Sunday, April 24, 2011

Zulzilu...

Sebagai pelajar, terkadang beban akademik itu begitu menyesakkan jiwa kita. Saya tidak menafikannya. Teringat 2 minggu yang lalu, saya tertekan yang amat. Saat itu minggu terakhir posting surgery. Dan saya masih belum present case kedua untuk patient management round. Perkara itu amat penting memandangkan sebahagian markah posting diambil dari presentation itu. Ada sahaja masalahnya. Pensyarah tidak hadir, pesakit turun ke bilik bedah dan macam-macam lagi yang membuatkan saya tidak dapat present case sehingga saat terakhir. Jujur saya sangat tertekan. Akhirnya dapat juga present. Namun laluannya tersangat sukar.

Minggu tersebut adalah minggu yang menyedihkan bagi saya. Tertekan juga dengan kata-kata manusia yang sedikit pun tidak pernah memahami. Mereka tidak akan memahami kehidupan kita. Tidak akan sesekali.

Semasa dalam tekanan tersebut, saya ajukan pada Allah. “Ya Allah, kenapa Kau tidak membantuku setelah aku cuba dengan segala kelemahanku untuk membantu agamaMu. Mengapa ya rabb pertolonganMu tidak kunjung tiba?”. Sangat sedih saat itu.

Dan begitulah Allah ingin mengajar kita. Tarbiah dengan peristiwa lebih terkesan di hati kita.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)


Ada 3 perkataan yang Allah gunakan dalam ayat itu. Baksa', Dharra’ dan Zulzilu. Kamu tahu bila akan datangnya pertolongan Allah? Bila kita telah tiba sehingga tahap Zulzilu di dalam dakwah ini. Zulzilu adalah goncangan yang sangat dahsyat. Macam Surah Zalzalah. Kiamat yang mana goncangannya sangat dahsyat. Pernah tak dalam dakwah ini kita diuji sehingga tahap Zulzilu? Tepuk dada, tanya iman.

Bila ye ayat ini turun? Ayat ini turun selepas peristiwa di Taif. Kalau kita baca seerah sama macam kita baca ketika di sekolah dulu, sangat kuranglah penghayatan kita terhadap ayat ini. Bacalah dari kaca mata insan yang ditarbiah. Bukalah buku seerah. Hayati setiap mehnah yang Rasulullah SAW hadapi. Tak tertanggung rasanya. Sehingga segalanya suram di Mekah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Lantas sang rasul berjalan ke Taif. Dan di Taif, baginda menerima penghinaan yang lebih teruk, dibaling dengan batu sehingga berdarah. Di Mekah tiada siapa yang mahu menerima, di Taif juga baginda ditolak.

Lantas turunlah ayat ini merawat luka sang rasul. Sehingga ayat ini membuka ufuk baru pada dakwah, berlakulah hijrah ke Madinah dan seterusnya Islam ini agung seagungnya.

Sesungguhnya mehnah yang kita lalui di jalan dakwah, banyaknya Baksa' dan Dharra’ sahaja. Belum lagi Zulzilu. Zulzilu ini sangat dahsyat, sehingga ayat mata nasrullah itu spontan terlantun. Dan spontan juga jawapan sang rasul, bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.

Ingat kisah Khabbab? Dia disalai sehingga lemaknya menitis dan memadamkan api yang menyalainya. Dia jumpa Rasulullah. “Wahai Rasulullah! tidakkah Anda memohonkan pertolongan bagi kami?”, Khabbab bertanya. Rasulullah duduk, raut mukanya memerah seraya bersabda: “Dahulu sebelum kalian, ada orang disiksa dengan dikubur hidup-hidup. Ada yang kepalanya digergaji menjadi dua bagian. Ada pula yang kepalanya disisir dengan sikat besi hingga kulit kepalanya terkelupas. Tetapi siksaan-siksaan itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan mengakhiri persoalan ini, sehingga orang berani berjalan dari Shan’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kepada siapa pun selain Allah, walaupun srigala ada di antara hewan gembalaannya, tetapi kalian tampak terburu-buru.”

Hatta apa yang dilalui oleh Khabbab adalah Baksa’ dan Dharra’ sahaja. Apatah lagi nak dibandingkan dengan perjuangan kita yang terlalulah sedikit.

Teringat lagi kisah dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

"Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam".

Hebat kan kisah itu? Saat mentadabbur kisah ini sekali lagi, saya rasakan Allah membantu Assyahid kerana perjuangannya telah sampai ke Zulzilu. Ingat lagi dulu Prof cerita, kat celah-celah bukit dan gunung di Mesir zaman itu, orang kenal Assyahid. Begitulah dakwah Assyahid. Dan amatlah berpatutan pertolongan itu tiba buat Assyahid.

Kita? Masih jauh lagi kan? Setakat buat kerja sedikit, tapi mengharapkan pertolongan yang sangat besar.

Mana lagi Allah sebut kalimah Zulzilu? Dalam kisah perang Ahzab, di dalam Surah Ahzab.
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (33:11)


Pernah baca kisah perang Ahzab (Khandaq)? Tahu pengkhianatan ketiga-tiga kelompok Yahudi di Madinah? Insya Allah, penghayatan terhadap seerah tersebut akan membuatkan kita memahami ayat Allah tersebut. Dan gambaran ketakutan sahabat itu Allah rakamkan dalam ayat sebelumnya.
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (33:10)


Bilangan tentera yang perlu sahabat lalui adalah terlalu menakutkan. Dalam Raheeq Makhtum diceritakan, “Jumlah tersebut mungkin lebih banyak dibandingkan dengan jumlah orang-orang Madinah, baik wanita, anak-anak, pemuda dan orang tua. Seandainya pasukan bersekutu itu mendatangi perbatasan Madinah secara mendadak, tentu akan sangat membahayakan dan mengancam kewujudan kaum Muslimin. Bahkan boleh jadi mereka mampu membinasakan kaum Muslimin hingga ke akar-akarnya”.

Musuh yang mereka hadapi adalah dari dalam dan juga luar. Dari atas dan juga bawah. Allah rakamkan ketakutan mereka dalam ayat 33:10. Wa balaghatil qulubul hanajir. Sehingga hati itu menyesak sampai ke kerongkong. Tidak dapat nak digambarkan palpitation para sahabat.
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (33:22)


Ayat 33:10-11 dan ayat 33:22 macam contradict kan? Sahabat yang melihat semua itu dengan ketakutan dan dalam ayat 33:22, itu menyebut semua itu menambah iman mereka.

Tafsiran Assyahid Syed Qutb best tentang ayat ini. Sahabat pun manusia juga. Tidak dapat lari dari rasa takut itu. Itu adalah luaran biasa bagi manusia. Namun jauh di dalam lubuk hati mereka, tertanam iman yang sangat mendalam.

Kenapa bila sahabat bila lihat tentera Ahzab yang sangat ramai itu, sahabat kata haza ma wa’adanallah. Inilah yang dijanjikan Allah.

Jawapannya sebab sahabat faham, andai telah tiba perjuangan sehingga kepada Zulzilu, maka pertolongan Allah akan tiba. Sahabat faham ayat 2:214 itu dengan sangat mendalam. Mereka yakin dengan janji Allah.

Teorinya kita dah faham. Namun adakah kita beriman dengan ayat ini? Mampu ke kita nak berjuang sehingga ke tahap Zulzilu? Moga Allah menancapkan lagi iman kita, menambah iman atas iman yang telah sedia ada sehingga tiada lagi keraguan dalam hati kita.

Doakan moga Allah mempermudahkan urusan saya yang sangat besar setelah ini. Doakan moga Allah perkuatkan langkah kaki saya dan mentakdirkan yang terbaik buat saya dalam tiap saat dan ketika.

Jzkk buat yang berkongsi mengenai tafsiran ayat ini. Saya amat-amat memerlukannya. Ayat ini datang dalam keadaan saya amat memerlukannya.

Tuesday, April 05, 2011

Ummuhu..

Semalam saya rasa down sangat belajar perubatan. Saya kena berada di hospital seawal 7.30 pagi, ada teaching di klinik, kemudian ada patient management round, kena siapkan patient management record. Dan keadaan di hospital lagilah haru biru. Kes-kes surgical di hospital ini sangatlah menyedihkan dan ramai pesakit terminal. Ada yang ada colostomy sebab kanser. Najis akan keluar di colostomy bag itu. Saya tengok doktor korek dengan tangan dia lubang colostomy itu. Tidak tahu apa dia buat.
Entahlah, kalau ada dulu sesiapa yang beritahu saya kalau buat perubatan, kena buat per rectal examination, atau kena examine scrotal, mesti saya tidak buat perubatan. Tidak sukanya saya dengan posting surgery. Rasa tak larat sangat.

Saat-saat down selalunya sahabat akrab saya adalah mak saya. Saya pun menelefonnya. Memang betul-betul down la masa itu.

Mak saya pun cakap kat saya, “Kerja itu kan mulia, Afeera. Syurga itu kan mahal. Tangan yang periksa, mata yang melihat, semua itu kan akan dapat syurga Allah.”.

Air mata pun menitis. Dzuq sangat nasihat itu sebab betul-betul tengah down. Lepas itu, barulah ada semangat. Dapatlah siapkan satu lagi mock patient record lepas itu.

Pengalaman itu mengajar saya tentang satu ayat Allah semalam.. Saat itu sedang menyediakan bahan untuk usrah adik-adik.
Bila baca ayat ini, teringat dua pengalaman saya sebelum ini. Pertamanya saat saya tidak dapat nak bernafas selepas pembedahan satu masa lalu. Saat itu, saya yakin sangat itulah saatnya pertemuan saya dengan Allah. Dan dalam keadaan yang sangat desperate itu, saya mencari-cari satu amalan yang boleh saya bawa untuk bertemu dengan Allah. Dan saat itu, saya tidak dapat mencarinya. Saya meminta saat itu diberikan peluang kedua. Dan Allah memberinya dengan hayat yang ada kini.

Pengalaman kedua adalah semasa saya kehilangan mock patient record saya. Saya begitu terdesak saat itu dan saya ingin bertawassul seperti 3 pemuda yang terperangkap di dalam gua. Dan bila setiap satu di antara pemuda tersebut menyebut kebaikan yang pernah dilakukan, batu yang menutup gua terbuka sedikit demi sedikit. Saya mahu bertawassul, mencari satu amal yang dengannya saya boleh bertawassul. Tapi tiada. Kosong. Saya kata kat Allah, “Ya Allah, aku tiada satu pun amalan untuk aku bertawassul padaMu”.

Apa kaitannya dengan ayat itu? Bila baca ayat itu, saya rasakan amalan kebaikan saya bukan ringan, tetapi kosong. Bukan kosong, tapi negative marking disebabkan dosa-dosa saya yang bertimbun. Menitis air mata.

Mesti kamu yang membaca entri ini tertanya-tanya, apa kaitan kisah mak saya tadi itu kan? Sebab ayat seterusnya memberikan saya sentakan yang sangat dalam sehingga saya sukar untuk tidur semalam.
Dapat bayangkan tak ayat ini? Dalam keadaan saya begitu terdesak di makhamah Allah, saat saya mencongak-congak amalan saya yang terlalulah teruk, dan saya tahu realiti dan hakikat bahawa saya tidak mungkin dikembalikan ke dunia, saat saya tahu bahawa tiada lagi peluang kedua…Allah memberitahu saya sesuatu…faummuhu hawiyah.. Dan ibu kau saat itu adalah hawiyah!!

Dapat bayangkan tak betapa kejamnya ayat ini. Kalau ada di dunia, ada ibu yang menenangkan hati kita saat kita down. Tapi ibu di akhirat saat kita sangat desperate, ibu kita adalah hawiyah. Wa ma adraka ma hiyah? Tahukah kau apakah Hawiyah itu? Itulah neraka yang sangat panas.

Saya kongsikan petikan tafsir fi zilalil quran yang menggerunkan tentang ayat Allah ini:

Makna asal “umm’ ialah ibu. Si ibu ialah tempat kembali mencari perlindungan, sedangkan ibu tempat kembali bagi orang-orang yang ringan timbangan amalannya untuk mencari perlindungan pada hari itu ialah neraka Hawiyah.

Biasanya pada ibulah terdapat keamanan dan ketenangan, tetapi malangnya orang-orang ini mendapat pada ibunya Neraka yang amat panas. Ini adalah suatu ungkapan yang menimbulkan rasa terkejut yang membayangkan hakikat yang kejam.


Surah AlQariah ini sangatlah mengerikan. Macam contohnya kita tengah duduk dan tiba-tiba ada orang ketuk meja dengan sangat kuat. Terkejut giler. Bila Allah sebut AlQariah, kata Assyahid Syed Qutb ianya dimulakan dengan sepatah kata yang seolah-olah seperti sebiji bom.

Ngeri kan surah ini?

Monday, April 04, 2011

Samira Halayka...


Kenal tak siapa wanita ini? Dia ialah Samira Halayka, anggota dewan legistelatif dari HAMAS.

Hebat kan? Malu kan sebab kita tak kenal pun tokoh-tokoh wanita yang sebegini hebat..

Jom baca artikel tulisannya..

Klik sini..

Wahai kalian orang-orang bebas di dunia ini, kasus ini terjadi terhadap suamiku dan ratusan orang sepertinya, kurang atau lebih, namun kalian tidur dan terlelap dalam hangatnya keluarga kalian dan fasilitas dunia yang lembut.

Bagaimana para pejuang itu tidak menangis di sel-sel badan keamanan yang dilanggar dan dilecehkan kehormatan manusia???

Bagaimana mereka bisa bersabar???

Wahai suamiku, bukan aib jika laki-laki dan pahlawan menangis. Yang aib adalah nurani yang dibunuh oleh nanah kebencian dan kedengkian serta memilih berpecah belah. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam menangis dalam banyak kasus seperti dalam momen yang saya sebutkan, para sahabat dan para nabi pun menangis. "Ya Allah, balaslah orang menzhalimi dan menganiaya kami, jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada mereka ke jalan yang benar." Itulah kata-kata terakhir kami.
Peristiwa ini bukan dah lama berlaku, tapi baru sahaja berlaku. Masih peduli tentang Palestina?

Saturday, April 02, 2011

Fussilat...

Terkadang saya tidak suka manusia mengadili saya hanya berdasarkan blog. Tidak semua perkara yang saya lalui saya nukilkan di sini. Dan percayalah saya bukan sempurna. Saya cuma seorang manusia yang dianugerahi Allah dengan seribu satu kelemahan dan dengan kelemahan tersebut ianya menyedarkan saya akan hakikat bahawa saya seorang hamba.

Malam ini, sekali lagi saya mentadabburi Surah Fussilat. Surah yang bermain-main di fikiran sepanjang minggu ini kerana ujian yang menimpa beberapa hari lalu.

Hujung minggu lalu, saya habisi masa saya beberapa jam di hospital untuk menyiapkan Mock Patient Record (MPR) saya. Penat sangat. Sebolehnya mahu menyiapkannya secepat mungkitn agar ada masa untuk kerja-kerja yang lain dan supaya saya boleh bersedia untuk berdepan dengan peperiksaan yang akan hampir dalam masa beberapa minggu sahaja dari sekarang.

Allah mentakdirkan keesokan harinya MPR saya hilang. Dan saya mencarinya di hospital dalam keadaan berpuasa. Turun naik, bertawaf keliling hospital. Saya tanya pada teman-teman, makcik cleaner, jururawat dan juga doktor. Penat sangat. Dan terasa begitu penatlah belajar perubatan bila MPR itu hilang. Dan bertambah-tambah penatnya dalam keadaan diri yang berpuasa. Jauh sungguh nak dibandingkan diri ini dengan sahabat yang pergi berperang dalam keadaan berpuasa. Perasaan saat itu sukar nak diungkapkan. MPR itu tulisan tangan. Semuanya dalam tulisan tangan – laporan CT scan, FNAC, biopsy semuanya ditulis dengan tangan. Kalau hilang satu report, mungkin tidak kisah sangat. Tapi 4 report yang sudahpun siap.

Allah sahaja yang tahu perasaannya saat itu. Begitu berkecamuk.

{Dan, kamu menyangka kepada Allah dengan bermacam-macam prasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat.} (QS. Al-Ahzab: 10-11)


Balik hospital waktu maghrib. Disebabkan terlalu down, saya cancel usrah dengan adik-adik. Saya baca Quran cuma beberapa ayat, seolah-olah macam ‘merajuk’ dengan Quran. Seusai isya’, saya terus tidur. Bangun awal, berdoa agar ditemukan semula dengan MPR tersebut. Mulut terkumat kamit membaca ayatul kursi, agar ditemukan kembali barang yang hilang. Saya pergi awal ke hospital keesokan harinya. Mencari lagi. Tapi tidak jumpa. Dalam pukul 9 lebih, seorang teman membawakan MPR saya. Dia terambil MPR tersebut. Semalam saya sudah pun menanyakan dirinya tapi katanya tidak ambil. Entahlah, saya terkilan tapi lebih terkilan dengan diri sendiri.

Sebab sedih sangat dengan diri sendiri, saya pergi ke surau. Mentadabbur Quran. Ayat bacaan saya berhenti pada Surah Fussilat. Dan kena batang hidung satu-satu, sampaikan terasa seperti nak pecah dada saya saat itu.

Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis … (41:5)


Terasa sangat hati ini dilitupi dosa yang bertimbun-timbun dan berlapis-lapis.. Nauzubillah..

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" (41: 11)

Kat surau itu ada tingkap dan dapat melihat langit. Terasa malu sangat kat langit. Sebab langit itu begitu patuh dengan Allah dalam keadaan sukarela. Jauhnya terasa diri ini dengan langit Allah itu. Malu sangat..

"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!" (41:23)


Dalam ayat ini Allah gunakan kalimah dzon (sangkaan). Allah, hancur luluh hati saat membaca ayat tersebut. Sukarnya hati ini untuk redha dan tidak dzon saat diuji. Maksiat hati ini hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu. Malu sangat dengan Allah. Terasa diri ini rugi sangat.

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya. (41:24)


Saya tidak boleh nak teruskan lagi bacaan saya setelah ayat ini pada hari tersebut. Allah gunakan kalimah yasbiru – bersabar. Bersabar dalam derita di neraka. Nauzubillah. Seolah-olah saat itu, saya rasakan perasaannya seolah-olah Quran berbicara dengan saya – “Kau tidak mampu bersabar kan? Sabarlah kau nanti di neraka Allah!”.

Sedih sangattttt…….

Hari ini saya mentadabbur lagi. Teringat keadaan diri sendiri yang sama seperti yang diungkapkan oleh AlQuran.

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (41:49)

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (41:51)


Saya rasa malu sangat membaca ayat-ayat Allah ini. Terkadang disebabkan dosa yang kita lakukan, kita rasa malu sangat nak melangkah terus dalam dakwah dan tarbiah. Terlalu malu. Dan terkadang kita rasa seakan tidak mahu meneruskan kehidupan kerana dosa-dosa kita. Entahlah, tapi kerana harapan pada Allah kita terus melangkah.

Allah berfirman: Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)


Ayat tersebut adalah ayat yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. Moga-moga Allah mengampuni dosa hambaNya ini.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (41:39)

Ayat dalam surah Fussilat ini benar-benar menyentuh hati sang pendosa seperti saya. Saya mohon andai satu masa bumi hati saya menjadi kering dan tandus, Allah tidak mebiarkannya. Biarlah saya disiram hujan hidayah dan dengannya saya dapat bergerak di dalam dakwah dan tarbiah dengan lebih subur lagi. Sungguh Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sinar...

Saya sukakan kisah-kisah manusia. Dan barangkali itulah asbabnya saya belajar di dalam bidang perubatan. Manusia adalah subjek yang begitu indah untuk diterokai.

Saya tidak membaca buku-buku Harry Potter, cuma pernah mengikuti filemnya. Jalan ceritanya sungguh kreatif. Dalam temubual JK Rowling bersama Oprah, saya dapat memahami jalan cerita Harry Potter dengan lebih baik lagi. Perjalanan Harry Potter terkadang menyedihkan kerana beliau berulang kali diuji dengan kehilangan orang-orang yang disayanginya.

Dalam temubualnya bersama Oprah, saya belajar banyak perkara. Sifat qanaah yang ada dalam dirinya sungguh mengkagumkan. Dan benar juga penjelasannya mengenai clinical depression kerana saya pernah melaluinya suatu ketika dahulu. Dia tidak membesarkan kejayaan tapi belajar dari hakikat kegagalan.

Hikmah adalah harta yang hilang dari mukmin, dan memang benar terkadang terlalu banyak hikmahnya yang kita temui dalam kehidupan insan yang diciptakan Allah. Dan saya temuinya dalam temubual tersebut.

Rowling: At least half of Harry’s journey is a journey to deal with death in its many forms, what it does to the living, what it means to die, what survives death – it’s there in every single volume of the books.


Bukan itu ke hakikat kehidupan kita? Persiapan menghadapi mati..

Winfrey: In Harry Potter’s world, the Dementors are dark creatures who feed-off human happiness causing depression and despair to those in their path. Dementors are capable of consuming a person’s soul.

Winfrey: Would it be fair to say that you’ve used, in the seventeen year process, writing the Potter series, that you’ve used the good, the bad and the ugly of your life?

Rowling: Yeah. Definitely. Definitely.

Winfrey: And expressed it through your writing through the Potter stories?

Rowling: Yeah. For sure. Depression is – Clinical depression is a – is a – is a terrible place to be. Terrible place to be.

Winfrey: So you became depressed after your mother died?

Rowling: Yes, but I think it was a kind of delayed – I think I had tendencies toward depression from quite young. It became really acute when I was sort of twenty-five to twenty-eight was a dark time. It’s that absence of feeling – and it’s even the absence of hope that you can feel better. And it’s so difficult to describe to someone who’s never been there because it’s not sadness. Sadness is – I know sadness – sadness is not a bad thing. You know? To cry and to feel. But it’s that cold absence of feeling – that really hollowed-out feeling. That’s what the Dementors are. And it was because of my daughter that I went and got help.


Perkara yang paling saya kagumi tentang dirinya adalah mengenai bukunya itu. Kebanyakan penerbit menolak bukunya. Tidak kurang dari 9 penerbit yang menolaknya. Dapat bayangkan tak? Kalau ada seorang pun yang menolak buku kita, mesti kita akan kecewa kan? Rasa macam teruk sangatlah kan buku kita itu? Tapi tidak bagi dirinya..

Dan takdir Allah dalam hidupnya, setelah sembilan kali bukunya ditolak, barulah ada seorang penerbit buku yang sudi menerbitkannya. Dan takdir hidupnya terus berubah setelah itu.

Dan terkadang kita terlalu mudah berputus asa kan? Teringat lagi Aiman beritahu saya sesuatu. Kalau kita tidak dapat anak, dan telah bertemu 100 doktor, adakah itu adalah takdir kita? Tidak. Kenapa kita tidak jumpa yang ke 101 kan? Hidup adalah satu perjalanan dan kita tidak boleh berputus asa sebaliknya terus bangkit walau apa jua yang terjadi.

Bangkit dan terus bangkit. Ada sinar pelangi yang terus menanti. Walau bukan di dunia, pasti ada di syurga.

Link temubual - Klik sini.

Tercalarkah rindu?

Terlalu lama kita tidak berbicara mengenai Palestina. Tercalarkah rindu pada bumi anbiya’ itu? Masih tersisa air mata tangisan mengingati bumi isra’ dan mikraj itu? Sudah diutus kiriman-kiriman doa? Sungguh seringkali kesatan mengkhatankan keinsafan.

Kelmarin mendengar bicara Prof mengenai bumi itu. Ternyata bicaranya mengingatkan rindu dan cinta yang mungkin sudah suam-suam kuku.

Kisah dari bibirnya diceritakan oleh seorang akh yang bersama mengikuti rombongan Viva Palestina. Kata akh tersebut, semasa mengikuti Viva Palestina, ada di kalangan peserta rombongan merupakan mereka yang beragama Kristian. Mereka ini mengorbankan segala duit dan harta mereka untuk menjejaki bumi tersebut, mahu bertemu dengan saudara-saudara kita di bumi Palestina, mahu mengatakan bahawa mereka bersama dengan perjuangan para mujahidin Palestina. Perginya mereka dengan menghabiskan harta-harta mereka. Dan seandainya mahu kembali ke bumi Eropah, tempat asal mereka, mereka harus bekerja semula, mencari pendapatan untuk menampung duit tiket. Tapi itu bukan persoalannya bagi mereka. Paling penting, hajat mereka tertunai. Hajat untuk bersama dengan perjuangan membela Palestina.

Kata Prof, Islam ini pasti menang. Allah pasti akan memenangkan agamanya hatta di tangan seorang kuffar sekalipun. Dan sungguh malang seandainya kita tidak bersama dengan perjuangan ini. Sungguh memalukan perjuangan kita dibandingkan dengan mereka yang bukan Islam itu.

Semalam Prof ceritakan kisah mengenai seorang ayah seorang pensyarah mikrobiologi di sini. Pensyarah tersebut dari bumi Palestina, sedang membuat PHD juga. Dia mahu cepat-cepat menamatkan PHDnya, mahu segera ke bumi anbiya’ tersebut. Kelulusan minima untuk mengajar di sana adalah PHD. Satu hari ayahnya datang ke bumi Malaysia dan berada 3 bulan di Malaysia. Prof juga sempat bertemu dengan ayahnya. Kamu tahu apa bicara ayahnya? Dia mahu segera kembali ke bumi Palestina. Menurutnya, Palestina adalah syurga. Pelik kan? Hidup dalam dentuman dan bedilan bom adalah syurga. Tahu kenapa ianya adalah syurga? Kerana ayahnya adalah pemegang kunci surau di sana. Kerjanya seawal hening pagi adalah membuka pintu surau. Dan dia tidak dapat membuatnya di Malaysia. Hebat kan mereka? Kepahitan adalah madu. Dan ternyata memang benarlah hadis nabi seperti yang disebut dalam nasyid yang sungguh membangkitkan semangat ini…

Palestina ternyata mengajar kita banyak perkara kan? Mengajar kita bahawa perjuangan kita masih jauh, masih terlalu kecil dibandingkan mereka. Ya rabb, berikan kami kekuatan yang sama dengan mereka yang disana…

Saturday, March 26, 2011

24: 10...

Insya Allah kita tadabbur satu ayat ye malam ini. Ayat ini menggerunkan hati mukmin yang imannya bernyala dengan nur Allah. Keadaan di Malaysia yang begitu memilukan hati membuatkan diri terpanggil untuk berkongsi secebis hikmah. Moga-moga ada kebaikan dalam setiap butir kalimah yang dinukilkan dan moga-moga ia menjadi asbab Allah untuk melindungi hambaNya ini yang begitu takutkan azabNya..
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana (24: 10)

Ayat ini adalah sebahagian ayat dari Surah Annur. Surah Annur ini adalah surah cahaya. Diambil namanya dari ayat Allahu nuurussamawati wal ardh (24: 35) – Allah cahaya langit dan bumi. Surah ini termasuk satu surah orang perempuan (surah keakhawatan) seperti surah Annisa’, surah Maryam, surah Ahzab dan lainnya. Surah annur ini banyak bercerita tentang adab, pergaulan, rumahtangga dan lain-lain.

Amru Khalid menggalakkan komuniti masyarakat yang ada hari ini membaca surah ini agar mereka bercahaya dengannya.

Berkenaan dengan Surah Annur, surah ini banyak menceritakan tentang pergaulan, rumah tangga, adab, hukum-hukum dan lainnya.

Sebelum kita masuk ayat 10, kita tadabbur dahulu ayat 1-9. Penuh dengan kejutan kan? Selepas ayat pertama terus masuk tentang zina. Seakan-akan orang ketuk pintu rumah – ”Assalamualaikum, zina ini gini..gini..dan gini..”. Mesti terkejut kalau ada orang datang rumah dan terus cakap macam itu kan? Itulah ibarat surah ini. Allah memberi kita kejutan-kejutannya. Kalau baca ayat 1, terus ayat kedua tentang zina. Macam gopoh. Macam masuk-masuk ketuk pintu. “Assalamualiakum, orang berzina..”. Terkejut tak? Kalau surah-surah lain itu muqaddimahnya panjang. Tapi ayat ini muqaddimahnya cepat. Allah beria-ria nak cerita tentang hukum zina itu. Ini adalah benda serius yang sedang berlaku.

Kalau benda itu serius di sisi Allah, kita pun kena ambil serius. Kita kena ambil serius dalam masalah sosial. Kalau hubungan dalam masyarakat teruk, macam mana nak buat benda lain yang lagi besar?

Banyak lagi persoalan lain yang Allah sebut dalam surah ini berkenaan dengan kekeluargaan. Allah begitu ingin kita menjaga hal-hal ini. Sebuah ummah yang berjaya bermula dengan pembinaan keluarga yang bahagia. Meskipun kita belum lagi berkahwin, setiap dari kita pastinya terlibat dengan ’keluarga’. Kita adalah anak, akak dan mungkin seorang adik.

Dalam ayat seterusnya setelah zina, Allah menyebut perihal hukuman qazaf iaitu menuduh perempuan yang baik berzina. Setelah itu Allah menyebut perihal pasangan suami isteri yang menuduh pasangan masing-masing berzina dan kemudiannya Allah tutup hal-hal ini dengan ayat yang ke -10.

Cuba hadam betul-betul ayat 10 tersebut. Saat mula-mula membacanya, saya rasakan hebatnya rahmat Allah, keluasan kasihnya, terasa lembut ayat ini. Tapi ternyata pemahaman saya jauh menyimpang.

Ayat ini macam tergantung. Perasan tak? Kenapa tergantung? Walawla (kalaulah tidak) kerana kurniaan Allah dan rahmatNya dan kemudian terus cakap Allah ini tawwab (Maha Penerima Taubat) dan hakim (Maha Bijaksana).

Nada ayat ini macam gini sebenarnya, “Kalaulah aku ini tak penyabar..nescaya aku akan belasah korang semua”.

Tapi Allah tidak sebut macam itu. Ayat itu seakan-akan tergantung. Cuma sebut- kalaulah aku ini tidak penyabar sahaja.. Allah tidak sebut tindakanNya selepas itu. Allah tidak sebut tindakan yang akan diambil oleh Allah. Selepas ayat 10, ayat 11-26 adalah kisah berkenaan hadithul ifki. Nanti carilah kisah tersebut. Dan dalam ayat 11 sehingga 26 itu pun, akan jumpa beberapa ayat seperti itu.

Apa maksud ayat ini? Maksudnya Allah itu geram sangat.

Kalaulah aku tidak sabar, ish budak ini..
Kalaulah aku tak sabar, ish budak ini..
Kalaulah aku tak sabar, ish budak ini..

Sampai berkali-kali Allah sebut macam itu. Cubalah cari dari ayat 10-26 surah ini. Ada bahagiannya yang Allah sebut tentang tindakan yang akan Allah ambil. Ayat-ayat tersebut berkenaan dengan orang-orang yang membawa berita bohong, mereka yang mengambil bahagian di dalamnya, mereka yang tidak bersangka baik ketika mendengar berita bohong, tidak membawa 4 orang saksi dan lainnya.

Kalau manusia geram, mesti dah genggam penumbuk. Kalau manusia atau samseng geram pun kita dah takut. Kalau Allah yang geram? Takut lagi kan?

Tapi fitnah yang berlaku seakan-akan remeh dalam masyarakat. Duhai ummah, takutilah AZAB ALLAH!

Gerun sangat kalau tadabbur betul-betul ayat Allah dalam surah ini..

Sunday, March 20, 2011

Doa pembuka...

Terlalu banyak mutiara yang aku kutip sepanjang 2 hari ini, namun seakan tidak mampu menitahkan bingkisan di sini. Dosa-dosa yang bergentayungan di celah-celah nubari mungkin menjadi asbab di sebalik segalanya. Astaghfirullah.. Namun bukankah kebaikan mampu menghapuskan dosa. Moga iman terus membenih, menjalar ke setiap titis darah berkat sedikit kebaikan yang dikongsi bersama.

Akhawati fillah, ternyata pertemuan dengan kalian adalah pertemuan yang sungguh indah. Iman yang ada di hati kalian ternyata mendamaikan hati sesiapa sahaja. Cahaya taqwa yang ada dalam diri kalian ternyata bersinar dan terbias pada sesiapa sahaja.

Aku kira pesan ustaz tentang kata-kata Saidina Umar itu sungguh tepat saat bercerita tentang ukhwah, yang mana keakraban ukhwah itu kita rasakan di sebalik keteduhan surau yang telah lama menyaksikan proses dakwah dan tarbiah itu berjalan.

Saidina Umar AlKhattab pernah berkata, “Kalaulah bukan kerana 3 perkara ini, ternyata aku tidak ingin lagi hidup di dunia ini:
1) Puasa pada siang hari yang sangat panas

2) Solat malam pada malam yang sangat dingin

3) Bertemu dengan saudara-saudara seiman, mengambil kata-kata yang baik dari mereka sebagaimana petani memilih tanamannya yang baik."

Saidina Umar bukan berputus asa dengan kehidupan ini, namun ternyata hidup ini begitu indah baginya dengan 3 perkara tersebut. Puasa yang bukan hanya pada yang biasa-biasa tapi di terik sahara. Solat malam bukan di malam-malam yang biasa, tapi di malam yang begitu sejuk yang mana godaan tidur begitu mempersona. Dan ternyata poin yang ketiga itu terlalu benar bagi mereka yang merasai ukhwah fillah di jalan dakwah ini.

Akhawati fillah, pengisian yang kita perolehi ternyata begitu bermakna. Butir-butir mutiara yang keluar dari mulut ustaz yang berasal dari Padang, Indonesia itu ternyata mengesankan hati kita. Kita dinasihati untuk melafazkan kesyukuran pada Allah. Terlalu banyak anugerah Allah yang diberikan pada kita di dalam kehidupan ini, dan kita tidak akan pernah bisa menghitungnya. Mungkin ada hal yang kita sedar bahawa itu adalah nikmat, tapi banyak hal yang kita tak sedari bahawa itu adalah nikmat. Satu hal yang pasti, rasa syukur kita jauh terlalu sedikit berbanding nikmatNYA. Tapi rahmat Allah yang Maha Luas, biarpun kita termasuk hamba yang tidak pandai bersyukur dengan baik, namun nikmatnya tetap berterusan. Alhamdulillah thummal hamdulillah..

Ustaz meneruskan bicara, mentadabbur bersama doa yang sering kita rakamkan dalam permulaan bicara mahupun yang kita dengari di khutbah.
Segala puji milik Allah. Kami memohon pertolonganNya, dan mohon ampun kepada Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan keburukan amal kami.


Innal hamda lillah... Sungguh segala puji hanya milik Allah semata-mata. Seandainya kita mendapat pujian, kembalikanlah hanya pada Allah. Mungkin manusia hanya melihat kebaikan yang ada pada kita dan memuji kita. Namun yang pasti terlalu banyak keburukan yang ada pada kita yang tidak dilihat oleh manusia. Menurut Saidina Abu Bakar, “Kalau engkau tahu tentang diriku yang sebenarnya, nescaya engkau akan meludahku”. Masya Allah. Siapakah Saidina Abu Bakar ini? Dia adalah orang yang imannya begitu tinggi selepas imannya sang rasul. Di ketika lain, Rasulullah pernah berkata, "Sekiranya ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat manusia, nescaya lebih berat iman Abu Bakar." Dialah insan yang dijanjikan syurga. Kebahagiaan yang tiada taranya. Saat berada di dunia, sudah dikhabarkan kegembiraan yang bakal dikurnia di syurga. Namun sahabat yang agung ini saat memuhasabah dirinya mengungkapkan kata sedemikian rupa. Lantas siapa pula kita yang imannya terlalu jauh sekiranya hendak dibandingkan dengan iman Saidina Abu Bakar.

Nahmaduhu.. kita melafazkan tahmid pada Allah. Andai di sana ada program yang penuh barakah, tiadalah yg menguatkan kaki kita di celah kesibukan yang pelbagai melainkan Allah. Lantas pujilah Allah dengan sebaik-baik pujian. Dan tiadalah syukur yang lebih baik melainkan dengan watawa saubil haq wa tawa saubissabr, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Nasta’inuhu .. Menurut ustaz, apapun musykilah atau kesedihan dalan hidup kita, sebelum kita mengadukan pada orang lain, mengadulah pada Allah terlebih dahulu. Pesan sang rasul pada Abdullah Ibn Abbas, “Jika engkau mahu meminta tolong, mintalah pada Allah terlebih dahulu”.

Nastaghfiruhu.. Kita memohon keampunan pada Allah. Di setiap majlis yang kita hadiri, kita menutupnya dengan doa kafaratul majlis, kita beristighfar kepada Allah, semoga dalam majlis itu andai ada kesilapan, ia akan dikafarahkan oleh doa tadi dan istighfar di dalamnya. (Kafarah diambil dari perkata kafara yang membawa makna tertutup. Kaffarah puasa – menutup kesalahan yang kita lakukan ketika bepuasa. Kafir – mereka yang menutup hatinya dari jalan hidayah).

Ustaz menambah lagi, kita memohon ampun pada Allah kerana apa yang kita lakukan sebenarnya JAUH lebih sedikit daripada apa yang MAMPU kita lakukan.

Nastahdih... Kita memohon hidayah dari Allah. Dan hidayah itu ada 2, pertama hidayatul islam, hidayah dari kufur kepada islam. Dan keduanya adalah hidayatuttaufiq, dan hidayah yang kedua ini begitu mahal. Hidayah ini terjadi di saat mana keinginan kita bersesuaian dan sama dengan keinginan Allah. Dan kita memohon pada Allah agar dia menambah hidayah di atas hidayah yang telah ada. Betapa banyaknya malam yang kita lalui, dan kita masih tidak mampu bangun qiamullail lantaran kekurangan hidayah yang kedua ini. Betapa banyaknya hari yang berlalu dan kita tidak dapat berpuasa lantaran tiadanya taufiq dalam kehidupan ini.
Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya. (19:76)

Na’uzhubillahi min syururi anfusina – Kita berlindung pada Allah daripada kejahatan diri kita sendiri kerana kita masih berghibah tentang sahabat kita, kita masih suuzzhon terhadap insan lain dan sering tewas dengan nafsu sendiri.

Wa min sayyi’ati a’maalina – Dan kita bermohon pada Allah dari keburukan amal kita. Amal yang penuh lompang di sana sini. Nauzubillah..

Bak kata ustaz saat menggulung muqaddimahnya, orang yang ditanya tidak lebih dari orang yang bertanya. Dan orang yang memberi di hadapan tidak lebih tahu dari para pendengarnya. Dan aku juga percaya, aku yang cuma berkongsi sedikit pengisian ini pasti tidak lebih tahu dari pembaca yang membaca catatan yang penuh cacat merba ini.

Moga Allah menuntuni kita di jalanNya..

Thursday, March 17, 2011

Membunuh diri...

Tidak ada yang tahu kecuali Allah, berapa malam telah kami lewatkan untuk mengungkap kondisi umat dan berbagai fenomena yang melekat pada kehidupan mereka, mendiagnosa berbagai cela dan penyakit-penyakitnya, kemudian merancang pengobatan dan pemberantasan terhadap penyakitnya. Begitu sedihnya kami, sampai-sampai menetes air mata ini setiap kali memikirkan mereka.

Di sisi lain, kami sering dibuat heran oleh perilaku sebagian kalangan umat ini. Bagaimana tidak? Di saat kami mendapatkan jiwa-jiwa kami dalam keadaan sibuk mencurahkan perhatian sepenuh perasaan, sementara mereka para penganggur itu menghabiskan waktunya untuk begadang sepanjang malam di warung-warung kopi atau di diskotek-diskotek yang bergelimang kerusakan dan kemaksiatan. Jika anda bertanya kepada salah seorang di antara mereka atas apa yang mereka perbuat dalam kesibukan-kesibukan yang tidak bermakna dan memuakkan itu, maka ia akan menjawab, "Saya sekadar ingin membunuh (menghabiskan) waktu." Dia tidak menyadari bahwa barangsiapa yang membunuh waktunya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, karena waktu adalah kehidupan itu sendiri. (Risalah Muktamar Kelima)


Sudah berkali-kali saya membunuh diri.. Sedih sangat..

Wednesday, March 16, 2011

Titik terlemah...

“Allah ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

Saya bermuhasabah dan mentadabbur kata-kata ini sekali lagi. Terlalu sukar hari-hari yang perlu saya lalui tanpa kereta. Tidak pasti adakah saya beralasan dan berlambat-lambat dalam dakwah kerana kereta. Kereta, antara kemahuan dan keperluan? Jawapan saya pasti, saya memerlukan kereta kerana keperluan. Tugasan saya terlalu banyak dan saya terlalu memerlukannya.

Di rumah ada satu lagi kereta. Tapi kereta tersebut terlalu banyak masalahnya. Tapi atas dasar keperluan, saya sanggup membawanya. Menurut ayah, akan banyak masalah yang akan timbul di kemudian hari. Mahu menyewa kereta, kosnya RM800. Melebihi duit sara diri yang saya terima sebulan. Mencongak-congak. Sehari dalam kehidupan peribadi daie, melebihi seribu tahun kehidupan umat.. Perlukah saya menangguh hasrat lagi? Allahu A’lam.

Tersentuh saat membaca artikel ini. Ya, kita memang tidak dapat lari dari ujian. Saya redha dengan segala yang terjadi. Namun saat saya terlalu memerlukan kereta, hati jadi sedikit ralat. Hujung minggu ini, ada 3 program di 3 tempat berbeza. Minggu depan akan bermula posting yang berat. Bagaimana dengan tarbiah adik-adik dan tarbiah diri sendiri? Mahu meluahkan permasalahan yang ada, terasa begitu kaku bicara sendiri.

Terkadang akh dan ukhti kita bukan mencipta alasan untuk lari atau bermalasan di jalan dakwah. Cuma terkadang mereka teruji dengan beberapa permasalahan barangkali.

Ada perkara yang saya pelajari dari musibah ini. Saya melihat betapa sukarnya seorang ayah cuba memenuhi keperluan anak-anaknya sedang dirinya sendiri dibebani dengan seribu satu masalah. Terlalu besar pengorbanan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak. Saya perlu melafazkan kesyukuran yang tiada terhingga pada Allah kerana dikurniakan keluarga yang terlalu memahami.

Biarlah hari-hari suram ini berlalu dengan cepat...

Thursday, March 10, 2011

Sekolah...

Bila dengar lagu ini, teringat segala yang berlaku di sekolah.



Don't be saddened by what you see
By all the lies and treachery
Life is cruel but don't worry
In your heart lies the key
To unwind all the secrets
Of this life we see
When you feel you've lost it all
When you don't know who's your friend or foe
You wonder why you're so alone
Worry ends when faith begins
Don't be sad by what you see
It's true life has its miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins
Don't be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It's just one big mystery
For you and me
I found my peace deep within
Calling inside
Follow what you feel is right
So trust your heart go ahead
Don't lose sight
Follow that voice deep inside
When you feel you've lost it all
When you don't know who's your friend or foe
You wonder what you're so alone
Worry ends when faith begins
Don't be sad by what you see
It's true life has it's miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins
If you're weak it's not a crime
Don't you know it's blessing in disguise
To know who's honest and who spread lies
Worry ends when faith begins
Don't be sad by what you see
It's true life has it's miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins

Ideal...

Facebook atau Google Reader?

Pada saya, semasa kita melihat news feed di Facebook, tidak semua update kawan-kawan dapat diikuti. Amat susahlah, sebab kita terpaksa stalking sorang-sorang. Sungguh membuang masa. Terkadang kita nak sangat membaca update-update mereka yang menguatkan kita pastinya. Tapi berakhir dengan banyak masa yang terbuang.

Saya lebih sukakan Google Reader. Google Reader ini seperti email yang mengumpulkan banyak blog-blog. Boleh membaca blog-blog yang terupdate secara terus. Tidak perlulah nak stalking blog sorang-sorang. Dan sangat-sangat menjimatkan masa.

Mock patient record (MPR)

Saya tidak tahu apa faedah mock patient record yang perlu saya siapkan. Benci sangat buat benda ini. 20 MPR dalam sebulan memang melampau. Jadi tabib tipu-tipu. Arghh...benci sangat. Selepas itu, punyalah banyak reflection session, berpuluh perception dari tahun pertama yang sekolah buat dan minta. Tapi sedikit pun sekolah tidak ambil peduli. Apa faedahnya reflection dan perception kalau tidak habis-habis pihak sekolah dengan ego dan defense mechanism mereka? Benci sangat kat sekolah! Boleh tak nak lari dari sekolah dengan cepat? Saya memang tak suka sekolah saya!

Lagi satu affective domain. Konon-konon nak tengok kami ini berakhlaq dengan akhlaq yang baik. Kena mintak sign dari tabib, pesakit, koordinator setiap kelas yang kami pergi. Melampau dan tidak guna! Kalau kami berakhlaq baik, tapi yang di atas macam hantu pun tidak guna juga. Pihak atasan sekolah lagi teruk affective domain mereka. Teruk sangat-sangatlah. Penipu. Benci sangat kat sekolah!

Seronok sangat hari itu berdemo di sekolah. Kezaliman perlu dibanteras. Penipuan perlu diajar.

Kesian kat adik-adik. Mereka tidak faham apa yang berlaku. Nak buat macam mana? Duit syiling ada dua muka, manusia lagilah bermuka-muka. Cakap kat sini lain, cakap kat sana lain.

Tidak takut ke dengan doa-doa orang-orang yang dizalimi? Nak lupakan hal sekolah, tapi hati berbara-bara. Lagi-lagi bila nak kena habiskan MPR ini...

Lagi saya benci sekolah, lagi saya rasa nak lari, lagi lama pula masa berjalan...

Cepatlah habis. Orang lain fikir nak kerja. Saya cuma nak lari dari sekolah. Nak menghirup udara baru.

Kata orang, bila benci, jangan benci sangat. Kata naqibah, kita ini kalau marah pun, kenalah macam orang yang ditarbiah. Demo kami memang aman sangat. Tapi pihak atasan sekolah kata kami menengking. Fitnah.. fitnah.. siap ugut guna akta AUKU.

Sabar.. Sabar..

Insya Allah, akan berlalu masa gelap ini..

Ideal

Jom tukar cerita 360 darjah.

Facebook dan perubatan seakan-akan sama. Kita belajar mengenali manusia-manusia yang ada di sekeliling kita. Ada yang Facebook mereka memang bermanfaat buat kita. Tazkirah yang ada mengesankan. Ada yang melucukan. Kita boleh membaca perihal pemikiran mereka.

Ada yang dunia mereka melibatkan soal kecantikan. Puluhan komen untuk berbicara soal pucat, cantik dan lain-lain lagi. Kelakar! Itu persepsi saya.

Sesetengah mereka memaparkan betapa idealnya hidup mereka. Cantik seperti permaisuri. Kemudian bertemu dengan raja yang tampan. Kemudian mendapat puteri yang comel. Hidup mereka di Facebook bolehlah saya simpulkan seperti Cinderella. Ideal sungguh hidup mereka.

Berbeza dengan wajah-wajab mereka yang saya temui di hospital. Hidup mereka adalah realiti yang sungguh jauh dengan kehidupan fantasi/realiti di Facebook semata-mata.

Ada ibu yang Allah kurniakan mereka anak yang menghidap cleft lip and palate. Awak dapat bayangkan tak perasaannya? Saat awak menanti seorang bayi yang comel, tapi bayi tersebut sumbing. Bukan hanya sumbing bibir tapi sumbing lelangit juga. Susah nak susukan. Apa perasaannya melihat bayi tersebut? Apa perasaannya saat perlu menyusukan bayi tersebut? Allah terlalu menyayangi mereka bukan?
Ada seorang adik yang sangatlah comel dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandang kepadanya. Dan dia sangat cantik. Dia sakit biasa-biasa sahaja masa kecil. Demam, selsema biasa sahaja. Masa itu umur dia baru 3 tahun. Tiba-tiba bila dia bangun tidur, dia dah tidak boleh menggerakkan kaki dan tangan. Dia mendapat transverse myelitis dari jangkitan yang cuma biasa-biasa itu. Dan dia bertanya pada ibunya, "Bila saya dapat berjalan dan berlari seperti dulu?" Apa jawapan yang mampu diberikan oleh si ibu?

Ada seorang ibu ini menceritakan pengalamannya. Dia tidak perasan apa-apa pun pada anaknya. Saat si anak berusia 6 bulan, kakinya masih tidak boleh lurus. Dia membawa anaknya ke hospital, melalui fisioterapi. Akhirnya si anak disahkan menghidap Jacobsen Syndrome. Hanya 1 chromosome yang terdelete, dan si anak menjadi sangat istimewa dibandingkan dengan anak-anak yang seusianya. Sangat hebat Allah yang menciptakan penyakit-penyakit.

Semalam bertemu dengan seorang ibu. Anaknya menghidap Down's Syndrome. Umur ibu tidak tua saat melahirkan bayinya itu, tidak menghidap kencing manis atau darah tinggi. Namun Allah mengurniakannya anak istimewa. Anak-anak syurga ini pastinya dikurniakan untuk mereka yang maqamnya terlalu mulia di sisi Allah. Tidak semua manusia mampu menjaga anak-anak syurga, kan?

Semasa kami di klinik, kami jumpa dua orang anak Palestin yang sangat comel. Saya tidak pernah suka kanak-kanak yang berhingus. Tapi cute sangat budak Palestin itu. Dia kesat hingus pun cute. Dua beradik itu menghidap Thalassemia. Pemindahan darah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka sekali setiap 4-6 minggu. Tidak dapat bayangkan kehidupan mereka seandainya perlu kembali ke bumi Palestin semula kelak. Hebat Allah yang menciptakan penyakit tersebut. Ingatkan popular di bumi Malaysia sahaja, rupanya mereka yang ada di Palestin juga menghidapinya.

Saya pun pernah sakit. Benci nak pergi hospital sebagai pesakit. Tapi mereka perlu ke hospital selalu. Cuba bayangkan awak perlu melalui pemindahan darah selalu sehingga awak besar. Sanggup ke?

Entahlah, dunia ini tidak ideal sebenarnya. Akhirat itulah ideal. Bila lihat dunia, memang tidak best. Tapi insya Allah akhirat sangat best. Saat Allah memperlihatkan syurga buat hamba-hambaNya, mereka merasakan bahawa mereka tidak pernah menderita di dunia. Moga Allah mengurniakan syurga yang hebat buat hamba-hambaNya...

Sunday, March 06, 2011

Firman Allah...

Saya terkesan saat Ameer membubarkan pimpinan yang lama. Dia kata dia tidak mahu berbicara apa-apa, dan biarlah sahabatnya yang berbicara. Saat itu, saya mengira bahawa akan ada seorang akh yang akan bangun dan menggantikannya. Rupa-rupanya, sahabatnya yang akan berbicara itu adalah AlQuran.

Dan benarlah, sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. Ayat yang dipilihnya ternyata mengesankan. Kalam Allah itu meninggalkan makna yang mendalam dalam diri ini.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (33:23)


Golongan yang gugur di dalam ayat ini bukanlah mereka yang gugur dari jalan dakwah, sebaliknya mereka yang perjuangannya terlalu hebat dan telah menemui kesyahidan dalam hidup mereka. Dan kita harap,kitalah pula insan-insan yang yang termasuk dalam golongan yang menunggu-nunggu turn panggilan syahid dari Allah SWT.

Dan ayat seterusnya yang dipilih benar-benar menggerunkan mereka yang berada di jalan dakwah. Jujur saat saya menghadamnya, saya rasakan saya tidak pernah menghadamnya sebelum ini. Dan terkadang saya malu pada Allah kerana AlQuran itu begitu jauh dari saya.

Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu; dalam pada itu apabila datang ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan. Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (33: 18-19)

Kita tidak pernah mengetahui masa depan kita di dalam dakwah dan tarbiah. Dan ternyata ayat ini menggerunkan hati kita. Dan kita berharap pada Allah agar tidak menjadikan kita golongan yang hanya berada di atas jalan ini cuma sebentar sahaja. Nauzubillah…

Satu lagi ayat yang saya terkesan sangat adalah Surah Al Hadid ayat 16 yang saya temui saat membaca buku Jalan Dakwah oleh Mustafa Masyhur. Ayat tersebut menerangkan tentang kekerasan hati kerana terlalu lama berehat. Petikan di dalam buku tersebut:

“Ini adalah satu lagi rintangan yang memerlukan kewaspadaan kerana ia tidak muncul sekali gus, tetapi secara perlahan dan beransur-ansur sehingga hampir-hampir tidak disedari oleh orang yang berjalan di atas ialan dakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama sangat berenggang dari kegiatan dakwah. Lalu hemah dan kemahuannya beransur-ansur lemah untuk terus bergiat dan berusaha dalam urusan dakwah dan pada akhirnya padam di dalam dirinya. Kehangatan Islam sudah tidak terasa lagi dan pengaruh dakwah sudah tidak menusuk hati dan tidak berminat lagi untuk melibatkan diri dengan urusan dakwah dan melaksanakan tugas-tugas jihad pada jalan Allah. Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya tidak mendapat sebarang kesan, sembahyangnya tidak khusyuk, kadang-kadang lupa lalu meninggalkan sembahyang beberapa hari dan waktu tanpa kesal dan rugi dalam diri. Akhirnya dia mendapati dirinya jauh dari keadaan dan sifat-sifat mukmin seperti yang digambar oleh Allah di dalam al Quran:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibarakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal". (Al-Anfaal:2)

Allah s.w.t menyuruh kita berwaspada supaya kita tidak jatuh tersungkur di dalam kekerasan hati seperti ini di dalam firmanNya:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-, orang yang sebelumnya telah diturunkan kitab. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Al-Hadid:16)

(Petikan dari buku Jalan Dakwah: MM)


Moga Allah tidak memberikan kita masa yang panjang untuk berehat-rehat dan melarikan kita dari jalan ini.

Kesalahan...

Pengalaman selama berada dalam syura adalah pengalaman yang banyak mengajar diri ini akan hakikat perjuangan. Dan sememangnya berada dalam syura adalah medan untuk membuat amal yang lebih, meraih pahala yang melimpah ruah. Jujur senang apabila kita berada di bawah dan di luar untuk mengkritik, namun hakikatnya berada di atas medan ini ternyata begitu sukar.

Ramai yang melihat saya gembira melepaskan semuanya. Ya, saya bahagia. Bahagia kerana saya tidak perlu lagi menguruskan. Insya Allah, punya lebih masa untuk kerja-kerja lain yang lebih saya cintai. Namun saya juga sedar, beban dakwah tidak akan pernah berkurang, sebaliknya akan terus bertambah. Kerja terlalu banyak bagi mereka yang ingin bekerja. Dan tiada kerja buat mereka yang menutup hati mereka.

Saya bukan melarikan diri, cuma 5 tahun berada di satu tempat membuat saya benar-benar ingin mencuba yang lain. Saya ingin menghirup udara baru. Melihat dunia luar, mencari pengalaman. Saya berada di dalam kepompong selama ini, dan saya teringin untuk menjadi rama-rama dan terbang membawa misi dakwah ini. Saya ingin membina diri saya sendiri, membina mad’u dari mula dengan pengalaman-pengalaman yang saya perolehi di sini. Dan saya memohon pada Allah agar pilihan saya ini bukan keputusan untuk melarikan diri dari jalan dakwah. Saya memohon pada Allah untuk terus memberikan saya tugasan-tugasan dakwah agar saya hanyut di dalam kemanisan bertaqarrub padaNya.

Antara perkara yang paling besar saya pelajari semasa berada di medan adalah saat-saat saya melakukan kesalahan. Banyak kesalahan yang saya lakukan dan ia benar-benar meninggalkan kesan dalam diri saya. Dan kesalahan lebih mengajar saya dari hakikat kejayaan. Setiap kesalahan yang saya lakukan di atas jalan dakwah benar-benar mendidik saya. Dan sungguh dakwah ini saya rasakan sukar kerana ianya melibatkan hati-hati manusia. Dan ternyata di situlah letaknya formasi tarbiah yang membina diri ini.

Antara buku yang membuatkan saya terus menangis pilu adalah buku Jalan Dakwah oleh Mustafa Masyhur. Saya punya format pdfnya, tapi berkenalan dengan buku ini saat melihatnya di rumah seorang ukhti. Dan ternyata setiap baris ayat di dalam buku ini begitu mengesankan.

“Dalam pada itu kita tidak menafikan adanya kesalahan yang telah kita lakukan kerana kita adalah manusia. Kita pun bukanlah maksum yang terpelihara dari segala kesalahan. Pada hakikatnya, barangsiapa yang bekerja, tentu terdedah kepada kesalahan dan orang yang tidak bekerja tidak akan terdedah kepada kesalahan. Tetapi kesalahan yang mungkin kita lakukan itu hanyalah merupakan kesalahan juz'iah atau kesalahan perseorangan yang terjadi sebagai natijah ijtihad dari pemikiran manusia yang terbatas dalam batas niat yang baik yang kita berharap mendapat pahala daripadanya. Di samping itu kita mestilah mengambil faedah dan pengajaran daripadanya". (Jalan Dakwah: MM)


Moga Allah mengampunkan dosa hambaNya yang kerdil ini. Jujur saat saya meminta maaf dari sahabat-sahabat seperjuangan, perkara itu memang lahir dari perdu hati saya yang paling dalam. Moga mereka mampu berlapang dada dengan sahabat mereka yang terlalu hina ini.

Dan moga Allah terus memberi tugasan-tugasan dakwah untuk saya pikul sehingga bertemu denganNya.

Ya rabbi, jadikan aku insan yang akan terus beristiqamah di atas jalan ini. Kurniakan aku syahid di atas jalan yang aku imani ini…

Wednesday, March 02, 2011

Mutawakkil...


26 Februari 2011 - 7.15 malam

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Surah Al Aaraf: 34)


Menatap gambar Hud-Hud, saya rasakan maut terlalu dekat sebenarnya. Saya telah dikunjungi maut berkali-kali. Hakikatnya maut terlalu hampir dengan sesiapa sahaja. Sudah bersedia dipanggil pergi?

Saya tidak takut sangat melalui pengalaman kali ini. Tidak trauma. Pengalaman-pengalaman sebelum ini menguatkan diri ini.

Benarlah, tawakal memerlukan latihan. Kisah Nabi Musa yang saya pelajari dari buku Hati Sebening Mata Air tulisan Amru Khalid menitiskan titisan hikmah di perdu hati yang paling dalam. Ya, tawakal tidak tercapai dengan mudah.

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu,..” (Thaha:69)


Ketika Nabi Musa melihat tongkat berubah menjadi ular, apa yang Nabi Musa lakukan?

"...berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.” (AlQasas: 31)


Ini kejadian pertama kali.

Kedua kali ketika ia mulai melatih tawakal, dia menghadapi 30 000 penyihir yang menimbulkan rasa takut di dalam dirinya.

Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?" (Al Aaraf:115)

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. (Taha:66)


Lihat apa yang terjadi?

Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (Taha:67)


Kali ini rasa takut hanya dalam diri Nabi Musa. Dia hanya takut, tidak sampai lari seperti pada peristiwa pertama.

Kini lihatlah di kali ketiga, ketika Nabi Musa sudah menjadi seorang mutawakkil, apa yang terjadi?

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". (Surah Assyuara: 61)


Firaun mengejar di belakang mereka. Ini ujian yang lebih berat dibanding dengan yang sebelumnya. Tetapi lihatlah apa yang dikatakan oleh Nabi Musa.

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku". (Surah Assyuara’: 62)


Lihatlah bagaimana proses pembentukan tawakal pada diri Nabi Musa. Dan proses ini berlaku dalam diri kita juga. Moga Allah menjadikan kita sang mutawakkil yang bergantung harap sepenuhnya padaNya.

Ya rabb, biarlah Hud-Hud sembuh dengan cepat. Aku terlalu memerlukannya...