr kita semua,lebih m'ingati mati..malunya rs~