Wednesday, January 28, 2009

Deja vu..

Sering saya tertanya-tanya misteri deja vu, hikmah dan ilham yang hadir dalam kehidupan saya. Terlalu banyak rahsia dan misteri yang sukar saya khabarkan. Allah sahaja yang mengerti segala rahsia.

Ayat ini pernah saya hadami saat mendengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan dan hal itu telah lama berlalu. Dalam seminggu dua ini, ayat ini bermain-main kembali di fikiran.

“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam:25)

Ayat ini menceritakan mengenai sunnatullah. Pohon tamar tidak akan jatuh dengan sendirinya. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Saya memotivasikan diri dengan ayat ini saat melalui kesukaran.

Ayat ini kembali pada saya semalam dengan satu cara yang amat cantik sehinggakan saya menangis. Saya merasakan kejadian itu sebagai misteri. Betapa Allah mengerti rahsia hati. Allah mendengar bicara hati.

Ayat Quran sering memberi khabar dan rasa yang berbeza saat menghadamnya buat kali yang kedua dan seterusnya.

”(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam: 23-25)

Kamu pernah melihat pohon tamar?
Seorang peninju yang handal juga mungkin mengalami kesukaran untuk menggoncangkan pohon tamar. Kamu tahu bila saatnya Allah meminta Maryam menggoncangkan pohon tamar tersebut? Di saat kesakitan yang terlalu dahsyat untuk melahirkan anak. Di saat dia dalam keadaan yang sangat lemah. Di saat dia dalam kemuncak kesakitannya. Mengapa? Allah mahu mengajarkan sesuatu. Allah membantu Maryam setelah dia melakukan tanggungjawabnya sebagai manusia. Pertolongan Allah ada. Boleh sahaja buah tamar itu turun seperti magic tapi Allah mengajar manusia bahawa mereka perlu melakukan urusan mereka terlebih dahulu dan kemudian pertolonganNya akan tiba. Allah membantunya. Inilah yang diajar oleh Islam.

Di satu sudut yang lain, kisah ibu nabi Musa juga meruntun hati saya. Di saat Firaun merancang untuk membunuh setiap anak lelaki bani Israel, Allah juga merancang dengan perancangan yang sangat hebat. Di dalam spesifik tempoh masa tersebut, Allah mentakdirkan ibu nabi Musa mengandung. Meskipun perisikan Firaun begitu hebat, namun kuasa Allah menyebabkan kandungan tersebut berjaya dirahsiakan sehingga kepada kelahiran nabi Musa. Ibu tersebut barangkali boleh merahsiakan kandungannya, tapi bagaimana mahu merahsiakan anak yang telah dilahirkan itu?

Allah memberi ilham padanya. Apa yang Allah khabarkan padanya?

”Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut;...” (Surah Al Qasas:7)

Sekiranya dia bimbang, Allah memintanya menghanyutkan bayi tersebut ke laut.

Laut apa? Laut Nil. Pernah kamu melihatnya? Saya kongsikan sebuah video mengenai Laut Nil ini. Kamu boleh sahaja melihat discovery berkenaan Mystery of Nile River dalam 11 siri di youtube untuk merasai kisah ini.



Setelah kamu menonton video ini, cuba ajukan sedikit persoalan pada diri. Seandainya kamu adalah seorang ibu, mampukah kamu melakukannya? Mampukah kamu menghanyutkan anak yang kamu sayangi dalam lautan yang bergelora itu, yang dikenali sebagai ”the world's greatest and most deadly river”? Adakah kamu berupaya melakukannya?

Walau seselamat mana sebuah peti, amat sukar untuk memastikan keselamatan si bayi terjaga kerana lautan tersebut sungguh menggerunkan. Amat sukar bagi seorang dewasa yang gagah untuk merentas lautan itu, inikan pula seorang bayi yang mulus.

Bagaimana mungkin ibu nabi Musa bersetuju untuk menghanyutkan anak yang disayanginya dengan tangannya sendiri?

Apa yang Allah janjikan padanya?

”....dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.” (Surah Al Qasas:7)

Allah memberi dua janji kepada ibu nabi Musa. Pertamanya, bayi tersebut akan dipulangkan padanya pada suatu hari dan keduanya bayi tersebut akan menjadi utusan Allah. Inilah janji Allah pada ibu Nabi Musa. Perjanjian ini tiada tandatangan, tiada bukti. Semuanya berdasarkan ilham yang Allah kurniakan pada ibu ini tadi (wa auhaina).

Janji Allah kepada ibu nabi Musa adalah seperti janjinya pada kita.

Dan persoalan yang disebutkan di awal tadi, bagaimana seorang ibu yang begitu mengasihi anaknya boleh pergi menghampiri Laut Nil, melihat sendiri kerakusan Laut Nil dan kemudian menghanyutkan bayi tersebut dengan tangannya?

Apa yang cuba ayat ini buktikan kepada kita? Ibu Nabi Musa memiliki iman yang terlalu mantap. Apa yang dilakukannya adalah bukti dan testimoni keimanannya kepada Allah. Inilah bukti ’yaqin’ (conviction). Ini adalah janji Allah dan ia akan berlaku. Tiada keraguan padanya. Dia sanggup mengenepikan perasaan keibuannya dan melihat sendiri anaknya hanyut dibawa Laut Nil yang bergelora. Dia percaya pada janji Allah.

Apa yang terjadi kepada Nabi Musa? Ibu Nabi Musa meminta saudara perempuan Musa mengikuti peti tersebut. Dari semua tempat yang ada di Mesir, peti tersebut menghala ke istana Firaun.

Cuba fikirkan seketika, mengapa ibu Nabi Musa sanggup menghanyutkan bayinya? Untuk melarikan bayinya dari siapa? Semata-mata untuk melarikan bayinya itu dari Firaun. Tapi Allah mentakdirkan bayi tersebut menuju kepada Firaun. Di saat Allah menjanjikan bayinya akan selamat, segala yang dilihatnya seakan-akan bertentangan dengan janji tersebut. Apa perasaanya saat itu? Dia mula berasa goyah dengan janji Allah saat melihat bayinya diambil oleh tentera-tentera Firaun. Inilah ujian Allah buat ibu nabi Musa. Ini adalah ujian yang sangat hebat dan dia nyaris gagal dalam ujian tersebut. Bukan gagal dalam iman, tetapi dia seakan gagal untuk merahsiakan mengenai anaknya. Dia mahu memberitahu mengenai hakikat anaknya kepada Firaun. Dia mahu merayu kepada Firaun agar memulangkan bayinya semula.

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah). (Surah Qasas:10)

Tapi Allah menguatkan hatinya agar dia tetap menjadi orang yang beriman. Bagaimana Allah boleh intervene dan menguatkan hati ibu ini tadi di dalam spesifik waktu itu? Bagaimana Allah miraculously menguatkan hati ibu nabi Musa? Dalam keadaan yang normal, tanpa bantuan Allah, nescaya ibu tadi akan berputus asa dan membongkarkan segala rahsia dan seterusnya Nabi Musa akan dibunuh.

Mengapa Allah menguatkan hatinya? Sebab dia telah percaya pada janji Allah dan mengambil langkah pertama untuk mendekati Allah dan sudah pasti Allah akan mengambil jutaan langkah untuk mendekatinya. Bukankah di dalam satu hadis Qudsi, Allah memberitahu bahawa sekiranya kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari kepada kita? Bukankah selangkah kita melangkah kepada Allah, seribu langkah Allah akan mendekati kita? Allah hanya mahu kita mengambil langkah pertama dan insya Allah urusan seterusnya akan berada di tanganNya.

Sesiapa yang menginginkan cahaya petunjuk Allah, nescaya Allah akan menuntuninya. Kita yang harus mencarinya. Kita yang perlu mengambil langkah pertama.

Saya tinggalkan dulu catitan ini. Masih banyak yang ingin dibicarakan, insya Allah mungkin di dalam kesempatan yang lain. Allahu A’lam. Moga kita sama-sama dapat mengorak langkah pertama untuk mendekati Allah.

Tuesday, January 27, 2009

Keliru...

Baru-baru ini saat saya turun di satu stesen bas, saya melihat pasangan remaja Muslim yang sedang berbaring-baring di atas kerusi. Kemudiannya si gadis sudah mula mahu melucutkan seluarnya. Saya agak tergamam saat itu. Saya mula tertanya-tanya, adakah saya berada di Amerika Syarikat atau Malaysia? Nauzubillah... Saya berkira-kira mahu menegur namun saat membelek AlQuran untuk meminta fatwa, saya kira Allah lebih mahu saya memelihara diri sendiri terlebih dahulu pastinya.

"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya." (Surah Al Furqan:72)

Saya pergi dengan rasa yang begitu sedih dan mendidih.

Di satu sudut yang lain, baru-baru ini juga, saya menegur teman yang sedang mahsyuk bercinta. Saya rasa terkilan sangat kerana si gadis adalah ahli usrah. Saat saya menegur, si teruna berkata, "Biarlah". Saya katakan padanya bahawa Islam tidak mengajar saya untuk membiarkan semua ini.

Dan setiap kali mereka bertemu saya, mereka menunjukkan aksi yang berlebih-lebihan seolah-olah mahu mencabar saya. Masya Allah, mereka bukan mencabar saya tetapi sebaliknya mencabar Allah.

Entahlah, kerisauan saya lebih pada kaum sejenis. Si teruna akan pergi setelah merampas segala madu, namun si gadis yang akan menderita akhirnya.

Di saat Zaid, adik lelaki saya mahu ke matrikulasi, saya memberitahu semua kelemahan wanita padanya. Saya katakan pada Zaid bahawa hati wanita cukup mudah tersentuh. Sesuatu yang dianggap biasa oleh lelaki, mungkin tidak bagi wanita. Cukuplah hatta ucapan salam juga menggoncangkan jiwa seorang wanita. Saya katakan pada Zaid semua itu dengan tangisan. Saya ceritakan betapa lemahnya seorang wanita untuk menepis kata-kata lelaki.

Tapi di akhirnya saya memberitahu Zaid, seandainya setelah dia mengetahui semua ini tapi masih cuba mempermainkan hati wanita, ingatlah bahawa Allah Maha Melihat. Seandainya dia tidak mampu menghormati kawan-kawan wanitanya, ingatlah bahawa lelaki lain tidak akan sesekali menghormati akak dan adik perempuannya. Ingatlah mengenai saudara perempuannya, nescaya dia tidak akan mengganggu wanita lain.

Saya katakan pada Zaid, adalah lebih baik menyakitkan hati perempuan dari awal daripada membiarkan wanita tersebut merana setelah dia bermain kata. Saya benci lelaki yang bermain kata.

Di satu sudut yang lain, saya melihat perkahwinan adalah solusi bagi semua perkara. Baca sahaja kisah Prof Dr Muhaya yang tidak asing lagi dalam dunia perubatan. Baru-baru ini saya mendengar ceramahnya. Dia berkahwin sewaktu berada di tahun dua pengajian dan pada tahun tersebut dia menjadi pelajar terbaik. Majlis hanya dilakukan selepas tamat pengajian. Malah dia berkata mahar perkahwinan bagi anak gadisnya adalah terlalu murah. Alangkah bagusnya seandainya semua ibu bapa adalah begitu.

Pada saya, seandainya kamu sudah mempunyai kekasih hati, berkahwinlah. Namun bagi yang masih belum mempunyai mana-mana kekasih hati, bersabarlah dan fokus pada pengajian.

Cinta mampu memercu manusia untuk lebih berjaya, tetapi cinta juga mampu membawa kemusnahan yang tidak terkira. Kitalah yang perlu memilihnya.

Saya ceritakan semua ini kerana sedih melihat kenistaan remaja yang tersungkur kerana cinta. Saya tinggalkan catatan ini dengan rakaman AlKuliah mengenai cinta ini yang saya kira amatlah baik untuk dikongsikan bersama. Saya tinggalkan juga entri ini dengan link untuk mendownload buku Cinta Di Rumah Hassan Al Banna.

Jadilah seperti anak-anak Palestina yang mencari cinta yang memercu mereka kepada Allah. Usah keliru!




Al Kuliyyah January 16 2009 from prince_87 on Vimeo.

Thursday, January 22, 2009

Lupa ke?

Kamu ingat Palestin lagi? Atau kamu sudah terlupa?

Palestin adalah aqidah. Kamu tidak boleh melupakannya sama sekali! Sekiranya kamu beriman kepada Allah, tidak ada pilihan lain bagi kamu. Kamu perlu berjuang demi AlQuds.

Tadi kawan non muslim saya bertanya sambil menunjukkan layar komputer, “Ummu kenal tak siapa ini?"

”Kenal. She died for Palestine. I respect her a lot. She was not a Muslim but she died for Palestine”.

“Yeah. It’s all about human’s right”.

“Kamu pernah jumpa mana-mana remaja Malaysia sematang dia yang sanggup buat semua itu?” tanya saya.

Kawan non Muslim saya pun setuju bahawa amat sukar mencari mana-mana remaja di Malaysia ini yang sematang Rachel. Kawan-kawan saya pun ramai sahaja yang tua tapi sering menjadi mangsa buli saya. Majoriti dari mereka akan berfikir sekitar kehidupan mereka sahaja. Mahu kahwin dengan siapa, anak rupa macam mana, cerita filem terbaru, lagu-lagu terhangat dan hal lainnya menjadi topik perbincangan. Jarang isu kemanusiaan atau hal ehwal dunia berlegar di minda.

Rachel Corrie nama gadis tersebut. Saya teringin mahu bertemunya meskipun saya tahu dia telah mati. Banyak persoalan yang ingin saya ajukan padanya. Kawan non muslim saya telah mengingatkan saya padanya dan sepanjang dia membaca artikel berkenaan Rachel Corrie, tak sudah-sudah mulutnya menyebut, ”Giler la perempuan ini”. Memang gila. Dia sanggup mati demi kebenaran.
Antara saya dan Rachel ada sedikit persamaan. Tarikh lahir kami sama, 10 April. Entahlah. Dia sudah pergi. Bilakah saatnya saya pula akan menyahut panggilan ilahi? Bilakah saatnya cita-cita saya untuk bergelar Assyahidah Prof Dr Ummu Afeera Zainulabid akan terealisasi? Pangkat Dr pun belum ada. Apatah lagi Prof mahupun Asyyahidah. Tapi benar kata-kata motivasi yang saya dengar baru-baru ini. Kita pada hari ini adalah apa yang kita fikirkan 10 tahun lalu.

Cita-cita saya jauh. Ada mahar yang perlu dibayar untuk sebuah cita-cita. Bangkit semula Afeera! Kamu boleh melakukannya.

Ada tanggungjawab besar menanti saya Ahad ini. Doakan saya!

Gambar-gambar yang melibatkan pembunuhan Rachel Corrie boleh dilihat di sini. Kisah ini berlaku 6 tahun yang lalu. Dia telah menjadi sejarah. Kita? Ya, akan tiba saatnya kita juga akan menjadi sejarah.

Tuesday, January 20, 2009

Allah ada...

Malunya saya kerana masih tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh murabbi. Saya perlu menyiapkan mindmap buku Bagaimana Menyentuh Hati tulisan Abbas Assisi hari ini, tapi saya gagal menyelesaikannya. Saya tidak mahu menganaktirikan urusan tarbiah tapi urusan akademik meragut masa yang perlu diberikan pada urusan tarbiah. Saya terlalu memerlukan masa. Buku tersebut pula saya kira terlalu menyentuh hati. Terlalu sukar bagi saya untuk membuat mindmap kerana setiap baris terlalu penting dan berharga.

Ada lagi tugasan yang diberikan murabbi. Setiap minggu saya perlu menulis mengenai satu ayat Quran yang menyentuh hati. Alhamdulillah, tugasan tersebut saya kira sebagai peluang untuk meng’update’ blog secara tidak langsung.

Mungkin kerana ujian yang datang bertimpa dan merasai hakikat kelemahan diri, saya benar-benar tersentuh dengan Surah AlMumtahanah yang mana pernah saya baca kisahnya di blog seseorang.

Di dalam posting ini, saya kehilangan diri sendiri sebenarnya. Saya gagal menjadi sahabat yang baik. Saat seorang sahabat mengirim mesej, saya kesempitan masa untuk membalas mesej tersebut. Akhirnya saya tahu dia sakit. Masya Allah, apabila saya menghubunginya, dia memberitahu bahawa dia terlalu sakit. Terasa lemah seketika saat mendengar semua itu. Dia meminta saya mendoakan agar penyakit beliau tidak membebani keluarganya. Saya benar-benar sedih dengan kealpaan saya sebagai sahabat.

Di dalam posting ini juga, saya gagal menjadi anak yang baik. Saya terlalu menyesakkan ibu dan ayah dengan masalah sendiri. Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya. Itu sahaja yang saya pinta. Saya juga gagal menjadi akak yang baik buat adik-adik saya.

Di dalam posting ini juga, saya bergaduh dengan dua orang budak lelaki. Saya gagal mengatasi tekanan yang datang. Saya terasa gagal menjadi seorang individu Muslim di dalam posting ini.

Kelemahan-kelemahan tersebut menjadi sebab musabab mengapa Surah AlMumtahanah menyentuh hati saya. Asbabun Nuzul ayat 1-9 surah ini adalah berkenaan kisah Hatib bin Abi Balta’ah. Dia adalah seorang muhajirin dan juga merupakan ahli Badar. Pelan pembukaan kota Mekah dirancang saat itu. Rasulullah SAW memberitahu keputusan tersebut hanya kepada beberapa orang sahabat yang terpilih dan salah seorang darinya adalah Hatib.

Hatib menjadi serba tidak kena apabila mendengar perkhabaran tersebut. Dia memikirkan keselamatan keluarga dan harta benda yang ditinggalkan di Mekah semasa berhijrah. Lebih-lebih lagi Hatib dan keluarganya adalah pendatang di Kota Mekah dahulu. Tiada siapa yang boleh melindungi keluarga dan hartanya di Mekah andai tentera Muslimin memasuki kota tersebut nanti.

Hatib nekad menulis surat kepada musyrikin Mekah untuk memberitahu kedatangan tentera Muslimin. Harapannya, moga kaum mustrikin Mekah akan mengenang jasanya itu dan melindungi keluarga dan harta bendanya sebagai balasan. Surat itu dikirim untuk dibawa oleh seorang perempuan musyrik yang datang meminta bantuan di Madinah yang kemudiannya akan berangkat menuju ke Mekah.

Perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW mengenai rancangan Hatib tersebut, lantas Rasulullah memerintahkan beberapa sahabat untuk menghalang perempuan musyrik tersebut, dan merampas surat tersebut. Terbukti Hatib bersalah lalu beliau dibawa berjumpa Rasulullah.

Seperti biasa, Saidina Umar dengan ganasnya berkata, “Hatib telah mengkhianati kita! Biar aku penggal saja lehernya!” Rasulullah dengan tenangnya bertanya Hatib sebab musabab dia berbuat begitu. Hatib pun berkata sepertimana yang disebut dalam tafsir Fi Zilalil Quran tulisan Syed Qutb, “Demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan saya harap dengan budi ini Allah melindungi keluarga dan harta benda saya di sana, kerana tiada seorang pun dari sahabat-sahabat anda melainkan semuanya masing-masing ada anak buahnya, dan dengan perantaraan mereka Allah melindungi keluarga dan harta benda mereka di sana.”

Rasulullah membenarkan kata-kata Hatib dan melarang sahabat berkata apa-apa melainkan yang baik sahaja. Saidina Umar tetap berkeras mahu memenggal kepala Hatib, tapi Rasulullah bertanya kembali kepada Saidina Umar, “Bukankah dia ahli Badar?” Saidina Umar menjawab, “Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli Badar.” Kemudian Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat betapa Allah seolah-olah telah berkata kepada para ahli Badar, “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya syurga telah ditetapkan untuk kamu atau sesungguhnya dosa-dosa kamu telah diampunkan Allah.”

Lalu bergenang air mata Saidina Umar dan dia berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Masya Allah, membaca kisah ini menyebabkan butir-butir air mata mengalir deras. Terlalu hebat tarbiah Allah buat hamba-hambaNya yang beriman. Terlalu dekat kisah ini dengan saya saat ini.

Hatib terpilih sebagai salah seorang dari hanya segelintir sahabat yang dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mendengar mengenai rancangan pembukaan kota Mekah. Masakan Allah dan rasulNya tidak tahu bahawa rahsia tersebut akan dibocorkan oleh Hatib. Allah Maha Mengetahui. Tapi Allah merancang dengan perancangan yang terlalu hebat. Allah mahu insiden tersebut berlaku dan dengan peristiwa tersebut menjadi tarbiyyah buat para sahabat.

Hatib sendiri merupakan ahli Badar. Allah menjanjikan syurga dan mengampunkan dosa setiap ahli Badar. Darjat ahli Badar terlalu tinggi kerana iman mereka bukan calang-calang. Tapi Allah menunjukkan betapa hebat pun seseorang itu, ada masa dan ketikanya, dia akan tewas dengan benda-benda yang amat dekat di hatinya. Allah menjadikan semua itu fitrah kepada manusia yang merupakan makhluk yang tidak sempurna. Allah menjadikan semua itu bukan bertujuan agar orang lain merendahkan kedudukan insan tersebut tapi untuk saling memahami dan menyokong sesama insan. Tidak semua insan sempurna. Kekuatan dan kelemahan setiap manusia adalah berbeza.

Kata-kata yang diucapkan Hatib juga benar-benar membuktikan keimanannya. Hatib sedar bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi perlindungan. Kaum keluarga dan sahabat hanyalah perantaraan kepada perlindungan yang hakikatnya datang dari Allah. Masya Allah, kata-kata tersebut menggoncang hati mereka yang mahu memikirkan.

Dalam kisah ini juga, kita melihat betapa hebatnya ketenangan Rasulullah SAW menghadapi detik-detik tersebut. Rasulullah SAW berlapang dada dengan kelemahan-kelemahan tersebut. Setiap insan akan lemah saat berhadapan dengan sesuatu yang terlalu dekat di hatinya. Sejauh mana kita berlapang dada saat melihat sahabat-sahabat kita berkeadaan begitu? Sejauh mana kita berbaik sangka?

Masya Allah, kisah di dalam surah ini terlalu akrab dengan saya. Allah terlalu memahami setiap detik yang saya lalui. Ya, saya melalui tarbiah namun adakalanya saya terlalu lemah. Bicara Allah menerusi petunjukNya benar-benar menyentuh hati saya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kelemahan dan kekuatan saya. Allah, Dia sentiasa ada bersama saya. Allah ada, Allah ada dan Allah sentiasa ada bersama saya.

Monday, January 19, 2009

Masa...

Boleh saya ajak kamu berbicara seketika? Satu luahan hati yang tidak pernah terluah di mulut.

Setiap kali saya melihat kamu, saya ingin sekali membeli masa kamu. Boleh ke?

Saya ingin membeli masa kamu yang kamu gunakan untuk menonton drama Korea.

Saya ingin membeli masa kamu yang kamu gunakan untuk menonton rancangan hiburan.

Saya ingin membeli masa kamu yang kamu gunakan untuk menyanyi lagu yang melalaikan.

Tapi mustahil bukan? Masa adalah satu perkara yang tidak mampu dibeli meskipun saya seorang jutawan.

Saya ketandusan masa. Masa yang ada pada saya kian negatif. Kata teman, blog saya sentiasa ter’update’. Kata teman, saya sering di hadapan jaringan laptop. Zahir yang terbentang sukar mengungkapkan segala yang tersirat. Saya menulis di sini dengan mencuri setiap hak-hak yang sepatutnya saya berikan pada diri sendiri.

Kebanyakan tugasan yang ada memerlukan saya menggunakan laptop. Lebih-lebih lagi posting ini. Laporan dan data terlalu bertimbun untuk disudahkan.

Posting ini juga benar-benar menguji saya. Penat. Terlalu penat. Semalam saya terlanggar kereta teman. Kemek sedikit. Minggu lepas nyaris kemalangan di jalan kampung. Tidur pada pukur 3 pagi hampir setiap hari benar-benar merampas hak-hak yang perlu saya beri pada tubuh. Namun Allah masih memberi saya peluang untuk bernyawa saat ini.

Pagi tadi saya nyaris membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian. Teman saya meminta saya bersabar. Lagi tiga minggu. Penat saya sukar saya gambarkan. Setiap dari kami sudah mula merindui diri kami sendiri.

Saya? Saya rindukan diri saya. Tapi saya tahu saya tidak akan menemukan diri saya lagi. Kerja-kerja dakwah dan tarbiah kian bertambah. Mungkin blog ini juga akan terus sepi. Dulu murabbi saya pernah mengungkapkan bahawa seseorang itu tidak akan dipanggil ‘akh’ atau ‘ukht’ selagi mana dia tidak membawa usrah. Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya satu kumpulan usrah di Shah Alam.

Dulu saya punya masa hatta untuk melipat pakaian saya menggunakan buku untuk memastikan susunan baju begitu rata, kini semua itu telah hilang. Benar kata prof, berada di jalan perjuangan ini membuatkan kehidupan kita bukan milik kita lagi.

Ibu perasan sesuatu. Katanya, saya sudah tidak dapat memahami diri saya sendiri. Ungkapan yang terlalu jujur barangkali. Maafkan saya andai saya selalu meluahkan rasa. Keluarga selalunya menjadi sasaran tempat saya meluahkan rasa. Mereka tahu kelemahan saya. Dan Allah Maha Mengetahui semua itu.

Jadual harian saya tidak dapat saya ceritakan. Ada rahsia dalam setiap perkara. Ada yang tidak pernah tahu rahsia-rahsia itu dan mengungkapkan bahawa saya memanjakan diri. Ada yang mengatakan bahawa saya hidup dalam bayangan dan bukan realiti. Lantas mudah bicara saya. Allah dan rasulNya menjadi saksi. Saya tidak memerlukan saksi lain selain Allah dan rasulNya!

Saya tidak pernah dapat membeli masa kamu, tapi mungkin saya akan dapat memanipulasikan kamu untuk bekerja di jalan ini. Seandainya kamu memahami tuntutan syahadah yang kamu ucapkan saban waktu, kamu akan mula memahami kehidupan saya.

Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat. Allah sendiri bersumpah dengan masa. Fahamkah kamu akan hakikat semua itu? Saya tinggalkan kamu dengan video ini..

Monday, January 12, 2009

Khaibar...



Penting ke tarbiah? Amatlah penting. Sepanjang saya ditarbiah, ada beberapa kata-kata yang mendidik saya mengenai kepentingan usrah dan tarbiah.

“Kalau dengan pergi demo, kamu tidak boleh nak hadir usrah, jangan pergi demo!”


“Kamu perlu datang usrah dengan apa jua cara pun walaupun kamu tiba di 10 minit terakhir usrah!”.

“Kalau kamu tidak datang usrah, kami tahu bahawa kamu sudah mati’. Maksudnya selagi tidak mati, kena datang usrah.

Benarlah. Kalau bukan mati fizikal, roh-roh yang ada telah lama mati tanpa tarbiah.

Perit rasanya membaca kisah Palestina hari ini. Benar kata makcik naqibah saya. Memang mereka yang syahid itu akan dimasukkan ke dalam syurga Allah. Tapi sebelum syahid, mereka berdepan dengan kematian yang menyakitkan. Itulah jihad mereka. Tidak ke kita berasa malu dengan mereka di saat kita tidak mampu berjihad dalam medan tarbiah dan dakwah?

Saya rasa terharu sekali membaca entri Ustaz Halim berkenaan demo di Shah Alam. Demo itu benar-benar menggoncangkan semangat saya. Biddam! Birruh! Nafdiki Ya Aqsa!

Antara bicara ustaz yang begitu menyentuh hati :

« Mengharukan. Saya tak menyangka foto seorang yang telah dibom oleh Yahudi, Asy-Syahid Dr Abd Aziz Rantisi, Ketua Umum HAMAS, yang telah dikebumikan, dijulang di Malaysia pagi itu. “Jangan kamu menyangka orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai mati. Bahkan mereka hidup diberi rezeki disisi Tuhan mereka …” (Al-Quran). Bahkan mereka terus hidup di hati umat Islam di seluruh dunia. Bahkan syahidnya mereka menghidupkan lebih ramai jiwa-jiwa yang sebelum itu leka dan lena. »

Ya Allah, kalau satu hari nanti tiba saatnya perpisahan saya dengan dunia, izinkan saya untuk terus hidup dalam hati ummah.

Demo di Shah Alam itu benar-benar mencatat sejarah. Bicara ustaz Mujahid Yusuf Rawa, “Kita tidak memerlukan permit untuk menyelamatkan Palestin. Allah telah memberi lesen besar untuk menyelamatkan Palestin”.

Saya benar-benar memerlukan masa saat ini. Banyak yang ingin dicoretkan namun masa terlalu mencemburui.

Kaji semula sejarah perang Khaibar!

Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud..

Video-video rapat umum boleh ditonton di Youtube.

Sunday, January 11, 2009

Entahlah...

Saya cuma manusia biasa. Saya BUKAN manusia luar biasa. Kudrat saya terlalu terbatas. Saya tidak pernah mampu memenuhi hak-hak kamu.

Apabila hak-hak saya sebagai manusia biasa dinafikan, maka akhirnya saya menjadi bukan manusia lagi. Saya hilang pertimbangan.

Pernah saya bertanya pada sahabat, “Bagaimana caranya mahu memahamkan manusia lain keadaan sendiri?”

Katanya, ‘Tidak perlu susahkan diri sendiri nak fahamkan orang lain pasal diri kita. Allah tahu yang terbaik tentang kita dan untuk kita. Itu sudah cukup. Kita tidak hidup untuk mana-mana manusia di dunia ini. Kita bukan milik mereka, hatta mak ayah kita sekalipun. Kita milikan Allah. Jangan lupa itu.”

Ya, mustahil untuk saya memahamkan kamu bahawa saya HANYA manusia biasa. Penat saya, sakit saya, lemah saya, letih saya, marah saya dan semua tentang saya tidak mungkin ada yang faham.

Friday, January 09, 2009

Secebis gambar berbicara...

Gambar-gambar inilah yang merobek hati saya dengan sebenarnya semasa sesi berkenaan Palestin di Putrajaya.

Cuba renungkan seketika. Bagaimana agaknya perasaan kita di saat ibu dibunuh di hadapan mata?

Bagaimana agaknya perasaan kita di saat ibu sedang naza' di bangkuan kita?
Ibu sedang berbicara dengan perlahan.
Ibu sedang cuba menuturkan kalimahnya yang terakhir. Apa agaknya yang cuba dituturkan oleh ibu tersebut?
Dan akhirnya ibu pergi meninggalkan kita.
Bagaimana rasanya perasaan itu, wahai saudaraku? Dapat kau bayangkan rasa trauma itu menimpamu?

Wednesday, January 07, 2009

Percaya...

Tulisan-tulisan sebelum ini sebenarnya adalah untuk merawat kesedihan sendiri. Menatap kisah Palestina menyebabkan butir-butir air mata sentiasa gugur. Berulang kali saya akan mengatakan pada diri sendiri, jangan bersedih! Mereka telah berada di syurga!

Semalam saya mula merasakan makna dakwah itu sendiri. Sememangnya tidak mudah. Berbicara tentang Palestina di hadapan mereka yang sememangnya tidak mahu mengambil peduli merupakan sesuatu yang membunuh saya. Seribu satu persoalan menerpa fikiran. Adakah Palestina tiada di hati saya sehingga saya gagal menyentuh hati insan lain mengenai Palestina? Saya penuh dosa dan saya gagal menyentuh hati kamu. Tapi mengapa video Palestina itu juga kamu pandang sepi? Mengapa wajah kanak-kanak tersebut tidak sedikitpun menyedarkan kamu keperitan di sana?

Moga Allah mengurniakan kamu taufiq dan hidayahNya…


MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Ada yang bertanya mengenai entri sebelum ini. Apa maknanya Al Qudrah ‘ala ba’sin syadid (kemampuan untuk memiliki, menguasai dan mempergunakan daya kekuatan yang besar) ? Adakah ia hanya merujuk kepada ketenteraan ?

Sebenarnya semua ilmu yang dikuasai Barat. Andai Barat menguasai ilmu ketenteraan, kita juga perlu menguasainya. Kita perlu menjadi yang terbaik. Murabbi saya menceritakan mengenai kisah sahabat. Mereka memiliki kepakaran yang terbaik di zaman mereka. Mereka memanah dengan tepat. Dan bukan itu sahaja, mereka tahu cara memanah dengan tepat semasa menunggang kuda. Mereka menang kerana mereka adalah insan yang terbaik di antara mereka.

Satu soalan yang membunuh saya – “Tapi boleh ke?” Semasa saya diberitahu oleh murabbi, saya meminta dalil darinya kerana saya mahu beriman dengan sepenuhnya apa yang saya pelajari. Tapi murabbi tidak mahu memberitahu sebaliknya menggalakkan kami untuk mencarinya sendiri.

Saya mencari kerana mahu beriman dengan sepenuhnya. Dan setelah saya bertemu dalilnya, saya beriman sepenuhnya. Saya tidak mengatakannya mudah. Terlalu sukar pastinya tapi izinkan saya menceritakan kembali serba sedikit kisah pembukaan Constantinople.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Mereka beriman sepenuhnya dengan apa yang mereka perolehi. Sukar ke bagi kalian untuk beriman?

Kenal Abu Ayub Al Ansary? Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Berapa umur dia waktu itu? Menjangkau 80 tahun. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di dinding kubu Kota Constantinople maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Selepas 800 tahun, baru hadis tersebut direalisasikan. Tapi kerana berimannya para sahabat dan generasi seterusnya, mereka terus berusaha. Nampak macam tidak masuk akal umur 80 tahun masih mahu berperang, tapi sahabat sentiasa bermotivasi kerana iman mereka.

Saya seorang pesakit dan saya melihat realiti hakikat penyakit saya melalui kehidupan pesakit lain. Kalau saya nak berhenti belajar dalam bidang perubatan ini, sudah lama saya berhenti kerana saya tidak cukup kuat untuk meneruskan pengajian. Saya tidak perlu membazir hampir RM 300 000 untuk pengajian. Umur saya mungkin pendek. Tapi saya yakin Allah memilih saya dan Allah akan bersama dalam perjalanan hidup ini. Dengan semua ini, saya masih bercita-cita untuk menyambung pengajian saya kelak dalam bidang mikrobiologi. Saya nak hasilkan bio-weapon yang akan menghancurkan Israel. Saya masih bercita-cita. Saya tidak mahu mati kerana penyakit ini. Saya mahu mati dalam perjuangan. Orang yang mati tanpa niat untuk berjihad, matinya dia adalah sebagai munafiq.

Mengapa saya menulis semua ini? Saya mungkin tidak punya anak, tapi kamu akan memiliki anak, Saya tidak kuat tapi kamu masih lagi kuat. Kalau saya sudah tiada, kamulah yang akan menyambung perjuangan ini.

Sepertimana ibu-ibu tentera Zionis menanam pemikiran kitab Talmud dalam diri anak-anak mereka, kamulah yang akan menanam pemikiran AlQuran dalam diri anak-anak kamu. Di saat ibu-ibu di sana memberi kefahaman bahawa anak-anak gentiles (bukan Yahudi) adalah binatang sehingga boleh dibunuh sesuka hati, kamulah yang akan menanam dalam pemikiran anak-anak kamu mengenai generasi Ibadan lana agar mereka bersedia untuk menghancurkan Zionis laknatullah.

Apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan.

Mereka menanam pemikiran ini dalam diri anak-anak mereka. Mengapa tidak kamu mengkhabarkan berita-berita kemenangan di dalam AlQuran kepada anak-anak kamu ?

Kamulah harapan saya. Perjuangan ini panjang. Meskipun saya merasakan diri saya tidak layak untuk menjadi sebahagian dari golongan Ibadan lana, saya masih memohon pada Allah agar memasukkan saya dalam golongan tersebut.

Sejarah adalah perkara ghaib. Kemenangan Islam adalah perkara ghaib. Kita mencari untuk percaya dan berusaha untuk merealisasikan apa yang kita percaya.

Saturday, January 03, 2009

Tersentak, tersentak dan tersentak...

Semalam aku tidak berapa sihat. Tapi jujur aku katakan saat aku duduk bersama dengan Islam, kesakitan yang datang hilang entah ke mana. Islam memberi aku kekuatan yang tidak mampu aku ceritakan.

Semalam aku mula merasai keseriusan urusan tarbiah yang aku lalui. Murabbiku kali ini nyata berbeza namun aku merasakan semangat yang luar biasa. Aku mahu melangkah terus dalam dunia tarbiah ini. Aku bercita-cita mahu mengenalkan manusia pada Islam. Aku bercita-cita mahu mengubah dunia.

Saat aku menulis cerpen Bumi yang Berdarah, aku pernah menukilkan bahawa kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa, bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Tapi ternyata aku silap.

Masih terbayang bagaimana murabbiku yang satu ini berbicara.

Ada syarat yang perlu dipenuhi sebelum beroleh kemenangan. Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk mengepung Allah agar memberi kemenangan.’ Aku jadi pelik seketika. Mengepung Allah? Ada syarat yang perlu dipenuhi?
Murabbiku melukiskan jaluran halus di papan putih. Katanya, ayahnya pernah berbicara. Andai Amerika ke bulan pada tahun 1900, Singapura akan ke bulan pada tahun 1950 dan Malaysia pula pada tahun 2000. Semua itu menunjukkan betapa jauhnya kita dari segala teknologi yang ada di barat sana. Katanya lagi, kalau kita mahu menang, kita perlu setaraf Amerika dan Israel dari segala aspek kemajuan teknologi mereka.
Aku merasa was-was seketika. Mana mungkin semua itu terjadi? Aku sendiri terlalu bodoh. Aku tidak rasa kekuatan teknologi diperlukan untuk melawan Amerika dan Israel. Cukup dengan hanya kekuatan taqwa.

Murabbiku menambah lagi. Allah akan memberi kemenangan-kemenangan kecil buat kita kerana belas kasihNya. Namun untuk sebuah kemenangan yang besar, kita perlu menguasai semua teknologi. Kita perlu memenuhi syarat kemenangan untuk satu kemenangan yang besar. Kita perlu memaksa Allah! Kita perlu mengatakan pada Allah bahawa kita layak untuk kemenangan tersebut!

Aku jadi bingung. Jarang aku meminta dalil bagi sesuatu hujah, namun kali ini aku terpaksa meminta dalil.

Tapi murabbiku tidak mahu memberitahu. Katanya, belum tiba saat dan ketika untuk kami mengetahuinya. Namun ujarnya, kami boleh mencarinya.

Aku tidak boleh tidur kerana persoalan-persoalan tersebut. Dan aku mula mencari. Dalam pencarian, aku menjadi tersentak. Aku benar-benar tersentak. Penemuan yang aku temui terlalu mengujakan.

Pertamanya, mengenai tafsir Surah Isra’. Membaca ayat-ayat dari surah membuatkan hati terus-terusan disentak.
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Surah Isra’ : 4-7)

Alla menggunakan kalimah ‘qadhaina’ yang bermaksud hukum atau (ketetapan) yang pasti. Ya, buktinya ada di depan mata. Zionis sememangnya membuat kerosakan di bumi.

Kemenangan hakiki itu ada syarat-syaratnya. Jika kita telah memenuhi syarat-syarat itu, nescaya Allah swt akan berikan kemenangan itu kepada kita. Namun, jika syarat-syarat itu belum kita penuhi, atau dengan kata lain, belum ada pada kita, maka tentu saja Allah swt tidak akan berikan kemenangan hakiki itu kepada kita.

Syarat-syarat kemenangan –sebagaimana dijelaskan dalam Surah Al Isra ayat 5 di atas antara lain:
1. Al ‘Ubudiyyah al kamilah (penghambaan yang sempurna) kepada Allah swt, al ‘ubudiyyah yang mengembalikan umat untuk berorientasi ke masjid (khususnya al masjid Al Aqsha –kiblat pertama kaum muslimin).
2. Al Qudrah ‘ala ba’sin syadid (kemampuan untuk memiliki, menguasai dan mempergunakan daya kekuatan yang besar)

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita Al ‘Ubudiyah semata tidaklah cukup untuk menghancurkan Yahudi yang membuat kerosakan di bumi dan bongkak (QS Al Isra: 4). Namun, al ‘ubudiyyah itu harus diikuti dengan persiapan dan penguasaan sumber-sumber ba’sin syadid (kekuatan besar yang dahsyat).

Kalau kita tengok dalam ayat 5 surah Al Isra’, Allah menggunakan kalimah Ibadan lana Ungkapan ini hanya digunakan sekali sahaja di dalam al Qur'an. Ungkapan yang selalunya digunakan adalah abd, abdan atau ibadana yang bermaksud mempunyai kualiti taqwa, iman dan keikhlasannya terhadap Allah. Ibadan lana merupakan ungkapan khusus karena tidak pernah dipakai sebelum dan sesudahnya, sementara ungkapan ibadana banyak digunakan terutama untuk para anbiya seperti Nabi Yusuf, Ibraham, Musa, Harun dan lain-lain. Allah nak sampaikan kat kita, memang ‘special’ giler golongan ini. Dalam sejarah Bani Israel belum ada yang menyatakan kejahatan bersifat global yang kemudian dihancurkan dengan kekuatan Ilahi (tentara dari hamba hambaNya yang khusus). Inilah pertama kali dinyatakan sedemikan.

Fahamkah kamu? Setiap dari kita harus berperanan untuk menguasai setiap cabang ilmu dan perlu menguasainya segila-gilanya. Kita perlu menjadi lebih baik dari Yahudi untuk mengalahkan mereka. Allah sudah memberikan satu tasawwur kepada kita, gambaran-gambaran kemenangan. Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan tidak mahu memenuhi syarat-syarat kemenangan?

Aku tinggalkan kamu petikan dari resume buku Kehancuran Israel pada tahun 2022 yang aku baca di sini. Semuanya merupakan bukti mukjizat AlQuran yang merupakan kebenaran melebihi segala kebenaran yang ada. Andai kamu memiliki buku ini, aku meminta kamu agar sudi berkongsi denganku.

Jika kita teliti kembali dalam realitanya maka berdirinya Negara Israel berdasarkan 6 Unsur , yaitu:

1. Kekuasaan dan negara Israel Yahudi akan dikembalikan sekali lagi kepada mereka setelah berhasil mengalahkan bangsa yang dulu pernah membinasakan kerajaan mereka yang pertama. Berdirinya negara Yahudi kedua dalam sejarah belum pernah terjadi selain pada tahun 1948 M, yaitu setelah berhasil mengalahkan pasukan Arab. (“… kemudian Kami kembalikan lagi kepadamu kekuasaan dari mereka yang pernah mengalahkanmu….Al Isra’:6)

2. Bangsa Israel dibantu dengan dukungan harta yang melimpah ruah untuk mendirikan negara Israel. (“…dan Kami membantumu dengan harta kekayaan….”).

3. Israel didukung oleh kekuatan para pemuda yang siap berperang untuk mendirikan negara. Terbukti dengan ambisi mereka untuk menghijrahkan pemuda-pemuda yahudi dari berbagai negara ke Palestina, sejak sebelum Israel ada hingga hari ini. (“…dan anak-anak lelaki yang banyak….”)

4. Ketika perang Arab- Israel terjadi, jumlah tentara Yahudi lebih banyak daripada tentara musuhnya (negara Arab). Faktanya pada tahun 1948 jumlah tentara Israel 3x lebih banyak dari tentara Arab.

5. Orang-orang Yahudi berkumpul kembali setelah lama terpecah belah ke seluruh penjuru bumi.

6. Ketika Itu orang-orang Yahudi sudah berasal dari bermacam-macam suku. Adapun kini mereka berasal dari 70 bangsa. (“Maka apabila telah datang janji hukuman yang terakhir, Kami akan mendatangkan kalian dalam keadaan bercampur baur….”,Al Isra’:104)

Sumber tulisan:
Satu, Dua, Tiga, Empat

Ayuh bersama mengorak langkah ke arah memenuhi syarat-syarat kemenangan!

0..

Bilakah serangan terbaru di Palestin bermula?

Apakah punca serangan tersebut ?

Siapakah pemimpin besar HAMAS yang telah terkorban dalam serangan terbaru ini?

Berapakah angka kematian saat ini?

Berapa ramai yang cedera saat ini?

Bilakah Israel ditubuhkan?

Siapakah setan yang menjadi dalang penubuhan tersebut?

Adakah kamu dapat menjawab semua soalan ini? Sekiranya tidak, anda telah gagal sebagai Muslim.

Saya kongsikan sebuah kisah berkenaan seorang alim, Syeikh Mohammad Ghazali.

Pernah diceritakan bahawa Syeikh Mohammad Ghazali, seorang syeikh dan tok guru yang terkenal juga di Mesir ini mempunyai seorang anak murid yang cukup bijak. Dapat menguasai ilmu syariah dengan baik, usuluddin atau apa-apa sahaja disiplin ilmu yang layak untuknya dalam berguru dengan Syeikh Mohammad Ghazali.

Lalu suatu hari, ketika ujian syafawi (lisan/oral) si murid tadi ditanya oleh Syeikh Mohammad Ghazali,"Di manakah letaknya bandar Dhaka?"

Lalu dijawab, "Di sebuah negara di Benua Afrika".

Sebenarnya Dhaka adalah ibu negara kepada Bangladesh dan pada ketika itu berlaku peristiwa pencerobohan dan serangan oleh tentera India keatas saudara-saudara kita di Bangladesh.

Lalu dibalas oleh Syeikh Mohammad Ghazali, "Aku tau dirimu memang pintar dan pandai, tapi aku tidak teragak-agak untuk memberi markah sifar '0' kepadamu kerana di saat umat Islam diserang dan dicerobohi, kamu tidak mengambil peduli dan mengetahui tentang hal mereka".

Hebat macam mana pun kamu andai kamu tidak mengambil peduli hal umat Islam, kamu tidak bernilai apa-apa pun!

p/s - Entri ini adalah muhasabah untuk diri sendiri pastinya. Saya tidak mahu menjadi tin kosong lagi, berbunyi apabila diketuk, tapi tiada langsung isi di dalamnya :(

Friday, January 02, 2009

Ayahku Islam..

Dalam setiap siri modul ‘Ini Sejarah Kita’, pastinya ada satu soalan yang akan ditanya. Siapa ‘kita’ dalam ‘Ini Sejarah Kita’. Penting sekali untuk mengetahui siapa ‘kita’ sebenarnya.

Andai kamu mengatakan bahawa ‘kita’ adalah pelajar maka sejarahnya bermula dengan bagaimana kita mengenali alif ba ta, satu dua tiga, ABC dan lainnya.

Andai kamu mengatakan bahawa ‘kita’ adalah doktor maka sejarahnya bermula dengan kisah bagaimana kita mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Andai kamu mengatakan bahawa ‘kita’ adalah anak, maka sejarahnya bermula dengan kehidupan kita di alam rahim.

Andai kamu mengatakan bahawa ‘kita’ adalah Melayu maka sejarahnya bermula dengan Parameswara, kisah Lembah Bujang dan hal lainnya.

Tapi andai kamu mengatakan bahawa ‘kita’ adalah Muslim, maka sejarahnya akan menjadi begitu panjang.

Siapa Muslim? Muslim ini berasal dari kalimah Islam. Islam berasal dari kalimah Arab 'aslama' yang bermana menyerah. Contohnya, posmen aslama surat. Maksudnya posmen menyerahkan surat. Tapi apa maksud Islam? Menyerahkan diri kepada Allah.

Lain itu, Islam atau islam? ‘I’ huruf besar atau ‘i’ huruf kecil? Sebenarnya ‘i’ huruf kecil sebabnya menyerahkan diri kepada Allah adalah kata kerja. Posmen menyerahkan surat. “Menyerahkan’ itu kata kerja, bukan? Kalau kita adalah islam, bukan hanya pada kad pengenalan sahaja Islam, tapi kena buat islam itu. Kena pastikan islam kita adalah kata kerja bukan kata nama.
Kalau dah faham makna islam, maka sejarah kita bermula di mana? Nabi Adam itu islam ke? Nabi Yusuf islam ke? Islam itu maksudnya menyerahkan diri kepada Allah. Nabi Adam menyerahkan diri kepada Allah tak ? Dia menyerahkan diri kepada Allah, bukan ? Maka Nabi Adam juga adalah Islam.

Cuba tengok Surah Al Baqarah ayat 131-133.
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Surah Al Baqarah: 131-132)

Penting ke bangsa? Siapa yang jadikan bangsa? Allah yang jadikan bangsa.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah AlHujurat:13)

Di sisi Allah tidak penting bangsa. Allah yang menjadikan bangsa dan seandainya Allah melihat bangsa seseorang, zalimlah Allah bukan? Bangsa bukan pilihan. Emak kita Melayu, ayah kita Melayu, maka jadilah kita berbangsa Melayu.

Apa yang Allah tengok? Iman dan amal tidak kisahlah kita hodoh macam mana pun, tidak kisahlah kita bangsa apa pun. Semua akan masuk syurga sekiranya iman dan amalnya baik.

Kita mesti meletakkan Islam lebih daripada bangsa.

Itu sebabnya ada satu kisah berkenaan Salman AlFarisi. Salman duduk dengan puak Arab yang lain. Puak-puak ini pun cakaplah, "Ini dari Bani Tamim; yang itu dari Bani Ghathafan; dan yang lainnya dari Bani Khuza'ah." Salah seorang dari puak ini pun tanya kat Salman, “Kau dari puak mana?” Apa kata-kata Salman yang masyhur ? ‘Abil islamun, la abaali siwahun, hiina iftaqarrun bi qais au tamimun’ – Ayahku adalah islam, tidak ada ayah selainnya di saat manusia lain berbangga-bangga dengan puak Qais atau Tamim. Aku berbangga ayahku adalah Islam.

Salman cuba sampaikan kat diorang yang Salman berbangga ayahnya Islam. Apa maksud ayah kita adalah Islam? Maksudnya semua orang Islam itu adalah adik beradik kita. Kalau kita kata ayah kita adalah Encik S, maka adik beradik kandung kita sahaja adalah adik beradik kita. Tapi kalau ayah kita adalah Islam, semua orang Islam adalah adik beradik kita. Faham ke?

Ada satu kisah berkenaan Mus’ab bin Umair dan saudara kandungnya Abu Aziz bin Umair. Mus’ab seorang Muslim manakala Abu Aziz pula tidak beriman kepada Allah. Abu Aziz ditawan oleh tentera Muslimin di dalam peperangan Badar. Apabila Mus’ab melihat saudara kandungnya sendiri ditahan, Mus’ab tidak meminta agar saudara kandungnya dibebaskan, sebaliknya Mus’ab meminta seorang Ansar mengikat adiknya dengan lebih kuat kerana ibu mereka seorang hartawan dan tentera Muslimin boleh meminta wang tebusan yang lebih tinggi. Abu Aziz terkejut mendengar pernyataan itu dan bertanyakan Mus’ab mengenai kata-katanya. Mus’ab berkata bahawa lelaki Ansar itu adalah saudaranya dan bukannya Abu Aziz kerana lelaki Ansar itu adalah Muslim.

Kefahaman Musaab terhadap Islam menyebabkan dia menganggap lelaki Ansar tersebut adalah adik beradiknya bukan adik kandungnya yang kafir.

Amatlah malang orang yang tidak faham apa itu Islam. Amatlah malang mereka yang berjuang untuk bangsa dan bukannya Islam.

Penting untuk kita memahami Islam kerana dengan memahaminya, kita tidak akan menganggap isu Palestin adalah isu bangsa Arab, sebaliknya ia adalah isu Islam.

Saya masih mengingati kata-kata seorang muslimin semasa tayangan “Baitul Maqdis, Bumi yang Dijanjikan’ dahulu. Katanya, “Anak-anak yang ada ada dalam tayangan ini adalah anak-anak kamu. Lelaki-lelaki yang ada di dalam tayangan ini adalah ayah dan abang kamu. Ibu-ibu yang ada dalam video ini adalah ibu-ibu kamu”. Mengertikah kamu kata-kata itu?

Thursday, January 01, 2009

Hadis Palestina...

Sepertimana Quran, hadis juga seringkali membuatkan saya berfikir kembali. Membaca hadis mahupun Quran buat kali yang kedua dan seterusnya seringkali memberi tafsiran yang berbeza dengan yang pertama. Semalam saya mendengar hadis berkaitan Palestin yang telah biasa saya ungkapkan di dalam cerpen mahupun tulisan namun semalam hadis tersebut memberikan saya pengertian yang sukar diterjemahkan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.”
Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

Hadis ini diungkapkan dalam nasyid yang mengobarkan semangat ini.



Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini?

Apabila Rasulullah SAW menyebut ‘sentiasa’ bermakna perjuangan ini sepanjang masa. Perjuangan di bumi Palestin telah bermula semenjak dahulu sehingga kini, tidak pernah berhenti. Jihad di sana akan berterusan.

Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat pada mereka. Ya, bantailah mereka tapi pejuang-pejuang di sana akan bangkit kembali, tanpa gentar. Mereka akan terus berjuang sehingga kemunculan AlMasih dan Dajjal. Pembunuhan dan pembantaian tidak pernah melemahkan mereka. Malah mereka terus bangkit dengan semangat yang lebih berkobar. Pemimpin-pemimpin besar mereka ramai yang telah syahid namun ribuan lagi yang muncul sesudah itu. Perjuangan di sana tidak akan mati.

Itulah bumi jihad. Cuma persoalannya, adakah anda mahu turut serta dalam perjuangan ini?

Apa yang boleh dilakukan?

1) Faham dan peka isu Palestin
2) Bantuan kewangan
3) Bantuan perubatan dan sukarelawan
4) Bekerjasama dengan semua pertubuhan
5) Kajian dan sebaran
6) Sekatan ekonomi
7) Dakwah dan perjuangan
8) Doa dan munajat
9) Hindari kehidupan bermewah untuk dekat dengan Allah dan merasai keperitan saudara kita di Palestin

Semalam penceramah seakan-akan mahu menangis semasa mengungkapkan berkenaan hadis ini. Sejujurnya hadis ini adalah harapan. Bumi Palestina akan kembali diwarisi oleh Islam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Attarmizi ini turut diimani oleh Zionis. Hadis ini berbunyi, “Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”. Zionis benar-benar meyakininya sehingga menanam pokok Gharqad di sekelilling bumi Shams. Namun bukankah itu adalah strategi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita? Carilah Yahudi di pokok Gharqad kerana di situlah mereka akan bersembunyi!

Hadis ini adalah harapan bahawa bumi Palestina akan kembali kepada kita! Kiamat tidak akan berlaku sehingga Palestina kembali pada kita!

50..

Semalam saya ke Masjid Putrajaya menghadiri program ceramah dan solat hajat buat Palestin. Apabila program tamat, kepala terasa berdenyut-denyut. Saya memegang amanah Palestin yang terlalu besar. Banyak yang perlu dilakukan.

Tapi ada yang lebih menyedihkan saat saya keluar dari masjid. Tidak sampai 200m dari perkarangan masjid, saya melihat maksiat yang bersepah. Masjid sememangnya tidak dihormati. Permandangan maksiat yang menjijikkan ada di mana-mana. Di tempat saya memarkir kereta juga ada pasangan-pasangan couple yang sedang asyik dengan dunia mereka.

Saya berada dalam kesesakan jalan bermula dari kawasan perkarangan masjid. Permandangan yang ada menyesakkan hati. Di kiri kanan jalan penuh dengan adegan-adegan yang memalukan bersempena sambutan tahun baru.

Puas saya menangis sepanjang perjalanan. Terasa berat sekali tanggungjawab yang ada. Saat itu hati seakan merintih. Ya Allah, mengapa aku yang lemah ini dipilih untuk berada di jalan ini? Ya Allah, apa yang mampu aku lakukan dengan segala kefasadan yang ada?

Saat melintasi jambatan Putrajaya, saya takutkan azab Allah kerana melihat maksiat yang ada. Nasyid yang berkumandang dari radio Ikim saat itu adalah PemergianMu. Saya merindui Rasulullah SAW. Wahai kekasih Allah, apa yang membuatmu terlalu mencintai ummah ini sehinggakan di saat akhir hayatmu juga kau masih memikirkan mengenai ummah?



Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Sejujurnya saya tertekan yang amat sangat semalam. Saya cuba mengingatkan kembali intipati surah Kahfi untuk memulihkan semangat yang hilang. Surah tersebut adalah harapan buat umat Islam di Mekah yang mana saat itu mereka dalam penindasan yang amat. Islam akhirnya kembali..

Saya juga memahami kepentingan qiamullail yang diwajibkan buat generasi terawal Islam dahulu. Kekuatan dari qiamullail perlu dicari. Tanpa qiamullail, hati terasa lebur dengan segala kefasadan yang ada,

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (Surah AlMuzzamil:5)

Perjuangan ini juga memerlukan jemaah. Perjuangan ini memerlukan teman dan pendokong yang akrab untuk berkongsi air mata dan beban dakwah.

Semangat yang ada pulih kembali saat saya menghadam semula kuliah Sheikh Anwar Awlaki bertajuk Allah is preparing us for victory. Di dalam kuliah ini diceritakan betapa kita tidak boleh mengeluh dengan zaman ini. Ini adalah zaman terbaik yang menjanjikan ajr (ganjaran) yang besar. Terlalu banyak sebabnya mengapa dikatakan zaman ini merupakan zaman yang terbaik. Zaman ini adalah zaman yang kedudukannya sama dengan zaman para sahabat. Sahabat adalah insan yang mendirikan batu asas perjuangan ini di saat tiada langsung foundation saat itu.

Rasulullah SAW pernah menuturkan pada sahabat bahawa generasi yang terbaik adalah generasi sahabat, kemudian Tabien dan kemudian Tabi’ Tabien, tapi ada generasi di akhir zaman yang mana pahalanya bersamaan dengan 50 orang. Lantas sahabat bertanya,’50 orang kami atau 50 orang mereka ?’ Rasulullah SAW menjawab, ’50 orang kamu’. Masya Allah, perjuangan di zaman ini bersamaan dengan perjuangan 50 orang sahabat...

Kuliah Sheikh Anwar Awlaki tersebut boleh diikuti di sini. Sambungannya ada di laman Youtube. Ebooknya pula boleh diperolehi di sini.



There was an error in this gadget