Semasa di red zone raya ketiga tempoh hari, saya temukan seorang makcik yang sangat comel. Dia akhinya dimasukkan ke wad dengan diagnosis unstable angina..
Cara dia menerangkan penyakitnya sahaja sudah cukup comel..
"Makcik sakit dada sangaaaaaaaaattt tadi.. Ingat dah gol tadi! Bunyinya shretttt macam kapal terbang, macam dalam movie tu!".
Sepanjang membuat ECG dan lain-lain masa, mulutnya terusan mengungkapkan Lailahaillallah..
Selepas memberi crushed aspirin dan sublingual GTN, sakitnya berkurangan..
Dia sebolehnya tak mahu masuk wad kerana menjaga 36 ekor kucing di rumah.. Kakinya juga ada kesan cakaran kucing..
"Makcik bukan jaga kucing yang comel itu nak. Makcik jaga kucing yang cacat, tempang, kena air panas nak.. Kucing itu pun makhluk Allah nak.. Makcik jumpa kat Pulau Pangkor, makcik namakan dia Pangkor.. Yang makcik jumpa kat Setiawangsa, namanya Siti.. Banyak kucing makcik nak..".
Hebatnya makcik tersebut.. Ya rabb, sungguh sangat banyak jalan ke syurga ..
Dan saya tidak akan melupai kata-kata makcik tersebut.."Makcik belum puasa enam lagi nak". Huhu.. Aku yang sihat ini pun belum puasa enam lagi.. Alhamdulillah kerana Allah sentiasa mengingatkan dengan perantaraan pesakit-pesakit ..
No comments:
Post a Comment