Pesakit pertama yang saya temui dalam posting surgery semester ini adalah pesakit kanser payu dara. Baik sangat makcik itu. Dia membantu saya semasa history taking dan juga physical examination.
Dia tunjukkan kesan-kesan chemotherapy yang dia lalui. Ada lebam yang banyak kesan dari ujian darah yang dilakukan. Rambutnya gugur. Kaki, tangan dan kukunya kehitaman.
Katanya, dia berseorangan saat mendengar diagnosis tersebut. Ketakutan menerpa. Buntu fikirannya. Tapi di saat dia memberitahu suami dan suaminya begitu memahami, dia beroleh kekuatan.
Anaknya berusia belasan tahun. Katanya lagi, anaknya tahu tapi mungkin belum memahami keadaan yang seserius itu.
Di akhir bicara, saya katakan pada makcik tersebut,"Takpe makcik, moga Allah berikan kesabaran untuk makcik melalui segalanya. Orang yang Allah uji itu Allah sayang. Allah terlalu sayangkan makcik".
Seakan-akan makcik tersebut bertemu sinar baru. Dia menadah tangan, mengaminkan bicara itu berkali-kali dengan mata yang bergenang.
Moga Allah memberi kekuatan padanya.
Cuma teringatkan diri sendiri. Mengapa di saat ujian melanda, saya sering terlupa bicara yang sama bahawa Allah terlalu menyayangi?
Moga Ramadhan ini menguatkan diri saya untuk menghadapi kehidupan. Moga saya tidak takut berhadapan dengan hari-hari yang mendatang, dan moga saya redha dengan segala ketentuan.

1 comment:
dan jika hambaku bertanya ttg Aku, katakanlah aku dekat.. Allah is close, kak feera. closer than close. iA :)
Post a Comment