"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Surah Luqman, Ayat 14
Bila Allah izinkan saya menjadi ibu, terkesan dengan ayat ini. Allah ini boleh sahaja berhenti ayat itu dengan mewajibkan anak-anak berbuat baik pada kedua ibu bapa tapi Allah menyebut dan mengiktiraf pengorbanan mereka.
Bila jadi ibu kita lebih faham bila Allah mengiktiraf tentang penyusuan dan lainnya. Pelbagai ujian yang dilalui seorang ibu sepanjang kehamilan, berpantang, menyusukan dan seterusnya.
Bila Allah sudah mengiktirafnya, perlukah saya pada pengiktirafan manusia? Tidak perlu!
Tapi menghairankan melihat ibu-ibu di zaman ini, mereka menagih pengiktirafan manusia sehingga tidak sedar dimanipulasi.
Saya secara peribadi merasakan suami, ayah, adik beradik lelaki saya ataupun lelaki-lelaki baik dengan sifat qawwam dan rijal mereka tidak berbicara sewenangnya di laman maya tentang topik penyusuan ibu ini kerana mereka terdidik dengan sifat qawwam, melindungi wanita dari ruang-ruang fitnah kerana terlalu banyak anasir fitnah di luar sana.
Sangat menghairankan apabila melihat wanita memuja Abu Hannah kerana tulisan-tulisannya tentang penyusuan susu ibu. Terpulanglah. Tapi hati kecil saya tak senang bila ada ibu-ibu yang meminta pendapat tentang masalah pam susu anak pada Abu Hannah. Dan jawapan seperti, "nanti saya pm" adalah sangat mengerikan bagi saya.
Maaf saya tak selesa seandainya ada wanita yang ingin bertanya pendapat tentang penyusuan susu ibu pada suami saya. Orang lain rasa normal ke? Ke saya seorang tak normal?
Normal ke bagi kalian para wanita bila ada lelaki nak pm sebab masalah penyusuan susu badan?
Selesakah seorang lelaki untuk berbicara topik penyusuan dalam private message?
Normal ke bagi seorang anak perempuan sepertu Hannah bila ayahnya menyibuk dengan masalah ibu lain?
Seandainya isu breastfeeding selfie pernah dikupas ulama, saya rasa persoalan yang saya sebutkan juga perlu dikupas sebab Abu Hannah ini macam trend pujaan ibu-ibu muda sekarang.
Sepertimana saya takutkan anak-anak digrooming oleh FB lelaki pedofilia, saya tak selesa membaca tulisan-tulisan Abu Hannah.
1 comment:
Salam..
Saya setuju... Hijab wanita adalah sifat malu.. di manakah letaknya rasa malu kita berbicara tentang penyusuan dengan seorang lelaki ajnabi yg kita pun tah tahu siapa.. :|
Post a Comment