Saturday, May 19, 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah... Dua hari yang lepas, saya telah berjaya dalam assessment saya di dalam posting obstetrik dan ginekologi. Hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya saya tika itu. Barangkali kegembiraan tersebut kerana saya merasakan kesukaran yang amat sepanjang posting tersebut.

Saya berjanji pada Allah untuk memaafkan setiap insan yang melukai saya sepanjang posting tersebut. Dan saya akan melangkah lagi...

Saya terhutang budi pada Dato', ketua jabatan saya kerana banyak mengajar saya. Jujurnya terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang berada di stesennya, patient admission centre (PAC). Terima kasih Dato' kerana memberi saya seorang consultant yang baik untuk assessment saya. Jujur segalanya dari Allah.

Jutaan hikmah yang saya kutip sepanjang posting ini. Masih teringat tagging yang sangat mengerikan. Teringat saat Allah mengajar saya begitu banyak perkara dalam posting ini. Allah yang memberikan saya segalanya. Allah jualah yang membantu saya sehingga logbook saya penuh. Memang terasa sangat segala ilmu dan segala nikmat itu datangnya hanya dari Allah.

Saya masih merasakan bahawa lulus dalam posting ini adalah keajaiban. Hanya Allah yang mengetahui perasaan tersebut. Di dalam posting inilah saya pernah menangis kerana sedih dan dalam perjalanan pulang tersebut saya bertemu dengan naqibah saya. Terkadang begitu ingin menuliskan segalanya, namun saya kira biarlah kepahitan itu saya simpan sahaja. Dan jujurnya juga, saya merasakan dakwah dan tarbiahlah yang menguatkan saya sepanjang posting ini. Dakwah dan tarbiah seakan oasis di tengah-tengah sahara...

Terima kasih Allah atas nikmat ini...