Berada di jabatan kecemasan, saban masa saya menemukan gadis-gadis remaja Muslim yang hamil luar nikah..
Pernah sekali, saya menemukan seorang gadis.. 4 bulan lamanya tiada haidh.. Urine pregnancy test (UPT) positif..
"Adik, awak hamil? Suami mana?"
"Saya belum berkahwin Dr, saya datang dengan mak ayah. Saya tiada kawan lelaki. Doktor boleh panggil mak ayah saya".
Uterus palpable at 20 weeks of pregnancy. Perutnya juga menunjukkan dia hamil. Saya ambil mesin ultrasound. Saya tunjukkan jantung bayi padanya.. Pada wajahnya, tidak terzahir hatta sedikit pun wajah kejutan..
"Adik, nak saya beritahu mak ayah?"
"Takpe doktor. Nanti saya beritahu sendiri".
Setelah menasihatinya, dia pergi..
Itu bukan kes yang pertama.. Sampaikan seorang kawan sejawatan yang lain memberitahu, "Ummu, duduk di jabatan kecemasan ini jangan sangka baik dengan pesakit". Betapa kehidupan di zaman fitnah ini memaksa seorang doktor untuk tidak mempercayai pesakitnya..
Terkadang jauh benar gadis-gadis kita tersasar.. Seringkali saya tertanya-tanya, apakah yang mereka fahami dengan makna 'kehormatan'?
Air mata saya menitis laju memikirkan ummah.. Terimbas pembacaan saya mengenai pertanyaan akhawat kita di Syria, "Seandainya kami yakin kami akan dirogol, bolehkah kami membunuh diri?"
Air mata menitis lagi.. Saya ingati lagi bait-bait salah satu fatwa yang ditulis oleh Sheikh Dr Yusuf Qardhawi semasa usia mentah mengenali Islam yang membuatkan saya teresak-esak menangis.. Fatwa mengenai hukum menggugurkan kandungan hasil pemerkosaan..
Soalan mengenai fatwa tersebut diajukan oleh Dr. Musthafa Siratisy, Ketua Muktamar Alami untuk Pemeliharaan Hak-hak Asasi Manusia di Bosnia Herzegovina. Dia menanyakan kerana nasib akhawat kita yang dirogol di sana tanpa kerelaan mereka.. Meskipun tidak bersalah, mereka menanyakan fatwa yang merupakan hak mereka dengan penuh malu...
Bacalah setiap butir fatwa tersebut dan rasai betapa jauhnya perbezaan wanita-wanita di sana dan di sini..
Bacalah wahai muslimah fatwa tersebut supaya kalian mengerti betapa mahalnya apa yang dinamakan sebagai 'kehormatan'!
No comments:
Post a Comment