Setiap kali exam, pasti ada muhasabah yang Allah berikan. Terlalu banyak exam akademik yang saya lalui sampai dah nak termuntah dengan exam. Semasa tahun 1 dan 2, exam tiap-tiap minggu. Kini, exam tiap-tiap bulan. Exam penting yang terdekat adalah pada bulan Disember nanti.
Sebagai pelajar perubatan, tidak boleh lakukan kesilapan. Kadang penat dan bila tidak dapat jawab, kena marah. Tadi pagi prof cerita. Kalau dalam exam final nanti, tak perasan pesakit itu ada previous scar sebab operation pun gagal.
Dari satu sudut, mungkin ada betulnya. Yalah, kalau salah buat betul-betul dalam dunia realiti, mesti dah bunuh pesakit.
Tapi hakikatnya bukan peperiksaan sahaja. Apa-apa hal pun, manusia tidak akan suka dengan apa yang dinamakan sebagai kesalahan.
Kalau kita buat baik macam mana pun, disebabkan satu kesalahan, habis dilupakan segala kebaikan.
Tapi semasa daurah hujung minggu lepas, kami tadabbur ayat-ayat berkenaan Ibadurrahman yang bermula dari ayat 63 Surah AlFurqan..
Hati terpaut pada ayat ke 70..
“…kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah AlFurqan: 70)
Hebat kasih sayang Allah? Kita bermaksiat, kita yang hina ini berbuat dosa, menyakitiNya, tapi bila buat kebaikan, Dia menggantikan keburukan kita yang dahulu dengan kebaikan…
Siapa yang mampu melakukan sebegitu? Hanya Allah. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Ayat ini mengingatkan satu tulisan di website Imam Suhaib Webb yang amat menyentuh hati saya. Klik sini.
Allahu A'lam..

No comments:
Post a Comment