Saturday, June 22, 2013

Tahlil..

Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) said: Three groups of people Allah obliged Himself to help them; A strugggler in the cause of Allah, a worker to pay his debt, and the one who wants to marry to live a chaste life" (Tirmidhi)

Membaca perkongsian hadis ini di Facebook. Ya, saya mempercayai hadis ini. Pertolongan Allah sentiasa hadir. Dan pertolongan Allah sentiasa hadir menemani perjalanan housemanship yang sumpah susah bagi saya yang kerdil ini. Saya percaya bantuan Allah itu hadir kerana tarbiah ini! Saya percaya Allah akan terus bersama saya dalam perjalanan tarbiah ini.. 

Jumaat lalu, ada bacaan tahlil jabatan kecemasan. Head of Department pun hadir. Hati saya memberontak, bagai terbakar seperti gunung berapi.. Jujur hati kecil saya menjerit dengan kuatnya.. Quran bukan untuk dibaca berlagu seperti ini! Sedih sangat! Saya merayu-rayu pada Allah, jadikan aku doktor pakar. Aku ingin berada di hadapan itu.. Aku akan mentadabbur Quran ini.. Aku akan ceritakan pada mereka dan membentuk mereka dengan Quran ini.. Betapa saya berharap ketika itu, sayalah Head of Department.. Hati saya meronta-ronta mahu mentadabbur Quran ketika itu.. Saya nak cerita kisah pemuda dalam Surah Yassin.. saya nak cerita keagungan Allah.. saya nak tadabbur gambaran kiamat..

Bila mereka membaca Lailaha illallah.. saya rasa macam nak basuh-basuh mengenai Ilah.. supaya tiada lagi aktiviti mengumpat di hospital, tiada lagi yang bersungut, membentak-bentak bila kena buat sesuatu.. tiada yang akan menzalimi orang lain.. tiada lagi MO yang cabut kerja, tidur sepanjang malam dan membiarkan HO terkontang kanting.. 

Afterall, kerja kita sangat banyak sebenarnya.. Dan Allah jualah yang mengetahui segalanya.. Moga Allah terus mempermudahkan..  


Thursday, June 20, 2013

Kenapa?

Saya melalui hari-hari gelap housemanship sekali lagi semalam.. Hati dan nubari sudah tidak mahu mewarnakan salji sebagai putih, malah hati ingin mewarnakan seluruh dunia ini dengan warna hitam...

Ya, saya terduduk lagi.. Tiada siapa yang membela ketika itu.. Dibentak-bentak.. Dibaling fail.. Mimpi ngeri.. Dan ketika itulah saya mengatakan di dalam hati, "Kerana itulah Allah menciptakan neraka, untuk mereka yang menzalimi manusia lain".. Cukuplah Allah sebagai saksi untuk segala-galanya.. Saya ingin menintakan semuanya.. Namun masa dan fizikal saya sudah tidak bermaya.. 

Di saat saya ajukan pada Allah bahawa mengapa pilihan yang dipilih atas dasar dakwah sangat menyakitkan? Semalam semasa meeting, ustaz kata, inilah jalannya!

Dalam seribu satu rona kesedihan, Allah izinkan saya menonton video ini.. Ya, kezaliman dua doktor non muslim terhadap saya adalah sedikit dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh regim Basyar ke atas doktor yang diceritakan ini..

Hakikatnya mehnah kita di atas jalan ini masih sedikit dibandingkan dengan mereka!

Friday, June 14, 2013

Ego..

Ya, saat menonton video Nouman Ali Khan ini, ada ratusan perasaan mentadabbur ayat Allah. Ya, surah Annasr adalah surah tentang sebuah janji iaitu janji kemenangan Islam. Ya, saya tahu saya perlu mentadabburnya dari sudut kaca mata dakwah dan tarbiah..

Namun di sana ada sesuatu yang juga Brother Nouman sebutkan yang saya kira sangat relevan dengan kehidupan saya sebagai doktor. Iaitu ego. Inilah yang saya lihat setiap hari dalam kehidupan kebanyakan doktor dan penyakit itu juga menjangkiti saya..

Di jabatan kecemasan, kita perlu merujuk kes-kes pada doktor-doktor di jabatan lain. Di sinilah, terpamer keegoan setiap doktor.. Terlalu sukar mahu bertemu dengan doktor yang merendah diri..

Baru-baru ini saya merujuk satu kes strok, CVA with multifocal infarcts. Menurut doktor perubatan (medical doctor - doktor dari jabatan perubatan), CT scan menunjukkan tiada strok. Dan dengan bongkaknya dia berkata, "I will never accept this case, you can put this patient elsewhere but definitely not in my ward". Alhamdulillah wad onkologi menerima kes berkenaan kerana pesakit juga menghidap pesakit kanser. Saya follow up case berkenaan dan interpretation dari pakar radiologi mengesahkan bahawa CT brain menunjukkan CVA with multifocal infarcts. Dan kes itu dirujuk semula kepada doktor perubatan semasa pesakit berada di wad onkologi.

Dan di situlah hati sendiri juga berdetak," Yes, my diagnosis is right!".. Astaghfirullah! Tertampar-tampar mendengar tadabbur Brother Nouman..

Syukur pada  Allah yang mengizinkan mentadabbur surah Annasr. Jujur di dunia hospital itu tiada siapa yang akan mengingatkan.. Kita jauh dari akhawat.. Dan akhlaq kita sendiri sering berbolak balik.. Hati kita menahan kesakitan dibuli.. 

Tadi pun dibuli.. Dah 6th poster pun ada yang buli.. Seorang MO yang in-charge yellow zone menyuruh saya yang berada di green zone mendapatkan maklumat pesakit dari keluarga pesakit.. Come on la,, your case and you're asking me to clerk the case for you? Entahlah, berapa banyak kebencian HO-HO lain juga terhadap dirinya.. Ya, dunia itu sangat membunuh hati dan perasaan... Tapi demi satu sijil full registration, setiap seorang HO bertahan menerima cercaan dan kata-kata hina sesetengah MO... Dan tak kiralah kita 6th poster atau 1st poster, selagi mana namanya HO, sabar sahajalah jawapannya.. 

Allah kan ada.. melihat segalanya.. lantas mengapa pesimis? Cuma terkadang akhlaq sendiri kian punah.. Ya, rabb perbaiki akhlaq kami dan hanya Kau sahaja yang mampu mentarbiah kami dengan sebenarnya.. 

Thursday, June 13, 2013

Pergantungan...

Di dalam posting emergency medicine ini, almost alternate day oncall. Masuk 8 pagi - 3petang. Masuk semula 10 malam sehingga 3 petang keesokan harinya. Jadual posting ini adalah jadual paling teruk dibandingkan dengan 5 posting sebelum ini. Masalahnya tiada rehat sepanjang kerja. Pesakit bertali arus. Saya tewas dengan rasa mengantuk yang mencengkam pada malam hari. Ya, saya sedang bermujahadah. Menurut Head of Department, posting ini adalah gate keeper. Andai pass, akan menjalani kehidupan sebagai medical officer. Sebarang kesalahan, jawapannya adalah extension. Ada kawan saya yang bakal menyudahi posting dalam 3 hari tetapi kena extension di saat akhir. Extension sekiranya maknanya adalah ilmu, tiada masalah. Tapi extension untuk melalui kehidupan sebagai kuli sangat menyakitkan. 

Sebagai naqibah, saya perlu mengisi SPI. Huhu, YDP sendiri yang mengejar. Adakalanya saya berdiam kerana terlalu penat. 

Menurut YDP, segalanya boleh sekiranya naqibah zero alasan. Huhu.. Menangis! 

Semalam selepas post call, saya menziarahi mutarabbi yang baru kembali ke sekolah selepas cuti sekolah. Jujurnya minda saya tidak berfungsi sewaktu memberikan butir kata-kata. Namun pelukan hangat mereka dan air mata kejujuran mereka adalah nikmat yang Allah kurniakan. Mujahadah! Mujahadah!

Di dalam usrah, ramai yang bercita-cita mahu mengambil cuti 10 hari terakhir Ramadhan. Saya? Tidak mungkin... Menghadam semula tulisan Salim A Fillah bertajuk Ektase Mikraj. 

Saya percaya andai kehidupan ini mudah, tiada langsung rasa pergantungan pada Allah. Kerana kehidupan yang sangat mencengkam ini, saya merasakan pergantungan yang sepenuhnya pada Allah. 

Bila kita boleh qiam? Bila kita boleh menjaga mutabaah amal kita? Bila kita boleh teruskan bacaan quran kita? Di saat kita tahu kita benar-benar perlukan ALLAH dalam kehidupan ini! Begitulah secebis tarbiah sepanjang tempoh masa housemanship ini.... 

Ya, dunia housemanship, Head of Department dan manusia sekeliling kita mencipta jadual yang mahukan kita hanya bergelar doktor, doktor dan doktor semata-mata... Tapi jeritlah dalam suara hati kalian, Nahnu Du'at Qabla Kulli Syai! Kami adalah duat sebelum segala sesuatu! Meski tiada yang mendengar, meski dunia itu begitu membunuh hati-hati kalian, percayalah Allah yang lebih tahu tujuan dan niat keberadaan kita di situ!

Monday, June 03, 2013

Zero..

Satu ditambah satu menjadi tiga, 
Bukan dua jawapannya, 
Kerna dua individu bergabung atas keimanan mereka, 
Akan melahirkan sesuatu yang luar biasa hingga dapat mengubah dunia, 
Itulah sinergi ! 
Sinergi manusia yang beriman kepada-Nya. 
(Novel Sinergi) 

Ya, satu tambah satu patut menjadi tiga! 

Perkahwinan jarak jauh seakan tidak memungkinkan hal itu berlaku. Terlalu banyak perkara yang belum settle dalam jiwa ini sehingga Allah belum mentakdirkannya.. 

Sekarang satu tambah satu adalah zero, barangkali negative marking.. 

 Di situlah Allah mengajar untuk bermujahadah.. Terus BERMUJAHADAH!
There was an error in this gadget