Saturday, July 23, 2016
Hardship...
Friday, May 27, 2016
Fahad Muidz..
Sunday, May 22, 2016
Susun kerusi..
Saturday, May 21, 2016
Keputusan..
Redha...
Friday, May 20, 2016
Bukan mudah..
Monday, January 25, 2016
Tawakal..
Pernah saya bertanya pada suami, "Abi, macam mana abi boleh positif?" Serasanya perit untuk berdepan dengan kegagalan. Lantas suami memberitahu, "Semua ini dunia sahaja bukan?"
Di waktu lain, pernah saya luahkan padanya, "Abi, kalau umi gagal lagi, semua susah payah kita tidak berbaloi. Duit, tenaga dan lain-lain."
Lantas dia menjawabnya dengan tenang, "Pahala hilang tak?"
Sentap, memang sentap.
Entahlah. Saya menghormatinya.
Masih teringat lagi hari-hari awal perkahwinan. "Macam mana kalau umi tidak mampu memberikan zuriat? Umi pernah buat pembedahan buang cyst dulu."
Dia menjawabnya tenang seperti selalu, "Semua itu takdir bukan? Orang yang normal pun ada yang tidak dikurniakan zuriat".
Dan kini saya hamil anak kedua kami. Sungguh dia mengajar saya makna tawakal yang sebenarnya.
Thursday, January 14, 2016
Usaha lagi..
Ada dua kertas MRCP part 1. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kertas adalah 3 jam, 100 soalan. 200 soalan dan jumlah duit yang dibelanjakan hampir RM7000. Duit peperiksaan, tiket, hotel, visa dan kos-kos lain. Duit yang dikumpul dengan susah payah oncall dan lain-lain.
Selepas kertas pertama, saya meladeni rasa. Melihat video dan gambar-gambar anak dan suami.
Ada air mata yang mengalir. Benarkah keputusan saya? Dua orang yang paling banyak berkorban, anak dan suami.
Suamilah yang menyelesaikan semuanya sendirian, memberi ruang untuk saya belajar. Segala urusan anak diuruskan sebaiknya. Terlalu banyak urusan kerja rumah yang turut dibantu.
Terus menangis. Saat keluar dari dewan peperiksaan seusai kertas kedua, saya ingin menangis. Melepaskan semuanya. Lantas anak kecil saya, Fatih datang berlari. Tersenyum.
Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban..
Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang ingin kamu dustakan.
Saya punya anak kecil yang menjadi penyejuk hati saya dan suami yang baik.
Yang sudi menemankan sepanjang perjalanan yang sukar ini. Melalui hari-hari yang mencabar.
Kami berjalan menyusuri jalan Lanmadaw, Yangon seusai peperiksaan mencari makanan halal. Kami berbual. "Abi, umi rasa peperiksaan susah. Kalau umi gagal lagi, macam mana abi?"
Lantas suami berbicara, "Tiada apa-apa. Cuba lagi. Yang penting dah usaha."
Ya, Allah tahu saya sudah berusaha. Saya mengalami pendarahan ketika hamil. Indeterminate hemorrhage likely threatened miscarriage. Dan dalam keadaan itu, saya cuba membuat latih tubi 3000 soalan, mengulang soalan dan lain-lain. Allah tahu saya sudah berusaha. Dan saya tahu Allah jualah yang mempunyai perancangan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Sekular?
Kenapa perlu menyambung pengajian? Mengapa saya menyambung lagi pengajian?
Saya pernah berada di klinik kesihatan namun teruk dibuli MO in charge. Jujurnya kita perlu menjadi yang terbaik di lapangan kita.
Dan jujur saya punya banyak perancangan lain sesudah menyelesaikan pengajian sebagai pakar.
Saya ingin belajar AlQuran, mendalami skil dakwah lagi dan membuat yang terbaik di medan dakwah.
Kehidupan yang lebih baik. Tiada oncall. Ruang masa yang lebih baik untuk keluarga dan dakwah.
Cumanya dakwah tidak pernah menunggu kita. Kita kian sibuk. Fasa sebelum dan selepas baitul Muslim jauh berbeza.
Semasa housemanship, saya masih sempat membawa dua usrah. Kini dengan anak kecil, hamil, kerja yang sibuk menyesakkan ruang masa untuk dakwah. Pastinya kita tidak mahu sekular. Seluruh kehidupan kita adalah dakwah. Namun di sana ada tugasan dakwah utama yang tidak boleh diabaikan. Makanya di setiap fasa kehidupan, kita perlu melakukan yang terbaik. Tidak menunggu hari-hari seterusnya kerana bimbang tiada esok dalam kehidupan kita.
Gila..
Saya baru mengambil peperiksaan MRCP Part 1 di Myanmar. Itu percubaan saya yang kedua.
Mungkin ada yang menganggap saya gila untuk mengambil peperiksaan di Myanmar. Saya hamil anak kedua dan dijangka bersalin bulan Mei semasa peperiksaan dijadualkan di Malaysia.
Saya perlu menggunakan masa yang ada sebaiknya. Berniat mahu mengambil peperiksaan di Singapura tapi saat mahu mendaftar, tempat di Singapura sudah penuh.
Ada tekanan yang dirasai. Bagaimana seandainya saya gagal? Malu bukan mahu berdepan dengan teman-teman yang mengetahui. Tapi Allah jualah yang lebih mengetahui rahsia dan hikmahnya.
Bila saya bicarakan pada Aiman, adik lelaki saya tentang keputusan untuk mengambil peperiksaan di Myanmar, yang mungkin pada pandangan mata yang lain gila, katanya hanya orang luar biasa yang akan melakukan perkara luar biasa. Usah jadi orang biasa, jadi orang luar biasa.
Wednesday, January 13, 2016
Kebaikan yang mencurah-curah
Perlu menulis kembali. Berdepan dengan kegagalan dan jatuh bangun kehidupan. Pasti ada hikmah yang akan digarap. Pastinya perlu membuang rasa rendah diri yang membunuh untuk memberi.
Perkara itu telah lama berlalu namun menjejaskan keyakinan diri saya selama ini. Ada kekuatan yang Allah beri untuk mendepani hari-hari kini.
Siapa yang tidak pernah gagal? Yang penting, adalah cara kita menghadapi kegagalan itu.
Itu yang saya pelajari setelah lama membisu.
Hari itu adalah hari konvokesyen saya. Dan saya telah pun memulakan housemanship. Namun kata-kata seorang pensyarah meremukkan hati saya. Keputusan peperiksaan klinikal saya tidak berapa baik. Markah keseluruhan yang menyelamatkan saya. Ya, hari konvokesyen dan saya menangis. Tamparan hebat kehidupan. Dan saya melalui hari-hari seterusnya sebagai pegawai perubatan dengan inferiority complex yang teruk.
Kemudiannya setelah menamatkan housemanship, masih teringat pertemuan dengan seorang sahabat saat mengetahui permukiman ilmu saya di tempat baru. "Ingat lagi kata Prof X? Kalau ada dua doktor, kita pasti ingin dirawat oleh doktor yang lebih cemerlang dalam akademiknya."
Ya, saya masih diadili oleh hari-hari lalu. Manusia kadang tidak menyedari racunnya kata-kata.
Namun Allah yang lebih tahu dan lebih mengenali kita, yang tidak mengadili kita. Keadilannya dalam menilai seorang hamba berbeza dari kaca mata manusia biasa.
Dan Allah temukan saya dengan kebaikan yang lebih mencurah-curah. Memahami kasih sayang Allah membuatkan saya lebih bersemangat melalui hari-hari kini. Ya rabb, izinkan diri ini untuk menintakan kebaikanMu yang tidak akan pernah mampu untuk diri ini menghitungnya.
Thursday, December 24, 2015
Rendah diri..
Setiap kali saya membaca tulisan ukhti Muna, seringkali hati terpanggil untuk menulis. Apatah lagi berkenaan kerjaya dan profesi saya yang menemukan seribu satu rencam tarbiah. Namun jauh di sudut hati, saya dihantui pengalaman dan kegagalan lalu.
Wajah pensyarah, universiti dan kenangan lalu sering membantutkan hasrat hati. Ada mimpi buruk yang membuatkan saya menjauhi dan menyembunyi.
Dan seringkali saya berharap, berdoa untuk secebis kejayaan agar saya punya keyakinan untuk menulis hikmah yang saya temui.
Moga kembara Januari ini ke bumi Yangon akan membuahkan barakah, mengembalikan sebuah keyakinan.
Thursday, October 29, 2015
Bongkak..
Kadang dalam profesi ini, saya mencari-cari qudwah yang akan menunjukkan saya cahaya harapan.
Ya, saya pernah menemuinya semasa latihan housemanship di posting medical. Dr LTC. Seorang consultant yang sangat baik. Masih ingat lagi segala tunjuk ajarnya di medical. Masih terngiang-ngiang pentingnya untuk monitor urine output dalam pesakit denggi, beza fungsi kalimate dan lytic coctail dan lain-lain.
Masih teringat juga saat MO reject case cellulitis, tegurannya yang halus tapi mengesankan. Masih teringat lagi dia belikan beberapa bekas untuk monitor urine output pesakit denggi bila jururawat beritahu tiada bekas tersebut di wad. Ya, seorang consultant. Sangat mengesankan qudwahnya saat dia berbicara dengan pesakit warga asing. Setiap kali melihat akhlaqnya, saya akan merasakan betapa teruknya saya sebagai doktor. Dan dia seorang Cina yang sangat mengesankan seorang Muslim seperti saya.
Dan saya mencari-cari qudwah itu setiap hari. Dalam dunia profesi yang gelap ini, saya mencari cahaya itu untuk saya belajar dan bermuhasabah.
Namun sukar. Bila saya menonton filem Ankor Arora Murder Case, yang saya lihat menerusi filem itu adalah bagaimana seorang doktor boleh menjadi begitu bongkak. Ya, bongkak.
Dan hari-hari yang dilalui kini hanya menemukan saya dengan doktor-doktor yang bongkak ini. Yang merasakan diri segalanya. Sangat hebat, mahu dipuja-puja. Tiada rasa kerdil mahupun insaf bila berada di puncak.
Bukan ke semakin kita belajar, kita lagi merasai kekerdilan? Kenapa yang ada hanya kebongkakan?
Saya masih berharap akan ada lebih ramai doktor seperti Dr LTC yang menunjukkan cahaya buat doktor-doktor junior.
Sunday, October 18, 2015
Post call..
Post call hari ini. Dan air mata turun dengan lebatnya. Percaya atau tidak saya sudah puas menangis dalam bidang ini. Sama ada semasa housemanship atau hari-hari kini sebagai medical officer.
Dan sehingga saya menyuarakan pada zauj, moga Allah mengambil bayi ini di awal kandungan kerana ibunya tidak cukup kuat menghadapi hari-hari mendatang. Zauj mengingatkan untuk tidak melayani syaitan. Begitu teruk oncall sehingga saya tidak pasti mampukah saya melaluinya dengan kandungan yang kian membesar kelak.
Dalam kesempitan perasaan yang mencengkam itu, Allah hadirkan seorang ukhti yang kini telah bergelar pakar. Saya titipkan mesej dan dia membalasnya dengan hati yang ikhlas. Allah, begitulah akhawat. Tak kenal tapi dekat.
Bacalah jawapannya. Saya rakamkan di blog maya ini sebagai ingatan kembali saat ingin berputus asa.
"i did mrcp - so it maybe a bit different than your situation.
having said that - i had to go through subs rotation as well.
i have no maid.
only have maid for 2/12 postpartum.
kids to nursery.
principle of housework: do the urgent necessary, delegate to others other things, optimise use of laundry shop/buy dryer/hang clothes dont fold
food most days bought/tapau
weekend-call maid to clean 4hours rm50. if maid cannot datang-pejam mata and try to ignore the mess haha
Husband to help with chores (but minimise the chores for him so that he can spend time with kids too)
pregnancy was a challenge.
i prioritised for me to have adequate meals and always brought sustenance like biscuits/drinks/roti everywhere for me to have energy.
memang tak larat but a lot of prayers helped.
studying
i did it everywhere and at anytime that is possible.
on the go.
curi masa.
while waiting for lifts.
while anak anak tengok tv/main activity book-while anak sleeping-while anak tgh mengamuk haha
basically i tried to train myself to read/study in whatever Non-Optimal condition.
weekends i try study more.
try to be systematic, targeted and ada strategy in studying.
one important thing- i try to feel NOT guilty towards kids
i do feel guilty but i tried suppressed it.
the more guilt u feel - the more u wont be able to do things.
BUT i promised myself i will be on track and study and pass my exam for their sake So that i will have more time with them later
i reminded myself always that my kids sacrifice a lot for me and thus i too have to make certain sacrifices and make sure the reward is coming.
i reminded myself that yes, i will miss certain activities, yes i did not spend a lot of time with them BUT i will make it up to them.
alhamdulillah 3 yrs forward and i am making it up to them.
and our relationship is good.
Biiznillah allah will guard your relationship with family if we guard our relationship with Allah
Lastly
the prayers
i really focused in my doa
my targets, my hopes, why i want to be specialist
all i poured out in my doa
you can do it
memang penat
On call memang teruk
i was one of the most Jonah
still am
i tried to be more efficient more cepat -ie by more reading/knowledge i can see i improved my speed of seeing patient /analysing patient
Post call- i surrendered myself to rest and just enjoyed the bits of minutes with kids
i can never study post call so i will always try to make it up during the next day
I forced myself not to ffeel depressed or upset about it
i tried to view oncall as one of my learning experience to become specialist always reminding myself this is what i want to do so might as well be good at it".
Moga Allah membalas jasa ukhti tersebut atas segala kebaikannya.
Thursday, October 15, 2015
Putus asa?
Jujurnya saya berputus asa. Betul ke tindakan membuat master? Hamil lagi. Oncall. Menjaga acute cubicle. Dibuli. Dan seterusnya..
Ya, saya berputus asa. Dan syaitan terus berbisik untuk terus berputus asa.
Dan kemudiannya saya dengar tentang intifadhah palestina ketiga. Makin ditindas, mereka makin bangkit. Iman makin menjulang. Jihad terus berkumandang.
Palestina, sekali lagi kau mengajariku bagaimana seharusnya berhadapan dengan penindasan. Apalah kesusahan ini dibanding dengan penderitaan akhawatku di sana.
Ya Allah, kuatkan diri ini melalui segalanya..