Insya Allah sedikit nota dari kupasan Ustaz Salam berkenaan Tafsir Surah Annisa' ayat 95-96.
- Ayat ini menceritakan galakan Allah dan bagaimana Allah membezakan orang-orang beriman.
- Ada yang darjatnya tinggi dan adanya darjat yang rendah.
- Tidak boleh berpuas hati di peringkat dakwah yang rendah, misalnya nak duduk di syurga yang rendah. Misalnya hadis nabi, sesiapa yang mengucap Lailahaillallah akan masuk syurga. Adakah cukup setakat itu sahaja? Adakah cukup dengan hanya berada di pinggiran syurga?
- Andai di pinggiran, dan kemudiannya terjatuh di dalam neraka?
- Adakah mahu menjadi orang yang terakhir masuk syurga sedangkan ada di kalangan manusia yang masuk seperti kilat ke dalam syurga? Adakah nak masuk neraka dulu? Bersedia?
- Maksudnya orang yang berada di tangga yang terendah, duduk berdekatan dengan Abu Jahal, Abu Lahab.
- Jangan duduk di tepi syurga, jangan berfikir untuk duduk di tepi syurga. Macam orang yang duduk di tepi kereta, senang nak tergesel. Senang melayang. Sepatutnya memilih tempat yang selamat.
- Kita kena berada di mustawa yang tinggi, level yang tinggi.
- Muslim ini pelbagai darjatnya.
- Allah sebut 'la yastawi' - Muslim ini tidak sama.
- "AlQai'dun" - orang-orang yang duduk. Apa maksud duduk? Orang yang tidak bekerja untuk Islam. Duduk maksudnya malas. Duduk istilah yang tidak bagus. Allah sebut orang yang duduk di kalangan Mukmin.
- Ghaira dharari - tanpa uzur syar'ie.
- Tidak sama orang yang pergi berjuang dengan orang yang duduk.
- Dharar ini contohnya sakit, keuzuran. Berapa ramai orang yang tidak datang program yang baik
- Betapa ramai yang mindsetnya nak rehat? Cuti dan mindsetnya adalah rehat.
- Allah beri harta dan jwa kita.
- Sama ke orang yang solat dengan yang tak solat? Sama ke orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung? Jenis-jenis tudung pun memberi nilai persepsi yang berbeza di mata manusia.
- Sama ke orang berjihad dengan tak berjihad? Sama ke orang yang dakwah dengan tak dakwah?
- Apa persepsi parent terhadap anak yang terlibat dengan dakwah dan tak dakwah?
- Allah kata tak sama! Kita kena bagi mesej kat semua orang yang ada atas muka bumi ini bahawa tidak sama orang yang tarbiah dengan yang tak tarbiah! Tak sama mujahid dengan qa'id! Rosak aqidah kalau kita kata sama sebab Allah kata tak sama.
- Fadhhala llahu -- Allah melebihkan orang yang mujahid ke atas orang yang qai'd dengan satu darjat.
- Apa maksud satu darjat? Satu perbezaan. Darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia. Ini darjat orang mukmin. Darjat mukmin berbeza dengan darjat solat.
- Di kalangan sahabat, ada tingkat sahabat yang pergi perang Badar. Ada tingkat sahabat yang masuk Islam sebelum Fathu Mekah dan selepas Mekah.
- Abu Sufian masuk Islam dan pergi perang Hunain.
- Apa terjadi semasa peperangan Hunain? Kena ambush, ada yang cabut lari. Bila kena ambush, majoriti cabut lari. Tapi akhirnya menang, dapat harta rampasan perang yang sangat banyak.
- Taif, tempat yang sejuk, subur, banyak kambing dan binatang ternakan.
- Majoriti harta dibahagikan kepada orang yang baru masuk Islam dan Abu Sufian. Orang Ansar dapat sedikit sahaja.
- Rasulullah SAW beri 100 ekor unta pada Abu Sufian, Abu Sufian minta lagi untuk anak dan saudara mara, sehingga tiada lagi nama untuk disebut.
- Selepas itu (selepas peperangan Hunain), Abu Sufian berjihad dengan sangat hebat, memerangi orang murtad sehingga putus tangan tapi still darjatnya tetap tak sama.
- Hebatnya sesetengah sahabat tapi tak dapat menebus mereka kerana kelewatan mereka.
- Masa sangat berguna dalam meningkatkan pahala kita.
- Apa yang dibuat sebelum Fathu Mekah tidak sama dengan selepas Fathu Mekah.
- Apa pengajarannya untuk kita? Lambatnya kita akan memberi effect pada darjat dan pahala amalan kita.
- Sesetengah menunggu masa kerja. Adakah kerja lagi tak stress? Housemanhip gila. MOship gila. Buat kepakaran pun gila. Habis housemanship, iman nyawa-nyawa ikan.
- Bila start jadi qa'id, akan selesa duduk.
- Orang yang selesa duduk, malas mahu berdiri semula.
- Apa selepas housemanship? Kepakaran, dahlah kerja, kena pula sambung belajar, lagi sibuk. Bila dah tenang dah jadi consultant pun sibuk juga, sibuk dengan anak-anak.
- Masa bergelar pelajar adalah masa yang paling baik untuk dakwah.
- Bukankah ada akh yang meninggal selepas 3 jam walimah, lagi beberapa hari nak masuk jadi pensyarah.
- Bukankah menyesal andai dia lari dari tarbiah? Tapi dia terus dalam tarbiah sehingga akhir kehidupannya. Kehidupannya memberi pengajaran kepada beribu-ribu kita!
- Wa kullan wa'adallahu husna. Ini macam nak ambil hati.
- Misalnya semasa program, kita dikehendaki menghafaz hadis. Bila kita tak hafaz, mas'ulah program minta kita tunggu di luar dewan. Tadelah halau terus dari program. Allah pun sama dalam ayat itu. Allah tak kutuk terus. Tadelah Allah kata orang yang qa'id itu hina dan tak guna langsung.
- Tapi selepas Allah ambil hati, Allah sebut fadhhala lagi. Allah lebihkan pahala mujahid berbanding qa'id dengan darjat, maghfirah dan rahmah. Allah tak sebut spesifik darjat apa.
- Allah bila melihat mujahid, banyak dosa yang Allah gugurkan. Seperti kisah Hatib.
- Ada mujahid yang minum arak. Ada sahabat yang minum arak dalam perang qadisiah. Kena ikat tapi masih ingin pergi berjihad. Jihad tak boleh dibandingkan dengan apa-apa kerja.
- Rasulullah SAW sebut seandainya ada seseorang puasa dan solat sepanjang masa orang pergi berjihad, baru boleh sama dengan mereka yang berjihad. Boleh buat?
- Untuk apa ilmu? Cukup setakat ilmu adalah asbab kita bersama tarbiah? Jadi makin gemuk dan tak buat apa-apa? Ilmu bermanfaat bila beramal dan diajarkan kepada orang lain.
- Pokok kalau tak berbuah, apa fungsinya?
- Untuk apa hafal hadis? Untuk DF manusia lain, untuk menarik hati-hati manusia lain pada Islam, pada kesyumulan dakwah.
- Bayangkan perasaan manusia lain apabila seorang doktor dan bukan ustazah yang mengajarkan hadis?
- Sheikh Abdul Majeed Zindani yang mengarang kitab Tauhid dari sudut sains. Dia adalah orang Yaman. Dia asalnya adalah ahli farmasi, namun kini adalah ulama' hebat di Yaman. Orang tanya dia, Sheikh dapat ilmu dari mana? Macam mana sheikh boleh jadi hebat? Kata sheikh, dia dapat semuanya dari tarbiah.
- Kita duduk dalam tarbiah bukan kerana exam. Tarbiah kita kalau ikut betul-betul akan jadi hebat.
- Kita bukan buat kerana nak menunjuk. Itu niat tak betul, pahala ranap dari awal.
- Kita nak gunakan semua itu untuk dakwah. Manusia ada egonya dan itulah caranya menghancurkan ego manusia untuk dia tunduk pada Islam.
- Hafazan - untuk digunakan semasa menyampaikan pada manusia. Bila dah hafaz, mencari jalan untuk digunakan. Barulah dapat diingati dengan sebaiknya sebab digunakan.
- Ingat bahawa Allah kurniakan darjat, maghfirah dan rahmah untuk mujahid.
- Orang yang keluar ke medan kadang relaks sahaja, bukan bertemu musuh.
- Macam perang Tabuk, musuh cabut lari. Tentera Rom cabut lari. Untuk orang yang berjihad, kalau puasa boleh buka. Kalau solat boleh qasar. Sedangkan qa'id nak dapat pahala sama kena continuous puasa dan solat.
- Asal hukum qasar solat adalah untuk orang yang berjihad.
- Ayat seterusnya menceritakan hal ini. Allah sebut dibolehkan qasar supaya sekiranya kamu takut diserang oleh orang kafir.
- Musafir kita kerana makan angin, sahabat kerana jihad.
- Kita pergi musafir supaya boleh qasar solat. Teruk kan?
- Dari segi fiqah, memang boleh. Kita ambil fiqah sebagaimana fiqah. Tapi asal sembahyang qasar adalah untuk orang yang berjihad.
- Datang program, atas medan ini dapat pahala sama dengan continous puasa dan solat.
- Jihad sekarang adalah dakwah. Keluar sahaja dari rumah dikira mujahid.
- Mudah-mudahan Allah terus menguatkan kita di jalan ini.
4 comments:
Jazakillah for this sharing :)
akak nak tanya, apa maksud "wakullah waadallahul husna"?
Jzkk. Teruskan berkongsi ilmu yang bermanafaat.
Kpada semuahya allah janjikan pahala yang baik
Post a Comment