Tuesday, June 30, 2009

Cahaya...

Di sana tiada cahaya kecuali mereka yang dikurniakan cahaya. Jalannya gelap dan perlu melintasi laluan yang lebih halus dari helaian rambut, lebih tajam dari razor blade. Mampukah diri melintasinya?

Mustahil, terlalu mustahil mahu melintasinya kecuali mereka yang diberikan cahaya oleh Allah. Siapakah mereka itu? Apa yang ada pada mereka sehingga dikurniakan cahaya oleh Allah? Rupanya cahaya itu adalah iman. Spiritual iman yang ada di dunia dulu datang dalam rupa fizikal iaitu cahaya.

Ada lagi. Cahaya itu bermacam-macam rupanya. Semuanya bergantung pada tahap keimanan semasa di dunia.

1000 watts, 100 watts, 40 watts. Kelajuan dan ketembusan cahaya itu juga berbeza. Ada yang cahayanya sekejap ada, sekejap tiada. Ada yang seperti kilat. Ada pula yang mampu berlari serupa dengan kelajuan angin. Ada yang berjalan. Ada yang merangkak. Ada yang memerlukan charger, terpaksa berhenti seketika dalam perjalanan kerana cahaya makin lemah. Ada yang cahayanya cuma cukup untuk melintasi separuh perjalanan sahaja.

Sampaikah kita ke destinasi perjalanan tersebut? Sampaikah kita ke syurga Allah yang agung itu? Tanya-tanyalah iman di dada. Mampukah iman kita menyalakan cahaya di sana?

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (57:12)

Ya Allah, kurniakan kami cahaya yang mampu membawa kami ke syurgaMu agar dapat kami menatapMu. Ya Allah, hilangkan kerinduan kami kepadaMu.

Yaa Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku.

Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku. Ya Allah, ciptakanlah cahaya untukku dalam kuburku dan cahaya dalam tulangku”

Tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku dan karuniakanlah bagiku cahaya di atas cahaya.

Monday, June 29, 2009

Haiwan...

Sejak kecil lagi saya suka menonton rancangan discovery mengenai dunia haiwan, alam ciptaan Allah dan kehidupan manusia-manusia lain di benua yang terlalu jauh dengan saya. Saya perlu berterima kasih kepada ayah dan ibu saya yang menanamkan minat tersebut sejak saya kecil lagi.

Saya pernah dimarahi kerana rancangan discovery semasa saya kecil. Sebabnya saya suka mengumpamakan haiwan-haiwan tersebut dengan keluarga saya. Bapa singa seperti bapa saya, ibu penguin seperti ibu saya, akak harimau seperti saya dan seterusnya. Nonsense! Manalah tak kena marah.

Tapi alhamdulillah minat terhadap rancangan discovery tidak pernah berkurangan. Bagi saya, adalah suatu yang baik sebenarnya untuk mengenalkan anak-anak dengan rancangan sebegini. Contohnya macam tengok singa, masa saya kecil saya ingatkan yang ada rambut itu betina tapi rupa-rupanya itulah bapa singa, yang botak rupanya ibu singa:)Kelakar kan?

Baru-baru ini saya menonton rancangan discovery yang sangat mengujakan berkenaan Blue Whale. Ini promo discovery tersebut.

Masya Allah, ianya terlalu mengujakan. Blue Whale perlu makan beribu-ribu kilogram makanan setiap hari. Anak yang baru dilahirkan perlu menambah berat badannya 100 kg setiap hari. Masya Allah, hanya Allah yang menjamin rezeki mereka.

Terlalu mengujakan sebenarnya melihat proses kelahiran baby Blue Whale. Ada darah sebabnya Blue Whale adalah mamalia. Lepas itu kat badan baby Blue Whale ada lekukan-lekukan kesan rahim ibu Blue Whale. Ibu Blue Whale perlu berenang begitu jauh untuk mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk melahirkan anaknya. Masya Allah saya terlalu kagum dengan ciptaan Allah. Saya dapat bayangkan perasaan saintis-saintis yang juga begitu teruja apabila melihat semua itu. Malah para saintis tersebut begitu terharu melihat hubungan fizikal di antara ibu Blue Whale dan anaknya. Bestnya kalau dapat melihat semua itu secara langsung.

Ada seorang saintis ini dia mengkaji Blue Whale selama 22 tahun. Ibu Blue Whale yang ditemuinya rupa-rupanya pernah ditemui olehnya 22 tahun yang lalu. Saya dapat bayangkan betapa excitednya perasaan saintis itu. Ada ribuan gambar Blue Whale dalam simpanan saintis tersebut. Agak sukar mencari padanan gambar tersebut tapi dia berjaya menemui padanannya. Rasa malu dengan saintis-saintis ini apabila melihat kesungguhan mereka mengkaji alam ciptaan Allah ini. Bukan mudah untuk menghasilkan satu rancangan discovery. Saya tidak dapat membayangkan diri saya berenang untuk mengambil video proses kelahiran bayi Blue Whale itu semua. Sememangnya semangat mereka menyuntik motivasi yang amat berharga.



Saya juga rasa kerdil setiap kali saintis tersebut mengatakan hakikat kekerdilan mereka di atas setiap penemuan baru yang mereka temui. Bunyi-bunyi yang dihasilkan, komunikasi di antara Blue Whale sememangnya terlalu mengkagumkan. Ada perkara-perkara yang tidak diketahui oleh saintis-saintis ini dan mereka mengakuinya.



Teringat ayat Allah di akhir penceritaan kisah Nabi Hud.

تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوْحِيْهَا إِلَيْكَ مَا كُنْتَ تَعْلَمُهَا أَنْتَ وَ لاَ قَوْمُكَ مِنْ قَبْلِ هَذَا فَاصْبِرْ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِيْنَ

“Itu semua termasuk dari berita-berita ghaib (yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum ini, engkau dan kaummu tidak mengetahuinya. Maka, bersabarlah! Karena masa depan berada di tangan orang-orang yang bertakwa”. (Hud:49)

Teringat kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan paus. Saya pernah menulisnya di sini. Ayat-ayat tersebut seakan bermain-main di fikiran saat menonton rancangan discovery tersebut. Kisah tersebut adalah kisah yang ghaib. Tidak siapa tahu mengenai paus sebelum ini. Hatta sehingga kini pengetahuan manusia terlalu sedikit mengenai dunia paus. Tapi Nabi Yunus berdoa di tempat yang tidak pernah ada manusia lain berdoa iaitu di dalam perut ikan Nun. Masya Allah, dzikrullah itulah yang menjadi azimat yang menyelamatkannya di tengah-tengah lautan dan kegelapan yang terlalu menakutkan.

"Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ihan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)

Allah mendengar suara hati setiap insan yang berdoa padanya sepertimana Dia mendengar permintaan Nabi Yunus di tempat yang tidak pernah mampu dijangkau oleh akal fikiran manusia.

“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu,” (Yusuf: 3)

Kisah yang Allah ceritakan di dalam AlQuran adalah kisah yang terbaik, tiada yang lebih baik dari kisah-kisah tersebut untuk kita mentadabburnya.

Allah ceritakan kisah haiwan di dalam AlQuran terlalu banyak. Pastinya haiwan-haiwan tersebut mempunyai signikan yang amat besar di dalam kehidupan kita.

Ada burung gagak yang diutus Allah kepada anak Nabi Adam untuk melakonkan bagaimana cara menguburkan mayat saudaranya, ada burung merpati yang disembelih Nabi Ibrahim lalu dipisah-pisah di puncak bukit, kemudian burung-burung itu dibangkitkan Allah dari kematian. Ada lembu Bani Israel yang disuruh oleh Nabi Musa untuk disembelih dalam mengungkap sebuah misteri pembunuhan, ada serigala yang dituduh secara zalim telah menerkam Nabi Yusuf, ada hud-hud Nabi Sulaiman yang memberikan informasi tentang Ratu Balqis, ada rayap tanah yang memakan tongkat Nabi Sulaiman ketika beliau meninggal di singgasananya, sehingga beliau jatuh tersungkur ke tanah. Ada keledai Nabi Uzair yang Allah matikan selama seratus tahun kemudian dibangkitkan kembali di hadapan pemiliknya. Ada ikan paus yang menelan Nabi Yunus selama beberapa hari lalu dilemparkannya tubuh sang Nabi ke daratan karena ia termasuk orang yang selalu bertasbih. Ada anjing ashhabul kahfi yang tidur bersama mereka selama tiga ratus sembilan tahun. Ada semut Nabi Sulaiman yang menyeru semut-semut lainnya untuk masuk ke sarang masing-masing agar tidak dimusnahkan oleh Sulaiman dan tenteranya sementara mereka tidak menyadarinya. Ada gajah Abrahah yang ditugaskan untuk menghancurkan Ka'bah, kemudian ia dihinggapi rasa takut kepada Allah sehingga ia tidak mau berganjak dari posisinya.

Inilah signikan rancangan discovery dengan saya, tidak lain tidak bukan untuk menambah rasa cinta pada Rabb yang agung yang menciptakan sesuatu dari tiada kepada ada.

"...Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". (Surah Al Aaraf:176)

Ayat ini tidak diturunkan untuk Rasulullah SAW sahaja. Ayat ini turun untuk kita juga. Allah menyuruh kita menceritakan pada manusia-manusia lain mengenai kisah-kisah ini. Berceritalah...

Friday, June 26, 2009

Rosak..

Tadi masa balik dari jogging, ada kesesakan lalu lintas berhampiran dengan lampu isyarat. Rupa-rupanya ada kereta rosak. Kesian pemandu perempuan itu.

Peliknya selepas habis sahaja melepasi lampu isyarat, ayah saya berhentikan kereta. Dia ajak saya dan mak menolak kereta perempuan itu ke tepi jalan untuk memudahkan kereta lain dan mengelakkan kesesakan. Dalam hati saya dah terdetik, "What!" Saya malu untuk menolak kereta di tengah-tengah kesesakan lalu lintas itu. Tapi ayah dah pun berhentikan kereta. Mahu atau tidak saya terpaksa juga melakukannya.

Terdetik juga lagu Small Deed nyanyian Native Deen dalam minda benak kepala saya masa itu. Mungkin saya tidak perlu memandang enteng hal-hal kecil. Selepas menolak kereta tersebut ke tepi jalan, ayah menolong membawa kereta tersebut sehingga sampai di hadapan rumah saya. Dalam kereta tersebut ada dua orang wanita dan seorang bayi. Si pemandu rupa-rupanya menumpangkan jirannya yang mahu ke tempat kerja. Ayah saya kemudiannya menghantar jiran wanita tersebut dan bayinya sementara pemandu wanita tersebut menunggu abangnya di rumah saya untuk membawa balik kereta tersebut. Mungkin ada masalah dengan clutch dan gear kereta.

Selepas semua itu, saya terfikir untuk mendengar semula lagu Small Deed. Saya menangis mendengar lagu ini setelah lama tidak mendengarnya. Terasa! Lessons learned! Thanks dad!

That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook

Wednesday, June 24, 2009

Rancangan jahat...



Macam mana saya tergelak menonton video kat atas itu, macam itulah juga saya tergelak membaca kenyataan Perdana Menteri hari ini. Tiba-tiba kenal Islam, barakah dan yang sewaktu dengannya.

Setan dan pemimpin

Saya ada cerita kelakar pasal setan dan pemimpin. Satu hari seekor setan ini pergi bertemu dengan seorang pemimpin. Dia pun berbisik mengenai perancangannya. Selepas sahaja dia menamatkan bicara terakhirnya, pemimpin tersebut pula memberitahu rancangannya pula. Nak tahu apa jawapan setan tersebut apabila mendengar perancangan pemimpin itu? “Ittaqullah – Takutlah pada Allah”. Kenapa setan itu cakap macam itu? Sebab perancangan pemimpin itu sangatlah teruk sampai setan pun tidak pernah terfikir hal itu.

Manusia boleh menjadi lebih jahat dari setan. Setan tidak pernah berani nak mengaku dirinya Tuhan, tapi Firaun mengaku dirinya Tuhan. Ingat tak kisah Iblis yang menyamar dan datang ke Mekah untuk bermesyuarat dengan orang musyrikin mengenai rancangan mereka terhadap Rasulullah SAW? Masa itu Abu Jahal berikan pendapat. Dipendekkan cerita, Iblis itu pun setuju dengan rancangan Abu Jahal. Nak gambarkan kat sini punyalah teruk rancangan itu sampai Iblis pun setuju.

Perancangan musuh Islam ini terlalu hebat. Kadang ada manusia yang pelik, boleh ke manusia menjadi sejahat itu? Tapi kan Allah dah beritahu dalam kalamNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (3:118)

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. (14:46)

Allah gambarkan rancangan jahat musuh-musuh Islam ini sampaikan boleh hilang lenyap gunung ganang. Allah nak suruh kita sentiasa sedar betapa hebatnya perancangan mereka. Tapi berapa ramai yang sedar? Naqibah saya selalu cakap yang musuh Islam selalu bersedih dikurniakan hanya 24 jam sehari untuk segala perancangan menghancurkan Islam. Pada mereka 24 jam terlalu sedikit. Bagaimana ye kita menggunakan 24 jam yang Allah berikan? Refleksi buat diri sendiri dulu pastinya..

Perak

Dulu seorang teman maya pernah bertanya, “Afeera tak nak tulis pasal krisis di Perak ke?”

Saya ini manalah pandai nak cerita pasal politik. Biarlah orang lain cerita pasal politik. Cuma tertarik berkongsi cerita pasal adik sedara saya. Dia masih kecil lagi. Semasa krisis Perak, berita kat televisyen selalu sebut istilah ‘mainan politik’. Dia pun cakap dengan mak dia, “Mak, nak mainan itu”. Serius kelakar. Budak-budak fitrahnya suci…

Pengalaman...

Saya tertarik untuk menambah entri setelah membaca blog Farahana mengenai kegagalan.

Kalau ada pengikut setia blog ini mungkin mereka akan perasan satu perkara iaitu perjalanan pencarian saya mengenai takdir. Ia adalah satu perjalanan yang amat lama. Kadang tertanya-tanya juga asbab di sebalik kelambatan saya memahami perihal Qadar Allah. Jawapannya mudah. Pengalaman adalah cara terbaik yang Allah sediakan untuk mendidik manusia. Sesuatu perkara hanya akan dihargai seandainya perjalanan untuk mendapatkannya adalah terlalu mahal.

Ada satu kisah di Bosnia mengenai seorang brother yang terlibat dalam peperangan. Salah satu missile jatuh di jarak yang sama di antara dia dan seorang temannya. Tapi Allah mentakdirkan bahawa temannya itu hancur belaka sedangkan dia tidak mendapat apa-apa kecederaan.

Katakanlah: "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". Al-Jumu'ah (62) : 8

Siapa yang lebih memahami ayat Quran itu? Brother itu ataupun kita? Pastinya brother tersebut kerana pengalamannya begitu berharga untuk dia memahami ayat tersebut.

Bahasa mudahnya, pengalaman adalah sesuatu yang amat mahal dan berharga. Semasa saya di Tahun 1 dan Tahun 2 pengajian di dalam bidang perubatan, saya benar-benar dalam tekanan. Setiap minggu ada peperiksaan dan setiap minggu keputusan akan dipamerkan untuk tontonan. Selalu juga saya gagal dalam weekly assessment. Saya pernah mendapat hanya 30% semasa weekly assessment block Reproductive System. Saya lulus di dalam Professional Exam tapi mentor saya kata keputusan saya paling teruk di dalam kumpulan saya. Serius stress masa itu. Lebih-lebih lagi apabila kata-kata tersebut dilontarkan di hadapan kawan-kawan yang lain. Masa itu tergambar betapa hancurnya masa depan dakwah dan hal lainnya. Saya lulus tapi saya menangis.

Bagi mereka yang diuji dengan peperiksaan setahun sekali pun sudah stress, dapat bayangkan kalau examnya tiap-tiap minggu? Dan tiap-tiap minggu ada reflection session dengan mentor untuk membincangkan kegagalan tersebut. Serius stress. Saya stress juga sebab belajar kerana exam dan bukan kerana ilmu.

Senang kata kegagalan adalah suatu yang amat pahit lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah berada di puncak. Benarlah kata-kata di dalam filem Sang Murabbi, "Allah Taala akan menguji antum pada titik terlemah antum".

Sampailah suatu masa Allah memberikan saya kefahaman berdasarkan tafsir Muqaddimah Fi Zilalil Quran mengenai Qadar. Saya ada menulisnya di sini. Sejak saat itu saya tidak takut lagi. Hilang semua perasaan takut dan saya lebih bersemangat untuk berusaha. Allah memberi saya pahala dengan setiap usaha saya.

Bila saya tidak risau lagi dengan exam, Allah mengembalikan kembali barang yang hilang. Keputusan saya bertambah baik di Tahun 3. Kelmarin saya menelefon kolej untuk mengetahui keputusan exam kelima-lima posting semasa di Tahun 3. Alhamdulillah saya dapat B+ untuk 3 daripada 5 posting yang saya lalui. Alhamdulillah saya lulus kesemua posting. Amat benarlah kata-kata Allah:

Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul yang ada diantara kamu yang lain memanggil kamu (dari kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lain telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah.(3:153-154)

Tapi sebelum saya telefon kolej, saya masih berdoa dan melakukan solat Dhuha terlebih dulu. Kenapa saya perlu berdoa sedangkan keputusan saya telah pun ditentukan, qadar Allah ke atas saya telah ditentukan? Sebabnya Allah memberi pahala tawakal, pahala untuk doa-doa tersebut.

Semasa saya menulis mengenai Qadar Allah, ada yang bertanya dengan mengemukakan dalil bahawa Allah tidak mengubah nasib seseorang selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Saya pernah menulis mengenai ayat ini di sini. Tapi saya hanya tersentak mengenai ayat ini apabila KD menerangkannya semasa pembentangan kami di dalam program di Taman Botani.

Dalil yang disebutkan itu ada di dalam Surah Arra’d ayat 11. Selalu sangat orang sebut ayat ini. Tapi mana mungkin manusia mengubah nasib mereka? “Rufi’atil aqlam wa jaffatissuhuf”. Pena-pena telah diangkat dan dakwat menjadi kering. You can’t change your destiny. Semuanya Allah dah tentukan. Kalau kita tengok ayat itu semula, Allah sebut kena ubah ’ma bianfusihim’. Terjemahan ’apa yang ada pada diri mereka sendiri’ itu merujuk kepada hati sebenarnya. Kamu boleh mengubah apa yang ada di dalam hati tapi mustahil kamu dapat mengubah nasib kamu.

Mungkin tulisan saya tidak begitu baik untuk menerangkan semua ini, tapi seandainya kamu betul-betul faham semua ini, insya Allah kamu tidak akan sedih.

Saya beritahu mak juga pasal Qadar Allah. Lepas itu saya tanya, “Mak, kalau saya fail masa final year misalnya, mak sedih ke?” Mak saya kata dia tidak sedih. Orang yang faham semua ini insya Allah tidak akan sedih lagi. Dan dia begitu bersemangat untuk berusaha sebab Allah nak berikan dia pahala banyak-banyak atas setiap usahanya. Even Allah menyuruh Nabi-nabinya menyampaikan sahaja dakwah, Allah tidak pernah tanya mengenai hasil. Allah tidak pernah tanya berapa ramai yang masuk Islam, kenapa dia ini tidak Islam lagi? Macam itu dengan kita pun. Tugas kita hanyalah berusaha.

Ada yang kata result dirinya sama even dia berusaha atau tak. Dia pun tak nak berusaha sangat. Itu maksudnya dia tak faham. Kalau dia faham Allah beri pahala atas usahanya, dia tidak kisah pun belajar berjam-jam meskipun gagal berkali-kali.

Saya pun tidak tahu kamu faham atau pun tidak tulisan ini. Tapi tanggungjawab saya hanya menyampaikan.

Tuesday, June 23, 2009

Bebas...

Ada kawan forwardkan kata-kata ini di YM tadi.

“Allah ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

Satu kata-kata yang amat baik untuk difikirkan. Allah masih belum memberi saya peluang menonton filem Sang Murabbi lagi. Moga ada kesempatan di masa yang lain.

Saya sudah pun menonton filem Perempuan Berkalung Sorban setelah membaca tulisan seorang teman lama di blognya.





Saya benar-benar tidak faham tulisan tulisan teman saya yang memuji cerita ini apabila menonton bahagian awal cerita ini. Sejujurnya saya tertekan. Mungkin kerana sikap saya adalah seperti Anisa. Saya keras kepala dan meluahkan segala ada yang ada di kepala tanpa berfikir panjang. Perbuatan saya sering melukakan hati insan lain. Segala ingatan lama seakan kembali saat menonton filem ini.

Saya juga tertekan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh suami pertama Anisa. Kejam! Terlalu kejam! Tapi saya suka setiap sudut kebangkitan Anisa di dalam cerita ini. Saya suka apabila dia menjadi penulis. Saya suka setiap soalan yang diajukannya.

Cerita ini adil apabila menonjolkan perbezaan sikap mereka yang tidak faham dan mereka yang faham dalam agama. Namun masih ada kelemahan yang perlu dibaiki terutama mengenai batas perhubungan lelaki dan perempuan.

Saya setuju dengan kata-kata Anisa - “Pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas!”

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

P/S - Cerita ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Labah-labah...

Saya buat kesilapan di dalam entri Laut. AlMizzi telah memberikan komen membetulkan kesalahan tersebut. Sebenarnya perkongsian itu ditulis berdasarkan kuliah Understanding the Quran oleh Imam Anwar Awlaki. Cari jangan tak cari =)

Pernah tak kamu rasa takut untuk menulis? Takut untuk membuat kesalahan? Adakalanya ia adalah satu dilema. Saya tidak kenal pun manusia-manusia yang membaca blog ini. Chatting dengan pembaca blog ini pun kadangkala menakutkan.

Adik saya kata senior sekolah dia baca blog ini. Saya pun tidak tahu tahap pembaca blog ini. Coursemate saya ada yang gelakkan blog ini. Yalah, saya merepek kat sini...

Kalaulah manusia memikirkan soal hasil, hanya kerisauan yang terpalit di hati. Tapi apabila dia memikirkan usaha dan meletakkan soal hasil di tangan Allah, tenanglah hatinya. Menulis adalah satu usaha saya di dalam melaksanakan tugas Syahadatul Haq.

Ingat lagi kisah labah-labah di dalam AlQuran. Saya pernah menulisnya di sini. Allah kata sarang labah-labah adalah sarang yang paling rapuh.

….sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah. (AlAnkabut:41)

Kita boleh hancurkan sarang labah-labah dengan satu jari sahaja. Tapi ingat lagi peristiwa hijrah? Apa yang menghalang orang musyrikin dari memasuki gua tempat persembunyian Saidina Abu Bakar ra dan Rasulullah SAW? Ianya adalah sarang labah-labah…

Hebat kan Allah? Allah berkuasa menjadikan makhluknya yang paling lemah menjadi tenteranya.

Adakalanya bila terasa diri lemah, saya selalu ingatkan diri dengan kisah labah-labah ini.

Tugas kita hanyalah menyampaikan dan adakalanya akan berlaku kesalahan dalam penyampaian tersebut tapi peristiwa tersebut pastinya adalah tarbiah dari Allah.

Ingat lagi kisah burung Hud Hud dalam AlQuran? Burung yang kecil itu sanggup nak menyampaikan perihal kekufuran kerajaan Saba’ kepada Nabi Sulaiman yang memiliki kekuasaan yang sangat besar. Kerajaan Nabi Sulaiman tidak mungkin dapat ditandingi oleh sesiapa kerana Nabi Sulaiman memimpin jin dan haiwan. Burung Hud Hud itu kecil sahaja tapi dia nak menjalankan tanggungjawab Syahadatul Haq. Dia sanggup berhadapan dengan seorang yang hebat.. Kalau nak difikirkan, boleh sahaja burung Hud Hud rasa inferior tapi Allah cerita pada kita burung Hud Hud itu sangat berani. Apa yang menghalang kita dari menjadi burung Hud Hud untuk menyampaikan peringatan kepada manusia lain?

Kadang terasa malu dengan haiwan yang Allah sebutkan di dalam kalamNya. Mereka bertungkus lumus berkerja sedaya mampu menjalankan tanggungjawab mereka. Andai Allah memberikan kita kemampuan memahami bahasa mereka, pastinya kita dapat mendengar perbualan mereka yang asyik berkisar tentang dakwah dan tarbiah. Haiwan itu semua mesti tiada masa nak buat benda lagha.

Tapi siapakah makhluk yang Allah amanahkan tugas syahadatul haq? Manusia. Sirf manusia. Hanya manusia…

Tulisan mengenai Syahadatul Haq boleh dibaca di sini.

Monday, June 22, 2009

Laut...

Ada seorang guru di Singapura menceritakan pengalamannya. Dia pernah menyuruh anak muridnya melukis ayam. Salah seorang muridnya melukis seakan-akan gambar di bawah ini.
Mengapa hal itu terjadi? Semua itu kerana murid tersebut tidak pernah melihat seekor ayam yang sempurna di dalam hidupnya. Sukar sebenarnya untuk membayangkan sesuatu yang tidak pernah dilihat bukan?
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. (Surah Annahl:14)

Ayat ini diturunkan ketika zaman para sahabat Rasulullah SAW. Para sahabat Rasulullah SAW pernah melihat laut ke? Tidak pernah pun kerana mereka tinggal di tengah-tengah padang pasir.

Tapi kehebatan mereka adalah pada penghayatan mereka terhadap AlQuran. Ummu Haram yang merupakan ibu saudara Anas bin Malik ra misalnya memahami ayat mengenai lautan bahawa akan tiba masanya jihad akan turut berlaku di laut.

Dia meminta Rasulullah SAW mendoakan agar dirinya akan tergolong di dalam golongan mereka yang berjihad di laut dan Rasulullah SAW pun mendoakannya. Pernah ke dia melihat laut? Dia tidak pernah pun melihat laut seumur hidupnya.

Doa Rasulullah SAW pastinya akan termakbul. Peristiwa tersebut berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.

Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine (Rom).

Para sahabat Rasulullah SAW tidak pernah melihat lautan tapi boleh memberi idea untuk mengasaskan pasukan navy yang pertama di dunia. Hebat tak?

Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.

Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.

“Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh Rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah,” bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.

Dalam peperangan ini, kedatangan kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus. Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut. Musuh pun tidak pernah terfikir bahawa satu golongan yang tidak pernah melihat lautan mampu merentasi lautan. Dipendekkan cerita, Islam menang dalam peperangan ini.

Jauh kan kefahaman kita dengan para sahabat? Entah dah berapa ribu kali kita melihat lautan tapi tidak ada hatta satu kapal pun kat atas muka bumi ini yang dicipta oleh kita. Kita sudah kehilangan motivasi yang paling berharga iaitu Quran. Kisah tersebut merupakan suatu refleksi buat kita untuk menilai sejauh mana kefahaman kita terhadap AlQuran. Moga kita dapat mengambil iktibar dan memulakan langkah dalam mentadabbur ayat-ayat Allah.

Penjual sayur...

Pernah ke pasar? Kamu pernah melihat penjual sayur? Apa yang sering bermain di dalam fikiran mereka? Mereka cuma berfikir satu perkara, bagaimanakah cara terbaik untuk menjual sayur-sayur tersebut sehingga habis.

Kita pun seperti penjual sayur, sering tergesa-gesa saat membaca AlQuran. Kalau ada yang mengikuti usrah, pasti perlu memastikan tugasan mutabaah amal diselesaikan dengan sempurna. Jadilah kita seperti penjual sayur yang mahu segera menyelesaikan jualannya. Kita membaca Quran dengan tergesa-gesa tanpa tadabbur. Kenapa ya?
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad:29)

Tadabburlah, usah tergesa-gesa menyelesaikan bacaan..

Wednesday, June 17, 2009

Ada...

Semalam semasa memberi pengisian, terjumpa ayat ini:

"Ketahuilah bahawa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah..." (surah AlHujurat:7)

Ayat ini tidak turun pada para sahabat sahaja kan? Ayat ini turun kat kita juga kan? Rasulullah SAW sentiasa ada bersama kita apabila kita mempraktikkan sunnahnya kan? (Tahu kan sunnah paling besar adalah dakwah?)

Agak-agaknya kalau Rasulullah SAW bersama dengan kita, dia nak tengok atau tak filem yang kita tonton? Filem yang kita tonton itu agak-agaknya sesuai tak untuk Rasulullah SAW?

Agak-agaknya buku yang kita baca akan dibaca oleh Rasulullah SAW ke?

Malunya dengan Rasulullah SAW...

Sebenarnya suara Jahiliah saya berbisik menyuruh saya menghadam novel Twilight, Moonlight dan novel-novel lain yang pernah saya download. Alasan? Kononnya mahu membaiki bahasa Inggeris. Macamlah tade Reader's Digest kat rak-rak buku itu..

Suara Jahiliah berbisik lagi, "Afeera, bacalah buku ini. Best buku ini. Inilah cinta. Kalau kita dah cintakan seseorang, tidak kisahlah dia pontianak pun, kita tetap akan cintakan orang itu. Kita bersedia mengharungi lautan berapi untuk orang itu". (Serius bangang suara Jahiliah ini..ish..ish..)

Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara hidayah, "Afeera dah lupa ke kisah cinta Salman AlFarisi yang sanggup memberikan seluruh harta yang dikumpulnya buat Abu Darda' apabila gadis yang dicintainya lebih menyukai Abu Darda'? Cinta tidak semestinya memiliki kan? Afeera dah lupa ke kisah cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah? Afeera lupa ke kisah doa Ummu Salamah yang ada dalam tafsiran Ibnu Kathir?"

“Umm Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah swt ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud) “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik”.


Umm Salamah berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah sendiri. Umm Salamah berkata: Baginda mengutuskan Hatib Bin Balta’ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri.”

"Afeera, kan best cerita itu? Allah akan gantikan yang lebih baik. Percayalah bahawa cinta yang ada di dalam dunia Jahiliah itu tidak best langsung. Afeera, bacalah buku-buku kisah sahabat".

Mudah dan cepatnya HATI itu berbolak balik, lebih pantas daripada air yang sedang mendidih.

Suara yang sayup kedengaran itu berbisik lagi, "Afeera nak jadi binatang ternak ke?"

"Tak nak"

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai". (7:179)

"Afeera tahu kan kenapa Allah gunakan binatang ternak dalam ayat itu? Sebabnya binatang liar selalu sedar bahaya yang menimpa mereka. Binatang liar selalu berjaga-jaga. Tapi binatang ternak dah biasa dijaga dan tidak sedar bahaya yang menimpa mereka. Tapi bila ada mara bahaya, binatang ternak tetap cuba menjerit, terlompat-lompat memanggil tuannya. Afeera tahu kan perumpamaan Allah dalam ayat itu? Allah kata orang yang lalai itu lebih sesat dari binatang ternak? Kenapa? Sebab diorang tak sedar langsung yang diorang itu lalai. Tidak sedar langsung mereka dalam bahaya. Afeera nak bergelumang dalam Jahiliah ke? Afeera nak jadi lebih teruk dari lembu ke? Afeera nak jadi lebih teruk dari kambing ke?"

"Ok! Ok! Afeera tak nak! Full stop!"

Sayonara Jahiliah....

Monday, June 15, 2009

Jalan...


Selama beberapa tahun dia dalam dunia tarbiah, Allah menghidangkannya beberapa jalan. Ada konflik dalaman yang berlaku di dalam hatinya. Tidak mudah diluahkan pada sesiapa. Naqibahnya sering berpesan, luahkan semua masalah pada Allah. Dulu sering juga dia meluahkan masalah pada naqibahnya, namun satu sahaja jawapan yang akan diterimanya, "Andai ada masalah, kecelaruan, kekeliruan, luahkan pada Allah, moga Allah menemukan jalan keluar bagi masalah tersebut". Dia jadi malu sendiri.

"Nanti siapa yang akan follow-up selepas habis belajar?"

Soalan yang benar-benar membuatkan hatinya sesak. Dia sudah ada jawapan. Tapi bimbang melukakan hati yang lain. Tapi pastinya menjaga hati yang lain akan membuatkan dia pula terus-terusan terluka. Dia hanya mahu berada di jalan ini iaitu jalan orang yang bekerja. Disuap dengan tarbiah tetapi tidak bekerja hanya membuatkan dia sakit. Dia hanya menjadi belon yang menjadi semakin besar kerana ditiup yang akhirnya pecah menjadi serpihan yang tidak berguna. Dia tidak suka dengan segala teori! Dia menjadi parah dengan tidak bekerja. Lantas dia sanggup mengharungi perjalanan yang jauh dan juga menjauhkan diri dari manusia yang dikenali agar dia mampu membuat kerja. Dia telah memilih jalan ini iaitu satu-satunya jalan yang membuatkan dia bekerja.

Syed Qutb pernah menulis mengenai dirinya:

"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yang hidup membaca selama 40 tahun genap. Kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termasuk kajian yang menjadi bidang kegemarannya. Dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dengan sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. Dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi-potensi aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengannya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaannya yang karut. Sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorang Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu untuk diterima olehnya". - Syed Qutb

Bagi insan yang pernah bergelumang dengan Jahiliah, pernah mencari-cari hakikat hidup pasti memahami setiap butir kalimah itu. Keinginannya yang paling dalam adalah untuk menemukan pula manusia-manusia lain yang masih mencari untuk menemui jawapan-jawapan itu. Kehidupannya adalah untuk memberi, hanya memberi dan memberi. Tapi tidak semua yang memahami. Mereka yang tidak faham itu menarik-nariknya untuk sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah jelas. Sudah! Sudah! Dia tidak mahu menukilkan teori lagi. Cukuplah hatinya terseksa dengan teori yang diajar. Dia sudah membuat keputusan untuk bekerja. Biarlah mereka. Dia akan berterus terang.

Kata-kata Ustaz Rahmat Abdullah ’sang murabbi’:

“Saya melihat satu simpul kata yang diucapkan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Nahnu qaumun ‘amaliyun”. Kita adalah kaum yang berorientasi pada amal. Artinya da’wah jangan hanya berputar pada memperkatakan masalah. Bukankah juga orientasi qur’an mengajak orang untuk beramal. Sehingga gaya bahasa Qur’an secara umum tidak membuat orang itu melamun, tetapi bekerja, beramal. Di situlah Rasulullah berhasil membentuk sahabat, untuk merasakan kenikmatan ilmu itu dengan beramal. Sementara kegelisahan di mana-mana itu karena orang asyik berkutat pada teori. Bahkan da’inya –naudzubillah- kalau da’inya sudah kering otaknya, kering hatinya sehingga mereka lebih banyak menyerap hal-hal yang informatif dan teoritik tanpa seimbang dengan amaliyahnya, baik amaliyah jasadiyah maupun qolbiyah. “

Saturday, June 13, 2009

Hati?

Tiba-tiba teringat hadis ini. Adik saya, Atiqah kirimkan hadis ini saat saya mahu mengambil Professional Exam semasa di Tahun 2 dulu.

My heavens and my earth are too small to contain ME (Allah), but the hearts of my faithful servants can contain ME (Allah) –hadis Qudsi-

Adakalanya sebagai manusia, kita sering merasakan hati kita terlalu kecil. Kita sering terasa sukar mahu memenuhi kehendak hati-hati yang lain. Tapi andai hati itu merasai kebersamaan bersama Allah, insya Allah hati itu pasti mampu memberi sinar buat hati-hati yang lain.

Apakah sinar kebahagian yang hakiki?

Assyahid Syed Qutb menulis di dalam tafsir Surah Addhuha bahawa itulah hidayah - "Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada tolok bandingnya".

Hatta di akhir tafsir Surah AdDhuha, dia menukilkan - "Menyebut-nyebut ni’mat Allah terutama ni’mat iman dan hidayat merupakan salah satu dari cara melahirkan kesyukuran terhadap Allah yang mengurniakan ni’mat itu. Dan cara melahirkan kesyukuran yang sempurna ialah berbakti kepada para hamba-Nya. Itulah cara amali bersyukur dan itulah kenangan ni’mat secara senyap yang berguna dan mulia".

Ya, cara terbaik untuk melahirkan kesyukuran terhadap nikmat iman dan islam ini adalah menyampaikannya pada insan yang lain. Sepertimana yang diungkapkan oleh Pak Harfan di dalam filem Laskar Pelangi, “Yang harus kalian ingat, anak-anakku: Jangan cepat menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”.

Friday, June 12, 2009

Emosi?

Saya selalu pelik melihat orang bercinta semasa saya di sekolah menengah. Saya pernah terjumpa satu surat cinta yang diletakkan di bawah meja. Ayat dalam surat itu sangatlah hebat. Saya percaya orang yang hebat bahasa pasti orang yang penuh rasa cinta di hatinya. Boleh dapat A++ di dalam subjek bahasa.

Saya pernah menonton satu cerita Tamil. Kelakar sangat. Heroin dia sangatlah kaya, ada pemandu sendiri. Semasa dalam perjalanan, ada kemalangan berlaku. Pemandu itu pun cakap, "Cinta ini macam kemalangan jalan raya. Tidak tahu bila terjadi, tapi bila terjadi memang impaknya maksima". Puas saya ketawa masa itu. Serius melampau analogi itu. Saya rasa cerita Tamil dan Hindustan paling melampau dalam menerangkan cinta. Terlalu hiperbola.

Lepas itu tengoklah orang yang putus cinta. Betul-betul macam orang gila. Saya ada seorang kawan yang ada masalah cinta. Penat rasanya cover siapkan kerja dia. Saya rasa orang bercinta selalu berikan saya masalah.

Dulu saya pernah cakap, "Putus cinta pun macam gini, belum putus tangan, putus kaki macam orang di Palestin itu".

Tapi Allah mengajar saya makna emosi. Allah sampaikan pada saya bahawa tekanan emosi itu lebih hebat goncangannya pada jiwa sekiranya hendak dibandingkan dengan tekanan fizikal. Cuba tengok kes-kes bunuh diri. Mana ada orang bunuh diri disebabkan masalah berkaitan fizikal, semuanya kerana masalah emosi.

Saya faham hal ini saat menghadam Surah Dhuha.

Pernah baca kisah tahanan Ikhwanul Muslimin? Dicabut kuku satu persatu adalah biasa bagi mereka. Mereka tabah dengan siksaan fizikal. Apabila musuh gagal mencalarkan hati tahanan Ikhwan, mereka diserang dengan serangan emosi. Anak dan isteri dirogol depan mata. Ada pula yang dikurung di dalam bilik yang gelap, tidak ada sedikit pun pancaran cahaya. Lepas itu, musuh titiskan air, satu titis, satu titis lagi, satu titis lagi dan seterusnya. Ting, ting, ting. Mungkin ada yang rasa hal itu biasa sahaja tapi apabila hal itu dilakukan di dalam bilik yang gelap, bunyi titisan yang selalunya tidak memberi kesan boleh menjadi seakan-akan bom yang meletup dengan sangat kuat. Tidak boleh tidur.

Adakalanya apabila tahanan sudah mula mengantuk, musuh akan membangunkan mereka semula. Tidak dibenarkan tidur adalah satu bentuk tekanan emosi yang sangat kejam.

Rasulullah SAW pun pernah rasa tertekan saat wahyu terlambat turun kepadanya. Orang Musyrikin Mekah melancarkan kempen bahawa Rasulullah SAW ditinggalkan oleh TuhanNya. Rasulullah SAW sedih sangat saat itu. Hal itu adalah tekanan emosi yang sangat hebat buat Rasulullah SAW.

Sudah terlanjur bercerita tentang cinta, dapat bayangkan tak kalau kita bercinta? Kita ini ada jutaan masalah misalnya. Tapi mestilah kita tidak rasa sedih sebab ada kekasih. Dia selalu hantar surat cinta yang memberi kita motivasi. Tapi satu hari dia tidak hantar surat. Berapa lama kita mampu menunggu? Mesti penantian itu satu tekanan kan? Lepas itu semua orang di sekeliling kita beritahu yang kekasih kita tidak sayangkan kita lagi dan dah cari orang lain. Apa agaknya perasaan kita saat itu? Macam itulah analoginya apabila Rasulullah SAW tidak mendapat wahyu dan orang musyrikin mengejek-ejek baginda. (Analogi ini bukan seruan untuk bercinta secara tidak syarie ye!)

Lantas Surah Addhuha ini turun. Saya selalu rasa kalau semua orang faham surah ini, mesti tidak akan ada orang yang bersedih di atas muka bumi ini.

Macam mana nak rasa feel baca Surah ini? Mula-mula tidak boleh rasa Surah ini diturunkan untuk Rasulullah SAW sahaja. Kita kena rasa Allah SWT berbicara dengan kita. Pasal itu macam tidak best baca terjemahan Quran, mesti ada kurungan '(Muhammad)', sedangkan ayat itu bukan hanya ditujukan kepada Rasulullah SAW tapi untuk kita juga.

Lepas itu rasakan keheningan waktu Dhuha dan waktu malam yang Allah sebutkan. Allah pilih masa yang paling best untuk pujuk kekasih dia. Seronok sangat. Saya tidak pandai menulis tapi kalau baca Fi Zilalil Quran, Syed Qutb gambarkan surah ini dengan sangat baik sekali.

Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci kepadamu, (Surah Dhuha:3)

Best sangat ayat ini. Allah gunakan kalimah 'ma'. Tidak sekali-kali Allah akan tinggalkan kita. Allah tidak akan sesekali bencikan kita. Saya suka dengar Sheikh Saad AlGhamidi sebut 'ma' di dalam ayat ini. Tersentuh...




Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. (Sura Dhuha:4-5)

Masya Allah, adakah ayat-ayat lebih indah sekiranya hendak dibandingkan dengan ayat-ayat Allah? Tiada dan tidak akan ada. Bacalah Quran sebab best sangat.

Saya tidak mahu menulis panjang lebar sebab saya tidak pandai menjelaskan ayat yang begitu cantik ini. Syed Qutb telah menerangkannya dengan begitu baik sekali. Boleh baca di sini atau download di website dakwah.info.

Kalau saya sedih, saya akan ulang-ulang baca ayat ini sampai saya puas. Selamat membaca Quran!

Thursday, June 11, 2009

Kembali...


"Salam, seorang sahabat ex-MATRI (batch 11), Ammar Zulkifli, medic mesir tahun 3, dijemput ke rahmatullah kerana kemalangan malam tadi, doakan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin". Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Kematian adalah nasihat paling berharga. Seringkali apabila hati menjadi malas untuk ke usrah kerana peperiksaan yang mendatang, hakikat kematian sering menerpa. Ada sesiapa yang pasti bahawa dia akan menghabiskan pelajarannya? Ada sesiapa yang pasti bahawa saat dia keluar untuk ke medan peperiksaan, maut tidak menjemputnya?

Pernah sekali seorang murabbi memberitahu kami kisah seorang ustaz yang memarahi anak didiknya gara-gara kerana aktif dalam dakwah lalu gagal dalam peperiksaan. Murabbi bertanyakan kami, apa yang akan kami sampaikan pada ustaz yang sebegini?

Kalau saya, pasti dengan mulut lancangnya akan memberitahu, "Ustaz, mungkin kami baru sahaja mengenali Islam. Tapi bukankah ustaz sudah bergelumang dengan Islam untuk jangka masa yang begitu lama? Bukankah hadis 40 telah ustaz khatami. Lantas mengapa ustaz tidak mahu memahami bahawa setiap perkara telah ditentukan?"

Jawapan murabbi mudah. Dia tidak pernah kisah kami gagal dalam peperiksaan. Kami boleh mengulangnya berkali-kali. Tapi apa yang akan terjadi andai kami gagal dalam jalan dakwah ini? Sekali tidak datang usrah, hati menjadi kelabu. Kali kedua hati menjadi gelap. Lama-lama akhirnya meninggalkan terus jalan dakwah ini. Gagal dalam jalan dakwah pastinya tiada jalan kembali kecuali dengan izin Allah.

Tidak sesekali entri ini mahu menekankan bahawa belajar itu tidak utama. Setiap diri yang bergelumang dengan jalan dakwah pasti memahami betapa pelajaran itu terlalu berharga. Hatta mereka memahami bahawa jihad adalah berusaha sehingga habis segala daya dan upaya. Andai kemampuan mereka adalah belajar selama 16 jam, pastinya mereka akan belajar selama 16 jam.

"Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya;... " (Surah Taubah: 46)

Mereka yang bergelumang dengan dakwah, pasti telah lama bersedia. Beg pakaian telah tersedia. Belajar bukan pada minit terakhir. Soal keluarga telah lama diuruskan. Urusan pengangkutan dan membeli tiket telah lama disediakan. Pastinya Allah tahu hati-hati yang telah bersedia.

Sejauh mana persediaan dan persiapan kita untuk berada di jalan dakwah? Sama-sama muhasabah...

Wednesday, June 10, 2009

Tanah air..

Hatiku berbisik. Adakah kau tidak mahu menulis peristiwa yang terjadi pada umat dua hari yang lalu? Adakah kau mahu memberitahu Allah bahawa peperiksaan pada esok hari itu lebih utama dari darah saudaramu? Apa yang telah kau lakukan untuk menyedarkan saudaramu yang terlupa? Lantas aku bisikkan pada hati, secebis bicara itu perlu. Nasihat itu pasti amat berguna buat insan yang beriman yang mahu mengambil pengajaran di atas segala yang berlaku.

Aku masih ingat program yang dikelolakan oleh kolejku. Program itu bertujuan membincangkan Usul 20 yang disusun oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna. Hatiku tidak bersetuju dengan cara program tersebut disusun. Pelajar dibahagikan beberapa tajuk dan perlu membentangkannya. Aku tidak rasa cara diskusi, kaedah pembentangan yang sering digunakan semasa belajar perubatan diaplikasikan dalam konteks mempelajari Usul 20. Aku kira perlu ada seorang insan yang mahir dalam ilmu tersebut untuk membicarakannya.

Kumpulanku dikehendaki membentangkan usul yang pertama dan beberapa usul yang lain. Tiba-tiba pensyarahku berbicara, “Mengapa kamu perlu menghuraikan satu persatu perkara yang ada di dalam usul pertama? Usul itu cuma mahu menekankan bahawa Islam adalah syumul, meliputi seluruh aspek kehidupan. Semua orang faham hal itu”.

Saat itu aku terdiam. Tapi hatiku tidak pernah berpuas hati dengan segala perkara yang aku perolehi. Lantas aku menghubungi Kak Fiza untuk membantuku. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kefahaman yang lebih jitu melalui perantaraan Kak Fiza. Mutiara-mutiara berharga itu mengubah persepsiku. Setiap susunan ayat di dalam Usul yang pertama itu terlalu bermakna.

Andai ada yang mengatakan bahawa aqidah itu adalah perkara paling penting di dalam Islam, murabbiku memberitahu bahawa kefahaman itu lebih penting berbanding aqidah. Kefahaman itu berada lebih atas dari aqidah.

Ayat 19 dari Surah Muhammad itu dalilnya. ‘Fa’lam annahu lailahaillallah’.

«Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, » (Surah Muhammad : 19)

Andai ‘lailahaillallah’ itu adalah aqidah, ‘fa’lam’ yang membawa makna kefahaman itu adalah lebih utama.
Usul yang pertama itu menggamit hatiku.
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

Kenapa Assyahid Imam Hassan Al Banna (IHAB) menyebut daulah dan watan terlebih dahulu? Kenapa IHAB mengemudiankan akidah yang benar dan ibadah yang sahih. Kenapa IHAB menyebut perihal daulah, watan dan hal lainnya dan di hujung ayat menggunakan kalimah ‘kama huwa’ (sama seperti) aqidah yang benar dan ibadah yang sahih di bahagian akhir?

Kerana pada ketika ini, manusia umumnya sedar dan tahu akan kepentingan AQIDAH DAN IBADAH dalam Islam, malah mereka kebanyakannya mengamalkan konsep ini dengan sangat baik. Alhamdulillah.

Tapi sayang sekali mereka lupa akan 2 konsep besar ini iaitu ISLAM JUGA IALAH NEGARA DAN TANAH AIR.

Bukankah sejarah Tanah Melayu itu juga buktinya? Sultan menyerahkan soal politik kepada British manakala soal agama dan soal adat istiadat diuruskannya. Sultan saat itu juga terlalu keliru memahami Islam, terlupa bahawa politik juga adalah sebahagian dari Islam.

Kenapa IHAB berpandangan umat Islam sudah lupa akan hakikat ini?

Sejarahnya bermula apabila IHAB menulis usul 20 ini dalam tahun 1940-an. Pada ketika itu, diketahui bahawasanya pemerintahan Mesir dikuasai oleh Perdana Menterinya, Jamal Abdul Nasser dan golongan sekularisme. Mereka memerintah negara Mesir (Islam kononnya), namun sistem politik dan pemerintahan negara amatlah tidak islamik. Rakyat di ambang kemusnahan.

Terlakar dalam lipatan sejarah national costume mereka ialah blouse dan skirt pendek. Masya Allah! Tiada tempat solat hatta di universiti terkemuka.

Malah, pada ketika itu kekeliruan dalam agama teramatlah ketara. Ia jelas tergambar pada tuan syeikh Al-Azhar yang terkemuka. Mereka mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat yang berbunyi , “Nabi Muhammad saw secara tidak sengaja (coincidentally) telah menjadi Ketua Pemerintah Kerajaan Madinah. Hal itu tidak bersangkutan dengan Islam’.

Kenyataan ini amat besar kesannya kepada pemikiran umat ketika itu. Mereka berfikir bahawa Islam itu tidak ada kena mengena dengan sistem politik dan pemerintahan negara. Subhanallah…

Lantas apakah itu WATAN?

Ia membawa makna tanahair. Tanahair itu bermaksud tempat tumpah darah, tempat kesayangan yang sentiasa dekat di hati kita. Ia bukan sebarang tempat semestinya, bukan? Ia bukan tempat yang sekadar kita jejakkan kaki hanya untuk meninggalkan kesan. Tentunya bukan sekadar itu! Ia tempat yang paling kita cinta dan sentiasa kita ingat.

Andai ia sebuah tempat yang jauh, kita termimpi-mimpi untuk pulang kembali ke sana. Andai kata ia sebuah tempat yang dirampas penjajah, maka kita mengimpikan untuk syahid memperjuangkannya. Itulah maksud watan.

Watan (tanah air) yang sebenarnya adalah semua tanah yang di dalamnya terdapat manusia yang mengucap ‘lailahaillallah’ dan semua tanah yang pernah berada di bawah pemerintahan Islam. Bahasa mudahnya Spain, Morocco, Irian Jaya, Palestin dan semua negara yang dulunya pernah berada di bawah pemerintahan Islam adalah watan (tanah air) kita.

Zaman ini, kita punya watan (tanah air), tetapi kita tiada daulah (negara) Islam. Tiada mana-mana negara di muka bumi ini yang meletakkan Allah dan RasulNya di tempat yang tertinggi.

MASHA ALLAH.

Dan ketahuilah, para sahabat baginda mengembara jauh mengelilingi dunia setelah kewafatan baginda. Merekalah yang bertanggungjawab menyebar agama ini sehingga datang ‘menyeru’ kita di Tanah Melayu.

Anda tidak percaya? Sedikit sekali kubur para sahabat di Mekah dan Madinah. Ini bermakna mereka tidak meninggal dunia di tanah mulia kelahiran mereka.

Apabila ditanyakan kepada mereka (sahabat-sahabat), “Di manakah TANAH AIRMU?”

Mereka akan menjawab, “Ia di mana ada umat Islam menetap”.

Memahami makna watan membuatkan diri memahami perjuangan Salahuddin AlAyyubi. Roh perjuangannya ditiup oleh Sheikh Shamsudin. Sheikh Shamsudin memahamkan Salahuddin bahawa Palestin juga adalah watannya. Itulah sebabnya meskipun Salahuddin adalah seorang Kurdish tetapi dia sanggup berjuang demi Palestin.

Assyahid Abdullah Azzam juga memahami makna watan ini dengan sebenarnya. Meskipun dilahirkan di Palestin, dia akhirnya menyertai jihad di bumi Afghanistan kerana memahami bahawa Afghanistan adalah watannya juga.

Memahami makna watan membuatkan aku melihat filem Tjoet Njak Dhien dengan penuh semangat. Sejarah Acheh bukan hanya sejarah Acheh. Sejarah Acheh adalah sejarahku juga kerana Acheh adalah watan tanah airku juga.

Maka, apa efeknya kepada kita?

Peristiwa yang terjadi dua hari lalu di Selatan Thai pastinya memberi makna yang terlalu besar buat setiap insan yang memahami hal ini. Terbunuhnya 11 jemaah saat Solat Isya’ di Masjid Al- Furqan pasti menghiris setiap hati yang memahami. Bukankah selatan Thai itu adalah watan kita?
Jangan sampai kita semua tertipu oleh borderline hasil lukisan Zionis dan sekutunya di atas peta dunia. Itu hanyalah lakaran untuk mematikan semangat PERSAUDARAAN.

Sedarlah umatku. Di sana ada jutaan kerja yang menanti.

Tuesday, June 09, 2009

Sedikit...

Jarang saya membuka email di akaun gmail. Tapi ada warkah maya yang saya kira menarik hati saya di dalam ratusan email yang tersadai. Saya kongsikan di sini..

A Nurses Proposal

"There was a companion of ours in Glasgow who became ill and was hospitalized. He was admitted for three days and on the fourth day the attendant nurse said, "Marry me". He [the brother in Glasgow] asked, "Why? I am a Muslim, you and I cannot become companions." She said, "I'll become Muslim". "What's the reason?" it was asked. She said, "In all my time that I have served in hospitals, except you, I have never seen a man lower his gaze in front of a woman." "In my life you are the first person who lowers his gaze when seeing a woman." "I come, and you close your eyes. Such great modesty can be taught by none other than a true religion." The protection of one's gaze entered Islam in her. She testified to the Oneness of Allah and became a Muslim. They both got married. By now, the same woman was and is the means of bringing so many other girls / women into Islam."

Satu perbuatan yang Allah tekankan dalam Surah Annur mampu membawa hikmah yang berjuta. Perintah menundukkan pandangan terlebih dahulu Allah tekankan untuk lelaki sebelum wanita. Saya pasti setiap wanita akan menundukkan pandangannya apabila berhadapan dengan seorang lelaki yang terlebih dulu menundukkan pandangannya. Sifat malu yang Allah cipta di dalam diri seorang wanita pasti lahir apabila bertemu dengan lelaki yang menundukkan pandangannya.

Saya bencikan seorang lelaki, terlalu benci sehingga puas saya mengadu pada Allah. Tapi kemudiannya baru saya tahu bahawa lelaki tersebut adalah seorang lelaki yang amat suka menonton porno. Saat saya tahu hal itu, saya tekankan pada semua yang ada bahawa saya bencikan setiap lelaki yang melakukan perbuatan itu. Seorang lelaki non muslim memberitahu bahawa semua lelaki melakukannya. Dan setiap lelaki yang ada saat itu membisu seolah-olah membenarkan kenyataan tersebut. Terus terang saya katakan bahawa hati saya terlalu sakit.

“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada punya akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan; pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.” (Fathi Yakan)

Ramai lelaki yang berbangga bahawa jumlahnya kian sedikit sehingga boleh sesuka jiwa berpoligami. Ada yang menempelak kenyataan itu dengan memberitahu bahawa Allah mengurangkan bilangan mereka saban hari kerana kerosakan yang mereka lakukan. Entahlah...

Saya sukakan sajak Fatimah Syarha di dalam Syabab Musafir Kasih.

Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah.saifullah,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi.

Hak...

Semalam aku adalah calon nombor dua untuk exam clinical. Aku sudah melakukan yang terbaik. Allah memilih aku untuk menduduki exam awal barangkali untuk memberi kesempatan untuk melunaskan hak-hak ukhwah terhadap sahabatku yang kini berada di Hospital Serdang. Aku bukanlah seorang sahabat yang baik, seringkali tidak punya masa hatta untuk bertanyakan khabar. Buat mereka yang menganggap bahawa aku adalah sahabat mereka, maafkan aku atas hak-hak ukhwah yang tidak pernah tertunai.

Exam? Entahlah. Hari sebelum exam, aku menelefon Zaid.

”Zaid, aku tidak suka exam macam ini. Tidak tahu bila”.


“Apa benda paling teruk boleh terjadi dengan exam?”

“Fail”.

“Kalau fail, kena buat apa?”

‘Repeat, buat short semester’.

‘Repeat jelah’.

Aku suka bual dengan adik-adik sebab mereka sangatlah berfikiran positif. Aiman lagi bagus. Kalau tidak habis baca, dia tidak akan pergi exam. Tapi seriuslah aku tidak boleh buat macam itu. Belajar perubatan tidak sama dengan benda lain. Huhu..

Mak

Hari ini hari jadi mak. Dia kawan baik, sahabat baik, kekasih aku. Islam mengajar bahawa hubungan aqidah adalah lebih kuat dari hubungan kekeluargaan. Aku sayangkan mak sebab hubungan aqidah juga. Mak adalah manusia yang paling jujur pernah hadir dalam hidup aku. Dia selalu cakap dia tidak faham baca blog aku. Dia juga tidak faham cerpen aku yang ada di dalam buku Antologi Cerpen Palestin. Dari dialah aku faham betapa ramai manusia-manusia yang sebenarnya tidak memahami tulisan aku. Dari dialah aku memahami mad’u.

Instinct dia sangat kuat terhadap aku. Dialah yang selalu membuat aku berpijak di bumi nyata.

Aku sangat suka bergayut dengan dia. Alhamdulillah, talian 3G milikku ke talian 3G miliknya adalah free. Adik aku selalu cakap, Telekom rugi perkenalkan sistem ini dengan adanya orang-orang macam aku. Aku hanya tersedar betapa lamanya aku bergayut bila handphone sudah pun panas.

Adik aku juga selalu cakap, “Boleh tak kau jangan call mak selalu? Aku risau mak kena kanser sebab radiation handphone”. Terlalu serius dan kronik tabiat aku bergayut dengan mak sampai adik aku cakap macam itu. Tiada rahsia pun antara kami. Cinta, hal hospital, hal kawan, semua aku cerita.

Pasal itu aku sedih tengok mereka yang tiada mak. Aku sedih tengok anak-anak Palestin. Mereka kehilangan nikmat yang paling berharga iaitu mak.

Aku sedih sangat melihat insan-insan yang tidak pernah menghargai ibu mereka. Ada sahaja insan yang tidak menjaga ibu dan ayahnya.

Tapi ada juga orang yang hebat menjaga ibunya. Ada seorang anak di hospital yang sering duduk di sisi ibunya. Anak itulah yang menyuap ibunya setiap hari. Satu hari jururawat pujuk si ibu untuk makan, tapi dia tidak mahu. Kenapa? Ibu tersebut menunggu anaknya. Dia makan hanya apabila anaknya sudah pun sampai. Sayunya. Aku teringin mahu menjadi anak yang solehah seperti itu.

Entahlah, aku dedikasikan video ini buat setiap insan yang masih memiliki ibu. Jangan sampai air mata sesal menitis apabila ibu telah tiada. Aku doakan agar Allah mengurniakan syurga tertinggi buat setiap ibu khususnya buat ibuku.

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim:41)





Monday, June 08, 2009

Malu...


Tadi semasa usrah, naqibah kami bertanyakan soalan, “Binatang apa yang paling malu sekali?”

Aku memberi jawapan koala dan jawapanku adalah salah.

Seorang sahabat pula memberi jawapan kura-kura.

Seorang lagi memberi jawapan khinzir. Sebabnya khinzir itu malu dirinya adalah khinzir. Serius kelakar jawapan itu.

Jawapan yang dikehendaki naqibah kami adalah unta. Aku pun baru tahu hal itu. Kata naqibahku, unta tidak pernah mengawan di hadapan manusia atau unta lain. Malah kadangkala apabila unta melakukan hal itu di tempat umum, rasa malunya boleh menyebabkan dia sakit dan mati.

Boleh baca artikel yang aku temui di sini.

Unta pun ada rasa malu, manusia ?

Sunday, June 07, 2009

Loya...

Takut

Esok bermulalah minggu exam. Aku rasa macam tidak seronok sangat sebab dalam posting surgery ini, aku tidak akan tahu saat dan ketikanya aku akan exam. Aku perlu datang ke hospital seminggu ini tiap-tiap hari seawal pukul 7.30 pagi dan perlu berada di hospital sehingga 5 petang. Examnya surprise! Selama seminggu ini, bila-bila masa sahaja aku akan dipanggil. Serius macam tahanan ISA, tidak akan tahu bila saat dan ketikanya dia akan bebas.

Takut ke?
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ali Imran:170)

Cuba tengok ayat itu? Allah sebut mengenai ’khaufun’ dan ’yahzanun’, takut dan sedih. Banyak sebenarnya ayat-ayat Allah mengenai takut dan sedih ini.

Kenapa manusia takut selalunya? Manusia takut dengan hari-hari yang mendatang. Manusia takut akan hari esok.

Kenapa manusia selalu sedih? Mereka selalu sedih dengan masa lalu. Mereka selalu bersedih dengan peristiwa yang telah berlaku.

Apa kualiti orang yang bahagia? Tidak memikirkan masa lalu dan masa depan. Jangan salah faham dengan kata-kata aku. Maksud aku perancangan itu perlu tapi meletakkan seluruh tadbir hidupnya pada Allah. Aku tahu hal itu mudah disebut, tapi sukar mendidik hati untuk menerimanya. Tapi setiap dari kita berusaha memahami hal itu bukan?

Aq dan ko

Sejujurnya di alam realiti, aku lebih suka menggunakan ’aq’ dan’ko’. Aku tahu ramai manusia ayu tidak suka hal-hal itu. Maka perlulah aku menyesuaikan diri dengan manusia yang aku temui. Ada masa kena guna ’ana nti’, ’aq ko’, ’saya awak’.

Benda itu bukan masalah besar kan? Tapi bagi sesetengah manusia mereka memandang serong golongan ’aq ko’ ini. Ada mak ayah yang sampai pukul anak dia sebab cakap ‘aq ko’. Aku tertanya-tanya juga macam mana anak-anak ini akan berhadapan dengan manusia-manusia di luar sana. Tidak pasal-pasal akan ada golongan yang mengatakan bahawa ‘aq ko’ adalah suatu dosa.

Entahlah, aku rasa sebab manusia salah faham maksud akhlaq. Apabila menyebut soal akhlaq, mereka membayangkan kelembutan, keayuan dan yang sewaktu dengannya. Mereka membayangkan insan-insan yang berjalan sampai terlanggar tiang. Sedangkan akhlaq itu luas lagi. Ketegasan adalah akhlaq. Seorang wanita memberikan hujah dan idea adalah akhlaq. (Kadang pelik juga apabila masuk meeting, semua wanita menjadi ayu tiba-tiba.)

Saidina Umar yang suka memberi idea untuk membunuh orang itu tiada akhlaq ke? Rasulullah SAW pun bunuh ramai orang di dalam peperangan, Rasulullah SAW tiada akhlaq ke? Ingat kisah Abu Dujanah dalam peperangan Uhud. Dia jalan dengan sombong. Tapi Rasulullah SAW kata itu adalah akhlaq yang baik semasa dalam peperangan.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (5:54)

Macam tiada kaitan sahaja apa yang aku sebutkan. Cuma aku tidak suka orang mengadili akhlaq dengan hal-hal yang kecil dan remeh temeh. Banyak lagi benda yang termasuk dalam akhlaq. Sopan dan keayuan hanya sebahagian sahaja dari akhlaq. Baguslah anak-anak dididik dengan keayuan dan kesopanan tapi anak-anak perlu juga dididik dengan hakikat realiti. Kalau tak mereka akan mendapat ’heart attack’ apabila berhadapan dengan dunia yang sebenar.

Carbuncle
Carbuncle, sebaceous cyst dan yang sewaktu dengannya dapatlah disimpulkan sebagai bisul oleh orang-orang awam. Aku tidak tahu sebab musabab ramai pelajar perubatan sukakan surgery. Bisul, nanah dan surgery adalah hal-hal yang tidak dapat dipisahkan. Carbuncle adalah bisul yang sangatlah besar. Sekali kamu melihatnya, pasti kamu tidak akan melupakannya. Kadang aku rasa loya setiap kali melihat nanah-nanah yang berjejeran ini tapi aku terpaksa menyembunyikan wajah yang sebenar dari pesakit.

Kenapa loya? Aku rasa masalah aku bukan pasal melihat nanah tapi…

Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (Al-Haaqqah: 36-37)

Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman selain air yang mendidih dan nanah. (An-Naba': 21-25)

Dapat bayangkan tak kalau perlu menelan nanah itu? Baunya, rasanya...arghhh...

Tak perlu telan banyak-banyak itu. Cuba ambil secubit sahaja dan campurkan dalam air sirap atau goreng sekali dengan nasi, mampukah aku untuk menelannya?

Fikir-fikirkan, bayang-bayangkan,..

Saturday, June 06, 2009

Gula getah...

Ingat lagi kisah Nabi Sulaiman? Saya ada menulis kisahnya di sini. Ada masa, bacalah.

Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.(Surah Annaml:28)

Best kan ayat Quran? Allah mesti tekankan hal-hal yang penting. Boleh je Allah ceritakan part Nabi Sulaiman assign burung hud hud untuk campakkan surat tersebut sahaja, tapi kenapa Allah rakamkan juga part Nabi Sulaiman menyuruh burung hud hud beredar dari tempat tersebut? Sebab hal itu sangatlah penting. Kita tidak boleh lama-lama sangat di tempat maksiat, kalau tidak kita pun hanyut juga.

Semalam saat saya mahu ke usrah, seorang housemate bertanyakan soalan, ”Afeera tidak tengok benda-benda lagha ni ke?”

Saya diam dan senyum sahaja dan kemudian beredar. Kerja saya amat banyak. Saya kena prepare untuk usrah, kena tambah ilmu dan macam-macam lagi. Saat bergelar pelajarlah saat terbaik untuk menambah ilmu sebagai persediaan diri. Alhamdulillah atas kesibukan yang Allah kurniakan yang menjauhkan saya dari semua itu. Kalau masa kita tidak digunakan dengan hal yang berfaedah, pasti masa tersebut akan terisi dengan benda-benda yang lagha. Sejujurnya saya masih bermujahadah untuk menolak Jahiliyyah dari kehidupan saya. Adakalanya saya tersungkur juga tapi hal tersebut benar-benar membuatkan saya rasa bersalah.

Bukan senang mahu menulis hal ini tapi sejujurnya ia adalah peringatan buat diri saya juga. Ada satu kisah bagaimana seorang ayah mengadu pada seorang ulama mengenai anaknya yang suka makan coklat. Dia meminta ulama tersebut menasihati anaknya. Ulama tersebut meminta si ayah membawa anaknya pada hari yang lain. Kenapa? Sebab ulama tersebut pun suka makan coklat, dia kena tinggalkan dulu tabiat itu sebelum memberi nasihat pada anak kecil tersebut. Barulah nasihat tersebut akan terkesan. Saya kena betul-betul mujahadah. Moga Allah memberikan kekuatan.
Seorang ukhti pernah berkata bahawa Jahiliyyah ini macam gula getah. Melekit sangat. Susah sangat nak bersihkan. Contohnya kalau kita berjalan-jalan dan terpijak gula getah, susah kan nak bersihkan? Mesti kita lambat nak sampai ke tempat yang dituju sebab nak bersihkan gula getah itu dulu. Gula getah itu mesti menganggu perjalanan. Kita jalan pun macam orang tidak betul.

Macam itu juga dengan jalan dakwah. Kalau ada jahiliyyah yang melekit, mesti lambat kita nak mendaki jalan dakwah ini. Mesti kita lambat sampai kepada matlamat kita. Tapi serius susah sebab jahiliah itu memang satu benda yang sangatlah melekit, yang dah ada dalam diri kita untuk satu jangka masa yang lama. Kena ada azam dan mujahadah yang sangat kukuh. Kena yakin kat Allah yang Allah akan ganti benda itu dengan yang lebih baik.

Di saat saya bersama Jahiliah, saya rasa hati saya sangat susah untuk tersentuh dengan AlQuran. Tapi apabila saya meninggalkan Jahiliah, saya dapat merasai kemanisannya. Kemanisan itu amat sukar untuk diceritakan, but once you feel it, you will always want it. Kalau nak rasa, kenalah mujahadah kan?
Contohnya ada satu gelas sirap. Kita nak isi air kosong dalam gelas itu. Cuba kita tuang air kosong ke atas air sirap dalam gelas itu. Mesti ambil masa yang lama nak tuang air kosong itu sampailah warna air sirap itu hilang. Mesti pakai banyak tenaga, Tapi cuba buang je air sirap itu dan tuang air kosong, kan senang?

Macam itu jugak dengan jahiliyyah. Mana mungkin hidayah Allah bercampur dengan jahiliyyah? Semua itu akan ambil masa yang begitu lama untuk jernih. Tapi cuba buang semua jahiliah itu, mesti kita akan rasa kemanisan hidayah. Hidayah itu akan datang mencurah-curah. Pasti kita akan temui hikmah. (Faham ke? Macam pelik je analogi itu.)

Ya Allah, janganlah Kau palingkan aku dari jalan ini setelah Kau memberikan aku hidayah. Kurniakanlah aku taufiq untuk sentiasa istiqamah.

(Kenapa idea mencurah-curah saat-saat exam ni ye?)

Hilang...


Ayat-ayat dari hadis ke 19 di dalam sususan hadis 40 itu diingatinya. “Rufi’atil aqlam wa jaffatissuhuf”. Pena-pena telah diangkat dan dakwat menjadi kering. Dia sudah tidak mahu menitiskan lagi air mata di atas peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hidupnya. Namun hari ini dia menangis. AlQuran yang sering dibawa bersama telah pun hilang.

Mungkin ada yang menganggap bahawa itu bukanlah hal yang besar tapi tidak bagi dirinya. Dia terlalu menyayangi Quran tersebut. Quran tersebut adalah temannya di kala bahagia dan derita. Quran tersebut bersamanya dalam suka duka perjuangan. Quran tersebut menjadi saksi atas segalanya. Bukan mudah mendapat segala hikmah. Mutiara-mutiara berharga yang diperolehi seakan-akan hilang dalam sekelip mata.

Dia ingat lagi di dalam satu program saat dia melihat Kak Ar menanda Qurannya dengan tag yang berwarna warni. ”Bagusnya kak buat macam itu. Senang nak refer nanti”. Kak Ar terus menghulurkan tag berwarna warni miliknya. Dia rasa malu untuk mengambilnya namun teruja untuk menggunakan tag tersebut. Sejak saat itu, dia menanda Quran dengan tag berwarna warni. Pemberian tag berwarna-warni pemberian Kak Ar masih lagi diselitkan di dalam Quran tersebut.

Jalan ini telah mengajar dirinya bahawa Quran itu lebih berharga dari buku-buku perubatan yang beratus-ratus harganya atau mana-mana buku di dunia ini. Jalan ini telah mengajarnya untuk membawa Quran tersebut kemana-mana sahaja.

Kak S pernah bercerita di dalam satu program bahawa Qurannya hilang di dalam kapal terbang. Saat dia mendengar cerita tersebut, dia tidak mahu nasib yang sama menimpanya kerana dia terlalu menyayangi Quran miliknya. Tapi hari ini Quran tersebut hilang saat jururawat mengalihkan barang miliknya dari bilik seminar.

Dia bertanyakan Allah asbabnya. Seakan-akan bicara seorang ukhti mengenai peperangan Uhud menggamit hatinya.

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" (3:165)

Para sahabat yang hebat ditarbiah juga bertanyakan asbab di sebalik yang terjadi. Mengapa mereka diuji sedangkan mereka berada di jalan kebenaran. Dia juga bertanyakan hal yang sama kepada Allah, mengapa dia ditimpakan dengan ujian ini?

Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:165)

Memang segala yang terjadi adalah kerana kesalahan dirinya sendiri. Mungkin ada riya’ dan ujub saat dia menggunakan Quran tersebut. Mungkin hatinya tidak bersama dengan Quran tersebut sehingga hanya tersedar di rumah bahawa Quran tersebut telah tiada. Mungkin kerana dia terlalu bergantung pada Al Quran tersebut dan tidak menyerahkan seluruh pergantungan pada Allah. Apabila dia melakukan refleksi, dia sedar bahawa segala yang terjadi adalah dari kesilapannya sendiri.

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan , maka kekalahan itu adalah dengan izin (takdir) Allah,(3:166)

Dia bagai tersentak saat membaca ayat tersebut. Meskipun segala yang terjadi adalah kerana kesilapannya sendiri tapi Allah tegaskan padanya bahawa semua yang terjadi tetap berlaku dengan izin (takdir) Allah. Kisah perang Uhud menerpa fikirannya. Bukankah Allah berkuasa memenangkan para sahabat meskipun mereka melakukan kesalahan dan tidak mematuhi arahan Rasulullah SAW? Tapi mengapa Allah masih menguji mereka dengan kekalahan? Mengapa Allah masih memberi mereka ujian? Dia bermuhasabah. Allah berkuasa untuk tidak menghilangkan Quran tersebut tapi mengapa hal itu yang berlaku?

..agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman, dan untuk menguji orang-orang yang munafik..(Ali-Imran:165-167)

Semua ini adalah ujian buatnya. Adakah dia mampu bersabar dengan ujian ini? Sejauh mana dia memahami perjalanan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT? Sejauh mana dia memahami setiap butir kata yang pernah dititipkannya pada insan lain?

Sentuhan Allah begitu hebat. Adakalanya membuatkan dirinya tersentak dan adakalanya merawat dirinya yang bersedih. Dia seakan-akan terasa pujukan Allah.

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(3:139)

Air matanya terus-terusan menitis. Hebatnya Allah memujuknya.

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, (3:140)

Andai peristiwa itu tidak terjadi, mungkin dia tidak akan melakukan refleksi ke atas niatnya. Mungkin dia akan terus-terusan mengumpulkan dosa yang bertimbun. Dia mengimbau kembali peperangan Uhud. Di saat segala yang terjadi seakan-akan kerugian buat para tentera Islam, tetapi Al Quran memberi sentuhan yang berbeza. Di sebalik ujian, ada yang lebih hebat yang Allah sediakan. Kekalahan yang dilihat dari kaca mata manusia tidak dilihat sebagai kekalahan. Mereka gugur syahid. Apakah ada pengiktirafan yang lebih besar berbanding syahid di jalan Allah? Itulah ganjaran yang Allah berikan di sebalik ujian.

..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.(3:141-142)

Dia mengadu pada Allah. Dia tersedar bahawa semua ini adalah ujian buat dirinya. Adakah dia masih mampu bersabar?

Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul yang ada diantara kamu yang lain memanggil kamu (dari kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lain telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah.(3:153-154)

Air matanya tidak henti-henti tumpah saat membaca ayat tersebut. Allah sedang mengujinya dengan ujian-ujian yang tiada henti agar suatu masa nanti dia tidak akan bersedih hati lagi dengan sebarang kehilangan. Pasti ada sinar mentari di sebalik hujan yang menitis.
There was an error in this gadget