Wednesday, March 31, 2010

Sahabat...

Di atas jalan ini kita menemukan pertolongan-pertolongan Allah tiap siap dan ketika. Kadang kita terlalu penat tetapi Allah menghantar sahabat-sahabat untuk membantu dan sejujurnya kita terlalu menyayangi mereka. Satu perkara yang saya amati sejak dulu adalah keakraban dan bahang ukhwah itu benar-benar kita rasai di saat kita bergerak melaksanakan kerja-kerja kita.

Minggu ini saya kepenatan yang amat. Keluar awal pagi dan pulang lewat petang. Kerja-kerja akademik juga menanti. Tertangguh beberapa tugasan. Tapi ada sahabat yang menolong membantu menyiapkan tugasan saya yang tergendala. Bagai mahu menitis air mata saya saat dia melakukannya dengan rela hati sedang tugasan-tugasan itu terpikul di bahu saya sebenarnya. Siapa mereka ya rabb? Mereka yang mengerti kesusahan yang dilalui dan mengambil sedikit beban dari diri ini. Ya Rabb, aku terlalu menyayangi mereka.

Saya ingat lagi hari pertama saya di HKL. Sejujurnya saya tidak tahu jalan ke HKL. Ada kawan-kawan lain yang konvoi ke sana pada hari Ahad sedang saya masih mempunyai usrah pada Ahad malam dan hanya boleh bergerak pada hari Isnin pagi. Seorang sahabat menghulurkan bantuan. Saat dia ingin pulang ke KL pada hari Sabtu, dia mengajak saya sekali. Dia tunjukkan saya jalan, tempat di mana kelas akan berlangsung, tempat parking dan lainnya. Terharu yang amat saat itu. Saat saya mengucapkan terima kasih padanya, katanya – “Allah yang tolong. Ucap Alhamdulillah”. Masya Allah! Tidak mungkin saya mampu membalas bantuan sahabat-sahabat ini.

Tadi seorang adik mesej. “Salam, kak fira. Nak minta kerja”. Masya Allah, sekali lagi air mata ini meluncur laju. Sudah sekian lama rasanya saya menanti insan-insan ini yang ingin bersama-sama bekerja di atas jalan dakwah dan tarbiah ini.

Teringat kata-kata Saidina Omar kepada sahabatnya: ” Impikanlah!” Seorang pemuda berkata: ”Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Omarpun berkata: “Aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Ada yang pernah meninggalkan komen menanyakan adakah cukup sekiranya kita hanya hidup dan berdakwah dalam lingkungan adik-adik yang inginkan Islam? Sejujurnya jawapannya tidak. Tapi lihatlah dengan mata hati. Kelak kalian akan melihat bahawa mereka yang berada di jalan ini masih kekurangan tenaga, masih kekurangan kekuatan, kaki dan tangan untuk terusan bekerja. Dan setiap saat mereka menanti agar di sana ada insan yang sudi berkongsi kerja-kerja ini.

Tak perlu ribuan, ratusan atau puluhan bahkan satupun jumlah mereka yang ingin bekerja telah mampu memberi ruh baru bagi kehidupan umat. Imam Syahid Hasan Al Banna membahasakan pemuda dengan ungkapan indah : “Kalian adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat”.

Sungguh tidak kan pernah da’wah ini kehabisan pendukung dan pembelanya, karena da’wah ini milik Allah maka Dia yang akan menjaganya.

"Sesungguhnya, seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan, dibawa bersama hati saudaranya, justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya".(Mustafa Masyhur)

Terima kasih sahabatku..

Sunday, March 28, 2010

Amwalikum...

Kadangkala ada baiknya kita memberikan peringatan dan taujih kerana akan ada insan-insan yang sudi mengingatkan kita dengan kata-kata kita. Terlalu sukar sebenarnya bermujahadah di jalan dakwah. Seringkali ada sahaja gangguannya. Ada sahaja bisikan jahat yang merasuk diri. Terkadang jalan ini memerlukan kesabaran yang terlalu luar biasa. Bukan sekadar mad'u, terkadang perlu berhadapan dengan sahabat seperjuangan, kepimpinan dan hal lainnya. Dan kesemua mereka adalah manusia yang dikurniakan Allah dengan seribu satu karenah.

Seringkali saya mengulang satu doa dalam perjalanan ini. Rabbana afrigh alaina sabran. Satu doa yang diceritakan oleh Allah dalam kisah Talut dan Jalut. Dan doa ini saya ulang-ulang di dalam hati sebabnya kesabaran kita benar-benar teruji. Tadi semasa kursus intensif perbandingan agama bagi pengamal perubatan Muslim, Brother Shah Kirit mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang memilih jalan dakwah. Dan dia juga berpesan bahawa bersedialah menghadapi ujian yang akan terus mendatang dan kian lama semakin berat.

Satu lagi perkara yang benar-benar saya rasai sebagai suatu yang berat adalah berkenaan infaq. Saat penyampaian tempoh hari juga, saya mengulang ayat infaq. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri pastinya. Terasa begitu sukar untuk menyumbang sedikit harta di jalan Allah.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)


Teringat lagi bicara senior semasa matrikulasi dahulu mengenai ayat 10 dan 11 dari Surah Assaff ini. Mengapa Allah mendahulukan amwalikum (harta) sebelum anfusikum (diri) dalam ayat ini? Kalaulah harta tidak dapat nak diinfaqkan, jangan harap bahawa kamu akan menginfaqkan diri kamu pada jalan Allah ini!

Saya masih mengingat bicara makcik semasa penyampaiannya mengenai keistimewaan sahabat. Dia ceritakan kisah Saidina Abu Bakar r.a. Apa yang diinfaqkan oleh Saidina Abu Bakar r.a di atas jalan dakwah ini? Seluruh hartanya diwaqafkan pada jalan dakwah. Lantas sang rasul menanyakan, "Apakah yang kau tinggalkan untuk keluargamu?" Lantas dia menjawab, "Aku meninggalkan Allah dan rasulNya".

Dan kata-katanya itu benar. Saat Abu Bakar tiada di rumah, terjadi bicara di antara puterinya, Asma dengan Abu Quhafah yang merupakan ayah kepada Abu Bakar. Abu Quhafah merupakah seorang buta. "Aku dengar ayahmu tidak meninggalkan apa-apa untuk kita", si datuk yang masih musyrik berbicara dengan Asma', cucunya. Lantas Asma' menjawab, "Tidak, dia meninggalkan sesuatu". Lantas Asma' mengambil kantung yang selalu digunakan oleh Abu Bakar untuk mengisi duit dan diisikannya dengan batu. Lantas dia menyuruh datuknya itu memegangnya seakan-akan untuk memberitahu bahawa ayahnya masih meninggalkan duit yang banyak sepeninggalannya.

Masya Allah! Cuba bayangkan seandainya kita berada di tempat Asma' dan ayah tidak meninggalkan apa-apa lagi buat kita kerana telah menginfaqkan semuanya pada jalan dakwah. Mesti kita cakap, "Betullah atuk, ayah memang tidak tinggalkan apa-apa". Tapi tidak dengan Asma'. Perbuatannya membenarkan kata-kata si ayah yang meninggalkan Allah dan rasulNya untuk keluarganya. Terbias iman si ayah dalam diri anak-anak. Cerita ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Seakan-akan ada suatu perasaan yang sukar dimengertikan saat memikirkan secara mendalam kisah ini. Tidak terbayang bagaimana mungkin seseorang melakukan tindakan refleks seperti Asma'.

Ya rabbi, kuatkan hatiku di jalan ini dan bantulah aku untuk terus beristiqamah...

Friday, March 26, 2010

Lapan...

Kadang kita rasa sedih sangat bila kita buat program, mengajak manusia pada jalan Allah, ada yang tidak datang. Kita rasa perit sangat dengan kegagalan kerja-kerja kita kan? Satu sms dari seorang adik mengatakan dia tidak datang pun, kita terlalu sedih kan? Macam dicucuk-cucuk dengan satu perasaan yang sukar dimengertikan.

Banyak sahaja kesedihan yang pernah kita lalui dalam hidup, tapi pasti kesedihan dalam kegagalan kita berdakwah memberikan kita satu rasa sedih yang sukar dimengertikan. Tertanya-tanya, adakah kita yang bersalah? Terlalu banyak ke maksiat kita sehinggakan adik-adik kita juga merasa lemah untuk datang? Masih belum cukup lagi rasanya tawakal kita pada Allah barangkali.

"Kalau engkau benar-benar jujur pada Allah, Dia akan benar mewujudkan maksudmu".


Tertanya-tanya, adakah diri masih tidak lagi benar dengan Allah? Dan kita terus-terusan menyalahkan diri dengan kegagalan ini.

Ayuh, lihatlah wahai duat kisah Nabi Nuh a.s. Dia berdakwah dengan lapan kaedah seperti keterangan al-Quran, secara Targhib, Tarhib, Burhan, Tahbib, Sembunyi, Terang, Siang dan Malam. 24 jam. Dialah full-timer dakwah. Kamu tahu apa yang dilakukan pengikutnya setelah dia bersusah-susah begitu? Bukan sms kata tidak hadir, tapi berjuta kali lebih teruk dari itu.

(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. (Surah Nuh:5-7)

Ya, mereka menutup telinga mereka, menutupi diri mereka dari dakwah, berdegil, sombong, takbur. Apa agaknya perasaan Nabi Nuh a.s? Kalau kita dah bersedih begini, bagaimana pula kesedihan Nabi Nuh a.s. Fikir-fikirkan..

Tapi tahu tak berapa lama dakwah Nabi Nuh berjalan? Selama 950 tahun. Kesabaran yang terlalu luar biasa.

Hebat kan ayat Quran merawat hati kita? Percayalah wahai duat sekalian bahawa masa adalah rawatan. Jangan berputus asa..

Wednesday, March 24, 2010

Pertama..

Saya rasa psychiatry adalah posting yang kelakar. Mungkin saya belum jumpa pesakit yang bersedih lagi rasanya. Tapi saya memang terketawa di hadapan pesakit sebabnya lawak sangat. Apapun, saya kena lulus posting ini. Saya kena serius. Ya rabb, permudahkan..

Cuba bayangkan pesakit itu punyalah confident. Kawan saya tanya dia lahir bila dan dengan confidentnya dia jawab dia lahir tahun 2005. Serius kelakar sebab pesakit itu umurnya dah 22 tahun.

Pesakit saya pun kelakar. Saya sedang mendengar kawan saya interview pesakit lain. Tiba-tiba ada pesakit datang dan duduk mencelah. Saya pun melayan. Dia ambil buku psychiatry saya dan baca. Selepas itu dia tanya pasal ubat halloperidol. Saya tidak belajar pun lagi antipsychotic drug. Kalaupun pernah belajar masa preclinical year, sekarang dah lupa. Tergagap saya menjawabnya. Selepas itu, saya minta buku saya agar saya boleh membacanya. Semasa saya sedang mencari, dia boleh tegur saya - "Tengoklah indeks". Huhu..

Selepas itu, semasa saya menemubual dia, dia ambil pen dari tangan saya dan simpan dalam buku saya. Tapi selepas beberapa ketika, dia pulangkan pen tersebut semula..Dia nak saya fokus pada perbualan tersebut..

Selepas itu, kelakar lagi bila yang tanya saya soalan dan bila saya dapat menjawabnya, dia cakap, "Bagus, saya test awak tadi..". Huhu, pesakit pun boleh test saya..

Lepas itu, dia tanya saya tentang sirah. Saya kata terlupa dan selepas itu saya meneka. Dia kata tidak boleh meneka, balik baca..Huhu..

Dalam hidup ini kita jarang dapat melupakan yang pertama kan? Dia pesakit psychiatry pertama yang saya jumpa. Gambar yang dia lukis juga memang kelakar.
Dia ceritakan saya tentang masalah. Ada 6 kotak. Ada kotak kecil, sederhana dan besar. Begitulah juga masalah. Ada masalah kecil, sederhana dan besar. Dia tanya saya, nak selesaikan masalah yang mana dulu? Saya kata nak selesaikan yang besar dulu. Dia kata salah. Selesaikan yang kecil dulu. Dia pun pangkah dua kotak kecil kat hujung itu. Lepas itu dia kata gabungkan 4 masalah itu menjadi 1 masalah. Maka jadilah ia satu masalah yang besar. Tapi kemudian pecahkan masalah itu menjadi dua. A + B, C + D. Lepas itu, dia pun nak makan. Cerita tergantung di situ. Kompleks kan pemikiran mereka?
Saya ada meminta dia melukis intersecting pentagon seperti yang saya tunjukkan untuk test right hemisphere function. Tapi dia tak lukis pentagon itu. Dia lukis bulatan, segitiga, sudut 90 darjah, sudut cakah dan baru dia lukis gambar itu. Kenapa entah..saya rasa kelakar sangat..

Banyak yang saya pelajari dari mereka. Terasa Allah menegur saya. Tidak mantap lagi sirah.

Ada satu lagi perkara yang saya pelajari. Whatever happens to them can happen to anyone actually. Penyakit schizophrenia hanya terzahir dalam diri seorang perempuan ketika dia berusia dalam 25 tahun. Tidak pelik kalau ada doktor wanita yang baru sahaja melangkahkan kaki bergelar houseman mula menzahirkan simptom-simptom schizophrenia.

Pernah tak terfikir kalau kita ada schizophrenia? Tidak boleh jadi doktor dan seandainya anda sudah bergelar doktor, tidak boleh lagi meneruskan karier. Pernah tak terfikir kalau Allah takdirkan kita menghidap penyakit? Pasal itu, setiap saat tidak boleh dibazirkan. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok. Dan kita sangatlah perlu mengejar kebaikan setiap saat.

Teringat minggu exam Anesthesiology dan Ophthalmology. Saya tidak pergi jaulah sebab kononnya nak exam minggu itu. Tapi sejujurnya setiap ilmu yang saya fahami dengan sebenarnya hanyalah pada malam sebelum exam itu. Rasa menyesal yang amat. Saya patut mengisi hujung minggu tersebut dengan jaulah sebenarnya dari fikirkan exam.

Semalam misalnya kerja saya amat banyak. Kami bincang beberapa kerja mengenai dakwah kampus. Kena juga selesaikan nota untuk bacaan facilitator. Dan pagi ini akan ada case presentation. Saya sepatutnya menjadi presenter ketiga. Saya hanya sempat mengadap dan fokus pada case presentation psychiatry pada pukul 12 malam tapi saya mengantuk dan tertidur. Pagi baru kelam kabut menyusun case. Tapi bila saya ke kelas, pensyarah saya cuma inginkan satu case sahaja. Kawan saya yang pertama sahaja perlu membentangkan case. Saat itu terfikir juga, alhamdulillah semalam malam tidak fokus sangat pada case presentation. Kalau tidak, saya rugi. Rugi sebab tidak mengisinya dengan kerja-kerja tarbiah disebabkan nak fokus study. Kebaikannya, disebabkan kepadatan masa yang kita ada, saya dapat juga menyelesaikan case dalam masa yang sekejap pagi itu. Walaupun pada minggu pertama posting, saya dah ada case write up.

Disebabkan banyaknya kerja kitalah, kita menjadi fokus dengan kerja-kerja dunia. Sebolehnya kita nak selesaikan kerja-kerja dunia secepatnya kerana ada kerja lain yang terus menanti.

Barangkali pengalaman saya mati hidup semula dahulu yang menyebabkan saya terus semangat. Teringat pengalaman itu, saya mesti nak berlari dalam kerja-kerja saya. Sebabnya saya tiada masa. Esok atau lusa..sukar untuk saya menjawabnya. Saya bimbang kalaulah manusia yang berada di sekeliling saya tidak dapat mengikut arus semangat saya. Mereka tidak melalui apa yang saya rasai. Entahlah, saya merepek yang sangat banyak hari ini..

Monday, March 22, 2010

Halusinasi...

Hari ini posting baru bermula iaitu posting psychiatry. Pagi tadi saya keluar awal kerana kelas di Kuala Lumpur. Namun sampai di jalan Tun Razak, kereta mula sesak.

Tertanya-tanya juga mengenai tujuan hidup manusia. Terlalu banyak kereta di jalan raya. Seawal 6.30 pagi manusia telah keluar mencari mata pencarian. Tahukah mereka mengenai tuntutan syahadatul haq? Tahukah mereka tujuan hidup mereka? Kesian kan melihat kebanyakan manusia? Mereka mengulang setiap hari kehidupan mereka tanpa mengetahui tujuannya..

Kemudiannya saya ke kelas. Ada briefing pagi itu. Dan setelah itu kami ke Hospital Kuala Lumpur melihat pesakit-pesakit di sana. Saya gerun pertama kali di wad tersebut. Berjalan pun perasaannya seakan membawa kereta. Bimbang andai ada yang menerjah dari arah yang tidak disangka-sangka. Tetapi kemudian saya tertawa melihat aksi pesakit. Ada yang menyanyi – Sekuntum bunga plastik… Kemudian ada yang solat sedangkan belum lagi Zohor. Barangkali Dhuha mungkin. Kemudian ada yang asyik menolak kerusi roda kawannya berlegar-legar di tempat yang sama. Ada yang memakai bedak yang tebal pada wajah.

Tidak wajar saya ketawa. Cuma keletah mereka sedikit sebanyak mencuit hati. Terasa nikmat besar kewarasan yang Allah beri. Psychiatry adalah subjek yang paling subjektif saya kira. Belajar di posting ini menimbulkan keinsafan yang amat.

Pesakit ini tidak menipu. Kalau mereka berhalusinasi, functional MRI membuktikan bahawa jalur-jalur di otak mereka turut berfungsi. Mereka tidak mereka-reka cerita. Segala yang mereka lihat, sememangnya benar di mata mereka. Perlu ada perasaan empati yang amat pada mereka. Pensyarah saya menggalakkan kami menonton filem Beautiful Mind untuk lebih menghargai mereka.

Dapat tak kamu bayangkan kamu berhalusinasi, segalanya benar di mata kamu tapi yang lain tidak dapat melihatnya. Masya Allah, hebat bukan Allah yang mencipta penyakit-penyakit ini..

Sakit mereka membuktikan bahawa Allah terlalu berkuasa. Di Malaysia, kesedaran mengenai penyakit berkaitan psikologi masih rendah. Tidak ramai yang tahu semua itu. Sebab itulah kebanyakan pesakit lambat menerima rawatan.

Saya tidak menghargai sangat posting psychiatry. Tidak merasai sangat peranannya sehinggalah saya mendengar kisah sahabat sendiri mengenai abangnya yang menghidap schizophrenia. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi posting ini. Lebih-lebih lagi dengan diri saya yang sangat suka ketawa.

Mudah-mudahan saya menemukan hikmah yang tiada penghujungnya di dalam posting ini..

Sunday, March 21, 2010

Zubair Al Awwam...

Minggu depan daurah. Saya ditugaskan untuk mencari mengenai seorang sahabat yang bernama Zubair Al Awwam r.a. Saya ingin menukar tugasan tersebut dengan seorang sahabat yang diamanahkan untuk mencari mengenai Saad bin Abi Waqqas r.a. Sebabnya mudah. Saya sudah menghadam kisah Saad sebelum ini.

Lebih menyukarkan, kisah Zubair tidak saya temui dalam buku-buku sahabat yang saya ada. Tiada juga dalam buku 65 gambaran kehidupan sahabat oleh Dr Abdul Rahman Ra'fat Al-Basha. Mencari di Youtube juga tidak bertemu.

Di laman Hoor Al Ayn, ketemu kisah anaknya, Abdullah Ibn Zubayr. Ada juga kisah-kisah yang saya temui mengenai peribadi agung ini di laman maya. Cuma saya inginkan roh kisah tersebut. Lebih-lebih lagi saya lebih suka mendengar dari membaca.

Allah mendengar keluhan hati hambaNya. Tertanya-tanya juga mengapa buku-buku yang ada tidak menulis mengenai Zubair kerana sahabat ini merupakan salah seorang Ashara Mubasyara (10 yang dijamin syurga). Pasti ada sebab musabab yang kukuh mengapa peribadi ini mendapat pengiktirafan sedemikian.

Melompat dari satu video ke satu video di Youtube berkenaan kisah sahabat akhirnya menemukan saya juga dengan kisah peribadi agung ini. Keyword yang saya gunakan yang menyebabkan saya gagal menemukan video ini di permulaan pencarian.

"Dan orang yang berjihad mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik" (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Saya percaya ayat Allah ini. Di sebalik usaha kita, pasti ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan.

Dan kuliah Sheikh Zahir Mahmood ini benar-benar membakar motivasi saya mengenai sahabat yang agung ini. Menitis air mata dan kisah ini membakar semula iman yang malap. Kuliah ini merupakan sedutan dari kuliah mengenai anak Zubair, Abdullah Ibn Zubair yang saya temui di laman maya Hoor al Ayn rupanya.

Kuliah Sheikh Zahir Mahmood sentiasa membakar semangat. Saya masih mengingat bicaranya mengenai konvoi Viva Palestina dahulu. Semangat sekali! Bagaimana ye mahu menyalurkan semangat dan roh yang sama pada adik-adik pada minggu hadapan? Ya Rabbi, berikan daku kekuatan itu..

Fahamlah kini mengapa Asma' menjadi mujahidah yang agung. Mengertilah kini mengapa peribadi anak Zubair seperti Urwah dan Abdullah menjadi begitu hebat sekali. Percikan iman Zubair mengakar dalam diri isteri dan anak-anaknya.

Wednesday, March 17, 2010

Tracheostomy...

Saya sedang study tentang tracheostomy. Bukalah slide power point yang diberi oleh pensyarah saya yang berbangsa India. Habis dia claim sejarah tracheostomy dari India.
Tapi bila baca kat Wikipedia, terbaliklah pula faktanya.

While tracheostomy may have possibly been portrayed on ancient Egyptian tablets,[1] the first correct description of the tracheotomy operation for patients who are suffocating was described by Ibn Zuhr in the 12th century,[2] and the currently used surgical tracheostomy technique was described in 1909 by Dr. Chevalier Jackson of Pittsburgh, Pennsylvania.


Hmm, dalam hidup ini kena mencari. Kalau tidak, kamu akan digunakan selamanya. Itu pengajaran yang saya perolehi hari ini.

Samtan...

Macam tertekan yang amat bila ada yang tidak selesai. Insya Allah, esok selepas tamat exam ENT, saya akan menyelesaikannya. Saya nak bawa isu camp PPD itu pada yang berkenaan.

Ya Allah, permudahkan segalanya. Permudahkan lidah ini untuk berkata yang haq dan menulis yang haq.

Untuk melepaskan tekanan, wajah ayah dan ibu yang terbayang di mata. Wajah keluarga jua yang datang menerpa. Rindunya walau baru bertemu. Sayu yang amat saat mentadabbur ayat 23-25 Surah Al Isra'. Insya Allah, andai Allah mudahkan saya akan menulisnya kelak. Topik berkenaan ibu bapa adalah topik penting yang perlu dibawa di dalam usrah adik-adik juga. Menulis tentang itu pastinya sebagai peringatan buat diri yang alpa dan juga sebagai pengikat kepada ilmu yang diperolehi.


Album: Samtan (In Silence)


CHORUS

I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

Thursday, March 11, 2010

Tahniah Aiman...

”Kau nak pergi ambil result SPM kan hari ini?”

”Taklah, aku nak pergi ambil SPM hari ini”.

Sempat adik lelaki saya, Aiman buat lawak pagi ini. Sejujurnya saya gembira yang amat hari ini. Saya bahagia mendengar keputusan Aiman. Dia memperolehi 11A 1B. Terdapat asbab di sebalik kegembiraan itu.

Pertamanya, Aiman tidak sihat seperti yang lain. Dia menghidap asthma dan eczema untuk jangka masa yang lama. Dia tidak pernah mengecap nikmat tidur. Adakalanya dia tidur dalam keadaan duduk kerana sakitnya. Eczemanya juga sering berdarah dan dia begitu bergantung pada ubat-ubatan.

Saat yang paling sebak dalam hidup saya adalah semasa raya Aidilfitri yang lalu. Saat itu kami adik beradik meminta maaf pada ibu dan ayah. Dan kami semua menangis. Cuma terlalu sebak saat Aiman sendiri yang meminta maaf. Luahan hatinya pada saat itu membuatkan kami semua tahu bahawa kami dikurniakan Allah ibu bapa yang terbaik di dunia.

Dia menghargai mak yang menyapu ubat untuknya pada setiap inci badannya setiap pagi. Ya, setiap pagi dan setiap kali selepas mandi. Bukan mudah melakukan semua itu. Tapi itulah pengorbanan seorang ibu. Mak akan bersamanya saat dia mengadu kesakitan. Dia tidak pernah suka andai mak atau kami menangis atau mengasihani dirinya.

Keduanya ayah yang akan bangkit pada tengah-tengah malam untuk membawanya ke klinik saat dia mengalami masalah pernafasan. Menurutnya, bukan sedikit duit yang ayah laburkan untuk ubatan-ubatan.

Saya tahu pengorbanan ayah dan ibu bukan hanya dalam kehidupan Aiman semata-mata. Mak dan ayah saya adalah manusia terbaik yang pernah hadir dalam kehidupan saya juga. Keluarga saya adalah perkara terbaik yang saya ada. Mereka bersama dalam setiap liku kehidupan saya. Jatuh bangun, sedih tawa dan semuanya tentang saya mereka tahu. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, tiada langsung rahsia di antara kami.

Keluarga saya bersama saya hatta di dalam perjalanan dakwah dan tarbiah. Mereka tidak pernah menuntut hak-hak mereka yang sewajarnya saya lunasi. Mereka memahami bahawa dakwah dan tarbiah ini memerlukan jundi-jundinya.

Tadi pun saya berbicara dengan mak. Kejayaan Aiman dan kejayaan kami ini cuma kejayaan di dunia. Kejayaan abadi adalah bila mana kami sekeluarga dapat saling menziarahi di syurga Allah yang hebat itu. Walau semua terpisah jauh dan menahan kerinduan di dunia, kami sekeluarga berharap agar Allah menemukan kami semula di syurga dengan rahmatNya.

Kami bersusah bersama. Manusia lain hanya melihat kekayaan zahiri yang kami ada. Hattta semasa saya disoal siasat oleh pegawai trafik baru-baru ini juga, dia membuat andaian bahawa saya dari keluarga berada kerana saya belajar di kolej swasta. Sukar mahu bercerita mengenai jatuh bangun keluarga. Semua itu hanya dalam rahsia genggamanNya. Hatta semasa keputusan Aiman diketahui, Aiman ingin agar adik beradiknya diberitahu terlebih dahulu kerana hanya kami sekeluarga yang mengerti keadaan kami sendiri.

Aiman banyak membantu ayah di restoran hatta kadang sehingga tengah malam. Dialah anak yang soleh. Di usia yang semuda itu, dia memahami kesusahan keluarga. Dia bukan hanya merupakan seorang adik tapi juga merupakan sahabat bagi saya. Pernah sekali saya kesedihan kerana satu perkara dan Aiman dedikasikan lagu Aspalela sehingga saya tertawa.

Aiman juga mengajar saya satu perkara. Usah letakkan hal-hal dunia ini di hati. Selagi mana semua ini di hati, kita tidak akan sesekali dapat menggenggamnya. Tapi bila kita berjaya membuangnya dari hati, perkara itu pasti akan kita genggami. Kita bukan hamba bagi dunia ini tapi dunia ini perlu menjadi hamba kita.

Saat saya berdoa untuk keputusannya, saya hanya memohon satu perkara. Semoga keputusannya dapat menjamin tarbiahnya dan agar dia mampu membantu agama Allah dengan kejayaannya. Alhamdulillah atas segala rahmatNya.

Moga ada sinar bahagia menanti kami sekeluarga. Moga kelam yang ada akan menghilang dan sinar mentari terusan memancarkan cahayanya.

Tuesday, March 09, 2010

Jubb Al-Huzn...

Kadang saya menjadi sangat takut. Adakalanya saya lebih suka dengan takdir dosa dari kebaikan yang saya lakukan. Kerana dosa akan membuat kita merasa hina di sisi Allah tapi kebaikan adakalanya membuatkan kita lebih jauh dari Allah.

Saat kami meeting baru-baru ini, seorang akhi berbicara mengenai ikhlas dan kisah seorang sahabat. Ada seorang sahabat yang berjihad dengan gagah berani dalam sebuah pertempuran di masa Rasulullah SAW. Ketika pertempuran berakhir, Rasulullah SAW memberikan kepadanya bahagian dari rampasan perang. Tetapi dia menolak dan berkata, “Demi Allah! Bukan untuk ini saya berperang bersama engkau. Saya berperang bersamamu agar saya terkena anak panah di sini lalu saya mendapat janji syurgaNya!”. Dia menunjuk pada tenggorokannya. Setelah sahabat ini pergi, Rasulullah SAW bersabda, “Jika dia jujur kepada Allah, Allah akan memenuhi kata-katanya!”.

Benar. Ketika di peperangan lainnya, sahabat ini ditemukan dalam keadaan syahid dengan anak panah di lehernya. Sadaqallah, wa sadaqa Rasulullah…

Kadang tertanya-tanya, adakah masih punya secebis amalan yang mampu membawa saya untuk mempunyai pengakhiran kehidupan yang baik? Atau pengakhiran saya akan berakhir dalam keadaan buruk kerana amalan yang bercampur dengan riya’ dan ujub? Adakah saya jujur dan Allah mengurniakan saya syahid atau sebaliknya?

Saya bencikan syaitan. Benci yang amat. Amat bersesuaianlah sesi tazkiyatunnafs yang baru berlalu.

Membaca buku Sebening Mata Air tulisan Amru Khalid menambah rasa benci yang amat pada syaitan.

“Setiap kali kita bertambah khusyuk kepada Allah, maka syaitan pun semakin kuat melenakan kita di dengan riya’”.

Ulama’ salaf berkata, “Di antara manusia ada yang menangis di hadapan manusia, dan ia dapat mempertahankan keikhlasannya. Tetapi, ada pula yang menangis sendirian di kamar, justeru berbuat riya’”.

Hati bagaikan tidak keruan membaca satu hadis dari Rasulullah SAW.

Nabi SAW pernah bersabda, “Berlindunglah kalian dari Jubb Al-Huzn!” Mereka pun bertanya, “Ya Rasul, apa Jubb AlHuzn itu?” Rasul pun menjawab, “Bukit di neraka Jahannam yang Jahannam sendiri berlindung darinya empat ratus kali darinya”. Mereka pun bertanya, “Kepada siapakah tempat itu dipersiapkan, Ya Rasul?” Beliau menjawab, “Ia dipersiapkan untuk para pembaca AlQuran (al-Qurra’) yang mempamerkan amalan mereka”. (HR Ar-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Ya Allah, bantulah aku untuk menjaga hatiku…

Monday, March 08, 2010

Perkongsian daurah...

Sedikit perkongsian dari secebis pengalaman daurah yang baru berlalu. Lokasi tempat yang sebenar dirahsiakan demi kemaslahatan. Pastinya saya bukan insan terbaik untuk mengungkapkan ibrah ini. Buat ikhwah dan akhawat yang lain yang turut hadir ke daurah tersebut boleh juga berkongsi pengalaman.

Konvoi

Kami berkonvoi ke Surau A dari kampus. Pastinya tiap saat dan ketika adalah tarbiah dari Allah dan konvoi juga mendidik kami semua. Dalam diri setiap akhawat yang terlibat dalam konvoi, perasaan kami sebak dan bercampur baur apabila melihat dua orang ikhwah yang menaiki motor basah kerana hujan lebat.

Bayangan surah Abasa mengusik hati.

Dia berwajah masam dan berpaling; kerana seorang buta telah datang kepadanya; Dan tahukah engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa); atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran yang memberi manfaat kepadanya? (Surah Al Abasa: 1-4)

Selepas ayat ini diturunkan kepada baginda s.a.w, Rasulullah selalu memuliakan Ibn Ummi Maktum dan selalu berkata kepada beliau apabila bertemu, “Selamat datang wahai orang yang menyebabkan Tuhanku menegurku!” dan selalu bertanya, “Apa yang kau perlukan?”

Allah menerangkan keadaan hati Abdullah Ibn Ummi Maktum yang berupa syarat seseorang beroleh hidayah.

Wa amma man jaaka yas’a, wa huwa yakhsya. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersusah payah, dan dia takut kepada Allah. (Surah Abasa:8-9)

Dua tahap yang membolehkan seseorang itu memperoleh hidayah adalah ‘as sa’yu’ (susah payah) dan ‘alkhasyiyah’ (rasa takut kepada Allah SWT). Ertinya, sesiapa pun yang mengkehendaki hidayah Allah SWT, dia harus bersusah payah berusaha mencari dan mendapatkannya dan dia juga harus memiliki rasa takut kepada Allah di dalam lubuk hatinya yang paling dalam.

Melihat dua orang ikhwah tersebut, kami mengakui ayat-ayat Allah. Tidak mungkin hidayah Allah itu diraih tanpa kesusahan.

Surau A

Kami tiba di Surau A di saat matahari telah pun melabuhkan tirainya. Saat itu, maghrib kian hampir. Bertemu dengan akhawat pastinya merupakan kenangan indah dalam diri kami. Tiada hubungan darah tapi bahang ukhwah yang dirasai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Teringat kata-kata Salman alFarisi - ‘Abil islamun, la abaali siwahun, hiina iftaqarrun bi qais au tamimun’ – Ayahku adalah islam, tidak ada ayah selainnya di saat manusia lain berbangga-bangga dengan puak Qais atau Tamim. Aku berbangga ayahku adalah Islam.

Salman berbangga ayahnya Islam. Apa maksud ayah kita adalah Islam? Maksudnya semua orang Islam itu adalah adik beradik kita. Kalau kita kata ayah kita adalah Encik S, maka adik beradik kandung kita sahaja adalah adik beradik kita. Tapi kalau ayah kita adalah Islam, semua orang Islam adalah adik beradik kita. Dan itulah yang kami rasai sepanjang kami di sana.

Kemudiannya kami merehatkan diri dengan solat.

Dalam Perang Khandak, ketika kaum Muslimin penat menggali parit, Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah, "Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha", maksudnya, "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya".

Masya Allah! Betapa indahnya kata-kata Rasulullah SAW. Arihna biha bissolah, arihna biha bissolah, arihna biha bissolah. Ya Bilal, rehatkan kami dengan solat!

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Fatir:1)

Masya Allah, betapa indahnya membaca ayat-ayat Allah.

Seorang ulama’ di Azhar saat berbicara mengenai ayat ini berkata bahawa Allah mengurniakan malaikatNya 2, 3 dan 4 sayap agar mereka berubudiah kepadaNya. Apa yang telah Allah berikan kepada manusia? Allah memberikan mereka 2 rakaat Subuh, 3 rakaat Maghrib, 4 rakaat Zohor, Asar dan Isya’ agar mereka bertambah akrab denganNya. Itulah solat, nikmat yang tidak terhingga buat hambaNya.

Setelah solat, kami makan bersama di dalam talam. Ia menambah lagi makna di dalam kehangatan bahang ukhwah yang kami rasa. Masih teringat motto beberapa orang ukhti – Suapan pertama adalah untuk sahabat.

Jerat-jerat syaitan

Setelah solat maghrib dan isya’ berjemaah dan setelah makan, kami diberi pengisian tazkiyatun nafs yang bertajuk Jerat-jerat syaitan. Sesi tersebut bermula dengan tayangan video. Insya Allah video-video tersebut boleh diperolehi di link yang diberikan ini.

Barangkali kerana roh daurah, video-video tersebut terasa menginsafkan dan kami merasa sakit hati yang sungguh pada syaitan.

Kemudiannya kami ada sesi LDK - mengetahui pintu-pintu masuk syaitan ke dalam jiwa dan menutup jalannya. Perkongsian mengenai bab ini diambil dari buku Tazkiyatun Nafs oleh Said Hawwa yang boleh dibaca di halaman 164 e-book. Bagi yang inginkan e-booknya, boleh sahaja meninggalkan email.

Setelah itu, ada halaqah Quran. Ayat-ayat AlQuran yang kami tadabbur adalah untuk persediaan Qiamullail. Ayatnya bermula dari Surah AlAaraf ayat 34. Setelah itu kami membaca Surah Mulk bersama-sama dan kemudiannya kami tidur.

Qiamullail

Serasanya inilah saat yang paling ruhi di dalam daurah tersebut. Sejujurnya ada rasa penat yang amat. Barangkali sifir dan formula manusia mengatakan bahawa tidur adalah sebaik-baik cara untuk merawat kepenatan. Tapi tidak di sisi Allah yang merupakan murabbi agung di jalan dakwah ini. Allah menyuruh kita melakukan qiamullail untuk merawat kepenatan dan kelelahan kita.

Allah tahu berat dan bebannya dakwah dan tarbiah ini. Allah tahu kepenatan kita. Cuba bayangkan kita bekerja di satu syarikat yang besar. Pastinya terlalu sukar untuk berkomunikasi dengan boss di syarikat tersebut. Tapi tidak seandainya bekerja dengan Allah SWT. Tiap saat dan ketikanya, Allah ada untuk mendengar keluh kesah kita.

Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah AlAaraf: 35)

Allah tahu kita takut dengan assignment dan study kita di saat kita berjuang. Allah tahu kita sedih kerana tidak dapat pulang ke rumah untuk menghadiri daurah. Allah tahu semua itu. Lantas kita diingatkan dengan kalamNya. Mereka yang benar-benar bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak akan bersedih dan berdukacita. Sayu sungguh saat imam membacakan ayat tersebut.

Kemudiannya imam membaca ayat-ayat seterusnya yang merupakan gambaran neraka. Dosa yang bertimbun menambahkan sesak di dada untuk terus merintih di hadapan Allah. Terasa begitu kerdil di hadapan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al Aaraf: 40)

Di saat imam membaca ayat ini, ada keinsafan yang datang. Perasaan saat itu begitu berkecamuk. “….dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum”. Dahsyat sekali ayat-ayat Allah!

Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). (Surah Al Aaraf: 41)

Di saat kita rasa tidak berdaya memikul beban yang datang, imam membaca ayat yang seterusnya.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (surah Al Aaraf: 42)

Allah tahu kemampuan kita dengan sebenarnya. Dia tahu kita boleh melakukannya. Dia memberikan kita keyakinan untuk bergerak. Dan seterusnya Allah gambarkan pula kita tentang syurga untuk merawat kesedihan kita.

Bila sedih dan takut, Allah cuba sampaikan kat kita, dunia ini sekejap cuma. Kita pasti diuji dengan ketakutan dan kesedihan. Dan di syurga tiada kesedihan dan ketakutan. Di saat kita rindukan keluarga, Allah ingatkan kita bahawa pertemuan di syurga itu lebih abadi.

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (Surah Attur: 21)

Kemudiannya di dalam solat yang seterusnya, imam membaca surah AlFath. Jujusan-jujusan dari bahagian pertama surah itu juga merawat segala kegelisahan yang hadir.

Ayat-ayat tersebut benar-benar meruntun jiwa. Tentera-tentera Allah di langit dan bumi semuanya bersama kita. Allah akan menambahkan lagi iman atas keimanan yang telah ada. Dan Allah berjanji akan menolong dengan pertolongan yang kuat. Semua ayat tersebut benar-benar memotivasikan. Teringat bicara Syed Qutb di dalam muqaddimah Fi Zilalil Quran.

“Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang”.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku”.

”Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?”

Roh berqiamullail bersama-sama dengan akhawat yang lain benar-benar dirasai malam itu.

Risalah Dhuha dan Infaq

Setelah berqiamullail, kami solat subuh bersama. Kemudiannya kami membaca Mathurat dan sarapan bersama. Setelah itu ada risalah dhuha dan infaq yang turut memberi motivasi agar kami tidak hanya melakukan sesuatu sekadar satu ibadah ritual semata-mata.

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Perkongsian tentang infaq juga benar-benar bermakna.

Kata-kata Syed Qutb yang sangat menarik: "Dalam perjuangan ini, semuanya akan menjadi murah dan mudah.."

Murah dan mudah. Bila berada di jalan ini, kita melihat segala di dunia sebagai murah. Harga wang itu murah, jika dibandingkan dengan mahalnya syurga Allah itu. Kalau kita seorang yang sangat particular dengan expenses, tetapi islam mengajar wang itu jika diinfakkan ganjarannya jauh lebih tinggi daripada nilai wang itu sahaja. Nyawa itu amat berharga, tetapi untuk mendapat syahid.. Nyawa itu terasa sangat murah harganya.

Insya Allah, kita adalah orang yang sanggup mengorbankan waktu yang kita ada untuk insan lain. Kita sanggup mengorbankan masa hari-hari minggu dan masa senggang bersama keluarga. Allah membuatkan kita melihatnya sebagai murah dan mudah. Apalah sangat berkorban apa yang ada pada kita demi mendapat redha Allah dan syurga yang sangat hebat itu?

Allah mengubah persepsi kita bahawa duit yang kita laburkan bukannya berkurang tapi bertambah.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al Baqarah: 261)

1=700. Masya Allah!

Aktiviti Bedah Buku

Aktiviti bedah buku Bila Allah Menduga Kita oleh penulisnya sendiri, Syed Alwi AlAtas yang dikenali dengan Pak Alwi merupakan saat yang ditunggu-tunggu. Terdetik kekaguman apabila dia yang berlatarbelakang Arab mampu menulis buku di dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Malah dia bercita-cita untuk menulis di dalam bahasa Inggeris juga. Meskipun kupasannya bersifat umum dan tidak menjurus kepada haraki tetapi tetap memberi makna.

Memetik tulisan Ustazah,

Tiada seorang penulispun kecuali akan pergi akhirnya
Yang kekal adalah apa yang telah dikarang dan ditulisnya
Justeru, jangan engkau tulis dengan jari jemarimu
Kecuali sesuatu yang membahagiakanmu ketika engkau bertemu Tuhanmu

Saya masih mengingati bicara saya dengan seorang ukhti yang telah pun dikhitbah oleh seorang lelaki yang soleh.

”Nti kahwinlah cepat-cepat, senang nak berkomunikasi. Senang nak buat kerja dakwah”.

Ukhti tersebut memberitahu bahawa umminya tidak membenarkan dirinya berkahwin andai ia kerana dakwah semata-mata.

Saya jadi pelik dengan bicaranya lantas bertanyakan maksudnya. Menurut ukhti tersebut, perkahwinan bukan hanya berkenaan dakwah sahaja. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Kekuatan, kemampuan dari aspek kewangan, ilmu dan segalanya juga perlu dititikberatkan. Ada banyak lagi hal yang perlu dilalui selain dakwah semata-mata. Makanya, perkahwinan juga memerlukan persiapan yang amat besar.

Saya menyifatkan sesi kupasan dan bedah buku ini juga sebegitu. Kadangkala kita bukan hanya melalui ujian di jalan dakwah semata-mata. Ada banyak lagi ujian lain di dalam kehidupan ini. Ujian kegagalan, kemalangan, penyakit dan lain-lain lagi juga memerlukan persediaan spiritual yang tinggi.

Sesi ini benar-benar menguatkan saya sendiri seakan-akan terasa bahawa Allah mendesign sesi tersebut khas untuk saya. Insya Allah, buat ikhwah dan akhawat yang berminat untuk membeli buku ini, bolehlah membelinya di daurah-daurah yang seterusnya.

Ikrar dan Wida’

Setelah sesi bedah buku, kami ada LDK, seterusnya diikuti dengan ikrar dan juga perpisahan. Setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan dan pastinya pertemuan yang abadi adalah di syurga Allah nanti. Kesimpulannya, jomlah datang program tarbiah. Tidak sama membaca di sini dengan menghadirinya sendiri. Ada nikmat dalam setiap kesusahan dan pengorbanan menghadiri program. Jom!

Thursday, March 04, 2010

Refleksi...

Saya tatap surat-surat feedback dari anak-anak usrah saya setelah beberapa bulan mereka bersama dengan saya. Surat-surat tersebut begitu memotivasikan saya. Sejujurnya setiap anak-anak itu berbeza. Saya melihat sendiri karakter mereka. Dan saya mengakui warna-warni sahabat yang dicetak oleh Rasulullah SAW.

Saat ada yang risau mengenai latar belakang mad’u yang ada di sini yang mungkin kaya, makcik memberitahu kami mengenai sahabat-sahabat nabi yang kaya. Rasulullah SAW juga mencetak manusia yang kaya seperti Mus’ab bin Umair. Seorang sahabat Rasulullah SAW yang telah dijamin syurga juga menitiskan air mata saat mengingati peribadi mulia ini. Sesungguhnya Saidina Abdul Rahman bin Auf telah menangis saat dihidangkan makanan kerana seolah-olah tersingkap kisah Musa’ab saat dia mahu menjamu makanan tersebut. Saidina Abdul Rahman bimbang kerana Mus’ab telah kehilangan segalanya demi Islam dan Allah bakal mengganti semua itu di akhirat, sedang dirinya dikurniakan kekayaan yang melimpah di dunia. Dia gusar. Masihkah ada lagi nikmat Tuhannya yang disediakan di akhirat buatnya.

Siapakah Mus’ab sebelum Islam? Dia menjadi kegilaan setiap gadis. Terlalu tampan. Dia adalah seorang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Tapi tahukah apa yang terjadi padanya saat dia syahid? Tidak ada kain yang cukup untuk mengafankannya. Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Begitulah dakwah mengajar kita. Walau belum bergelar ibu, kita telah berdepan dengan personaliti anak-anak yang berbeza. Jauh di sudut hati, saya mengakui analogi ream of paper yang pernah ditulis oleh seorang ukhti. Saya petik bicaraya dan mudah-mudahan Allah mengganjarinya dengan pahala yang melimpah ruah atas kebaikannya ini. Tulisannya benar-benar merawat luka yang mungkin ada di jalan dakwah ini.

Benar bicara ukhti. Terkadang kita tidak pasti tsiqahnya seseorang pada tarbiyah ini. Tidak mengapa. Kita hanya berusaha. Dan utama sekali, kitalah yang PERTAMA yang meyakini tarbiyah ini. InsyaAllah, Allah akan tolong apabila telah tiba masanya nanti.

Kadang-kadang rasa seperti mereka take for granted tarbiyyah ini, usaha murabbi dan murabiyyah, pengorbanan sahabat-sahabat seperjuangan.

Semua itu kerana mereka belum faham, jangan risau. Kita pun suatu masa dahulu seperti itu. Jangan letakkan expectation tinggi pada mad'u kita, towards the end, kita yang akan kecewa. Tapi untuk diri kita yang memahami erti da'wah dan tarbiyyah, letaklah expectation setinggi cita-cita kita untuk menggapai Ustaziatul Alam agar kita sentiasa memperbaiki keadaan diri kita untuk Deen ini. Banyakkan bersabar. Dan begitulah analogi a ream of paper mengajar kita.
Saat bilamana seseorang mendapat hidayah, umpamanya sudah lengkaplah satu ream kertas A4. Kita mungkin tersentuh dan faham sebab sangatlah ramai orang yang datang dan letak kertas pada ream kita. Satu demi satu helaian. Sehinggalah penuh dan cukup. Dan orang yg terakhir letak itu hanyalah mencukupkan rasa untuk kita memahami erti islam.

Bukan sebab hanya seorang yg terakhir itu kita mendapat hidayahNya. Tapi disebabkan adanya kertas-kertas yang terdahulu, yang terbina sedikit demi sedikit. Sehinggalah cukup untuk kita tersentuh dengan hidayah ini.

Untuk anak-anak usrah yang diamanahkan pada kita, hendaklah kita menjadi pemberi kertas itu. Mungkin kitalah orang pertama. Tapi disebabkan helaian yang kita bagi, barangkali ialah yang menjadi asbab adik itu faham suatu hari nanti. Yakinlah dengan janjNnya. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.

Dan it is a big reminder juga buat kita as duat. Yang faham, bahawa da'wah ni bukan hanya kita seorang sahaja yang menyumbang sekiranya adik itu memahami erti da'wah dan tarbiyyah, malah menjadi hebat selepas itu. Tetapi sebab ramainya yang datang kepada dia sebelum itu. Dan ini membersihkan niat kita. Dan memahamkan kita erti bahawa, Allah sahajalah yang memegang hati-hati manusia. Dan kita hanya melaksanakan tugas kita. Tidak kisahlah kita jadi pemberi helaian muka depan ke, muka tengah ke, ya, bahkan percentage kita mungkin lebih kecil dari usaha-usaha orang sebelum kita. Tapi semua itu contribute untuk melengkapkan a ream of paper itu kan? Ya, dan kita ini hanya menyambung usaha-usaha orang sebelum-sebelum kita.

Ya, tepat sekali. Lagi besar pahala mereka yang meletakkan batu asas sesebuah rumah, despite of kekurangan banyak benda. Cuba bandingkan dengan mereka yang terus sahaja duduk dalam rumah itu?

Dan tak akan sama mereka yang sebelum fathul dan selepas fathul (pembukaan)... (57:10)

Analogi ini begitu membekas di hati saya. Terkadang kita terlalu bersemangat dengan dakwah ini, namun adakalanya sesetengah bicara begitu menggusarkan kita. Bukan salah adik-adik itu, barangkali Allah cuba mengingatkan kita mengenai diri kita sendiri suatu dahulu.

Saat saya mencadangkan agar satu buku fikrah difotostat oleh semua, seorang adik bertanya, ”Tidak boleh ke kak kalau seorang sahaja yang fotostat? Kami kongsi”.

Adik, akak bersangka baik. Ya, adik tidak faham lagi. Teringat diri sendiri suatu ketika dahulu. Saat ayah menggalakkan saya membaca buku-buku fikrah, saya berbisik di dalam hati – ”Cukuplah hal-hal ini berakhir dengan ayah saya sahaja. Saya tidak inginkan semua ini.” Saya bergelumang dengan novel-novel picisan saat itu.

Hari ini, setelah sempurna ream of paper saya, saya terlalu kedekut untuk membeli novel-novel picisan. Saat bertemu makcik saya laburkan hampir RM200 lebih untuk buku-buku fikrah. Adik, bilakah saatnya kau juga akan memahami bahawa buku-buku itu terlalu berharga dan akan turut juga melabur untuk semua itu? Akak akan bersabar menantinya. Barangkali juga akak tidak akan berjaya menyempurnakan ream of paper adik-adik. Namun doa akak, moga-moga adik-adik akan menemukan hidayahNya juga.

Saat saya berbicara mengenai syiar minggu ini yang mana perlu dilaksanakan oleh setiap adik-adik, seorang adik meluahkan rasa hati menganggapnya sebagai paksaan. Jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya sendiri. Ekstremkah saya dalam mentarbiah mereka?

Dan saya merefleksi diri sendiri. Suatu ketika dahulu juga, saya pernah menggores hati para murabbi saya sendiri. Apa yang saya lalui kini seakan-akan pengalaman yang pernah dilalui oleh para murabbi saya yang mendidik saya suatu ketika dulu.

Saya perlu banyak bersabar kerana dakwah ini ,topiknya adalah manusia yang banyak ragamnya, yang berwarna-warni personalitinya.

Sabarlah duhai diri. Teruskan usaha menjadi pemberi helaian kertas.

Tuesday, March 02, 2010

Bulan...

Alhamdulillah, presentation tadi berjalan baik. 3 case write up saya yang mana perlu dihantar pada hari Jumaat telah berjaya saya siapkan hari ini. Alhamdulillah, infiniti kesyukuran ke hadrat Allah di atas pertolongan-pertolonganNya yang datang dari segenap arah.

Ada pensyarah yang terlalu risaukan anak muridnya yang aktif berdakwah. Sejujurnya saya merasakan keputusan saya paling teruk di saat saya berehat dari dakwah dan lebih mahu menumpukan pada akademik. Tidak lain tidak bukan kerana dakwah dan tarbiahlah yang menghidupkan kita. Tidak mungkin kita semangat nak belajar, tidak mungkin kita semangat untuk menyelesaikan tugasan-tugasan kita andai dakwah dan tarbiah bukan sebahagian dari kehidupan kita. Dakwah dan tarbiahlah nafas kita, cinta kita dan hidup kita. Merampasnya membuatkan kita lemah, tidak bersemangat mengharungi hari-hari yang berlalu.

Semalam semasa ward round, kami melihat seorang pesakit Cina yang menghidap adenoid cystic carcinoma, yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu barangkali adalah kanser kalenjar air liur. Tahap kanser pesakit ini begitu teruk sekali. Kansernya sudah merebak ke peparu, hati, otak dan bahagian lain. Dan pesakit ini merayu pada doktor yang dia terlalu inginkan kematian. Doktor tidak boleh melakukan euthanasia (mengambil nyawa pesakit) dan hanya meminta pesakit bersabar.

Melihat kehidupan pesakit, adakalanya terdetik juga di hati, bagaimana kelak penghujung kehidupan saya? Sakit apa? Mati tiba-tiba atau terlantar? Tidak patut saya memikirkannya dan yang lebih penting saya perlu memikirkan bagaimana saya melalui kehidupan ini sebenarnya. Hidup kita akan melahirkan natijah pengakhiran kita. Khusnul khatimah atau suul khatimah?

Membaca kisah Ibrahim Nasser pula membuat hati saya sebak. Di sebalik kelumpuhannya, dia begitu aktif berdakwah. Malah dia menitiskan mata dan teresak-esak menangis saat diajukan soalan dari seorang sheikh yang begitu dikaguminya mengenai cita-citanya andai dia sihat seperti manusia yang lain. Dia bercita-cita untuk solat di masjid dan meraih mardhatillah (keredhaan Allah) dalam setiap pekerjaannya. Bagaimana pula dengan kita? Di saat Allah mengurniakan segalanya buat kita, sejauh mana pula kita menggunakannya di jalan Allah? Ya rabb, ampunkan kami dalam segala tindakan kami..

Setiap orang ibarat bulan
Memiliki sisi kelam
Yang tak pernah ingin ia tunjukkan pada siapapun
Pun sungguh cukup bagi kita
Memandang sejuknya permukaan bulan
Pada sisi yang menghadap ke bumi

(Puisi yang dipetik dari buku Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A. Fillah)

Monday, March 01, 2010

Quwwah..

Saya cuba mencari jalan keluar. Kerja tiada hentinya. Cuti 4 hari yang baru berlalu dipenuhi program. Minggu ini juga ada program. Tadi dapat panggilan. Dulu saya tidak pergi ke kem PPD kerana melalui pembedahan dan saya perlu pergi juga bersama junior minggu hadapan. Dan sekembalinya saya dari sana, minggu itu adalah minggu peperiksaan. Bila saya nak belajar? Bukannya satu, tapi dua subjek – ENT dan Radiology. Esok presentation. Jumaat kena hantar case write up. Usrah adik-adik lagi. Usrah saya sendiri lagi. Tidak habis menghafaz lagi.

Tidak cukup dengan itu, saya merayu pada Allah agar tidak diberi jawatan. Allah tahu betapa tidak layaknya saya untuk memikul jawatan. Dan Allah juga tahu kepadatan masa saya. Tapi akhirnya saya dipilih juga. Ingin saya menjerit pada manusia bahawa saya tidak pernah layak. Ingin saya menangis merintih mengkhabarkan pada manusia bahawa saya begitu hina untuk memegang posisi tersebut.

Saya menangis tadi. Luahkan juga dengan mak rasa penat ini. Mak minta saya makan vitamin. Mungkin saya kepenatan katanya. Nutrient pun tak cukup. Huhu..Hemoglobin saya pun selalunya 10 sahaja. Tidak pernah boleh menderma. Barangkali kerana itu saya sedikit kelelahan.

Berkongsi masalah seketika dengan sahabat. Katanya, study awal. Di dalam hati terdetik juga – bagaimana nak study awal kalau masa pun tiada? Huhu..

Last-last saya decide saya mesti ambil langkah pertama. Alhamdulillah, slide presentation dah siap. Sekejap lagi akan siapkan case write up yang kedua. Kerja mesti dimulakan dan bukannya memikirkan masalah. Bila kelelahan, saya buka buku-buku tarbiah yang ada.

Saya membaca taujih Ustaz Rahmat Abdullah yang begitu menyentuh hati saya:

“Allah berfirman di dalam Quran Surah Maryam ayat 12 – ya yahya huzil kitaba biquwwah – Hai Yahya, ambillah alkitab itu dengan sungguh-sungguh…”

“Tatkala Allah memberikan perintah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas, ia tak hanya menyuruh mereka untuk taat melaksanakannya melainkan juga harus mengambilnya dengan quwwah yang bermakna jiddiyah, kesungguhan.”

“Sejarah telah diwarnai, dipenuhi dan diperkaya oleh orang-orang yang sungguh-sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, berleha-leha dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang yang merealisasi cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan jiddiyah (kesungguhan) dan kekuatan tekad. ”

”Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan derajat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian, cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah-mudah sahaja tentu mereka tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Di situlah letak hikmahnya yakni bahawa seseorang dai’e harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit.”


Lagi lama saya mengenali dakwah dan tarbiah, saya merasakan kerja-kerja saya terlalu sedikit. Sedikit yang sangat-sangat sekiranya nak dibandingkan dengan murabbi-murabbi saya yang lain. Semalam pergi rumah Makcik A selepas program. Masya Allah, kemas sangat rumahnya dan yang paling mengkagumkan saya rak-rak buku jualannya. Semuanya adalah buku tarbiah.

Saya tanya makcik. ”Macam mana makcik sempat membersihkan rumah dengan kepadatan masa yang makcik ada?”

Rupanya makcik punya pembantu rumah. Kata makcik, urusannya juga terlalu banyak sehingga tidak sempat untuk aktiviti-aktiviti lainnya. Makcik seorang doktor juga. Dia cuma tidur sekejap yang amat. Kata-katanya yang menyentuh hati saya adalah – “Makcik tidak kisah sebab makcik yang memilih jalan ini”. Allahu A’lam, kata-kata tersebut begitu menyentuh hati saya. Barangkali kerana makcik benar-benar hidup dengan kata-kata tersebut.

Seorang akhi semasa pembentangan baru-baru ini memberitahu tentang ciri-ciri jalan dakwah. Salah satunya adalah sa’bun (susah). Dakwah itu mesti susah. Dan kalau tidak susah, bukan dakwah. Kalau orang kata dakwah ini senang, mesti ada yang tidak kena dengan dakwahnya. Pasal itu kena faham betul-betul ciri-ciri jalan dakwah ini. Memang susah!

Ala kulli hal, saya kena semangat. Kerja bertimbun. Semangat Afeera!
There was an error in this gadget