Di dalam posting emergency medicine ini, almost alternate day oncall. Masuk 8 pagi - 3petang. Masuk semula 10 malam sehingga 3 petang keesokan harinya. Jadual posting ini adalah jadual paling teruk dibandingkan dengan 5 posting sebelum ini. Masalahnya tiada rehat sepanjang kerja. Pesakit bertali arus. Saya tewas dengan rasa mengantuk yang mencengkam pada malam hari. Ya, saya sedang bermujahadah. Menurut Head of Department, posting ini adalah gate keeper. Andai pass, akan menjalani kehidupan sebagai medical officer. Sebarang kesalahan, jawapannya adalah extension. Ada kawan saya yang bakal menyudahi posting dalam 3 hari tetapi kena extension di saat akhir. Extension sekiranya maknanya adalah ilmu, tiada masalah. Tapi extension untuk melalui kehidupan sebagai kuli sangat menyakitkan.
Sebagai naqibah, saya perlu mengisi SPI. Huhu, YDP sendiri yang mengejar. Adakalanya saya berdiam kerana terlalu penat.
Menurut YDP, segalanya boleh sekiranya naqibah zero alasan. Huhu.. Menangis!
Semalam selepas post call, saya menziarahi mutarabbi yang baru kembali ke sekolah selepas cuti sekolah. Jujurnya minda saya tidak berfungsi sewaktu memberikan butir kata-kata. Namun pelukan hangat mereka dan air mata kejujuran mereka adalah nikmat yang Allah kurniakan. Mujahadah! Mujahadah!
Di dalam usrah, ramai yang bercita-cita mahu mengambil cuti 10 hari terakhir Ramadhan. Saya? Tidak mungkin... Menghadam semula tulisan Salim A Fillah bertajuk Ektase Mikraj.
Saya percaya andai kehidupan ini mudah, tiada langsung rasa pergantungan pada Allah. Kerana kehidupan yang sangat mencengkam ini, saya merasakan pergantungan yang sepenuhnya pada Allah.
Bila kita boleh qiam? Bila kita boleh menjaga mutabaah amal kita? Bila kita boleh teruskan bacaan quran kita? Di saat kita tahu kita benar-benar perlukan ALLAH dalam kehidupan ini! Begitulah secebis tarbiah sepanjang tempoh masa housemanship ini....
Ya, dunia housemanship, Head of Department dan manusia sekeliling kita mencipta jadual yang mahukan kita hanya bergelar doktor, doktor dan doktor semata-mata... Tapi jeritlah dalam suara hati kalian, Nahnu Du'at Qabla Kulli Syai! Kami adalah duat sebelum segala sesuatu! Meski tiada yang mendengar, meski dunia itu begitu membunuh hati-hati kalian, percayalah Allah yang lebih tahu tujuan dan niat keberadaan kita di situ!
No comments:
Post a Comment