Friday, October 08, 2010

Putus asa...

Saya menangis sepuasnya semasa solat dan seusai solat. Rasa tidak terpikul lagi amanah yang diberikan. Saya rasa berputus asa sangat-sangat.

Teringat tulisan Dr. Hammam Abd. Rahim Saeed di dalam bukunya ( Qawaid Dakwah ilallah ).

“ (orang-orang Yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh Yang lanjut sebelum ditimpakan Dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya Yang ingkar dan menyangka Bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang Yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka.” (15)

Beberapa fasa yang dapat dilihat di dalam ayat ini :
1. Rasa putus asa
2. Dituduh sebagai pendusta
3. Datangnya pertolongan Allah

Ibnu Kathir telah berkata : Allah swt menyebutkan bahawa pertolongan Allah swt turun ke atas para rasul-Nya ketika kesempitan dan mereka menantikan pertolongan tersebut (agar dapat menghilangkan kesulitan di atas jalan dakwah ini), sebagaimana firman Allah swt :

Maksudnya :“Serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

Pertolongan Allah hanya datang tika kita dilanda rasa berputus asa setelah usaha-usaha kita.

Setelah menangis Allah izinkan saya untuk membaca tulisan-tulisan dari blog-blog dakwah yang saya subscribe di Google Reader. Air mata mencurah-curah turun saat Allah memberikan kefahaman mengenai satu ayat Allah. Jazakillah ukhti. Walau diri ini tidak mengenalimu tapi kau telah menjadi perantaraan antara diri ini dengan Allah.

Berikut tulisannya..

Saya : Ceritalah pasal syurga... ceritalah..

Awak : Hari tu tadabbur 2.214. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padalah belum sampai kepadamu cubaan seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. Seolah-olah dalam ayat ini Allah mempersoalkan pengorbanan dan kesabaran sahabat- sahabat terhadap ujian yg Allah timpakan kpd mereka...sedangkan kalau nak diikutkan sebelum perang khandak lagi..mereka sangat hebat tadhiyahnya... bila masa seruan hijrah, mereka sanggup meninggalkan bumi Makkah menuju ke Madinah yg mereka sendiri tidak pasti nasib dihadapannya....ada yg meninggalkan anak isteri harta,,,,keluarga dan mcm2 lg demi ketaatan mereka kpd Allah dan Rasul

Awak : Begitu juga....dalam perang2 yg sebelumnya.... namun bile dalam perang khandak ini... perang dimana sahabat2 berhadapan dengan situasi yg lebih hebat....Allah turunkan ayat ini....seolah-olah menyatakan tak cukup lagi pengorbanan mereka.... sedangkan pada waktu itu mereka juga tengah berusaha menghadapi perang tu...menggali parit dan sebagainya...

Awak : Tapi sebenarnya sangat halusnya cara Allah...sweetnya Allah...Allah menurunkan ayat tu untuk memberi sahabt2 semangat untuk terus lagi bertahan...mcm kite la...kadang2 tu mungkin apa yg kite buat tu dah ok...tapi murabbi kita akan kate tak cukup lagi...tambah lagi...buat lagi...dll. namun....apa yg paling menyentuh saya adalah bila ditanya... agak-agaknya soalan ini layak tak ditujukan kepada kita ?

Awak : Layakkah kita ditanya Allah.."apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepadamu cubaan......."... untuk ditujukan soalan itu pun kite sebenarnya tak layak...kerna mengorbanan yg kite buat tak cukup lagi untuk Allah bertanya tentang soalan itu berbanding sahabat2... bila difikrkan balik...kadang bila buat kerja dakwah ni (malu pulak nak ckp buat dakwah...sebab mcm tak sungguh2 je) bile mana kita diuji....cepat benar kita mengalah dengan perasaan sendiri...cepat benar memilih untuk mengundur diri....cepat benar merajuk hati...... kalau sahabat2...ujian mereka sangat hebat...sedangkan kita diuji dengan perkara-perkara kecil disekeliling kite....malunya...

Awak : Saya bace satu buku ni...pasal menunaikan janji..kisah Anas bbin Nadhir..saya jatuh hati dengan kisahnya.... Ya Allah...rasa nak menangis... Anas Nadhir jumpa rasulullah mengadu bhw dia telah berjanji untuk ke perang badar namun die tak mengotakan janjinya....lepas tu dia cakap kalaulah Allah sudi memperkenankan permintaannya pasti Allah akan menunjukkan tanda kalau tak silap saya lah...kemudian masa dlm tgh perang tu...Anas berkata kpd Saad b.Muaz "wahai Saad aku menghidu bau syuga dr celah Bukit Uhud,," kemudian selepas itu dia pun syahid. Dan yg paling best adalah ayat ni "di antara orang mukmin itu ada orang -orang yg menepati apa yg telah mereka janjikan kepada Allah. dan di antara mereka ada yg gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu giliran dan mereka sedikitpun tidak mengubah apa yg telah mereka janjikan. (33:23)

Awak : Bestnye...terbayang...sahabat yg dh syahid...n ada pula yg tgh dok tunggu bila lah agaknya giliran mereka (yg tak syahid lagi)...

Terima kasih Allah...

No comments: