Benar menurut Ustazah R, tangga kedua maratibul amal akan lebih menguji iman dan hati. Saya mengakuinya. Seribu satu rona perasaan saya rasai yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Di dalam usrah sendiri, majoriti sahabat seusrah sudah berwalimah. Dulu saya tidak memahami luahan mereka, kini mula merasainya.. Dan Allah jualah yang mengurniakan semua warna warni perasaan itu.. Ya, kami diuji dengan perkahwinan jarak jauh namun pastinya untuk mengikat hati kami untuk lebih dekat lagi pada Allah yang mentakdirkannya..
Pada dia, cukuplah saya mengkaguminya kerana imannya.. Ya, saya belajar banyak perkara perihal iman darinya.. Setiap kali membaca tulisan Sis Rytha mengenai wanita yang menghidap poliovirus ini [Link] , saya mengingati zauj.. Tindakannya pasti membuatkan saya taajub pada imannya.. Dia adalah ikhwah sebelum menjadi zauj saya.. Dia membuktikannya pada tindakannya..
Dan saya juga mengakui ungkapannya di ruangan FB, "Memanglah perkahwinan tu membahagiakan. Sehinggakan kita merasakan kitalah orang yang paling bahagia dalam dunia. Kita share kisah percintaan kita di fb, nak katakan "so sweet", "caringnye suami you", dan macam2 lagi lah. Sedangkan kita lupa kebahagiaan tu yg dicari2 org lain yg tidak mampu mendirikan rumahtangga. Yg strugglenya mereka menahan hawa nafsu dr berdua-duaan. Hingga akhirnya org yg dah berkahwin membuka jln maksiat kepada mereka. Dgn menceritakan "so call sweet tuh"."
Acap kali pemikiran kami sama, dan perasaan malu itu juga sama. Pasti di sana ada perbezaannya juga.. Dan di situ kami belajar melengkapi.. Ada seribu satu perkara yang tidak dapat diungkapkan kerana saya belum melangkah ke tangga kedua ini sebelum ini, namun dengan ikatan ini, moga Allah mengizinkan diri ini mengungkapkannya dalam suasana yang penuh dengan adab dan akhlaq seseorang yang mengikuti tarbiah..
Saya menelusuri kata-kata Nabi saw tentang Khadijah ra sehingga apabila Aisyah ra berkata, “Bukankah Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik?”, jawab Nabi saw,”Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepadaku apabila manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku. Dia memberi aku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniakan anak-anak (yang mengikut perjuanganku)”.
Jujurnya dia menerima saya saat beberapa ikhwah menolak saya. Cukuplah saya mengkagumi dia kerana itu.. Dan tarbiah Allah sangatlah besar.. Saat beberapa borang sebelum ini datang kepada saya, saya tidak pernah menolak.. Ada yang kurang dari segi harta, rupa, dan lain-lain.. Ya, saya tidak menolak.. Dan Allah telah menguji saya dengan soal hati, rupa, harta menerusi borang-borang sebelum ini.. Dan apabila tiada lagi soal semua itu, dan keputusan yang diambil hanya kerana dakwah dan tarbiah, maka Allah memberikan kecukupan dari segala segi yang lain..
Ya, saya tidak sepatutnya berbunga-bunga. Ya, saya doktor yang melihat realiti ujian manusia.. Ya, ujian manusia ada silih pergantiannya.. Saya mengakuinya.. Namun saya berharap satu ketika andai ujian terus menggoncangkan hati ini, biarlah detik-detik ini saya ingati untuk mengubati segala perit ujian kehidupan..
Saya ingin mengungkapkan kata-kata Ummu Darda' seperti yang diceritakan oleh Sheikh Omar Suleiman pada dirinya. Ya, saya ingin menjadi isterinya di akhirat kelak.. Moga Allah terus menguatkan kami di atas jalan ini..
4 comments:
Barakallah afeera & zauj =)
barakallahu lakuma :) dan 'selamat naik tangga'. smoga Allah sentiasa bersama kalian dalam pelayaran bahtera yang panjang ni. Allahumma ameen.
"dengan adab dan akhlaq seseorang yang mengikuti tarbiah.. "
how kak.. nak jaga hati dalam fasa tunang? huuu. apa pengalaman akak sendiri?
salam akk! barakallahulakuma wa baaraka alaikuma wa jama'aa bainakuma fil khair.
sori sgt tak dapat nak datang kenduri. masa mula2 dapat invitation hari tu macam terkejut sikit plus happy. sebab at first kan ana kenal akk dulu. and tau bro mat shahril ni senior batch pharmacy kat uia. later baru tau dia ikhwah
seriously, so happy for you. dan rindunyaaa dah lama tak jumpa!
semoga rumah tangganya diberkahi dgn sakimah mawaddah dan rahmah sampai ke syurga! ameen :)
Post a Comment