Thursday, April 09, 2015

Syahadah..

Hari itu seperti biasa saya melihat pesakit. Datang seorang makcik Cina bersama anaknya yang menghidap Down Syndrome. Anaknya dilihat oleh doktor di hadapan saya. Dia memukul dirinya sepanjang malam dan tidak tidur. Kawan saya memberi rawatan dan anak tersebut keluar bersama ayahnya.

Kemudian nombor giliran seterusnya adalah nombor makcik Cina tersebut. Dia datang untuk rawatan susulan darah tinggi. Darah tingginya tak terkawal. 'Aunty, darah tinggi masih tinggi, makan ubat tak?' Tiba-tiba dia menangis. 'Kalau saya tade ini anak, mesti saya tade ini sakit, susah mahu jaga ini anak'. Saya diam, pesakit ini bukan Muslim, bagaimana meyakinkannya soal takdir dan lainnya.

'Aunty, aunty orang baik. Tuhan kasik ini anak pada aunty sebab Tuhan tahu aunty baik. Tak semua orang Tuhan kasik ini anak'.

Ada sesuatu yang menyentuh hati saya. Bukan mudah untuk mendidik anak istimewa. Melihat dan melaluinya adalah soal berbeza. Dia sudah sengsara di dunia, bagaimana akhiratnya?

Bagaimana mahu menerangkan padanya tentang syahadah ini?

Dan saya gagal. Syahadah yang Rasulullah SAW janjikan akan menakluk dunia ini gagal saya ajarkan. Mungkin pesakit ramai. Mungkin kerana sukar menerangkan hal itu agar difahami, namun rasa berdosa itu masih saya rasai.

Rasa kasihan itu sewajarnya menolak saya untuk berusaha lebih keras lagi. Apa punya keampunan dari Allah atas tuntutan syahadah yang gagal saya lunaskan? Saya masih di persimpangan khauf dan raja'. Moga ada yang menuntuni makcik Cina dan semua pesakit saya ke jalan hidayah. Dan moga Allah mengampuni saya.

1 comment:

cikpuan siti said...

betul, saya selalu terfikir hal ini. bukan sahaja cerita makcik cina, tetapi ramai lagi yang "sudah sengsara di dunia, bagaimana akhiratnya?". saya selalu bertanya sendiri, apa fungsi diri ini diangkat menjadi orang Islam jika bukan untuk berdakwah? Tetapi saya tak tahu di mana nak mula sementelah saya seroang yang pemalu dan suka menyendiri tidak ambil tahu hal tepi kain orang.
Saya sungguh risau memikirkan hal ini, sungguh tidak tenang hidup ini.