Thursday, June 28, 2012

Parenting...

Artikel yang best!

Raising Children with Deen and Dunya

I have seen with my own eyes children under the age of ten who willingly set their own alarms to get up for Tahajjud prayer. I have hosted a young soccer marvel goal in my home who begins his day before mine by reciting Quran at Fajr. I know of an Ivy League university student who insisted on turning the car around because she realized she had left home without giving her mother salaams (farewell wishes). I have been acquainted with doctors who make more money in a single month than most people make in a single year yet choose to live in small homes with no mortgages so that their salaries can be spent supporting scholars of Islam. My husband and I work with a young man who once flew with his mother from California to Jordan, then turned around and returned on the next flight home — all of this so that his single mother didn’t have to travel across the world alone. I have witnessed fourth graders who were able to sit quietly with impeccable etiquette in front of Muslim scholars while the adults around them stretched, yawned, and sighed. I have heard children silence their young friends with urgent reminders, “Don’t say that about him! It’s backbiting!”

Saturday, June 23, 2012

Secure..

Saya rasakan rindu yang amat pada ex-naqibah. Serasanya mahu berlari untuk bertemunya. Hampir lima tahun dia membina saya. Bertahan dengan karenah saya sebagai mutarabbi. Saat-saat diuji dengan mutarabbi, saya rasakan rindu untuk mendengar nasihatnya. Teringin untuk bertanya, bagaimana dia telah mendidik saya? Satu perkara yang begitu saya kagumi tentangnya adalah berkenaan dengan kerahsiaan. Dia benar-benar menjaga rahsia mutarabbinya. Saya rasakan betapa securenya saya ketika itu. Saat peningkatan mutarabbi, dia akan beristikharah. Benar, segalanya adalah berkenaan dengan hubungan kita dengan Allah.

Membawa dakwah di sekolah, saya rasakan bahagia yang amat. Ya, membina dari mula. Bukan membawa hasil usaha manusia lain. Pernah saya menitiskan air mata saat adik-adik tersebut menyudahi hafalan mereka dan mereka bertanya," Akak sedih sebab kami tak hafal banyak lagi ye?" Allah.. Komitmen mereka sangat besar terhadap usrah. Baru di tingkatan 3 dan 4, tetapi mengubat segala kesakitan saya dalam kehidupan saya sendiri. Jujur mereka adalah kurrata a'yun bagi saya. Sepertinya seakan perasaan Asiah saat menatap bayi yang bernama Musa, hilanglah segala kesakitannya.

Ya, mana mungkin membina manusia tanpa tiada sebarang permasalahan. Di situlah ujian Allah saat membawa adik-adik IPT. Merasai bagaimana terlibat secara tidak langsung dalam urusan baitul muslim mereka, mendengar luahan hati mereka yang benar-benar mengejutkan saya. Mendengar permasalahan adik-adik yang keluar dari RI. Allah..di situ saya diuji … Saya rasakan saya benar-benar tidak layak menjadi murabbi buat mereka… Kata ustaz, iman yang menyala akan menghidupkan pokok-pokok dakwah , mampu mengalirkan iman itu sehingga lahir berjalur-jalur pokok dakwah. Sepertinya Assyahid Imam Hassan Al Banna. Berjuta-juta manusia merasai getaran imannya hatta sehingga hari ini.

Menatap peta dakwah, serasanya air mata terus mengalir… Aku yang masih belum kuat… Segalanya yang dilakukan oleh mutarabbiku kini seakan menjadi refleksi terhadap diriku sendiri… Dan benarlah hidup ini benar-benar mujahadah…

Kata makcik, kalau kata tak layak hatta di mana-mana zaman dan peringkat, kita merasai betapa tidak layaknya kita…

Dan saya merindui ex-naqibah saya yang akan mengingatkan saya untuk mengembalikan segala permasalahan saya pada Allah…

Sunday, June 10, 2012

Anak sulung...

Teringat saat saya menonton rancangan Semanis Kurma - Kahwin atau Belajar, saat itu saya katakan pada mak - "Frustnya tengok isteri Ustaz Zambri". Semuanya lantaran akhlaqnya yang begitu mempersona. Menundukkan pandangan dan kesopanan yang lahir dari iman dan tidak dibuat-buat.

Begitulah saat berkenalan dengan ukhti H. Akhlaqnya juga membutkan saya merasakan betapa tidak sempurnanya saya. Dengan zuriat yang ramai (tujuh atau lapan - saya terlupa!) dan juga berkerja sebagai guru, dia masih aktif membawa usrah adik-adik penggerak.

Saya teringat dalam satu daurah adik-adik, saya bertanyakannya soalan, "Bagaimana akak dapat istiqamah di atas jalan dakwah dengan kepadatan masa sebagai ibu, isteri dan juga sebagai wanita berkerjaya?"

Mutiara yang dikongsikan beliau sangat banyak. Teringat satu jawapannya juga mengenai betapa bermaknanya pembentukan anak sulung di dalam keluarga. Sekiranya anak sulung menjadi, mudahlah segalanya. Anak sulung tersebut akan menjaga adik yang kedua, kedua menjaga yang ketiga dan seterusnya. (Terasa saya sebagai anak sulung!) Dan saya pasti anak sulung beliau merupakan salah satu di antara kekuatannya di atas jalan dakwah.

Dan ketika saya oncall dua hari yang lepas, saya menerima dua mesej mengkhabarkan pemergian anak sulung beliau yang lemas dalam satu program jemaah. Masya Allah! Menitis air mata saya membaca mesej tersebut. Jujur dialog saya bersamanya seakan baru semalam berlalu.

Membaca email-email ikhwah akhawat yang lain berkenaan dengan pemergian allahyarham juga menimbulkan sebak. Semasa Dr Har menghubungi Ukhti H, katanya dia sememangnya mendoakan anaknya menjadi mujahid! Alangkah beruntungnya ukhti H yang dikurniakan anak yang syahid dalam program tarbiah!

Moga Allah mengurniakan ketabahan luar biasa buat ukhti H sekeluarga.

Friday, June 01, 2012

Jawapan..

Adik usrah saya mesej di Facebook. Katanya, ustaz kata housemanship adalah tempat membunuh manusia terutamanya daie. Huhu.. Saya pernah berbual dengan seorang pakcik. Kata pakcik, seorang sahabatnya memberitahu bahawa tidak muntij (berhasil) membawa usrah doktor. Lebih baik fokus pada yang lain..

Terasa! Tapi itulah kejujuran. Saya sendiri tidak membawa usrah di hospital. Lebih sanggup mencari adik-adik sekolah / IPT. Saya juga meyakini bahawa membawa usrah kakitangan hospital sangat tidak muntij..huhu..

Doktor-doktor yang mampu dibentuk adalah mereka yang pernah menerima tarbiah semenjak di alam IPT.. Dan sebenarnya sangat rugilah kalau kita tidak memperhatikan IPT.. Itupun, sehari demi sehari kita kehilangan doktor-doktor yang pernah menerima tarbiah lantaran kesibukan yang luar biasa. Sedih!

Dan jalan dakwah bukan boleh ditinggalkan sehari dua. Tunggulah dulu habis housemanship. Tunggulah dulu ada kereta. Tidak! Tidak! Tertinggal dua minggu sahaja pun, jalan ini seakan 'merajuk'. Macam Quran dan mutabaah amal lainnya. Tertinggal sekali dua, 'merajuk'lah jawabnya... Nak 'memujuk' semula memakan masa lamanya..

Saya masih bermujahadah meniti hari-hari di hospital. Tagging di wad pediatrik juga ternyata memenatkan. Saya perlukan roh, stamina bagi hati saya. Saya rindukan adik-adik IPT/ sekolah yang sedang bercuti. Silalah balik cepat! Usrah sendiri? Oncall .. alahai sedihnya..

Saya kongsikan realiti tagging seperti yang diceritakan oleh seorang sahabat:

i still amazed at how our body can function non stop for 15 hours a day (running, standing, walking, climbing stairs, writing, without even sit or rest in between) non stop for days, even weeks or month, but at the end of the day.. when the clock shows 10pm and we go out from our precious learning and practicing center.. all the limbs start to feel pain, the eyes can't even bare to open, and we don't even care about anything in this world except our wonderful sleep and rest.. and we start the next day with an extremely painful limbs early in the morning but able to run again at the moment we step inside the learning ground again.. wow..

Lebih menyedihkan Ramadhan saya kelak di NICU. Saya sudah menangis memikirkan hal itu.. Masuk NICU kelak akan tagging lagi. Ya rabb, bagaimana mutabaah amalku? Bagaimana Ramadhan ku? Dan saya tertanya-tanya..kenapa ya Rabb, Kau tidak mentakdirkan aku di posting yang sedikit relaks untuk aku melalui Ramadhanku? Jujurnya saya meminta Allah memberikan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan saya, dan tidak memberikan sesuatu hanya kerana ianya kehendak saya. Dan pasti Dia telah mentakdirkan yang terbaik!

Dan dalam semua kepenatan inilah Allah menjawab satu persatu persoalan itu.. Saya temukan jawapan-jawapan itu di blog Salim A Fillah. Saya tidak mampu melunasi tulisan-tulisannya. Hati saya menangis dan terus menangis. Terasa kasih sayang Allah yang sangat luar biasa. Memang benar! Allah hanya menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya..

Sumpah Ramadhan kali ini akan menjadi super best buat saya! Ya Rabb, itulah harapan saya.

Jawapannya ada dalam tulisannya Ektase Mi'raj. Dan beberapa tulisan terawalnya menjawab semua soalan-soalan saya.

Air mata tak tertahan-tahan lagi. Allah sangat menyayangi hambaNya!

Blog Salim A Fillah

There was an error in this gadget