Monday, April 30, 2012

Forgive me..


I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to…

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Saturday, April 21, 2012

Tazkirah...

Malam tadi selepas saya melihat beberapa pesakit, saya teringatkan Makcik Napisah. Pagi semalam saya baru menziarahinya seusai waktu bekerja. Pakcik (suami makcik Napisah) ada memberitahu beberapa perkara mengenai perkembangan makcik. Cuma pada sebelah malam, saya berkesempatan untuk meneliti rekod perubatan makcik. Berada di hospital IT, Allah memudahkan urusan itu bagi saya. Saya tersentak seketika. Jam menunjukkan 12.20 pagi. Makcik telah disahkan meninggal pada pukul 11.30 malam. Allahu Akbar! Allah jualah yang menggerakkan hati saya untuk meneliti rekod perubatan tersebut.

Sesudah menyudahi urusan saya dengan beberapa pesakit, saya meminta izin seorang teman untuk pergi menziarahi makcik. Alhamdulillah jenazah belum ditolak ke bilik mayat. Pakcik tiada di sisinya. Allah memberi kesempatan untuk duduk sebentar di sisi jenazah. Saya teringatkan kata-kata seorang sahabat saat saya meminta nasihat darinya. "Cukuplah kematian sebagai nasihat". Air mata saya menitis laju. Dzuq terasa. Kenangan bersama makcik hadir di benak minda saya.

Saya baru sahaja di bumi Johor. Saya tidak mengenali sepenuhnya akhawat di sini terutamanya di kalangan makcik-makcik. Nama makcik sering disebut oleh naqibah saya yang merupakan seorang doktor. Allah menganugerahi makcik dengan penyakit kanser peparu (lung adenocarcinoma).

Ya, penyakit itu anugerah. Di saat Allah menceritakan perihal semua nabi berkenaan dakwah, Allah membawakan kisah Nabi Ayub dengan ujiannya. Saat mentadabbur kisah nabi Ayub, saya rasakan Allah begitu mengiktiraf kesakitan. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat.

Teringat saat membaca catatan Ustazah Amani mengenai pemergian ayahnya, Ustaz Dahlan, "Terngiang di telinga kata-kata seorang teman rapat abah dari KL semalam yang datang menziarahi abah.. ramai orang yang berjuang untuk Islam diuji dengan sakit kuat. Kita lihat sebagai ujian Allah, sebenarnya ia pilihan Allah kerana Allah kasih.., kesakitan itu kafarah , pembersih dosa-dosa. Orang yang dikasihi Allah ini.. dalam hidupnya sering berhadapan dengan sakit, bila sembuh.. dia bangun berjuang kembali, seolah Allah membersih dosa-dosa terdahulu. Kata teman abah lagi, kalaupun ia suatu penamat...Allah bersihkan dosa-dosanya sebelum kembali padaNya. Ya Allah..kata-kata teman abah cukup berbekas di hatiku."

Ya, kanser peparu yang dihidapi Makcik Napisah benar-benar bukti kasih sayang Allah buatnya.

Saya pernah melihatnya saat dia mampu berbicara. Saya juga pernah melihatnya saat kansernya telah merebak ke bahagian otak, yang mana keadaan fizikalnya seperti mereka yang menghadapi strok. Dan saya masih ingat kenangan saat dalam lemahnya fizikalnya, dia memegang tangan saya. Saya sungguh terkilan kerana tidak mampu lama ketika itu. Telefon saya berbunyi. Jururawat memanggil saya ke wad semula.

Jujur saya belajar banyak perkara dari keluarga makcik Napisah. Saya belajar dari Amal, anaknya mengenai tanggungjawab seorang anak. Saya lihat Amal membersihkan ibunya. Saya lebih sebak, sedang mereka sekeluarga begitu tenang menghadapi segalanya. Kata pakcik, penerimaan mereka sekeluarga sangat baik kerana mereka ditarbiah.

Makcik adalah Ketua Wanita Ikram Kulaijaya. Ya, dia meninggal di saat kemuncak kehidupannya. Begitulah makna Surah Annasr, saat sahabat-sahabat memahami isyarat bahawa Rasulullah SAW akan pergi kerana dakwah sudah di kemuncaknya. Betapa beruntungnya makcik kerana pergi pada puncak kehidupannya.

3 minggu yang lepas, saya menghadiri mukhayyam penggerak. Lebih 140 peserta yang hadir. Perkara pertama tentang mukhayyam yang menyentuh hati saya adalah ketika solat hajat mendoakan yang terbaik untuk Makcik Napisah. Kalau saya sakit, saya tidak pasti siapa yang akan mendoakan saya. Saya sangat mengkagumi dirinya. Betapa ramai yang mendoakannya.

Ramai yang datang menziarahinya di hospital. Ex-naqibah saya dari Putrajaya juga datang menziarahinya. Kata ex-naqibah saya, makcik banyak berjuang untuk rangkaian tadika Amal yang merupakan tadika Islam dan begitu banyak lagi sumbangan makcik pada dakwah ini.

Saat menziarahi makcik, banyak mutiara nasihat yang diberikan pakcik. Kita manusia perlu berbuat sebaiknya dengan hayat yang Allah berikan kerana satu masa nanti servis kita juga akan tamat. Bgitulah hakikat kehidupan yang singkat ini. Kata pakcik, melihat mereka yang sakit adalah tazkirah buat kita yang masih hidup.

Semalam saat mengucapkan takziah pada pakcik, pakcik katakan dia tidak menyesal sedikit pun. Mereka sempat saling bermaafan sebelum makcik pergi dan berbual mengenai suka duka perjuangan mereka. Masya Allah! Pengakhiran yang sangat baik pastinya. Jannah pasti buat makcik kerana suami meredhai. Moga Allah mengurniakan syurgaNya yang tertinggi buat makcik. Mudah-mudahan perjuangan makcik membangkitkan himmahnya buat kita juga.

Artikel lain berkenaan makcik:

Ukhti Napisah dalam kenangan

A mother to all

Saturday, April 14, 2012

Damai...

Hujung minggu yang lepas, Allah memberi kelapangan untuk menjadi facilitator mukhayyam. Peluang yang sangat besar pastinya. Saya bersama dua orang akhawat menaiki kereta bersama. Dan kami sampai di checkpoint yang pertama, Zenxin Organic Park, Kluang. Jujurnya seandainya saya tidak bersama tarbiah, saya pasti tidak akan mengenali tempat sebegitu. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segalanya buat saya. Semalam pakcik kata, kerja dakwah kita terlalu kecil sekiranya hendak dibandingkan dengan iman yang Allah tancapkan dalam hati kita! Allah..

Apabila sampai di Zenxin Agro Park, kami menghirup udara segar yang begitu menghidupkan hati kami. Kami sempat merasa ais krim buah naga.

kalau nikmat dunia dah sebegini, camne lah syurga itu? layakkah diri ini?

Allah mengurniakan rezekinya untuk hidup bersama akhawat. Seorang ukhti mengeluarkan AlQurannya dan mentadabbur ayat-ayat Allah. Best sangat! Saya tidak dapat semua itu semasa di hospital. Saya begitu 'terseksa' di hospital. Jabatan tempat saya bekerja kini dipenuhi oleh senior-senior yang 'muslim'. Namun saya tidak merasai Islam. Tarbiahlah yang menghilangkan segala kesakitan di hospital. Best kan bila awak hidup dengan manusia-manusia yang mengingati Allah setiap masa. Best kan kalau semua orang kat dunia ini faham dakwah dan tarbiah!

Di sekeliling kami, ada kebun yang mendamaikan. Dan ukhti tersebut mentadabbur ayat 31-32 Surah Annaba'.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; (Surah Annaba': 31-32)


Kenapa Allah kurniakan kebun dan taman bunga untuk orang yang bertaqwa? Kenapa Allah kurniakan anggur?

Kata ukhti tersebut, selalunya daie ini tidak sempat pun nak menghias rumahnya. Diceritakan pada kami kisah seorang akh di Indonesia yang mempunyai tanah kosong di hadapan rumahnya, yang tidak pernah diusahakannya lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah. Sehinggakan ada usrahnya yang perlu dibawa sebelum waktu subuh lagi. Disebabkan daie sangat sibuk dengan dakwah dan tarbiahnya, Allah akan mengurniakan kebun bunga yang indah buatnya kelak di syurga.

Kenapa anggur? Kenapa ada buah di syurga? Sebabnya selalunya orang yang beli buah itu sebab dia ada duit yang lebih. Kita dah beli beras dan lain-lain, kalau ada duit lebih baru kita beli buah kan? Disebabkan daie ini, duitnya banyak dihabiskan untuk dakwah dan tarbiah, dia tak dapat nak beli buah di dunia. Sebab itulah, Allah berikan dia buah di syurga. Masya Allah! Sangat jauh kan amal kita? Layakkah kita untuk menikmati kebun dan buah yang Allah sediakan di syurgaNya kelak?

Semasa usrah sebelum ini, seorang ukhti mentadabbur kembali surah Dhuha. Menitis air mata saya. Saya rasakan gambaran Assyahid Syed Qutb mengenai surah Dhuha adalah sama dengan perasaan saya terhadap tarbiah.
Pokok pembicaraan surah ini, pengungkapannya dan pemandangan- pemandangannya, bayangan-bayangan dan nada-nada pernyataannya merupakan suatu sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, suatu belaian tangan yang belas kasihan yang menghilangkan sakit derita, suatu tiupan bayu yang membawa kerehatan, kerelaan dan harapan di samping mencurahkan rasa ketenteraman dan keyakinan. Semuanya itu adalah dituju kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghibur dan mententeramkan hatinya. Semuanya itu merupakan tiupan bayu rahmat, bisikan kasih, perdampingan yang mesra, timangan-timangan kepada jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah dan hati yang menderita.

Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang terik dalam menghadapi keingkaran. Dan merupakan angin sepoi bahasa dalam cuaca panas menghadapi pendustaan kaum Musyrikin. Dengan inilah Rasulullah s.a.w. dapat hidup dalam panas terik yang membakar yang dialami beliau ketika menghadapi manusia-manusia yang liar, penderhaka dan degil, dan ketika menghadapi tipu daya, gangguan dan penindasan yang ditimpakan ke atas da’wah, keimanan dan hidayat oleh pelampau-pelampau kaum Musyrikin.

Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya, keringlah matairnya dan sepilah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut. Ketika itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat, perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan.
Moga Allah tidak menghilangkan kita dari jalan dakwah dan tarbiah ini selamanya..

Sunday, April 01, 2012

GMJ..


Allah yang merezekikan saya untuk hadir ke perhimpunan Global March to Jerusalem (GMJ) yang berlangsung di Shah Alam semalam. Allah yang mentakdirkan cuti, Allah yang mentakdirkan segala-galanya. Jujur program semalam umpama salju dalam menghadapi sahara kehidupan. Semangat dan auranya masih terasa sehinggi kini. Program semalam adalah ubat untuk melalui kesakitan.

Jujurnya semasa kita di bangku sekolah, terlalu banyak program motivasi yang kita hadiri. Namun motivasi itu cuma bertahan sehari dua. Namun Islam dan Palestina memberi motivasi yang sungguh luar biasa. Sangat kagum dengan ucapan brother Ooi semalam. Sentakan hebat dari seorang bukan muslim untuk muslim seperti saya. Saya rasa setiap muslim yang masih menikmati McD dan barangan boikot lain perlu meludah dirinya sendiri setelah mendengar ucapan brother Ooi. Dia yang bukan muslim lebih baik pemahamannya berbanding kita.

Saya juga sangat kagum dengan persembahan Flash Mob semalam. Mereka terus bangkit dan bangkit. Mesejnya sangat dalam. Saya berharap dapat menukilkan satu tulisan hati mengenai Flash Mob semalam. Moga Allah mempermudahkan..

There was an error in this gadget