Friday, November 16, 2012

1 Muharam..

1 Muharam, pena tidak mungkin mampu mengungkapkan segalanya.. 1 Muharam, tarikh yang terlalu bermakna dalam rentetan seerah, tarikh yang terlalu bermakna dalam kehidupan sahabat, tarikh yang menentukan perjalanan seerah yang seterusnya..

Dan 1 Muharam juga hadir merubah rona perjalanan kehidupan saya hari ini.. Seketika saat membaca perkhabaran Palestina, saya terfikir benarkah ya rabb apa yang terjadi hari ini? Di saat Palestina sedang terluka, aku masih di sini...

Lantas saya bermuhasabah akan fikrah saya sebelum ini.. Cita-cita mahu ke Palestina.. bercita-cita menisbahkan nama Assyahidah di hadapan nama saya.. Saya muhasabah tulisan atau cerpen Palestina yang pernah saya tulis.. Semuanya berbicara tentang syahid di Palestina.. Dan saya tahu di ketika itu, saya benar-benar ingin syahid di Palestina.. Mahu jadi doktor dan title doktor itu akan saya gunakan sebagai pelepasan tiket untuk ke Palestina..

Dan saya di muhasabah oleh seorang akak.. Benarkah itu yang Palestina harapkan dari kita? Jujurnya, bukan duit yang Palestina mahukan. Bukan juga demonstrasi jalanan. Palestina menanti pemuda-pemuda yang akan melaksanakan amal yang berterusan, yang kelak akan melahirkan satu daulah yang akan membelanya.. Duit, demonstrasi belum lagi mampu membela Palestina seperti mana kelak daulah Islamiah itu membelanya..

Dan di saat itu kita faham, setiap tindakan kita..Di ketika itu, kita mula beriman dengan maratibul amal kita...Dan apa yang terjadi hari ini dalam rona perjalanan kehidupan saya, saya harapkan ianya sebahagian dari amal yang berterusan itu...

Saya tadabbur seketika ayat-ayat hijrah itu...

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya. (Surah Annahl: 41-42)

Hijrah, perubahan yang berlaku dalam hidup kita perlu kerana Allah semata-mata.. Dan kita mengharapkan semua itu menghasilkan natijah yang baik dalam kehidupan dunia dan pahala yang lebih besar lagi di akhirat kelak..

Sunday, November 11, 2012

Realiti...


(Saya sangat terkesan dengan tulisan Kak Aisyah sebabnya tulisan dia adalah realiti.. hidup... dan tulisannya adalah tulisan seorang hamba yang kerdil yang sedang bermujahadah)

Saya kira hanya Allah sahaja yang tahu mujahadah kita.. Ye, hari ini sangat terkilan.. Rasa gagal menjadi seorang murabbi untuk adik-adiknya.. Sangat terkesan dengan luahan hati seorang adik di blognya.. Rasa ditampar-tampar..

Sangat susah untuk membuatkan orang lain faham situasi kita.. Sangat susah.. Bukan mudah untuk ceritakan pada orang apa yang berlaku di hospital.. Tulisan Kak Aisyah adalah sedikit sebanyak realiti itu..

Betapa banyaknya  requirement yang dikehendaki untuk HO..Logbook, procedure, 50 clerking, 50 discharge summary yang perlu super mantap dengan ICD-10..assessment dan bermacam-macam lagi..

Dan dalam masa yang sama, perlu menjadi murabbi untuk adik-adiknya.. yang perlu mengisi SPI, yang perlu melihat mutabaah amal mereka, mutabaah amal dakwah mereka.. tahu sakit sedih mereka.. tahu A-Z tentang mereka..memenuhi expectation mereka yang sangat jauh dari kemampuan kita..

Dan kemudian, Allah takdirkan satu lagi tanggungjawab.. Satu sahaja sebab saya menerima tanggungjawab itu di saat terlalu banyak tanggungjawab yang ada.. Sebabnya saya mendengar satu ayat Allah dan kupasannya..

Isnin- Rabu ada program adik-adik sekolah (Alhamdulillah ada adik-adik IPT yang membantu), malam ini double shift sampai esok 5 petang.. No off day in between.. Another things going on on Thursday.. Beratnya ya rabb...

Cerita dengan Zaid, dan dia kata betapa Allah memberkati masa saya dengan semua itu.. Semua orang Allah kurniakan 24 jam, tapi sejauh mana maksima masa yang digunakannya.. Zaid, kata-katanya sentiasa menguatkan saya.. 

Pernah sekali saya ceritakan kelemahan saya padanya.. Dan dia kata, mungkin kelemahan itulah yang menjadi asbab saya masuk syurga..

Dan dia sedarkan saya kenapa saya perlu membuat semua itu? Allah atau selain Allah? Terkena..

Somehow, Allah sentiasa menghadirkan kekuatan itu..



Tuesday, November 06, 2012

Toyol dan hantu raya..

Hmm.. masa 1st HO assessment dalam posting ini, saya gagal dengan teruknya.. Saat assessment adalah hari ke 7 tagging. Setiap hari ke wad sebelum 6 pagi dan balik rumah hampir 1 pagi. Memang penat. Dan hari assessment itu sendiri, saya lambat sebab baru selesai buat pleural tapping pada seorang pesakit. Saya pandang sepi sahaja kertas itu. Fikiran saya tidak berjalan. Alhamdulillah tak kena viva dengan doktor pakar sebab saat itu saya sedang tagging.

Sangat kagum dengan kawan-kawan yang lain yang berjaya menjawab soalan itu. Hari ini saya tanya mereka tips mereka. Huhu, mereka beritahu saya mereka membawa toyol dan hantu raya.. Toyol adalah kertas nota kecil dan hantu raya adalah kertas nota yang besar. 

Hmm..dan hari ini HO assessment kedua. Hmm, saya dapat melihat begitu banyak toyol dan hantu raya hari ini. 

'Ala kulli hal, Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya seorang auditory learner yang tak pernah suka membuat toyol dan hantu raya..

Tapi kawan-kawan HO saya terus cuba membantu semasa assessment saat melihat beberapa soalan yang tidak saya jawab. 

Hmm...jadilah toyol dan hantu raya tarbiah besar untuk saya hari ini. 

Sayalah insan yang membasuh orang lain tentang qadar. Bahkan saya pernah menulis tentang qadar.....Allah...

Arghhhhh......bila semua orang nak faham tentang qadar? Sangat susah sebab semua orang desperate.. Kalau tak pass assessment dan viva, kena extend 3 bulan... Maka jawabnya, terciptalah toyol dan hantu raya.. 

Banyaknyaaaaaaa kerja kitaaaa........

Monday, November 05, 2012

Umattikunna...

Sangat malu bila seorang ukhti forwardkan tulisan ini di kalangan akhawat..sebab rasa kerdil sangat dan sebab saya sendiri bermujahadah.. Dan adakalanya benda yang kita kongsikan dan coretkan adalah sangat berat untuk diri kita juga.. Namun di sanalah tarbiah.. Ini sharing seorang ustaz yang terlalu saya kagumi di jalan dakwah ini.. Kami tadabbur kembali ayat ini di Teluk Ramunia..

Kami tadabbur Surah Ahzab bermula ayat 28 sehingga 33. Ada beberapa perkara yang kita ingin hal itu ada pada kita dan adik-adik kita. 

Poin 1: Sebagai akhawat, ada beberapa surah dan hadis dalam Quran yang perlu kita kuasai.  Ada perkara dalam Quran dan hadis yang  diturunkan untuk kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Namun di sana ada surah/ hadis yang turun  yang menyentuh aspek-aspek kejiwaan seorang wanita. Misalnya berkenaan dengan tarbiyatul aulad, kejiwaan wanita. Contoh-contoh surah adalah seperti Surah Ahzab, Surah Annur, Surah Maryam, Surah Annisa’, Surah Attahrim, Surah Attalaq dan beberapa surah lain.

Poin 2: Surah Ahzab di permulaannya menyentuh mengenai surah Ahzab. Namun ayat-ayat seterusnya ada menyebut tentang kewanitaan.

Poin 3: Ayat 28 adalah ayat berkaitan dengan rumah tangga dan menyentuh masalah keinginan perempuan. Misalnya naluri wanita yang suka melawa, bukan hanya pada perhiasan diri, bahkan pada perhiasan rumah, langsir dan lainnya.

Poin 4: Asbabun nuzul ayat-ayat ini menceritakan hubungan nabi dan isterinya. Nabi ketua Negara dan perkahwinannya adalah dengan anak-anak orang besar misalnya anak Abu Sufyan, anak Saidina Abu Bakar, anak Umar dan lainnya. Saidina Abu Bakar misalnya adalah sahabat yang kaya, bukan seperti Abu Darda’ dan lainnya yang biasa-biasa. Sememangnya ada sahabat yang kaya di Madinah, mentaliti dan gambaran pemikiran kita perlu melihat izzah seorang sahabat, jangan rasa sahabat seorang yang selekeh.

Poin 5: Apa masalahnya bila berkahwin dengan ketua Negara? Apa perasaan isteri-isteri nabi saat diziarahi oleh isteri pembesar-pembesar yang lain? Ada perasaan nak lebih sedikit. Kehidupan nabi adalah sangat biasa. Misalnya tapak kuburan nabi di Masjid Nabawi adalah gambaran rumah Saidatina Aisyah. Saiznya cuma lebih besar sedikit sahaja. Dan dalam kisah Hadithul Ifki, misalnya kalung Saidatina Aisyah yang hilang bukanlah kalung emas, lokek batu sahaja. Dan mereka pun tak sedar Saidatina Aisyah tiada di atas unta kerana ringan yang amat/ makan sedikit sahaja. Itulah gambaran kesederhanaan kehidupan isteri-isteri nabi.

Poin 6: Kerana kesederhanaan itu, satu saat timbul rasa nak minta lebih sedikit sahaja. Meskipun isteri-isteri nabi mendapat tarbiyah yang super mantap, masih ada kesedihan itu. Lantas turunlah ayat itu.

Poin 7: Even minta sedikit sahaja pun, Allah kata seperti meminta dunia dan perhiasannya.

Poin 8: Ada poin yang sangat ditekankan bila Allah sebut Fata'al –maka mari sini…umattikunna – ada sabdu tengah ..aku akan seronokkan kamu…wa usarrihkunna…dan aku akan ceraikan kamu… sarahan jamila ---penceraian yang cantik… Ayat ini sangat ganas. Eventhough isteri-isteri nabi lemah lembut, hebat segala-galanya, namun nada ayat sangat ganas sebab tahapan kita dalam tarbiyah. Nada yang sama tidak boleh ditekankan untuk mereka yang baru berjinak dalam tarbiah. Namun di sana ada ketegasan untuk mereka yang telah melalui tarbiyah ini.

Poin 9: Isteri nabi baru minta sikit, tapi Allah suruh nabi bagi pilihan terus. Sebab tak logik orang yang duduk dalam tarbiah boleh minta macam itu. Ada level dalam tarbiah.

Poin 10: Kalau isteri nabi, buat baik dapat dua kali ganda..kalau buat dosa pun dapat dua kali ganda. Satu amalan yang dibuat oleh dua orang..pahalanya berbeza..sebab niat dia, ihsan dia..Nafkah harta seperti satu bji benih…dari sebiji tumbuh 7 tangkai..gandaan 700 ratus.. allahu yudhaifu liman asyaa’’…Allah boleh gandakan lagi…camne Allah bagi gandaan itu? Keikhlasan dia…RM1 infaq hari ni dan esok lusa adalah berbeza.. Macam tu juga isteri-isteri nabi.. sebab tu dapat gandaan pahala lebih

Poin 10: Pahala di saat perlu memilih, Ada pilihan kahwin dengan datuk/orang biasa/ daie.. Kehidupan isteri-isteri daie  bukan mudah..Mustafa Masyhur misalnya masuk penjara 20 tahun..Bila keluar dah tak kenal anak..Penjara di tengah-tengah pedang pasir.. Siapa yang jaga anak dia? Isteri.. Kesabaran kongsi dua bukan maksudnya bahagi dua..dapat sama atau lebih ..bergantung pada keikhlasan..

Poin 11: Ya nisaan nabi.. lastunna ..asalnya laisa..tidaklah kamu..ka..kaahadin..seperti mana-mana peempuan..ahad bukan makna satu..Allah sebut kalimah ahad ini dalam surah Ikhlas… Unik..hanya mereka itu sahaja..Itulah gambaran role model kita....special sangat isteri nabi.. inittaqaitunna..sekiranya kamu bertaqwa.. fala ..Maka janganlah kamu.. merendah-rendahkan suara..mendayu-dayukan suara..macam orang bercakap dengan pakwe dia..fayatma’a..maka berkeinginanlah allazi..orang-orang yang di dalam hatinya maradhu.. Allah tidak membenarkan kita mendayu-dayukan suara..takut keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya..

Poin 12: Bila sebut ya nisa’an nabi, adakah perintah hanya untuk isteri nabi? Quran utk kita..kena tengok reason..bahasa usul fiqh… illat hukum..tak semua lelaki terpengaruh/ ada penyakit dalam hati..Cuma takut ada lelaki yang berpenyakit merasakan seperti itu…kata ulama’ asalnya ayat ini adalah untuk isteri nabi… Ada ke orang yang ada keinginan isteri nabi? Siapa yang cakap dengan isteri nabi? Sahabat-sahabat.. Kalau sahabat yang hebat…isteri-isteri nabi pun tidak boleh dikahwini disebabkan mereka adalah ummahatul mukminin…(ibu tak boleh kawin, haram)… Kalau dengan sahabat-sahabat nabi yang baik pun tak boleh..apatah lagi, bukan sahabat/ isteri nabi… maka jatuhlah hukumnya pada orang yang bukan isteri nabi juga..

Poin 13: Waqulna qaulan makrufa..adakah perempuan tak boleh bercakap? Bahkan kena cakap..fe’el amar qul..maka cakaplah dengan perkataan yang baik/ biasa.. Di tempat yang hak, perempuan memang perlu bercakap, tak boleh malu menyatakan yang hak…

Poin 14: Waqarna..tetap diamlah fibuyutikunna..asal satu rumah baitun, banyak rumah buyut…hai perempuan-perempuan duduklah di rumah-rumah kamu..dan janganlah bertabarruj …berlebih-lebihan dengan tujuan orang tengok..masa kenduri, lagi satu masa pergi kerja..bersolek..itulah tabarruj..kerana nak menampakkan..Perintah dalam ayat ini yang pertama kena duduk rumah..kedua tak boleh tabarruj…Disentuh juga tabarruj ketika walimah.

Poin 15: Kalau ikut ayat ini kena duduk rumah, larangan tak bole tabarruj.. So,boleh atau tak nak keluar rumah?..Boleh kalau ada keperluan..Hukum asal kena duduk rumah..kalau perempuan jalan, syaitan akan mempergunakan dia… Kalau tade kerja, tak bolej kuar rumah..apa kerja kita? Bukan pergi kerja doctor/ cikgu tu..tapi kerja daie tu..kita ada kerja lagi besar..menyelamatkan manusia…Bila itu adalah kerja besar besar kita, kerja lain jadi kecil..Pergi mana-mana pun kena niat menyelamatkan manusia..Dalam muntalaq, disebut kalau  duduk kat rumah zaman ini adalah berdosa sebab terlalu banyak kefasadan yang ada di luar sana. Maka, kena banyak lagi kuar rumah..

Ok, itu perkongsian dengan adik-adik untuk adik-adik sedar ada tahapan-tahapan dalam tarbiah. Dan perkara-perkara keakhawatan yang perlu dijaga oleh kita sama-sama. Peringatan utk diri sendiri terlebih dulu pastinya..

Lemas...

Tarbiah Allah adalah sangat halus. Jujurnya hati begitu menginginkan untuk hadir daurah. Namun Allah tidak mengizinkan kerana kerja. Double shift lagi. Namun ada sesuatu yang Allah ajar semasa kerja semalam.

Seorang pesakit saya adalah pesakit strok. Seharian saya berusaha untuk pesakit tersebut. Dia mengalami sawan selama 4 kali di wad. Kemudiannya tahap kesedaran (Glascow Coma Scale) mula merosot di wad.

Kami perlu memasukkan tiub untuk membantu pernafasannya (intubate). Selepas intubate, lama nak dapat ventilator. Tanpa ventilator yang berfungsi secara automatik memberikan oksigen, saya perlu ambubagging secara manual dengan tangan. Lama ambubagging, lebih dari sejam.

Saat itu bermuhasabah. Apa yang Allah nak ajar aku hari ini? Pesakit itu orang asli. Allah beri peluang berkenalan dengan masyarakat orang asli hari itu, berpeluang mendengar bahasa pertuturan mereka. Hebatnya Allah yang mencipta manusia dengan seribu wajah. Dan hebatnya Dia yang tidak menjadikan rupa sebagai ukuran, namun taqwa. Betapa adilnya Allah!

Setelah memperolehi ventilator, saya perlu mendapatkan CT brain sekali lagi untuk pesakit. Bukan mudah mendapatkan CT scan untuk pesakit, bukan mudah berunding dengan radiologist. Dan Allah mudahkan urusan itu. Kemudiannya menghantar pesakit ke bawah untuk CT brain. Kena ambubagging sepanjang perjalanan. Dan kitalah doktor yang perlu terus ambubagging pesakit sepanjang CT brain, memakai baju khas yang cuma mencegah sedikit sahaja dari sinaran radiologi.

Dan kemudiannya, menanti hasil CT scan. Dan hasilnya, stroknya telah merebak dengan sangat cepat. Saya perlu merujuk kes tersebut ke hospital besar yang mempunyai kepakaran dalam neurosurgeri. Saat itulah Allah menguji dengan sebenarnya.

Berjam-jam saya mencuba, namun doktor di sana tidak memperolehi email tersebut. Dua kawan HO saya yang lain juga cuba membantu, namun masih gagal.

Stress sangat. Sebabnya kita sedang bermain dengan nyawa. Setiap saat yang berlalu adalah nyawa pesakit. Dan GCS pesakit terus merosot. Ya Allah, stressnya.. Setelah lebih 4 jam berusaha dengan bermacam-macam cara, barulah Allah izinkan email itu dihantar. Bukan mudah, berkali-kali berusaha untuk copy paste slide CT brain yang banyak itu.

Saat sedang stress di hadapan komputer, seorang staff nurse yang duduk berdekatan bertanyakan soalan, "Doktor join usrah ye?" Allah.. Kenapa soalan itu perlu ditanya dalam kecelaruan hati dan perasaan. Kenapa soalan itu perlu ditanya saat stress yang mungkin menghilangkan identiti kita sebagai manusia yang ditarbiyah. Argghhh, di situlah tarbiah! Rupanya staff nurse tersebut pernah join usrah, masih berminat cuma tidak dapat memberi komitmen.

Ok, balik kepada pesakit. Menitis air mata saya kerana stress. Sebabnya, saya adalah orang yang diajar mengenai Qadar. Dan baru sahaja bincang dengan mutarabbi beberapa minggu lepas. Bukankah saya perlu meyakini bahawa Allah telah menetapkan semua perkara? Dan bukankah tugas saya adalah berusaha sehabis upaya?

Dan kemudiannya doktor di sana pun respons. Dia telah memperolehi email tersebut. Dan dia mengakui strok pesakit tersebut sangat besar. Dan tiada apa yang dapat dilakukan. Hanya rawatan secara konservatif. Saat dia menelefon saya, suara saya kelihatan sedih bila dia menyebut konservatif dan dia bertanya, "Why you are sad? Is the patient someone close to you? Is she your relative?"

Saya katakan tidak. Dan doktor itu sangat baik. Dia kata, "Nevermind, you already done your best".

Dan malam bila doktor pakar round dan melihat CT brain pesakit itu, dia pun mengatakan hal yang sama. Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk pesakit.

Terlalu banyak muhasabah yang saya pelajari semalam.

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Surah AlHajj: 22)

Saya ingat lagi seorang ukhti berkongsi tentang ayat ini dalam satu siri ISK. Betapa jihad itu dianalogikan seperti orang yang sedang lemas di lautan. Dan dia masih cuba menginjak-nginjak kakinya agar tidak lemas. Kena berusaha sehabisnya, dan itulah jihad. Cantiknya bidang perubatan kerana itulah yang kita lakukan sehari-hari. Bila kita melakukan CPR pun, kita berusaha sehabisnya.

Dan saya bermuhasabah. Bilakah akan tiba saatnya, saya dapat melakukan hal yang sama dalam dakwah dan tarbiah? Bilakah saatnya hati saya akan 100% pada dakwah dan tarbiah ini?

Saya stress yang amat dengan setiap saat yang berlalu saat saya berusaha menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. Bilakah saya akan mengerti dan akan stress dengan umur umat ini? Atau barangkali umur sendiri? Detak jarum saat terus berlalu menyedarkan kita umur yang kian berkurangan.

Dan saya tertanya-tanya pada hati sendiri. Kenapa perasaan saya begitu kuat pada pesakit tersebut? Dia bukan kenalan saya. Orang asli, Kristian lagi. Naluri kemanusiaan barangkali.

Dan saya bermusahabah mengenai hubungan yang lebih besar dari hubungan kemanusiaan iaitu tali hubungan aqidah. Adakah saya masih punya perasaan pada ummah, merasa sakit dengan keparahan mereka? Stress dengan keadaan mereka?

Ya rabb, ampuni kami di saat kami menganaktirikan dakwah ini...

Wednesday, October 31, 2012

23 tahun..

Saya kira saya sahaja yang mungkin bersedih melihat kes itu, rupanya kawan cina saya juga merasakan hal yang sama. Dan kami berdua setuju umur 23 tahun terlalu muda untuk kanser pangkal rahim. 

Sedih..adik tersebut seorang muslim. Belajar di universiti yang punya nama islam di sebutannya. 

Malam itu saya menjaga wad. Dan seorang MO meminta saya melihat dua kes di wad periphery. Saya hanya mengikut, tak pernah pun jaga periphery di jabatan ini. Saya merasakan Allah sememangnya memilih saya untuk melihat kes itu.

Saat membaca kes tersebut di paparan komputer, saya sudah menjerit-jerit dalam hati. Tidak! Tidak! 23 tahun untuk kanser pangkal rahim (cervical carcinoma) adalah terlalu muda. Tidak pernah saya jumpa umur semuda itu untuk mendapat kanser pangkal rahim. 

Dan penyakit kanser pangkal rahim adalah disebabkan oleh hubungan kelamin. Dan disebabkan hal itu, wanita yang telah berkahwin atau telah mengadakan hubungan kelamin diminta menjalani screening seperti ujian Pap Smear dan lainnya..

Alhamdulillah, saat berjumpa adik itu saya temukan bibit-bibit sesal dalam dirinya. Dan saya yang sudah lama tidak menangis di hadapan pesakit menangis hari itu. Seakan setiap bicara adalah untuk adik sendiri..

Kerana penyesalannya, saya merasakan Allah terlalu menyayanginya... Dan Allah memanggil dirinya dengan ujian ini.. Betapa ramai mereka yang melakukan zina namun Allah tidak memanggil sebegitu.. Lebih menyedihkan, dia telah kehilangan sesuatu yang berharga. Dia telah kehilangan rahimnya... Dia telah pun menjalani pembedahan Wertheim's hysterectomy... 
Tambah menyedihkan, kini dia berhadapan dengan metastasis. Ya, saki baki kansernya telah merebak dengan sangat cepat. Perutnya membusung, baru tekan dia akan muntah. Hatinya membengkak. Dan telah mengganggu saluran sistem perkumuhannya... Dan bahan kumuh di dalam badannya tinggi..Dia sudah perlu menjalani hemodialisis. Sedih sangat...Dan dia perlu menjalani percutaneous nephrostomy (membuat satu saluran keluar supaya kencingnya boleh disalurkan lantaran kansernya telah menghalangi saluran kencingnya).. Saya pernah menemani seorang pesakit dahulu menjalani percutaneous nephrostomy dan saya tahu betapa azabnya prosedur tersebut.. Sedih sangat...Kata adik tersebut dia redha sebagai kafarah dosa-dosanya..Allah..
Dan malam itu, saya perlu mendapatkan social history darinya. Bukan calang-calang orang. Dia anak sulung. Adik beradiknya juga berjaya. Ada yang belajar di US, MRSM dan lainnya. Ayahnya telah meninggal dunia 3 tahun lalu, dan merupakan pengetua di sebuah sekolah agama..

Dia mengaku dengan saya cuma melakukan sekali sahaja hubungan kelamin. Saya tidak pasti kebenarannya.. Namun dia malu untuk mengakuinya... Dan saya hormati hal itu kerana saya telah menemui banyak pesakit yang tidak pernah malu untuk menzahirkan hal zina yang dilakukan mereka...

Tidak pernah terfikir zina akan menyebabkan hal itu terjadi. Selalunya yang kita jumpa adalah hal-hal kehamilan luar nikah. Tapi ini pertama kali saya berhadapan dengan kes sebegitu.. Entahlah, kadang sangat-sangat teringin untuk menyedarkan remaja di luar sana... Sebagai doktor, saya tidak menyebut namanya.. Namun saya meminta izinnya untuk menulis kisahnya lewat maya untuk memberi kesedaran kepada yang sudi membaca.. 

Dan saya tahu menulis di sini bukan amal yang besar yang dituntut dari saya... Ada banyak kerja-kerja kita.. Alhamdulillah bidang perubatan ini seringkali menyedarkan saya tentang realiti umat untuk terus bergerak...

Monday, October 29, 2012

9 Huruf - Bahagian 3...

Terkadang rasa letih untuk menulis, namun seakan ada rasa tanggungjawab terhadap bahan tarbiah yang diperolehi. Tempoh hari kami tadabbur surah al hadid dari ayat 16 dan jujusan ayat seterusnya..

Indahnya dunia tarbiah kerana dengannya kita menghayati ayat-ayat Allah..

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya. (Surah Al Hadid: 16-17)

Ayat tersebut turun di Madinah selepas peristiwa hijrah. Seandainya kita menyorot kembali peristiwa hijrah, kita tahu betapa besarnya pengorbanan sahabat. Mereka berhijrah sehelai sepinggang. Realiti hidup mereka di Mekah sangat menghibakan, namun di sana hati mereka khusyuk.. Dan ketika berada di Madinah, dalam keadaan yang damai, hati mereka mula lalai sedikit demi sedikit.. Mereka bebas di Madinah, bebas untuk melakukan apa sahaja.. Hati mereka mula terikat dengan keduniaan dan hati pun mula lambat untuk khusyuk dan mengingat ayat-ayat Allah..Sama seperti kita.. Di mana hati kita ketika ini?

Lalu turunlah ayat-ayat di atas untuk mengingatkan mereka kembali.. Macam mana nak tahu hati kita ini khusyuk? Ustaz kata, bila kita sedar segala amalan kita.. Kita sedar dan menghayati bacaan solat kita.. Kita sedar Mathurat yang kita baca sehari-hari.. Kita sedar perjanjian dan doa-doa kita dalam zikir-zikir mathur yang kita baca.. Kita hadir dalam setiap perjalanan hidup kita..

Teringat kisah yang dikongsikan oleh Hamza Yusuf mengenai Maryam saat ustaz bercerita mengenai ayat itu..... Dengarlah... Saya percaya kamu akan lebih memahami ayat itu dengan mendengar kisah ini..


Tuesday, October 23, 2012

9 Huruf - Bahagian 2...

Terkadang hati ingin berlari laju, tetapi hari-hari di hospital ternyata sulit. Kadang tertanya-tanya, adakah tersalah memilih langkah kehidupan? Perlukah mengubah laluan setelah melalui bidang ini bertahun-tahun. Setelah lima tahun belajar, setahun bekerja, masih menaksir adakah ia yang terbaik. Syukur punya dakwah dan tarbiah untuk mengubat sebahagian kesakitan itu, namun adakalanya terasa sakit yang amat. 

Hikmah adalah milik Allah. Pasti ada baiknya Allah menetapkan saya di sini. Saya juga belajar dari adik lelaki saya, Zaid. Belajar bidang bio-perubatan di UM beberapa bulan, dan ternyata tidak sesuai buat dirinya. Akhirnya memilih untuk membuat Islamic Finance di IPTS. Di situ dia menemui minatnya. Dan dia bahagia dengan pilihannya. 

Adakah saya perlu melakukan hal itu supaya tidak terus-terusan berdarah? Saya tahu saya boleh pergi jauh di tempat lain. Namun saya tahu, saya perlu terus bertahan. Saat saya membuat keputusan, saya telah membuatnya kerana dakwah dan tarbiah. Dan saya juga perlu bertahan kerana dakwah dan tarbiah walau mungkin bidang ini telah merampas hal itu juga dari saya. 

 Jujur saya malu juga dengan seorang MO saya yang merupakan sahabat seusrah saya sendiri. Menjadi doktor, kita tidak dibenarkan untuk membuat hatta satu kesalahan pun. Kesalahan yang kecil juga akan dijaja. Kesian dia yang mungkin terpaksa menadah telinga tentang sahabat usrahnya.. 

9 Huruf? Pakcik kata huruf-huruf itu adalah M-U-J-A-H-A-D-A-H. Saya masih bermujahadah. Hakikatnya tiada siapa pun yang akan terus melangkah tanpa MUJAHADAH. Masa tidak pernah cukup. Bahagia mungkin jauh. Namun apa yang membuatkan kita terusan melangkah? MUJAHADAH. Jujurnya usah menanti hal masa di masa mendatang, kerana kita pasti bertambah sibuk. Tanggungjawab yang ada akan terus bertambah. Dan andai mahu menunggu lapang, ketahuilah ketika itu fizikal kita pula telah melemah.

Kata Assyahid Syed Qutb, “Iman yang sebenar tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa. Sebaliknya dengan iman, mereka akan dapat memahami fenomena alam ini. Mereka juga tidak akan dapat memahami dengan jelas segala realiti manusia dan realiti kehidupan ini melainkan setelah mereka melalui proses ini. Jiwanya, emosinya, fikirannya, adatnya, nalurinya dan reaksinya tidak akan dapat merasai apa yang dirasainya kecuali apabila mereka melalui pengalaman yang sukar dan perit ini”. 

Dahsyat bukan kata-kata itu? Iman adalah keyakinan. Kita tidak akan yakin betul-betul seandainya kita tidak bermujahadah. Iman tidak akan mantap tanpa mujahadah. Kita dapat iman ini mudah bukan? Ada orang suap. Iman kita longgar sebab tiada mujahadah. Samalah keadaannya iman ini seperti memegang dompet. Kalau kita rasa tempat itu selamat, kita pun mesti pegang biasa-biasa sahaja. Tapi kalau kita tahu tempat itu banyak peragut, kita mesti pegang dompet itu kuat-kuat kan? Begitulah iman. Kena mujahadah.

Cuba tengok sahabat nabi dapat iman macam mana. Tengok Bilal dapat iman macam mana. Tengok Sumayyah pula. Mereka dapat iman itu dengan kesusahan. Sebab itulah jalan ini susah. Kita kena lawan nafsu kita dalam mendapatkan iman itu. Apa maksud mujahadah? Ramai sahaja yang menggunakan istilah mujahadah ini. Ada yang guna masa exam. Ada yang kata mujahadah melawan hawa nafsu. 

Maksud Assyahid Syed Qutb, mujahadah adalah dengan bencikan kebatilan dan mujahadah memindahkan manusia dari alam batil kepada kebenaran. Itulah cara dan manhaj Rasulullah SAW. Baginda mengajar para sahabatnya membenci Jahiliah dengan sebenarnya dan selepas itu membawa manusia pula. Usaha begitulah yang dipanggil mujahadah. Kesabaran atas mehnah menjadikan seseorang itu tetap teguh tetap dan terus mara. Kalau kita tidak buat dakwah ini, kita tidak rasa iman. Kalau kita buat dakwah ini di saat sukar, dan datang pertolongan Allah, masa itulah kita yakin dengan jalan yang kita pilih ini. Saat itulah iman kita bertambah-tambah. 

Dan itulah yang sahabat-sahabat rasakan. Menjaga iman di hari-hari sulit ternyata mudah. Iman mereka sangat kuat saat di Mekah. Iman ketika kesulitan merajai tenyata menyala-nyala. Keakraban dengan Allah dapat mereka rasai ketika hati mereka berdarah. Dan Allah menghadiahi mereka dengan hijrah. 

Dan ternyata bahagia mungkin sahaja melalaikan kita. Di situlah sahabat-sahabat diuji. Di Madinah, mereka bebas. Mereka boleh berterbangan dengan bahagia seperti burung kerana tiada siapa yang menghalangi. Di sana mereka boleh berniaga, boleh berkahwin, boleh melakukan apa sahaja. Mereka bebas sehingga tidak mahu menjadi insan yang bergelumang dengan dakwah dan tarbiah ini juga mungkin berlaku. Lantas semua itu menjadi asbah turunnya ayat 16 Surah AlHadid dan jujusan ayat-ayat seterusnya yang mengingatkan mereka.

Monday, October 22, 2012

9 Huruf - Bahagian 1..

Hati ingin menukilkan segalanya di atas kanvas maya ini namun masa seakan mencemburui. Lantas saya pesan pada diri, tulislah meskipun sedikit. Tulislah agar segalanya yang saya peroleh telah saya ikat dengan tulisan yang kemudiannya menjadi peringatan buat diri yang alpa. Beberapa hari yang lepas, saya melalui program. Jujurnya saya rindukan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang mewah dengan program. Tapi saya percaya Allah meletakkan saya di tempat yang terbaik. Saya punya ikhwah akhawat yang sangat membantu dan menyokong saya dalam dakwah dan tarbiah terutamanya saat-saat genting melalui housemanship. Saya punya murabbi yang terus-terusan membantu. Dan banyak lagi ufuk pertolongan dan sinaran hikmah yang Allah tunjukkan di sini..

Sejujurnya di atas jalan ini, saya tidak pernah memperolehi sesuatu dengan mudah. Sangat sukar caranya saya memperoleh sesuatu. Namun begitulah doa saya. Biarlah Allah yang mentarbiah saya.. Dan saya kira Allah lebih mengetahui metod tarbiah untuk hambaNya yang kerdil seperti saya. 

Program tersebut saya kira adalah program di mana saya bermuhasabah banyak perkara. Bahan-bahan tersebut pernah saya perolehi sebelum ini, namun tidak pasti di mana saya menyimpannya dalam sudut hati dan pemikiran saya. Sehinggalah saya merasakan berat yang amat. Inna sanulqi 'alaika qaulan thaqila.. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat padamu.. Membina manusia adalah pekerjaan paling berat.. Kalaulah belajar perubatan, housemanship ini susah, percayalah membina manusia adalah berjuta-juta kali lebih susah.. Lantas saya telus pada Allah.. Saya benar-benar merasakan berat yang amat.. Lantas Allah menjawabnya semasa sesi tadabbur..

9 Huruf? Insya Allah, mudah-mudahan Allah mengizinkan saya untuk terus berkarya atau 9 Huruf menjadi teka-teki semata-mata... Ya rabb, mudahkan..


Saturday, October 13, 2012

Bogel...

Jujurnya saya tidak setuju sangat dengan tindakan seorang pakar semasa HO teaching baru-baru ini. Dia mendedahkan kesalahan seorang HO di hadapan begitu ramai doktor-doktor yang lain. Saya benar-benar tidak bersetuju! 

Allah mahu mengajar sesuatu. Seusai hari itu, saya berusrah dengan adik-adik.. Kami mentadabbur Surah Al Haqqah.. Dan saya terpana.. Bicara Syed Qutb mencekik segala rasa hati..

Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Allah, tiada satu pun dari rahsia kamu yang tersembunyi". (Surah AlHaqqah: 18)

Pada hari itu segala-galanya terdedah, badan  terdedah, jiwa terdedah, amalan terdedah, dan untung nasib terdedah. Gugurlah segala tabir yang melindungi rahsia-rahsia. Bogellah segala jiwa dan segala jasad, ketaralah segala yang tersembunyi. Setiap orang kehilangan daya tipu helah, kehilangan daya tadbir dan kehilangan perasaan. Terbukalah segala tembelang yang selama ini ditabiri hingga kepada dirinya sendiri. Alangkah malunya kepada khalayak yang ramai. Kepada Allah segala rahsia adalah terbuka kepadaNya di setiap waktu, tetapi mungkin manusia tidak menyedari hakikat ini dengan kesedaran yang sungguh-sungguh kerana tertipu dengan tabir-tabir dunia. Kini barulah dia menyedari dengan sempurna apabila ia terdedah pada hari kiamat. Segala sesuatu jelas di alam buana. Bumi dilebur dan diratakan hingga ia tidak dapat melindungi suatu apa. Langit juga turut pecah terbelah dan hancur hingga tidak dapat melindungi  suatu apa pun. Segala jasad bertelanjang bulat tiada dilindungi seurat benang pun, segala jiwa terbuka tanpa suatu tabir pun dan tidak lagi mengandung apa-apa rahsia. 

Tetapi yang lebih dahsyat dari kehancuran bumi, gunung ganang dan langit ialah berdirinya manusia dengan jasad yang bogel, dengan jiwa dan perasaan yang bogel, dengan sejarah hidup yang bogel dan dengan amalan yang bogel lahir dan batin di hadapan perhimpunan raksasa makhluk Allah dari manusia, jin dan malaikat di bawah naungan kebesaran Allah dan 'Arasy-nya yang terjunjung tinggi di atas segala-galanya. 

Tabiat manusia memang rencam dan canggih. Di dalam jiwanya terdapat berbagai-bagai liku dan lorong sempit tempat dia menyimpan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan, tempat dia menyembunyikan salah silap, angan-angan dan rahsia-rahsianya. Manusia lebih pintar melindungkan dirinya dari binatang siput yang dicucuk dengan jarum, di mana ia pantas menyorokkan kepalanya ke dalam sarungya dan menutupkan dirinya dengan serapat-rapatnya, tetapi manusia akan bertindak lebih pantas dan pintar dari siput itu lagi, apabila ia merasa ada mata sedang melihat, memerhati dan mengetahui sesuatu rahsia yang disembunyikannya selama ini atau apabila ia sedar ada mata sempat melihat suatu lorong atau liku sulit dari dirinya. Dia akan merasa amat pedih dan cemas apabila ia sedar ada orang mengetahui hal dirinya ketika ia berada di dalam keadaan-keadaan persendirian dengan perasaannya. 

Tetapi apakah yang dapat dibuat oleh manusia pada hari kiamat kelak apabila tubuh badan, fikiran, perasaan, niat dan hatinya terdedah belaka dari segala suatu yang dapat melindunginya. Bagaimana ia dapat menyembunyikan dirinya di bawah 'Arasy Allah yang Maha Kuasa di hadapan perhimpunan raksasa yang tidak bertabir itu. 

Ini adalah satu keadaan yang lebih dahsyat dan lebih pahit dari segala-galanya.

Seorang adik bertanya, "Kak, mungkin ke semua orang rasa tidak malu sebab semuanya berdepan dengan nasib yang sama?"

Mana mungkin tidak malu.. Kita pasti malu, PASTI dengan seseorang yang begitu kita hormati barangkali... Allahu A'lam...

Inspirasi..

Saya bertemu dengan tiga orang yang memberi saya inspirasi selama beberapa hari ini..

Pertamanya, ukhti H dari UTM. Bertemunya semalam di majlis thaqafah IPT. Dia menghidap albino. Sangat indah pertemuan dengannya. Matanya nystagmus. Bergerak-gerak. Berbual dengannya, saya tidak dapat mengadakan eye contact. Indah pertemuan dengannya kerana saya mengkagumi hidayah Allah. Dia telah memilih ukhti tersebut untuk berada di jalan ini. Teringat akak pengawal keselamatan di flat rumah sewa saya dulu. Dia juga menghidap albino, berkahwin dengan abang pengawal keselamatan yang sangat menyayanginya dan bayi mereka sangat comel.. Indah kan aturan Allah? Indah hidayahNya juga..

Keduanya pertemuan dengan seorang adik student nurse lelaki. Saya mengkaguminya.. Saat kami sedang sibuk beramai-ramai membuat CPR, ambubagging seorang pakcik yang nazak, menyediakan adrenalin, adik ini datang. Dia duduk berteleku di sisi pakcik tersebut dan mengajarkan syahadah tanpa peduli setiap mata yang memandangnya.. Masya Allah! Setelah pakcik itu diumumkan meninggal dunia, saya pergi ke satu sudut dan menangis. Adik tersebut telah membuatkan saya tertampar-tampar. Konon-kononnya berada dalam dakwah dan tarbiah, namun belum benar-benar menjadi DR (Daie Rabbani). Allahh.. Sangat kagum dengan pakcik yang meninggal itu juga.. Siapa dia? Apa yang telah dia lakukan sehinggakan Allah menghantarkan seseorang untuk mengajarnya syahadah di saat akhir kehidupannya? 

Dan pertemuan ketiga yang memberi saya inspirasi adalah pertemuan dengan Dr Lee. Setahun lebih saya membuat housemanship, namun jarang terinspirasi dengan mana-mana doktor malah mungkin tidak menyenangi profesyen ini disebabkan sikap manusia yang menghiasi dunia perubatan ini. Namun Dr Lee yang berumur 46 tahun itu mengajar saya banyak perkara. Betapa saya mengharap dia adalah Muslim.. Sangat memahami dunia houseman dan memberi qudwah yang sangat menyentuh hati.. Antara pesannya, dia mengatakan bahawa kita yang berada dalam bidang perubatan ini mungkin sahaja sudah kehilangan sensitiviti.. Kita yang dulunya semasa kecil menangis saat melihat setitis dua darah, kini tidak peduli dengan darah.. Brannula pesakit tercabut dipandang enteng.. Apabila pesakit memberitahu sakit, kita tidak peduli.. Apabila pesakit mati, hati sudah tidak berdenyut... Berada dalam profesyen ini, kita kehilangan hati kita... Betapa benar kata-katanya..

Manusia, betapa mereka adalah subjek terindah untuk dipelajari..

Saturday, October 06, 2012

Malaikat maut..

Selalunya saya tiba awal pagi di hospital... Dan terkadang kerja pertama adalah resuscitation kerana pesakit-pesakit di wad perubatan adalah pesakit-pesakit yang sangat tidak stabil.. Terlalu banyak kematian..

Scary kan setiap saat dan ketika dilawati malaikat maut dan berada hampir dengan malaikat maut...

Dan surah AlQiyamah yang dibacakan oleh Iman Fahd Kanderi ini akan selalu bergentayungan di kasus minda dan lubuk hati...

Insaf..

Tadi saya ambubagging seorang pakcik yang nazak. Sangat nazak.. Tiba-tiba datang anak pakcik tersebut.. Dengan jeans, tshirt ketat dan rambut berwarna, dia membaca Yassin buat si ayah tanpa mengenakan tudung mahupun selendang... Jujur sebagai daie, melihat dengan kaca mata daie, saya rasa kasihan yang amat... Dan hati saya terus-terusan menangis..

Pakcik, apa legacy yang telah pakcik tinggalkan? Apa legacy yang akan aku tinggalkan? Saya bermuhasabah sedalamnya..

Terkadang dunia perubatan itu memerlukan hati dan menagih seluruh tenaga kita.. Setelah pulang ke rumah juga, masih terbayang-bayang wajah-wajah pesakit..

Dan dakwah ini juga menagih hak yang sama, malah hak yang lebih lagi... Siapa yang akan membuat resuscitation untuk ummat ini?

Pagi tadi saya tanya seorang adik yang berusia 21 tahun, drug abuser.."Ko dah sembahyang subuh?" 

Dengan selamba dia menjawab, "Saya tak sembahyang dah bertahun-tahun ..".. 

Arghhh..

"Dah ko pergi tukar kain ini. Tutup aurat ko tu sket.."..Kasar, tapi memang perlu saat berhadapan dengan mereka..

Jauh sebenarnya mereka dengan dunia enta enti..ana enti...dunia ikhwah akhawat.. Sangat jauh... Dan kerja kita sebenarnya sangatlah banyakkkkkkkkk.......

Sunday, September 30, 2012

with Me...

Bila membaca tulisan seorang ukhti di hospital, air mata menitis jua. Jzkk ukhti.. Saya rindu tulisan yang membasahkan..Namun saya tahu akhawat super duper busy..

Ini tulisan ukhti tersebut - Keyakinan itu~

Tak sabar nak off tag.. 6 pagi sehingga 11 malam selama 7 hari...2 hari lagi..Moga Allah mempermudahkan..

Jzkk ukhti.. Terima kasih ya rabb atas segalanya..

Tak sabar nak tengok video ini selapas habis off tag nanti..
 

“even if you can’t read on your own, with Me, you can”

“even if you can’t change the world on your own, with Me, you can”

Tuesday, September 25, 2012

Cair...


Lihatlah bintang tunggal yang mengintai dari sana, seolah-olah sebiji mata yang cantik yang berkilau dengan kasih mesra dan panggilan cinta.

Lihatlah pula dua bintang yang bersendirian di sana seolah-olah sedang berpujuk rayu jauh dari kesesakan.

Lihatlah pula kumpulan bintang-bintang yang bercantum di sana sini seolah-olah sedang berbual dalam satu lingkungan di temasya langit. Kumpulan-kumpulan itu berkumpul dan berpecah seolah-olah kawan-kawan di malam hari dalam satu temasya. 

Lihatlah pula sang bulan kelihatan sedang berada dalam impian dan berjaga di suatu malam. Ia kelihatan gemilang dan angkuh di suatu malam, kemudian kelihatan muram dan kecewa di malam yang lain. Ia kelihatan laksana bayi yang baru lahir dan berkembang hidup di suatu malam, kemudian ia kelihatan seperti orang tua yang perlahan-lahan berjalan menghilang diri di suatu malam yang lain.

(Petikan Fi Zilalil Quran - Surah Mulk)

Cairnya dengan keindahan bahasa Assyahid Syed Qutb!