Beberapa hari ini fikiran saya sangat terganggu dengan perkhabaran di media sosial berkenaan kes sexual abuse di maahad tahfiz. Barangkali kerana saya merupakan ibu bagi dua anak lelaki.
Teringat pengalaman semasa dalam latihan housemanship 3 tahun lalu di jabatan forensik. Setiap house officer (HO) perlu membentangkan satu kes yang dilihat.
Kebanyakan kes yang dibentangkan oleh HO sebelum saya adalah kes MVA - motor vehicle accident tapi saya mendapat peluang melihat satu kes bukan MVA. Kes itu dilihat hujung minggu.
Seorang lelaki muda yang boleh dikategorikan good looking ditemui mati di dalam biliknya yang terkunci dengan beg plastik menyaluti muka dan tank gas helium yang biasanya digunakan untuk meniup belon-belon di majlis keramaian.
Macam-macam spekulasi dibuat. Ingatkan kes bunuh atau lelaki itu membunuh diri.
Datang pakar forensik, dia kata kes itu macam spot diagnosis sahaja.
Kes itu adalah kes autoerotic asphyxia. Pakar forensic itu recreate scene. Lelaki itu sebenarnya balut muka dengan plastik. Cuba kurangkan oksigen di dalam plastik dengan menggunakan gas helium. Perkara tersebut dilakukan untuk mendapat kepuasan seksual tapi dia mati semasa membuat semua itu dalam bilik berseorangan.
Masih ingat lagi pakar forensik itu cakap, jangan hanya kerana benda ini tidak berlaku dalam keluarga kita, ianya tidak berlaku. Ia berlaku dalam komuniti kita. Terlalu banyak laman maya yang mengajar benda-benda gila ini.
Semalam saya pergi HO teaching di hospital. Infectious disease consultant tanya pada HO-HO ini, sama ada HIV adalah treatable atau tak.
Dan seorang HO memberi jawapan tak. Jawab consultant tersebut, 'If you said it is not treatable, i don't have to be here".
Berkali-kali dia pesan pada HO, kalau pergi district atau klinik kesihatan, be open. Be open to talk about men who have sex to men and other things. Be open to catch them early and start treatment for them. Bagi para doktor mesti sedar, recent trend penyakit HIV bukan di kalangan heterosexual tapi homosexual. Kita melihat pesakit-pesakit yang datang dengan perianal discharge, immunocompromised state dan banyak lagi. Dan Wardina dan ZF Zamir highlight punca-punca benda ini berlaku.
Bila Syed Azmi dan Wardina bongkar kisah-kisah sexual abuse ini pada mulanya, hati saya seakan tidak bersetuju. Pada saya ia hanya membuatkan sesetengah orang gila terus berfantasi dan menjadi lebih gila. Saya kira itu sebabnya Allah tidak menyebut pendetailan kisah pembunuhan Nabi Yusuf kerana tidak perlu memberi idea kepada orang-orang gila.
Tapi kes di maahad ini membuatkan cara pandang saya berubah. Untuk pertama kali saya baru tahu berkenaan seks oral 69 dan menggigil saya baca kisah tersebut. Betapa besar kes ini untuk anak dan ibu bapa yang terlibat.
Untuk pertama kali saya rasa masyarakat saya terlalu tenat. Saya rasa semua orang terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil peduli apa yang berlaku.
Untuk pertama kali saya terkejut dengan pernyataan ahli agama yang mengatakan tak perlu viral kisah ini sebab maahad tahfiz hasilkan ramai hafiz. Tiada kewajiban bagi ibu bapa atau masyarakat untuk melahirkan jutaan hafiz tapi menjadi kewajiban setiap ibu bapa, guru dan masyarakat bahawa setiap anak berhak untuk selamat. Apa gunanya jadi hafiz, professional tapi tak mampu berkahwin disebabkan pengalaman silam yang dilalui.
Dan sumpah sedih sangat bila ahli agama rasa kes ini kecil. Seks oral 69 adalah kecil? Apabila seorang anak kecil meluahkan hal ini, apakah kamu rasa kecil? Ianya besar di mata Allah. Cukup besar magnitudnya untuk saya sebagai seorang ibu.
Tulisan saya akan membuatkan sesetengah orang gila berfantasi tapi niat saya hanya untuk menyedarkan ibu bapa yang masih merasakan kes-kes ini terpencil. Selamatkanlah anak-anak ini. Kita tak mampu melakukan apa-apa dengan orang-orang gila ini, tapi cukuplah untuk kita sedar mereka ini ada dan setiap dari kita berperanan menjaga keselamatan anak-anak dalam komuniti kita.
Cukuplah untuk saya katakan, hati saya mendidih luluh dengan kedahsyatan umat ini.
Moga Allah berikan kita kekuatan untuk terus membaiki umat ini.
No comments:
Post a Comment