Saturday, June 22, 2013

Tahlil..

Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said: Three groups of people Allah obliged Himself to help them; A strugggler in the cause of Allah, a worker to pay his debt, and the one who wants to marry to live a chaste life" (Tirmidhi)

Membaca perkongsian hadis ini di Facebook. Ya, saya mempercayai hadis ini. Pertolongan Allah sentiasa hadir. Dan pertolongan Allah sentiasa hadir menemani perjalanan housemanship yang sumpah susah bagi saya yang kerdil ini. Saya percaya bantuan Allah itu hadir kerana tarbiah ini! Saya percaya Allah akan terus bersama saya dalam perjalanan tarbiah ini.. 

Jumaat lalu, ada bacaan tahlil jabatan kecemasan. Head of Department pun hadir. Hati saya memberontak, bagai terbakar seperti gunung berapi.. Jujur hati kecil saya menjerit dengan kuatnya.. Quran bukan untuk dibaca berlagu seperti ini! Sedih sangat! Saya merayu-rayu pada Allah, jadikan aku doktor pakar. Aku ingin berada di hadapan itu.. Aku akan mentadabbur Quran ini.. Aku akan ceritakan pada mereka dan membentuk mereka dengan Quran ini.. Betapa saya berharap ketika itu, sayalah Head of Department.. Hati saya meronta-ronta mahu mentadabbur Quran ketika itu.. Saya nak cerita kisah pemuda dalam Surah Yassin.. saya nak cerita keagungan Allah.. saya nak tadabbur gambaran kiamat..

Bila mereka membaca Lailaha illallah.. saya rasa macam nak basuh-basuh mengenai Ilah.. supaya tiada lagi aktiviti mengumpat di hospital, tiada lagi yang bersungut, membentak-bentak bila kena buat sesuatu.. tiada yang akan menzalimi orang lain.. tiada lagi MO yang cabut kerja, tidur sepanjang malam dan membiarkan HO terkontang kanting.. 

Afterall, kerja kita sangat banyak sebenarnya.. Dan Allah jualah yang mengetahui segalanya.. Moga Allah terus mempermudahkan..  


No comments: