Tuesday, February 12, 2013

Brannula..

 
Saya jarang menolak saat junior houseman memanggil saya untuk brannula insertion. Ye, brannula insertion sahaja. Nampak kecil sahaja amalnya. Tapi saya kira pahalanya tetap besar memandangkan ubat, IV drip dan banyak lagi rawatan lain memerlukan brannula

Dan saya sangat memahami kesukaran memasukkan brannula semasa awal-awal latihan housemanship. Teringat pengalaman sendiri melalui hari-hari awal itu. Setiap kali ke hospital, saya akan meminta mak mendoakan agar saya dapat insert brannula pada pesakit. 

Hari pertama sebagai house officer, saya menangis kerana gagal memasukkan brannula. Ya, saya dimarahi oleh senior houseman bila cuba memasukkan brannula berkali-kali. Katanya, "Awak tak rasa pesakit ini macam ayah awak sendiri ke? Kalau ayah awak, awak sanggup sakitkan macam ini?" 

Sebak sangat masa itu. Sebabnya tidak pernah terlintas pun di hati untuk menyakitkan pesakit. Hmm.. Hari-hari itu sudah berlalu.. 

Dan hari ini, Allah memberikan kepakaran memasukkan brannula. Dan setiap kali dapat masukkan brannula, saya masih berdoa dan melafazkan syukur pada Allah. Sebabnya, saya mengingati hari-hari awal sebagai houseman saat pengharapan saya benar-benar besar pada Allah agar dapat memasukkan brannula.. Itulah indahnya beginner's mind.. Kita mengingati Allah setiap masa.. Dan tak wajar untuk melupakan Allah saat dia mengurniakan hatta sekecil-kecil kepakaran.. 

My humble advice, jangan rasa amal insertkan brannula itu kecil.. Setiap kali staff nurse atau junior houseman memanggil untuk brannula insertion, sambutlah sahutan amal itu.. 

Banyak lagi amal yang dipandang kecil, tapi tetap besar... Contohnya memasukkan tiub kencing (CBD insertion), saat pesakit gagal kencing.. Dan kita sendiri dapat merasai kepuasan menjadi doktor saat pesakit relieve dari kesakitan mereka selepas memasukkan CBD disebabkan gagal kencing (urinary retention).. 

Dan setiap kali dipuji pesakit, kembalikan semua pujian itu pada Allah. Allah jualah yang mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara!

1 comment:

sopiah said...

teringat saya ketika kali pertama mngmbil drh patient masa di med school..meggeletar mncuba berkali2 n cubaan trakhir dgn baca ayat kursi..baca dgn agak kuat jg..takut sgt nk pndng muka pesakit tu, tp bila pandang, pesakit tu trsnyum.. Allahuakbar..