Friday, February 26, 2010

Taat...

Hari ini kebanyakan manusia berbicara mengenai hari yang begitu mulia iatu hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW. Dan hari ini adalah hari yang terbaik untuk membungakan kembali semangat untuk terus berada di lapangan dakwah.

Tadi semasa satu sesi, seorang akhi bertanyakan dalil yang membuktikan kehebatan Rasulullah SAW. Inilah dalilnya:

((Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya.)) - Surah Al-Ahzab:Ayat 56


Hebatnya baginda kerana Allah dan malaikatnya juga turut berselawat kepada baginda.

Dan bagi mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiah, mereka pasti mengetahui bahawa cahaya hidayah Allah itu sampai kepada kita hari ini kerana kegigihan Rasulullah SAW yang merupakan full-timer kepada dakwah ini.

Dan kita semua mengetahui kehebatan baginda dalam mencetak manusia yang merupakan AlQuran yang berjalan. Mungkin di zaman ini manusia menganggap kehebatan seseorang apabila dia menatijahkan bangunan pencakar langit yang hebat, lapangan terbang yang luas, kehebatan terknologi yang tiada penghujungnya, tapi hakikatnya semua itu bukanlah tujuan kehidupan manusia. Dan arrasul mengajar kita tujuan penciptaan kita di muka bumi ini iaitu untuk terus mencetak manusia yang akan terus menerus bekerja demi dakwah ini sehingga kemenangan Islam itu menjadi kenyataan.

Dan dalam kebanyakan catatan sirah, kita belajar dari para sahabat mengenai ketaatan mereka kepada Rasulullah SAW. Ketaatan yang sangat luar biasa. Misalnya dalam peristiwa penukaran kiblat. Saat itu para sahabat sedang bersembahyang bersama Rasulullah SAW. Mereka sedang rukuk dan pada ketika itulah ayat perintah penukaran kiblat turun. Dan mereka mengikut di dalam solat tanpa ada apa-apa soalan. Tidak sesekali mereka bertanya, ”Bukankah ini peristiwa yang besar dan kita perlu melakukan syura?” Tidak sesekali mereka menanyakan hal yang sedemikian.

Di ketika yang lain, Rasulullah SAW menyampaikan kepada para sahabat bahawa ayat mengenai kewajipan hijab telah pun turun. Terus mereka bergegas ke rumah dan memberitahu isteri-isteri dan saudara-saudara perempuan mereka. Ada yang terus memotong kain semata-mata kerana ketaatan mereka kepada Allah dan rasulNya. Di saat pengharaman arak, mereka terus bergegas memecahkan segala botol arak seakan-akan mereka tidak sabar-sabar untuk mematuhi perintah Allah.

Semasa peristiwa hujjatul wida’ pula, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, ”Hari ini hari apa?” Soalan yang begitu mudah. Tapi apa jawapan mereka? “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Mereka bimbang seandainya telah turun ayat Allah menukar hari-hari. Hatta sebegitu sekali ketaatan mereka.

Dan hari ini sejauh mana pula ketaatan kita dalam mematuhi perintah Allah dan rasulNya?

Thursday, February 25, 2010

Hysterosalpingogram...

Macam kelakarlah pula bila ada yang menangis baca entri saya yang sebelum ini. Siap ada yang menelefon ibu saya lagi. Tidak perlu pun. Malu saya jadinya. Sebolehnya saya tidak suka pun kalau orang berbicara tentang blog ini. Kalau ada pengajaran, ambil sahaja. Andai tiada apa-apa, diamkan sahaja. Itu sebaiknya. Tidak perlu dibesar-besarkan pun tulisan di sini. Saya tidak suka pun kalau ada orang baca blog saya di hadapan saya. Kalau nak baca, baca diam-diam sahaja. Hakikatnya saya tidak pernah suka andai ada yang mengadili kehidupan saya dengan blog ini sebabnya saya terlalu hina dan merupakan seorang yang terlalu berdosa.

Tentang pengalaman semalam, hari ini kutip seribu satu hikmahnya. Saya kongsikan serba sedikit.

Kelas hari ini berterusan dari pagi sehingga zohor. Tepu jadinya. Kelas akhir tadi berkenaan radiology. Kami belajar mengenai hysterosalpingogram di akhir kelas. Hysterosalpingogram ini adalah satu alat yang digunakan untuk melihat tiub Fallopian perempuan yang mandul. Ujian ini terlalu menyakitkan. Kadangkala selepas ujian akan ada pendarahan. Sakitnya ujian ini hingga boleh berminggu-minggu.

Tapi wanita yang begitu menginginkan anak sanggup melalui ujian ini. Tadi pensyarah saya yang merupakan seorang Arab membacakan hadis di dalam bahasa Arab mengenai ibu setelah menceritakan betapa peritnya ujian hysterosalpingogram ini. Selalu sangat kita mendengar hadis itu tapi barangkali kerana rajuk saya terhadap ibu membuatkan saya terasa habis dengan hadis ini. Menangislah jawapannya. Kata pensyarah saya, seorang ibu sanggup melalui apa sahaja untuk mendapatkan kita. Masya Allah, besarnya pengorbanan ibu.

Abu Hurairah menceritakan :Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya : “Siapakah orang yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik-baiknya?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu” . Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab : “Ayahmu”.

Tadi lama sangat saya bergayut dengan mak. Minta maaf di atas semua kesalahan. Banyak yang mak nasihatkan. Saya kena positif dengan apa yang berlaku. Saya tidak patah kaki atau tangan. Saya tidak mati dan tidak perlu melalui post mortem yang akan menampakkan seluruh aurat saya. Saya masih boleh melihat. Banyak lagi yang mak katakan. Mak pesan agar saya menjadi orang yang bersyukur.

Sebenarnya adakalanya saya rasa tidak layak sangat untuk terus melangkah dalam dakwah dan tarbiah sebabnya saya ini penuh keburukan. Kalaulah dosa diibaratkan seperti tahi, sayalah manusia yang paling busuk di dunia ini. Keluarga sayalah yang paling mengetahui setiap titik hitam kelemahan saya. Saya jadi malu dengan diri sendiri untuk terus melangkah. Moga Allah membaiki segala kelemahan saya.

Tadi mak ceritakan tentang seseorang yang saya kenali. Seorang wanita yang sangat baik dan pada saya terlalu sempurna. Tapi suaminya berkahwin lain. Dan ayah ibu wanita ini sangat bersedih sebab dia merahsiakan kesedihannya. Lantas dia ditanya, mengapa dia tidak menceritakan masalahnya kepada kedua orang tuanya? Jawabnya, sudah puluhan tahun dia hidup dan menyusahkan kedua ibu bapanya, adakah dia perlu menambah lagi kesusahan pada ayah dan ibunya?

Saya jadi malu sendiri. Semua saya nak luahkan pada ayah dan ibu. Afeera, jadilah matang sedikit!

Mak tak suka juga bila saya macam menginginkan sangat kematian. Mak kata kenapa nak mati katak dalam kemalangan? Tidak mahu pergi Palestin? Tidak mahu mati dalam perjuangan? Kenapa tidak bercita-cita nak jadi doktor yang berjuang untuk ummah? Kenapa tidak bercita-cita membangunkan ummah? Kenapa fikir pendek sangat?

Lagi satu yang mak tanya kat saya, adakah saya fikir saya sahaja yang diuji? Ada ramai lagi orang kat dunia ini yang diuji tapi semua orang tidak besar-besarkan pun macam saya. Huhu..Mak adalah manusia yang paling banyak menyedarkan saya. Dia selalu menegur saya secara langsung. Dia tidak pernah membenarkan kata-kata saya sebaliknya berkata benar tentang saya.

Syukur kerana pengalaman ini mengajar saya untuk terus menghargai dirinya. Semua orang takut nak tegur saya tapi bukan mak. Dia banyak menyedarkan saya. Moga Allah merahmatinya.

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

Oklah, pergi dulu. Malam ini ada program. Bilalah ye nak tadabbur surah Annur ini?

Berkongsi dua tulisan yang saya baca hari ini. Ada pengajaran yang besar dalam kedua-dua tulisan ini.

Kutemui cintaku di sini.

Aku seorang perempuan.

Wednesday, February 24, 2010

Ujian...

Hari ini hari yang penuh dengan air mata. Tulisan ini untuk merawat diri sendiri. Saya kemalangan tadi. Kereta saya dihimpit oleh bas di selekoh. Masih belum hilang lagi trauma kemalangan yang dulu dan kini saya diuji sekali lagi.

Seakan Allah mengajar saya bahawa saya perlu bersedia melalui kehidupan ini bersendirian. Saya masih belum mendengar suara ibu lagi. Seakan-akan saya tiada tempat untuk menangis. Kali ini Allah benar-benar mengajar saya bahawa tiada siapa pun yang bersama dengan saya. Ketakutan dan trauma itu semuanya perlu saya lalui sendiri.

Membuat laporan di balai juga bersendirian. Selama hampir dua jam saya disoal siasat. Di’psiko’ habis-habisan keseorangan. Terasa begitu lemah bergelar perempuan. Terasa begitu berseorangan. Berhadapan dengan penipuan pemandu bas juga benar-benar menguji saya. Saya akan meminta pengadilan yang sebenarnya di hadapan Allah kelak. Saya benar-benar akan meminta keadilan atas kezaliman yang berlaku. Bagaimana mungkin kereta yang berhenti di lampu isyarat dikatakan memotong? Berat sungguh ujian kali ini dan saya benar-benar berseorangan.

Barangkali manusia menyangka saya kuat sedangkan hakikatnya saya terlalu rapuh. Tapi seorang adik berbicara tadi, ”Allah ingin akak lali dengan semua ini”. Barangkali benar bicara tersebut.

Impak kemalangan kuat tapi alhamdulillah kereta tidak kemek, cuma calar. Benar-benar hal itu menghairankan kerana saya merasakan kereta benar-benar sudah kemek dengan sangat dahsyat. Dan saya bersyukur untuk hal itu. Hakikatnya saya tidak pernah kisah nyawa saya melayang kerana saya memang merindukan kematian. Tapi saya begitu takut seandainya kereta tersebut rosak. Saya takut kerana ianya bukan milik saya.

Sejujurnya saat ini saya bencikan kehidupan ini. Penuh dengan penipuan. Penuh dengan air mata.

Saya terlalu takut untuk memandu lagi sebenarnya. Tapi syukur dakwah menghidupkan saya. Pertemuan dengan adik-adik sebentar tadi merawat trauma ini serba sedikit. Dakwah mengajar kita untuk melihat permasalahan kita kecil, bukan? Dakwah memerlukan kita untuk terus bergerak walau kita terluka dan ketakutan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Jabir r.a secara marfu’ di mana ia berkata, “Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dicabik-cabik ketika di dunia kerana iri melihat pahala orang-orang yang ditimpa ujian”.

Sabarlah Afeera! Walau seluruh dunia tidak bersamamu, tapi Allah bersamamu. Bukankah Ibnul Qayyim AlJauziyah dalam nasihatnya pernah berkata bahawa seorang hamba justeru boleh menjadi sangat sibuk merasakan kasih sayang Allah, saat dia menghadapi penderitaan yang berat. Yakinkah hal ini adalah yang terbaik.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al Ankabut:2-3)


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Surah Muhammad: 31)

Afeera, ingatlah kisah Urwah bin Zubair. Kakinya dipotong kerana penyakit yang serius. Dia pengsan saat kakinya dipotong. Saat dia sedar, dikhabarkan pula berita kematian seorang anaknya. Apa katanya?

“Aku diberi tujuh anak, diambil satu. Aku diberi dua kaki dan dua tangan, diambil satu. Sungguh bila Allah menguji, betapa ia dalam waktu yang lama telah memberi keamanan. Bila ia mengambil, betapa dalam waktu yang lama telah memberi. Aku berharap, bisa berkumpul di syurga kelak dengan apa-apa yang telah Allah ambil”.


Allah yang berkuasa membuat kita ada. Memberi kita nafas, memberi kita hidup, tapi tidak benar-benar memberi kita kuasa sepenuhnya. Bahkan tubuh kita yang kita gunakan untuk menikmati, bukan milik kita sendiri. Kita memakai tapi tak pernah bisa menguasai. Dan kita merasakan di lubuk hati yang paling dalam bahawa kita hanyalah manusia.

Apabila langit terbelah, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (Surah AlInsyiqaaq: 1-6)


Moga segala yang terjadi menjadi kafarah penghapus dosa-dosa yang begitu menggunung.

Pengakhiran...

Semalam mahu pergi berenang, tapi dua hati kerana berpuasa. Andai tahu kelas akan habis awal, barangkali saya tidak akan berpuasa. Lantas meminta fatwa dari AlQuran. Saat itu sesuka jiwa meneka surah dan ayatnya. Hati berbisik 36:43. Terkejut sangat saat membaca ayatnya.

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, (36:43)


Lantas saya membuat keputusan untuk tidak pergi berenang. Barangkali Allah tahu saya kepenatan. Malam pula ada usrah.

Pengalaman membaca ayat tersebut mengingatkan saya tentang maut. Pernah sekali saya datang awal ke kolam renang dan berenang berseorangan. Saat sampai ke hujung, di tempat kawasan air yang dalam, ada satu ketakutan yang hadir. Bimbang nyawa ditarik saat itu. Pernah sekali semasa daurah seorang ukhti menunjukkan video di bawah ini. Terasa ngeri andai Allah mencabut nyawa saya seperti itu. Ditarik dengan sangat dahsyat sekali.Terasa cuak memikirkan andai malaikat maut datang saat itu, menarik saya jauh ke dalam air. Andai maut menjelma, seorang pun tidak mungkin melarikan diri walau di mana sahaja mereka berada.



Biarlah kita punya pengakhiran kehidupan yang baik. Sabarlah dengan kepenatan dunia yang cuma sebentar cuma. Terasa bersemangat memikirkan kata-kata ini.

Sunday, February 21, 2010

Gayut...

Semalam bergayut dengan adik lelaki saya, Zaid. Lama sangat kami bergayut. Zaid ceritakan pengalaman dia. Saya rasa merasakan dia melalui satu fasa yang pernah saya lalui suatu ketika dalam hidup saya iaitu fasa mencari kebenaran. Umur remaja adalah satu fasa perubahan. Ada dua sahaja jalan yang ada di depan mata, baik atau buruk.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; (Surah Assyams: 7-8)


Zaid menghayati lirik lagu Maher Zain – Open your eyes. Dia merasakan pengalaman yang dilaluinya dan Ruben yang ada di dalam video itu seakan sama. Ramai yang pernah memberi link video ini kepada saya cuma apabila Zaid menceritakan mengenai video ini, barulah saya terkesan untuk melihatnya. Menitis juga air mata saya.



Saya juga terkesan dengan petikan lirik ini kerana tulisan seorang sister mengenai surah Arrum. Boleh membaca tulisan sister tersebut di sini.

What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?


Apabila kita sudah berada di jalan dakwah dan tarbiah, salah satu di antara keinginan kita adalah melihat ahli keluarga yang begitu kita cintai untuk turut berada di jalan ini. Saya berharap Zaid kelak menemukan jalan hidayah.

Sempat juga semalam saya berkongsi dengan Zaid mengenai ayat 35 dari Surah Annur. Dulu seorang sister dari Indonesia ingin menamakan blognya dengan nama ’Cahaya di atas cahaya’. Saya tanyakan maksudnya. Kata sister tersebut, nama itu diambil dari Surah Annur ayat 35. Kemudian saya pernah mendengar mengenai ayat ini di dalam video ESQ di Youtube. Tapi saat saya mencarinya semula, video tersebut sudah tiada. Barangkali untuk menjaga hakcipta.

Ayat ini menceritakan mengenai analogi yang Allah gunakan untuk menerangkan mengenai petunjukNya.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Annur: 35)


Mesti pernah melihat pelita kan? Ada yang diletakkan di dalam kaca. Tapi ada kaca yang mudah berhabuk, kabur. Ada pula cahaya pelita yang senang padam. Tiup sekali je dah padam. Ada pelita yang menghasilkan begitu banyak asap disebabkan minyak yang digunakan tidak berapa baik.

Betapa banyak manusia yang inginkan cahaya tapi cahaya yang diperolehinya adalah cahaya yang malap. Mudah padam. Tidak mampu memberi sinar pada yang lain. Cahaya yang mudah pergi. Tapi cahaya Allah bukan begitu. Tidak sesekali begitu.

Cahaya Allah begitu bersinar. Tidak mudah padam. Di dalam kaca yang begitu jernih. Kemudiannya dinyalakan dengan minyak yang begitu baik iaitu minyak Zaitun. Yuqadu min syajaratin mubarakatin zaitunatin la syarqiyyatin wa la gharbiyyatin (pohonnya itu tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak disebelah barat). Special sangat pokoknya. Minyak itu selalu diterpa oleh cahaya matahari dan itulah minyak zaytun yang paling bagus, “Yakadu zaytuha yudhi’u walaw lam tamsashu nar” (minyaknya itu sendiri sudah hampir-hampir menerangi walalupun belum ada apinya). Masya Allah!

Dan seandainya kamu membaca mengenai ’nur ’alannur –cahaya di atas cahaya’, kamu tidak mungkin dapat membayangkan bagaimana cahaya di atas cahaya itu. Begitulah hebatnya petunjuk Allah. Sesuatu yang tidak mampu kita fikirkan. Allahu Akbar!

Seandainya kamu tidak bersemangat, fikirkan sahaja kualiti cahaya yang kamu ada. Adakah ianya cahaya Allah atau cahaya begitu kelam? Seseorang yang memiliki cahaya Allah di dalam hatinya, memiliki kaca yang begitu jernih, minyaknya yang digunakan untuk menyalakan begitu jernih, sehingga dia seakan-akan cahaya di atas cahaya, sangat terang benderang. Inilah puncak cahaya hati seorang mukmin yang juga mampu memancarkan cahaya itu pada manusia lainnya juga. Moga Allah mengurniakan kita cahaya di atas cahaya.

Nur..

Banyak sahaja kerja saya sebenarnya. Baru selesai exam Anaesthesiology dan Ophthalmology. Isnin dah bermula ENT dan Radiology. Case write up, log book, perception, reflective diary semuanya tidak siap lagi. Semangat Afeera untuk siapkan kerja!

Hmm, tapi terasa seperti lama tidak menulis sedangkan menulis adalah satu kepuasan bagi saya. Saya juga ingin menebus kesilapan diri yang tersilap memberi penerangan kepada adik-adik usrah.

Mereka ada bertanya tentang ‘Hadithul Ifk’. Semangat sungguh menerangkan. Ingat-ingat lupa kisahnya. Saya pun pergilah menghuraikan Surah AlHujurat. Tersilap!

Bahagian mana di dalam Quran menceritakan kisah berkenaan ‘Hadithul Ifk’ ini? Tahu tak kisah Hadithul Ifk ini? Takpelah saya cerita. Hmm, tapi tidak tahulah kisahnya selesai ataupun tidak. Saya tidak mahu berjanji. Huhu..

Kisah Hadithul Ifk inilah menjadi asbab penurunan Surah Annur bermula dari ayat 11-26.

Hadis yang menceritakan kisah Hadithul Ifk ini bolehlah dibaca dalam bahasa Arab di sini dan bahasa Melayu pula di sini.

Sebelum itu, kita ceritalah sedikit tentang Surah Annur ini. Surah Annur ini adalah surah berkenaan cahaya diambil dari kalimah ‘annur – cahaya’ yang ada di dalam surah ini. Amru Khalid menggalakkan komuniti masyarakat yang ada hari ini membaca surah ini agar mereka bercahaya dengannya.

Surah ini adalah surah untuk wanita, untuk akhawat, untuk sister, untuk muslimat, untuk perempuan dan yang sewaktu dengannya. Tapi lelaki pun kenalah ambil peduli juga. Sebabnya lelaki akan kahwin dengan perempuan, ibu dia perempuan, dia juga akan ada adik atau kakak perempuan, makcik perempuan dan seterusnya.

Sebelum itu, apa lagi surah untuk perempuan? Surah Maryam, Surah Ahzab dan Surah Annisa’. Makanya, sekiranya jantina anda adalah perempuan, tadabburlah surah ini banyak-banyak ye.

Berkenaan dengan Surah Annur, surah ini banyak menceritakan tentang pergaulan, rumah tangga, adab, hukum-hukum dan lainnya.

Sebelum kita masuk topik perbincangan kita, kita tadabbur dahulu ayat 1-10. Penuh dengan kejutan kan? Selepas ayat pertama terus masuk tentang zina. Seakan-akan orang ketuk pintu rumah – ”Assalamualaikum, zina ini gini..gini..dan gini..”. Mesti terkejut beruk kalau ada orang datang rumah dan terus cakap macam itu kan? Itulah ibarat surah ini. Allah memberi kita kejutan-kejutannya.

Semalam oncall sebab mencari case untuk regional anaesthesia. Dapatlah tengok perempuan bersalin Caesarian. Umur perempuan itu baru sahaja 20 tahun. Muda sangat. Tiada sijil nikah, dan dia tidak pernah datang buat antenatal check up. Air ketuban dia dah kering dan hal itu begitu membahayakan bayi (severe oliguria). Suami tiada.

Tengok bayi, kesian sangat. Tiada ayah yang nak azankan. Jururawat semua bercerita tentang si ibu. Macam kesian je bayi itu. Dia perlu mendengar semua itu sejak dilahirkan. Tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada bayi itu kelak.

Pengalaman bertemu dengan beberapa remaja yang melahirkan anak luar nikah ini memberi kesedihan dalam diri saya. Terasa sebab musabab ayat-ayat Allah yang menggerunkan tentang zina. Dalam surah yang lain, selalunya muqaddimahnya panjang. Tapi tidak dalam surah ini. Seakan-akan Allah begitu beria sekali menyampaikan tentang perihal hukuman zina. Semuanya untuk menggambarkan kepada kita betapa besarnya persoalan ini.

Banyak lagi persoalan lain yang Allah sebut dalam surah ini berkenaan dengan kekeluargaan. Allah begitu ingin kita menjaga hal-hal ini. Sebuah ummah yang berjaya bermula dengan pembinaan keluarga yang bahagia. Meskipun kita belum lagi berkahwin, setiap dari kita pastinya terlibat dengan ’keluarga’. Kita adalah anak, akak dan mungkin seorang adik.

Dalam ayat seterusnya setelah zina, Allah menyebut perihal hukuman qazaf iaitu menuduh perempuan yang baik berzina. Setelah itu Allah menyebut perihal pasangan suami isteri yang menuduh pasangan masing-masing berzina dan kemudiannya Allah tutup hal-hal ini dengan ayat yang ke -10.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). (Surah Annur:10)


Ayat ini punya makna yang begitu besar. Insya Allah ada kelapangan kita tadabbur lagi.

Tuesday, February 16, 2010

Sebak..

"Seorang wanita Islam dan anak perempuannya ditembak mati di sebuah kebun getah di wilayah Narathiwat hari ini, kata pegawai polis, Kapten Heraman Jaedee."


Sebak yang amat saat membaca berita hari ini. Benarlah kata-kata ustaz. Kita yang berada di zaman ini perlu lebih merasai saat membaca mengenai buku-buku perjuangan kerana kita berada dalam zaman kemelesetan umat yang dahsyat. Ayuh bangkitlah! Usah malas-malas lagi. Memetik lagi rangkap dari buku AlMuntalaq untuk mengembalikan semula aura.

Semangat pemuda Islam di permulaan abad baru..

Seterusnya..

Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan pada seluruh dunia Islam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Tetapi sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulan pemuda Islam telahpun terdidik dan bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kepada kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini .. Insya Allah !

Semangat...

Saya mencari semangat. Minggu ini saya akan berhadapan dengan dua peperiksaan - Ophthalmology dan Anesthesiology. Banyaknya lagi yang tidak dihadam.

Betul kata-kata Dilah semalam.

"Ada masa kita mesti berhenti, tapi jangan terlalu lama. Kita tiada masa yang banyak. Takut masa kita melengah-lengah mencari semangat, Allah panggil kita balik, dan kita tiada persembahan akhir yang baik untuk ditunjuk pada Dia. Lalu apa? Salahkan Tuhan sebab Allah tarik sekejap nikmat itu?"

"Yang membezakan orang mati dan orang hidup ialah semangat yang datang sekali dengan kehidupan. Dinamakan orang itu hidup bila dia subur dengan rasa. Hilang rasa, putuslah semangat. Cumanya, kita tidak hidup untuk melayan perasaan sahaja, tidak juga kita hidup untuk mengikut kata semangat sahaja. Banyaknya kerja kita, banyaknya manusia yang kita perlu menghadap, diambil semula nikmat rasa, diuji dengan hilang semangat, semuanya pakej Allah bagi untuk regular format supaya kita remain as human. It is the pain that keeps u human".


Dikongsikan juga pembacaannya dari buku Bedar Sukma Bisu:

"Hebatnya orang Islam, segara itu pernah kitalah nakhodanya dahulu. Hari ini? Siapa pula kapal selam-perang paling canggih dalam laut? Siapa pula kapal perang yang mengawas laut? Ada muslim punya? Hmmm, bertuahnya kalau dapat jadi even tukang bersihkan lantai sahaja dalam kapal-kapal diorang itu".


Terima kasih Dilah. Dialah sahabat yang paling lama bertahan dengan saya. Dialah juga teman untuk diajak 'bergaduh' dan berbicara.

Pagi ini saya melihat satu gambar dari blog akhawat. Terus bersemangat juga. Kata-kata yang selalu didengar cuma bila diterjemah dalam bentuk gambar, seakan-akan ia punya roh yang menghidupkan pagi saya.
Sekadar memetik petikan dari buku AlMunthalaq untuk bermuhasabah di pagi hari:

"Kamu akan mengetahui betapa kelembutan yang dikendong oleh hati-hati rijal tersebut yang telah menghadiahkan kepada kamu buah hasil pengalaman dan natijah pengamatan mereka. Oleh sebab itu, sebutan (nama) mereka berkekalan dan mendapat perhatian manusia kerana ia mempunyai hubungan dengan al haq (kebenaran)."

"Sesuatu perkataan tidak akan kekal di sisi generasi kecuali jika ia berhubung dengan kebenaran dan kebaikan, kerana ia sentiasa mendapat pertolongan daripada makhluk Allah mengikut undang-undangNya (sunnahNya) dan sentiasa diilhamkan kepada hamba-hambaNya."

"Berapa banyak kilatan yang dipancarkan oleh raja yang zalim atau berhala yang masyhur mengeluarkan gema seketika, memancarkan cahaya sebentar, kemudian padam dan senyap, seperti bintang yang bertukar menjadi habuk dan debu selepas terbakar. Ditambah lagi bahawa gemanya adalah daripada suara kebatilan, bukan kebenaran dan kilatannya daripada hiasan kebatilan bukannya kebenaran."

"Hanya aqal yang faham, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaran apa yang dibawanya sahaja boleh mengucapkan kebenaran yang kekal. Dia mengeluarkan kata-katanya yang menjadi contoh-contoh yang realiti dan keterangan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuk satu waktu sahaja, tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak juga kejadian tertentu, akan tetapi ia mencakupi semua generasi dan setiap ketika, negara dan kawasan."

"Kamu akan dapati kehebatan kata-kata berdasarkan kehebatan orang yang berkata, sebagaimana katanya, bahawa ia mahu menjadikan kata-katanya itu sebagai jalan kehidupan manusia dan cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan)."


Jom semangat!

Monday, February 15, 2010

Ibu bapa...

Rindu sangat pada rumah. Rindu yang amat untuk menatap wajah ayah dan ibu. Membaca hadis-hadis dan segala kisah ini lebih meranumkan lagi kerinduan. Sekadar berkongsi..

Aseer ibn Jaabir narrates: Whenever people would come from Yemen, Umar would ask them, “Is Uways Al-Qaranee amongst you?” until, one year, he met Uways. He said, “Are you Uways Al-Qaranee?” He said, “Yes.” Umar continued, “From Muraad, then Qaran?” He said, “Yes.” Umar then asked, “Were you once afflicted with leprosy and your skin healed except for a dirham’s area?” Uways said, “Yes.” Umar finally asked, “Do you have a mother (that is alive)?” He said, “Yes.” Umar then said, “I heard the Messenger of Allah - Sal Allahu alayhi wa Sallam - say, "Uways ibn Aamir will come to you with the delegations from Yemen, from Muraad, then from Qaran. He was once afflicted with leprosy and his skin healed except for a dirham’s area. He has a mother, and he treats her kindly. If he was to ever swear by Allah (for something) Allah would fulfill his oath. If you can, request that he ask forgiveness for you.” Umar then requested from Uways, “Ask forgiveness for me.” And Uways Al-Qaranee did.

Hebatnya rahmat Allah ke atas Uwais AlQarni kerana akhlaknya yang begitu mulia terhadap ibu bapanya.

Haywah bin Shurayh (ra), one of the Imam’s of our Ummah, used to give classes in front of his home. During the class, his Mother would call him to feed the chickens. He would stand up, leave the Halaqah, and go feed the chickens.

Hebat bukan sikap seorang ulama' terhadap ibunya..

Dhibyaan ibn Ali ath-Thowree (ra) used to travel with his mother to Makkah. There – in the scorching heat – he would dig a little pool and fill it with cool water. Then he would turn to his mother and say, “Ummi, sit in this water to cool yourself.”

Masya Allah! Dhibyaan mengutamakan ibunya dari dirinya sendiri.

Shaykh al-Qaasim once said, “Subhaan Allah! How can we leave our parents sobbing, tears that the throne of Allah shakes for, tears that unsettle the Angels in the heavens, and then we claim that we want to go for Jihad so that Allah will be pleased with us? Go back and make them happy with your visit as you made them sad by your departure. If they laugh and are pleased with you, Allah will be pleased.”

Bagaimana ye kerana cinta kita boleh melarikan diri bersama pasangan? Tidak sanggup rasanya membaca berita yang dipaparkan. Bergegar Arsy Allah kerana derhakanya kita pada ayah dan ibu. Nauzubillah...

Al-Haarith Al-Aklee (ra) weeped. When asked for the reason of his tears he said, “Why should I not cry when one of my doors to Paradise has now closed?”

Allah, dahsyatnya kata-kata itu bagi mereka yang mahu memikirkan.

Respecting our parents will lead us to Jannah! In Muslim, from Abu Hurayrah (raa): I heard the Messenger of Allah - Sal Allahu alayhi wa Sallam - say, “May he perish! May he perish!May he perish!” It was asked, “Who, OMessenger of Allah?” The Prophet - Sal Allahu alayhi wa Sallam - said, “He whose parents attain old age in his life – one or both of them – and he does not enter Paradise (because of his goodness towards them).”

Kekasih agung Rasulullah SAW juga mencela mereka yang derhaka pada kedua orang tuanya. Nauzubillah..

O Allah, forgive us and our parents, and reward them with the finest reward. O Allah, elevate their position in the hereafter and this Dunya; make that which befalls them an expiation for their sins. O Allah, grant them residence in Firdows, the highest level of Jannah, with the Prophets, the Siddeeqeen, and the Martyrs.

Ameen.

Sunday, February 14, 2010

Bakar...

Saya tatap lagi berita di Utusan Online. Sedih. Bayi dibakar! Kadangkala seakan takut untuk terus menetap di bumi Malaysia kerana takutkan azab Allah atas kekufuran rakyatnya. Dalam seminggu, ada 4 bayi dibuang. Gila! Statistik di sini lebih teruk dari di Barat sana. Memalukan!

Saya tidak pasti bagaimana naluri seorang manusia boleh membakar seorang bayi yang mulus. Dan sememangnya adalah suatu yang menghairankan bagaimana mereka yang berzina ini hamil dan bersalin dengan mudah.

Teringat mengenai seorang pesakit Cina di wad ICU. Dia baru sahaja meninggal dunia dua hari yang lepas. Setelah melahirkan anak, dia mendapat limb ischemia, keadaan di mana darah tidak mengalir ke kakinya. Setelah itu berlaku insiden pendarahan demi pendarahan. Semasa saya berpeluang mengikut ward round di ICU, saya melihat dia berdarah dari hidungnya. Macam-macam diagnosis yang difikirkan. Dissecting Aortic Aneurysm, Retained Placenta, Infective Endocarditis, CNS Vasculitis dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti di akhirnya kesemua doktor dari berlainan jabatan mengesahkan pesakit DIL (death in list).

Sayu sangat melihat pesakit tersebut. Baru sahaja berumur 29 tahun dan baru sahaja melahirkan anaknya yang pertama. Sebak sangat melihat wajah si suami. Saya turut bersama mendengar penjelasan doktor kepada suaminya. Sememangnya sayu yang amat. Hebat ujian Allah buat mereka.

Menurut kawan saya yang melihat pesakit menghembuskan nafasnya yang terakhir, itu adalah pengalaman yang begitu menyedihkan. Suaminya membawa si anak yang baru berusia beberapa hari. Hebat sungguh ujiannya. Anak itu akan membesar tanpa ibunya. Suaminya akan membesarkan si anak tanpa isteri di sisi.

Melihat pesakit tersebut, saya mengkagumi ibu-ibu yang solehah. Sememangnya proses kehamilan dan proses bersalin adalah ibarat berlawan dengan maut. Dan pahala para ibu yang melalui semua itu begitu besar. Namun Allah tidak memberi peluang wanita yang berzina merasai semua itu.

Makcik saya sendiri yang baru melahirkan anaknya minggu lepas juga melalui sesuatu yang sukar. Dia melalui Caesarean yang keempat dan doktor menggalakkan dia melakukakan tubal ligation (mengikat saluran peranakan). Tapi sayang doktor terlupa melakukannya. Jahitannya dibuka satu persatu kembali dan setelah prosedur tubal ligation, jahitan dijahit kembali. Dapat bayangkan kesakitan yang perlu dilalui selepas kehabisan bius disebabkan jahitan yang berkali-kali?

Melihat kesukaran para ibu-ibu ini, sungguh menghairankan berita-berita yang saya baca.

Masih saya ingat lagi posting O&G, kesemua pesakit yang saya temui akan melalui episiotomy. Seandainya tidak melalui episiotomy, pasti kawasan tersebut akan terkoyak. Tapi ada seorang wanita yang berzina yang begitu mudah prosesnya. Bayi cuma terpancut keluar dengan mudah. Tidak ada langsung sebarang tanda koyak pada kawasan tersebut dan dia juga tidak melalui proses episiotomy.
Allah merampas kesakitan itu dari mereka yang berzina sehingga mereka tidak lagi merasai kemanisan menjadi ibu. Itulah sebabnya tiada setitis naluri kemanusiaan dalam diri mereka.

Aaargghh..Menulis semua ini bukanlah satu lontaran umum pada sesiapa sahaja. Andai ada yang pernah tersilap langkah, kembalilah padaNya kerana Dia tidak pernah melupakan hambaNya.

Sukar menulis semua ini. Di antara perasaan seorang daie yang tidak ingin menjadi penghukum, dan juga di antara naluri kemanusiaan yang meronta-ronta. Sukar pastinya semua ini.

Saturday, February 13, 2010

Kerugian...

Sudah berpuluh kali kita membaca Surah Al Asr seusai sesuatu majlis dan di lain-lain ketika. Namun sejauh mana pula pemahamannya dalam diri kita?

Terasa! Terasa! Itu yang saya rasakan saat ini.

Surah yang sedari kecil saya baca, baru kini saya fahami. Syukur Dia masih memberi saya peluang untuk memahami. Barangkali kerana kelapangan masa yang ada sempena cuti Tahun Baru Cina ini membuat saya lebih-lebih terasa dengan surah ini.

Kata ustaz, kita sewajarnya tidak pernah berfikir untuk berehat. Apa maksudnya? Contohnya kita berada dalam kelas, mendengar penerangan si guru dan kita mengantuk lalu terlelap. Saat kita terlelap, adakah kita berfikir terlebih dahulu? Adakah kita pernah terfikir untuk terlelap? Tidak bukan? Sewajarnya itulah kehidupan kita. Bekerja dan terus bekerja sehingga terlelap tanpa perlu berfikir.

Terasa sungguh saya dengan penerangan ustaz! Saya terlebih rehat nampaknya. Arrehah lirrijal ghaflah. Kerehatan bagi seorang pemuda adalah kelalaian. Apabila dikurniakan rasa lapang, kita mula mensyukuri kesibukan yang Allah berikan yang tidak membuatkan kita lalai dari menjalankan tanggungjawab kepadaNya.

Kadang kita mengkehendaki ilmu sebanyak-banyaknya. Jom hayati kata-kata Imam Syafei – “Sekiranya manusia berfikir tentang kandungan surah al-‘Asr, ia sudah mencukupi bagi mereka.” (Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab al-Kafi li man saala ‘an al-Dawa’ al-Syafi, m.s. 73)

Masya Allah! Itulah kehebatan surah ini. Tidak perlu banyak-banyak ilmu. Cukuplah kalau kita beramal dengan surah ini sepanjang hayat kita. Surah ini hanya 3 ayat tapi tafsiran surah ini di dalam Fi Zilalil Quran adalah antara tafsiran yang panjang. Betapa jauh diri kita dari memahami ayat-ayat Allah.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al Asr: 1-3)

Allah menyebut “alInsan” yang merupakan satu lafaz umum yang menunjukkan manusia seluruhnya. Kemudiannya Allah menggunakan ‘lafii” dan bukannya ‘fii’ untuk menunjukkan penegasan yang amat bahawa manusia berada dalam kerugian.

Dan lihatlah ayat-ayat Allah sedalamnya. Cuba bayangkan kita ada sekotak limau. Selalunya kita cakap macam ini – “Semua limau ini baik kecuali satu dua sahaja”. Jarang kita sebut, “Semua limau rosak kecuali satu dua sahaja”.

Tapi dalam ayat Allah, Allah tidak sebut semua orang beruntung. Allah sebut SEMUA orang rugi kecuali orang-orang yang disebutkan ciri-cirinya dalam ayat ketiga. Dahsyat ayat-ayat Allah!

Kembali kepada contoh tadi itu, “Semua limau rosak kecuali satu dua sahaja”. Apabila kita guna perkataan ‘kecuali’ maksudnya sedikit sangatlah yang elok kan? Begitulah ayat-ayat Allah. Sedikit sangat orang yang beruntung.

Apabila kita melihat ayat yang ketiga pula, Allah tidak menggunakan kalimah ‘aw’ dalam bahasa arab yang bermakna ‘atau’ tapi Allah menggunakan kalimah ‘wa’ yang membawa maksud ‘dan’. Maksudnya kita ini semua rugi juga kalau satu sahaja sifat yang Allah sebutkan itu ada dalam diri kita. Sepatutnya keempat-empat sifat itu kena ada dalam diri kita.

Dan Allah menggunakan kalimah ‘watawaasaw’, bukan ‘watawasaw’, panjang bila sebut waa kan? Sebabnya kalau ‘watawasaw’ sahaja bermaksud berpesan, tapi bila ‘watawaasaw’ bermaksud saling berpesan. Maksudnya kerja dakwah ini perlu buat bersama-sama. Perlu ada sikap saling mengingatkan.

Menghayati penggunaan kalimah-kalimah yang Allah gunakan sahaja sudah menimbulkan satu perasaan yang begitu kerdil dalam lubuk hati apatah lagi andai kita menyelak tafsirnya pula.

Lihatlah tafsir Fi Zilalil Quran:

“Dalam surah yang kecil, yang mengandungi tiga ayat ini tergambar satu peraturan hidup yang sempurna bagi manusia sebagaimana yang dikehendaki Islam. Sifat-sifat pokok kefahaman keimanan serta hakikatnya yang agung dan syumul adalah tergambar begitu jelas dalam surah ini. Ia meletakkan seluruh perlembagaan Islam dalam beberapa ungkapan yang pendek dan mensifatkan hakikat dan fungsi umat Islam hanya dalam satu ayat sahaja iaitu ayat yang ketiga dari surah ini. Inilah pengungkapan yang mengkagumkan yang hanya dapat dilakukan oleh Allah 'Azzawajalla sahaja.”

Hebat sungguh kehebatan surah ini!

Semasa program yang lepas, Makcik Zah ada memberitahu bahawa iman ini sifatnya meluap-luap, tidak mungkin tersembunyi. Kita ingin sekali menyampaikan perihal iman ini kepada semua manusia. Tidak kisah dengan apa jua cara sekalipun. Dan inilah juga yang ditegaskan oleh Assyahid Syed Qutb dalam tafsiran surah ini.

“Amalan yang soleh itu merupakan buah yang tabi'i dan iman, juga merupakan gerakan automatik yang bermula pada saat bertapaknya hakikat iman di dalam hati manusia. Kerana itu iman merupakan satu hakikat positif yang dinamis. “

“Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia ia terus bergerak menonjolkan zatnya keluar dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar tubuh seseorang Mu'min.”

“Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau. Oleh itu amalan yang soleh harus tercetus dari keimanan itu secara tabi'i jika tidak maka keimanan itu tidak wujud. Di sinilah letaknya nilai iman, iaitu iman adalah gerakan, tindakan, amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah.

”Iman bukannya penguncupan diri bukannya bersifat negatif, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam gerakan dan tindakan. Inilah sifat utama Islam dan sifat inilah yang menjadikan Islam suatu kekuatan pembangunan yang amat besar dalam kehidupan.”

Allahu A’lam.

Friday, February 12, 2010

Bunuh...

Teringat lagi bicara seorang ukhti pada sesi Tazkiyatun Nafs.

"Adakah kita pernah benar-benar menangis memikirkan ummah?"
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, Dengan dosa apakah ia dibunuh? (Surah Attakwiir: 8-9)

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negeri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu

Wednesday, February 10, 2010

Iman...

Selepas kembali dari pengisian yang membasahkan jiwa tempoh hari, saya ingin melakukan satu perubahan. Saya ingin membuang satu kelemahan yang amat besar dari diri saya. Tidak perlu dikhabarkan kelemahan itu di sini kerana Allah merahsiakan aib hambaNya, lantas mengapa saya perlu mengkhabarkannya pada khalayak?

عن انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال "ثلاث من
كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان : أن يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما وأن يحب المرء لايحبه الا لله وأن يكره ان يعود للكفر بعد ان انقذه الله منه كما يكره ان يقذف في النار " متفق عليه

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Bukhari & Muslim)

Membaca hadis ini membuatkan saya bersemangat untuk terus bermujahadah. Dan adakalanya saya begitu menginginkan pertolongan dan kekuatan dari Allah sepertimana Dia pernah menguatkan ibu Nabi Musa a.s.

Pernah sekali seorang ukhti memberitahu bahawa hidayah Allah itu seperti hujan yang mengairi bumi. Ada permukaan bumi yang kontang dan tidak mampu menerima air hujan yang mencurah-curah. Permukaannya kasar dan keras sehingga air hujan mengalir pergi. Namun ada jua tanah yang lembut, yang mampu menyerap hujan dan melahirkan segala tanaman yang mengindahkan. Bumi inilah yang diibaratkan sebagai hati. Kadangkala bukanlah hidayah Allah itu tidak turun sebaliknya hati itu yang perlu diperiksa. Apakah terlalu banyak kotoran sehingga hati begitu kotor sehingga tidak mampu menerima lagi hidayah? Ya Allah, jauhkan kami dari hati yang seperti itu. Izinkan hati kami basah dengan siraman hidayahMu.

Di saat pengisian baru-baru ini juga, ada perumpamaan yang juga menyentuh hati saya. Seakan-akan sama dengan perumpamaan yang di atas tetapi tetap menyentuh qalbu.

"Orang memiliki hati harus mengetahui bahawa dunia ini adalah lahan untuk bercucuk tanam. "

"Hati laksana tanah dan iman laksana benih yang disemai. Ketaatan mengalir bersama usaha mengolah tanah itu dan membersihkannya, usaha membuat parit dan bagaimana mengairi tanah itu."

"Hati yang tenggelam dengan dunia, seperti tanah yang keras adalah tidak layak untuk menyemai benih. Tanaman juga tidak akan tumbuh kecuali ada benih iman. Dan jikapun ada benih iman, ia tidak akan memberi manfaat jika disemai didalam hati yang kotor dan akhlak yang buruk sebagaimana benih tidak akan dapat tumbuh ditanah yang keras."

"Seorang hamba menyemai benih iman, mengairinya dengan air ketaatan, membersihkan hatinya dari duri-duri akhlak yang hina, menanti kurnia daripada Allah agar dia ditabahkan hingga ajal menjemputnya dan baik kesudahannya, maka penantian itu dinamakan raja' yang terpuji, yang boleh mendorongnya untuk terus menerus taat dan melaksanakan kewajiban-kewajiban iman."

"Seorang hamba yang mengharapkan keampunan harus membandingkan dengan pemilik tanaman."

"Mencari tanah yang subur, menyemai benih yang baik diatasnya tanpa ada yang cacat dan busuk, kemudian dia mengairi tanah itu tepat pada waktu yang dibutuhkan, membersihkan tanah daripada rumput-rumput , kemudian duduk menunggu kurnia Allah agar tidak ada petir atau bencana yang menimpa, sehingga tanaman itu tumbuh dan membesar,maka penantiannya itu disebut sebagai raja' ."

"Raja' hanya berlaku bagi penantian sesuatu yang disenangi, yang didahului dengan adanya sebab-sebab internal dengan adanya usaha hamba."

"Apa yang diharapkan terjadi itu harus ada sebab yang menghasilkannya. "

"Jika tidak ada sebab yang dilakukan untuk menghasilkannya maka itu akan dinamakan angan-angan."

Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". (Al-A’raf : 169)

Ya Allah, usah Kau jadikan kami insan yang berharap padaMu tanpa melahirkan bukti-bukti kecintaan kami. Ampukan kami Ya Rabbi..

Tuesday, February 09, 2010

Khauf dan raja'...

Semasa sesi LDK, salah satu kesimpulan yang dibuat ialah perlunya seorang daie itu menambah ilmunya. Dengan ilmu, bertambahlah ketakutan (khauf) dan pengharapannya (raja') kepada Allah. Membaca hadis yang dikongsikan oleh seorang ukhti juga membuatkan saya merenung jauh. Dengan bertambahnya ilmu, mudah-mudahan ianya menambah lagi cinta kita kepada Allah.

"Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari Kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan." Tsauban berkata, "Wahai Rasulullah, gambarkanlah sifat-sifat mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya."Rasulullah saw. bersabda, "Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah di waktu malam sebagaimana kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah." (HR Ibnu Majjah)

Allah! Dahsyatnya!

Semasa sesi tazkiyatunnafs (penyucian jiwa) di daurah baru-baru ini, seorang ukhti berkongsi mengenai khuf dan raja'. Empang air mata tidak mampu ditahan lagi. Insya Allah saya kongsikan sedikit demi sedikit catatannya agar tiada yang kebosanan membaca catatan di sini. Selain itu masa yang ada untuk saya menulis di sini juga kian sedikit. Moga setiap catatan di sini ada khairnya buat pembaca.

"Setiap orang yang raja’ (berharap)itu… pastilah ia orang yang khauf(takut)…".

"Seorang pejalan, jika dia takut, ia pasti akan mempercepatkan langkahnya, kalau-kalau dia tidak akan mendapat apa yang ditujuinya.."

"Barangsiapa yang takut, pasti akan berjalan semalam suntuk.. Barangsiapa yang berjalan semalam suntuk tanpa mengenal lelah, ia akan sampai ke rumah. Ketahuilah, perniagaan Allah, itu mahal, ketahui bahawa peniagaan Allah itu adalah syurga.."(Al-hadith)

Masya Allah! Semua bicara itu benar-benar menggentarkan jiwa. Moga Allah menuntuni kita sehingga bertemu denganNya..

Monday, February 08, 2010

Tebang pokok..

Penat! Tapi saya bahagia kerana saya telah membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya. Sudah tiada lagi kekeliruan dalam diri saya. Saya bahagia dengan tarbiah dan jalan ini. Jalan ini menemukan saya ketenangan pastinya. Saya tidak pasti pandangan sahabat atau yang lain mengenai tindakan saya, namun cukuplah hal ini dibicarakan. Cuma membazir masa semua. Saya mahu terus melangkah selepas ini!

Daurah yang saya sertai benar-benar memberikan kesan yang begitu mendalam di hati saya. Benarlah bahawa tarbiah ini jalannya panjang dan tersangat jauh. Dan saya akui bahawa diri ini benar-benar mendamba tarbiah yang tiada hentinya untuk terus melangkah.

Di saat kepenatan adalah isu, di saat fizikal badan begitu menginginkan kerehatan, di saat kerja-kerja akademik begitu melambak, mengapa kita masih hadir ke program-program tarbiah?

Semuanya kerana Allah. Kekuatan itu datang dari Allah. Dan semestinya yang hadir itu adalah insan pilihan Allah. Menyebut frasa ‘pilihan Allah’ itu benar-benar menyentuh hati kita. Tubir mata basah dengan mutiara putih bertali saat menyebut frasa itu. Dan saban waktu kita berdoa, “Ya Allah, pilihlah kami sehingga kami bertemu denganMu dengan wajah yang berseri-seri”. Sungguh kita merasakan kengerian andai Allah tidak memilih kita lagi.

Diri benar-benar tersapa dengan sentuhan hidayah saat seorang ukhti menceritakan kisah si abid yang begitu ghirah (bersemangat) untuk menebang pokok yang disembah kaumnya tetapi dihalang oleh syaitan. Seakan-akan kisah tersebut menempelak diri ini yang sering tersasar dari jalan Allah. Betapa hal niat dan keikhlasan perlu sentiasa diingatkan kerana kita sebagai manusia sering terlupa dengan hakikat tersebut.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.

Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.
Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, “Engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.”

Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan. Dan betapa niat kerana Allah itu akan terus menguatkan kita untuk terus melangkah di jalan ini.

Saya akui kebenaran kisah yang disampaikan.meskipun jiwa digodam dengan seribu satu permasalahan. Saya temui damai dan ketenangan di celah-celah kesibukan yang begitu menghimpit. Ya Allah, izinkan aku untuk terus mengungkapkan setiap butiran hikmah yang aku temui di sana.

Saturday, February 06, 2010

Semangat...

Antara bengkel penulisan dan daurah, saya memilih daurah. Saya yakin itu pilihan terbaik. Segala teknik penulisan perlu dipelajari, namun untuk menulis seringkali memerlukan satu semangat yang lain. Dan semangat itu saya kutip dalam setiap pertemuan yang saya kira begitu memugar semangat untuk terus melangkah.

Berbicara mengenai semangat, saya tidak menafikan adakalanya saya juga berada di bawah. Dan saya mula bermuhasabah, pada siapa sebenarnya saya paksikan semangat saya? Pada sahabat? Pada daurah? Pada usrah? Pada naqibah? Pada hal-hal yang lain? Sungguh semua itu adalah hal yang fana', yang hanya menanti masa untuk hilang ditiup angin setelah beberapa ketika. Sungguh semangat dan kekuatan itu perlu dipaksikan pada Allah SWT.

Saat saya mengupas kisah Usamah bin Zaid sebentar tadi, berbicara mengenai ibunda Usamah, Ummu Aiman, saya teringatkan kisah Arrasul. Ummu Aiman adalah pembantu kepada ibunda Rasulullah. Sungguh kisah Arrasul perlu dihadam sebaik mungkin. Segala yang ada padanya ditarik darinya. Ibunya, ayahnya, datuknya dan segalanya ditarik satu persatu. Bukankah Saidatina Khadijah yang sering menguatkan diri baginda, tetapi Allah merampas Khadijah dari kekasihNya. Bukankah Abu Talib seringkali menyelamatkan baginda, tetapi dia juga kembali ke pangkuan RabbNya. Ayah Usamah, Zaid bin Harithah yang paling dikasihinya juga syahid dalam peperangan Mu'tah. Pakciknya, Saidina Hamzah juga syahid dalam peperangan Uhud. Seakan-akan Arrasul ditarbiah dengan kehilangan demi kehilangan. Kejamkah Allah? Tidak, semuanya untuk mendidik Arrasul bahawa hal itu adalah fana' sedang Dia terlalu berkuasa atas segalanya. Maka paksikan kekuatan hanya padaNya yang terus kekal selamanya.

"....dan kekuatan itu hanyalah bagi Allah,bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin.." (Al-Munafiqun:8)

Teringat ucapan Dr Said yang berasal dari Ghaza semasa pertemuan pertama di dalam meeting, dimulakan ucapannya dengan hadis pertama iaitu niat. Dalam pertemuan kedua semasa daurah juga, dia menmulakan bicara dengan hadis niat tersebut. Mengapa kita berada di jalan ini? Betulkan sahaja niat. Seringkali permulaan adalah betul, tapi kadangkala kita tersasar. Maka hal niat perlu sentiasa diingatkan agar perjuangan ini hanya kerana Allah semata-mata.

Semangat akan hilang kalau berpaksikan pada daurah yang sehari dua, semangat akan sirna andai dipaksikan pada makhluk yang tidak berkuasa apa-apa. Semangat akan terus kekal seandainya perjalanan ini dimulakan, dijalani dan diakhiri hanya kerana Allah.
There was an error in this gadget