Tuesday, November 25, 2014

Dunia BM..

Saya pernah aktif dalam D&T. Namun perjalanan penuh rona. Saya berkahwin dan kini dikurniakan zuriat. Lantas fasa ini ternyata berbeza. Ujian Allah juga, saya masih diuji dengan PJJ. Saat hamil saya masih mampu berlari. Namun setelah bayi saya lahir, ternyata saya diuji di atas jalan ini. Saya kira saya masih mampu berlari. Saya letakkan anak saya di car seat namun ujian Allah bayi kecil saya tak mahu duduk di car seat. Dan dia akhirnya trauma dengan gelap, kereta dll. Ya, program malam. Silauan lampu, lori yang lalu menakutkannya. Dia menjerit-jerit. Kadang terbawa-bawa sehingga beberapa hari. Pengalaman itu membuatkan saya sedar beberapa perkara. Dan banyak pelajaran hidup yang saya kutip dari syuyukh dan akhawat lain. Ini hikmah yang saya pelajari.

1) Sekiranya kamu tidak pernah membuat sesuatu, jangan expect orang lain mampu melakukannya. Dan sekiranya kamu pernah mampu melakukan sesuatu, jangan expect orang lain mampu melakukannya. Kerana ternyata manusia berbeza. Saya suka tulisan Salum A Fillah - karena ukuran kita tak sama.

2) Kamu perlu belajar hakikat bahawa fasa BM akan sangat menguji. Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya. 

3) Jangan segmentalisekan hidup. Jangan sekali-kali menyangka tugas sebagai ibu dan isteri bukannya dakwah. 

4) Jangan berfikiran bahawa dakwah hanya ketika kita di luar rumah. Rumahlah medan dakwah kita yang sebenar. Di sinilah semua kelemahan kita akan tersirna. Keluarga yang duduk sehari-hari dengan kita yang mengetahui kelemahan kita. Bermujahadahlah dengan sebenar-benarnya di rumah.

5) Terus-terusanlah berfikir bahawa rumah adalah ladang pahala yang luas buat kita. Penat tapi kena fikir pahala.

6) Di mana-mana fasa kehidupan kita, bukan pandangan naqibah atau orang lain yang penting. Di mana-mana fasa kehidupan kita, hubungan kita dengan Allah yang paling penting. Di akhirat kita perlu berdepan dengan Allah yang mengetahui setiap zarah segala yg bermain di hati kita.

7) Kalau kita terlihat kebahagian manusia lain, terus doakan mereka. Percayalah di sebalik tabir, ada takdir yang menguji setiap dari kita.

8) Niat dan bercita-citalah tinggi meski kudrat sangat terbatas. Betapa banyak amal yang menjadi besar di sisi Allah kerana niat.

9) Saat diuji, carilah wajah sahabat- sahabat yang pernah diuji. Mungkin satu masa ada ujub dalam amal-amal kita, kita lupa sahabat-sahabat kita yang diuji sehingga kaki mereka sangat terbata-bata di atas jalan ini. 

10) Pesan seorang ukhti, di atas jalan ini kita punya pilihan. Sama ada menjadi Latifah, isteri Assyahid Imam Hassan Al Banna atau menjadi seperti Zainab AlGhazali. Latifah tidak dikenali dakwahnya tapi menjadi pendukung tegar dakwah suaminya. Dialah yang membesarkan anak-anak dengan baik malah saat kesyahidan Assyahid, dia sedang hamil. Dialah madrasah pertama anak-anaknya. Namun kita juga punya sosok peribadi seperti Zainab AlGhazali yang tegar dakwahnya. Di dalam seerah juga kita belajar banyak peribadi Ummahatul Mukminin. Sama ada mahu menjadi persis Saidatina Khadijah atau Saidatina Aisyah. Namun menurut ukhti tersebut kita punya pilihan yang lebih baik. Saat di luar rumah, kita menjadi seperti Zainab AlGhazali dan saat di rumah kita menjadi seperti Latifah.

11) Insya Allah akan timbul mentari setelah gelap. Kalau kini sedang merangkak, yakinlah dengan Allah yang mengetahui hati kita. Pasti akan tiba masanya kita pasti berlari. Seorang syuyukh kita mampu ke Palestin setelah fasa membesarkan anak-anak. 

12) Rumah kita akan mendefinisikan dakwah kita. Jagalah cacat cela rumah kita sebaiknya. 

13) Berbincanglah dengan keluarga/ naqibah atau akhawat. Ya, saya pernah merasakan mahu lari dari D&T kerana tiada yang memahami. Percayalah pasti ada yang sudi mendengar dan memahami.

14) Bersedia dengan fikiran dan mental bahawa fasa BM mempunyai banyak kejutan yang tak dijangka. Kini kita adalah isteri, ibu, anak, menantu dan punya dua keluarga besar yang perlu disantuni.

15) Inilah fasa untuk kita lebih menghormati syuyukh yang lama bertatih di atas jalan ini. Mereka mampu bertahan di jalan ini. Dulu semasa dara kita tak mengerti kesukaran mereka dan sering expect sesuatu yang besar dari mereka. Inilah tarbiah Allah untuk kita.

16) Saya membaca juga artikel dari satu blog popular tentang BM yang ideal. Expectation terhadap senior ikhwah akhawat mereka. Percayalah setiap dari mereka diuji dengan ujian berbeza.

17) Sekiranya masih muda belia, belum meniti alam BM, dekati akhawat yang sudah berBM. Di sana akan ada banyak pelajaran berguna yang akan kamu pelajari. Belajar untuk berdikari dan expect less dari mereka yang sudah berBM. Belajar memahami. Usah ditahan-tahan akhawat/ makcik-makcik di dalam program sehingga lewat malam.

Semua ini saya pesan berkali-kali pada diri sendiri kerana dunia BM adalah dunia yang penuh mujahadah.
There was an error in this gadget