Tuesday, November 27, 2007

Hadis: Manusia seperti logam..

Apa kata sebelum nak belajar sejarah, kita belajar satu hadis yang dikenali sebagai hadis logam terlebih dahulu??

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu belajar hadis ni kan??

Hmm..kita perlu belajar hadis ni agar kita berusaha memahami orang sekeliling kita. Selain itu, kita tak nak lah jadi orang yang terus-terusan menyalahkan diri, kan??

Contohnya macam yang selalu kita dengar, “Saya ni tak layak nak dakwahkan orang, saya masih jahil??”. Tak pun, “Saya ni dulu jahat sangat.” Biasa tak dengar ayat-ayat ni?? Biasa kan?

Jom kita hayati hadis ni ..

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak maksud hadis ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Faham tak? Macam mengelirukan sahaja. Macam gini. Ok, kita bayangkan bahawa kita ada seorang kawan. Kawan kita ni hebat sangat komputer. Macam-macam perkara yang dia boleh lakukan dengan hanya menggunakan komputer. Cakap sahaja apa-apa, semua dia tahu. Tapi masalahnya, kawan kita ni tidak faham sangat Islam. Apa yang kita nak buat?? Kita cubalah bantu dia untuk memahami Islam. Dapat bayangkan tak apa yang akan jadi kalau dia faham Islam?? Dia akan gunakan kemahiran yang dia ada tu untuk membantu Islam.

Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.

Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman Jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan Izzah Islam. Sama juga dengan Khalid Al Walid. Dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu jahiliyyah. Apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam.

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.

Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan.

Jadilah seperti Sumayyah…Dia tak faham pun hukum fiqh, tapi dia benar-benar memahami Islam. Sehingga kan dia tidak gentar untuk syahid membela Islam.

Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Saya mohon teguran di atas sebarang kesilapan saya di dalam artikel ini.

Monday, November 26, 2007

Perkongsian..






Alhamdulillah, kita bertemu lagi di medan maya ini. Kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana menemukan kita untuk bersama mempelajari sedikit sebanyak ilmu.

Dalam beberapa kesempatan yang ada, ingin sekali rasanya berkongsi sesuatu mengenai sejarah. Pasti ramai yang akan menganggap sejarah begitu membosankan. Saya juga pernah begitu. Mempelajari sejarah dari kaca mata akal semata-mata sememangnya sesuatu yang paling membosankan dan memeningkan kepala.

Namun mungkin kita perlu mengubah persepsi kita dalam menghadapi sejarah. Kita perlu melihat sejarah dengan mata HATI. Ayuh..

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:

“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Sejarah pastinya menjadi iktibar dan pengajaran yang paling berguna buat kita. Merawat luka hati yang kadangkala diuji. Mengingatkan kita bahawa umat terdahulu pernah melalui ujian yang lebih hebat berbanding kita.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”

Surah Hud 11: 120

Adalah perlu bagi kita memahami dan menyoroti sejarah agar kita memahami tanggungjawab kita dan yang paling utama kita mengikut waqi’ (keadaan) di zaman kita.

Insya Allah, kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Catatan sejarah sebuah ummah yang pernah dicontohi oleh dunia ketika itu pastinya. Pernah membawa kedamaian ke dalam hati ummah manusia tika itu. Kita akan cuba menilai sejarah dan memahami sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah. Dan insya Allah, kita dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun. Jatuh bangun sebuah sejarah. Sejarah ini pastinya milik saya, ummah dan juga anda.

Wednesday, November 21, 2007

Secebis catatan Sunnatullah..

Hari ini rasa malu bertapak dalam hati untuk berbicara mengenai kejayaan Islam. Mengapa? Kerana kita tidak mempusakai kejayaan tersebut. Rasa pedih. Kerajaan Islam yang pernah menjadi Ustaziatul Alam suatu ketika dahulu diganti dengan kuffar Amerika kini. Ummah yang ada kini cinta dunia dan takutkan mati. Sejarah akan berulang pastinya. Saya kongsikan sedikit dari catatan sejarah ummah yang pahit untuk dijadikan muhasabah. Pastinya muhasabah untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Antara sejarah umat yang sukar dilupakan ialah kejatuhan Baghdad ibu negara Islam ditangan Hulagu serta pembunuhan kejam yg dilakukan.

Berikut dinyatakan serba sedikit bagaimana Baghdad yang hebat itu boleh tumbang kepada tentera Mongol. Maklumat ini diambil daripada buku "Serangan Mongol ke atas Dunia Islam" oleh Ahmad Termizi Yaacob.

1) Unsur-unsur pengaruh kristian dalam tentera Hulagu inilah yang menarik ramai Kristian dari Georgia dan Armenia untuk menyertainya. Tentera Hulagu juga disertai oleh ramai penganut-penganut syiah yang ingin melihat Khalifah Islam dari golongan mazhab Ahli Sunnah tumbang, dan digantikan dengan mazhab syiah. (m/s 106).

2) Seorang penganut syiah bernama Muayyidin ALqami telah dilantik oleh khalifah sebagai perdana menterinya. Di bawah pentadbiran Alqami beberapa dasar yang pelik dan luar biasa telah dilaksanakan. ALqami telah menjalankan dasar mengurangkan jumlah pasukan tentera pertahanan Baghdad. Ramai askar-askar, tentera berkuda telah dilucutkan jawatan mereka tanpa sebab yg munasabah..

Oleh itu adalah sangat menghairankan apabila ALqami mengambil langkah untuk mengurangkan bala tentera Baghdad. Ahli-ahli sejarah kemudiannya telah menuduh ALqami sebagai pengkianat yang telah menyebabkan kematian Khalifah dan penduduk Baghdad. (m/s 110 dam 111).

3) Khalifah sungguh bernasib malang kerana mempunyai Menteri yang cuai dan khianat. Khalifah telah dinasihatkan supaya tidak risau dan tidak berbuat apa-apa kerana ancaman dari Mongol ini bukanlah ancaman yang serius. Oleh itu tiada langkah-langkah konkrit dilakukan walaupun ancaman Mongol telah hampir. Seramai 200,000 gerombolan kafir musyrik Mongol, diiringi oleh bajingan-bajingan Kristian dari Georgia, Nestoria dan Armenia, dan kumpulan syiah ghulat, sedang bergerak mara ke arah Baghdad. Apabila gerombolan keganasan ini sudah hampir dengan Baghdad, maka nasi sudah menjadi bubur. Penyesalan sudah tidak berguna lagi.

(m/s 112/113)

4) Sekali lagi menteri khalifah ALqami memainkan peranan yang licik dan membuka perangkap yang akhirnya akan meleburkan Baghdad. ALqami telah menyakinkan Khalifah bahawa Hulagu sudah bersedia untuk berdamai. Dalam masa yang sama dia telah membuat hubungan dengan Hulagu untuk mengkhianati Khalifah al-Mu'tasim. Begitulah cara balasan yang diberikan oleh ALqami kepada khalifah yang telah melantik dan menaruh kepercayaan penuh kepadanya. (m.s 116)

5) Akhirnya pada Febuari 1258, Khalifah, diiringi oleh pembesar-pembesar, dan ulama-ulama keluar dari kota untuk berjumpa dengan Hulagu. Mereka tidak menyedari maut sedang menunggu. Maka setiap ulama dan pembesar yang masuk ke dalam khemah telah dipancung semuanya. Khalifah al-Mu'tasim dan kelurganya menjadi tawanan Hulagu. Pada masa yang sama kota Baghdad telah dimasuki tentera Mongol dan bermulalah satu siri keganasan dan kekejaman yang tiada taranya dalam sejarah manusia. (m/s 116)

6) Hampir seluruh penduduk Baghdad yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam. Tentera-tentera Mongol tidak membunuh dan menyiksa penduduk-penduduk kristian dan syiah. Atas permintaan isteri Hulagu, maka orang-orang Kristian telah dibebaskan dari pembunuhan. Penduduk yang menganut syiah juga telah selamat dari pembunuhan kerana campur tangan Khwaja Nasiruddin Tusi.

(m/s 118)

6) Tajudin Ibn al-Subki mengisahkan, "..Telah menjadi kepercayaan umum bahawa jika darah Khalifah jatuh ke bumi, suatu bencana besar akan melanda dunia. Maka Hulagu itupun menjadi serba salah, akan tetapi Nasiruddin AL-Tusi mencadangkan supaya dibunuh saja khalifah tanpa menumpahkan darahnya ke tanah. Dengan itu khalifah digulungkan di dalam permaidani dan dipukul hingga mati". (m/s 118)

7) Mengikut satu riwayat, Khalifah Al-Musta'sim telah dirantai, diejek dan dibiarkan kebuluran. Kemudian khalifah dibawa ke hadapan Hulagu dlm keadaan lapar. Hulagu mengeluarkan emas harta rampasan dari istana Khalifah sendiri. Dia memberi emas itu kepada khalifah dan memerintahkan agar khalifah memakan emas itu.

Khalifah memprotes: Bagaimana saya akan makan ketulan emas? Tak ada siapa yang boleh makan emas!

Hulagu menjawab dengan sinis: "...Jika kamu tahu emas tak boleh dimakan, mengapa tidak menghantarnya padaku. Jika kamu berbuat begitu, nescaya sudah tentu kamu sekarang ini masih dalam istana kamu, makan dan minum tanpa risau...!"

8) Akhirnya atas nasihat Khwaja Nasiruddin al-Tusi, seorang penganut syiah, khalifah telah digulung dalam permaidani dan dipijak, ditendang sehingga meninggal dunia.

9) Begitulah takdir menyedihkan yg menimpa khalifah Islam Abbasiyyah yang terakhir di Baghdad. Pembunuhan beramai-ramai di Baghdad berlangsung selama lebih sebulan. Mereka yg terselamat ialah yang dapat mencari tempat persembunyian.

Dengan kehendak Allah, selepas itu lahirlah Khalifah Muzaffar Saifuddin Qutuz yang memerintah bumi Mesir mencabar keangkohan tentera Mongol. Akhirnya tentera Mongol yang terkenal ganas, berani dan tak pernah kalah itu telah ditewaskan oleh Sultan Muzaffar dalam peperangan yg amat mashyur iaitulah peperangan A'in Jalut pada 25 Ramadhan 658H bersamaan 6/12/1260M. Peperangan bermula selepas orang islam sembahyang jumaat. Iaitu selepas para khatib mendoakan kejayaan Sultan Muzaffar dalam khutbah mereka.

Allahu Akbar wa Lillahilhamd

Percayalah Islam akan menang kembali. Sunnatullah itu pasti akan berulang.

Monday, November 12, 2007

Sahabat..

Salah satu nikmat di antara nikmat-nikmat yang Allah kurniakan buat saya adalah persahabatan. Makna sahabat itu sendiri sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata. Di saat saya merasakan bahawa saya tidak mampu memikul lagi beban dunia dan isinya, mereka bersama saya.

Mesej-mesej mereka mengembalikan semangat saya yang kian pudar. Mereka ada bersama saya ketika saya terasa kehidupan ini hanyalah badai yang mengganas. Ya, mereka ada bersama saya.

Bukan untuk mengasingkan mereka dengan kawan-kawan yang lain, tetapi mereka terlalu istimewa. Saya terlalu merindui mereka. Barangkali rindu tersebut mengatasi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Mengapa?? Kerana cinta kami adalah cinta kerana Allah. Kasih sayang kami bersaksikanNya. Terasa rindu untuk bersandar di bahu mereka dan meluahkan segalanya. Kadangkala kami tidak perlu berkata-kata, tapi seolah-olah kami telah berbicara.

Hanya insan yang pernah melaluinya akan memahaminya. Betapa kami menahan kehangatan cinta dalam perdu jiwa. Betapa kami mengharapkan sebuah pertemuan untuk kami meleraikan segera rasa rindu yang kian bertandang. Kami benar-benar seperti keluarga. Ada kakak, ada ibu dan juga adik. Ikatan ukhwah LILLAH itu kadangkala melebihi ikatan keluarga.

Saya kongsikan mesej-mesej yang saya terima dari sahabat-sahabat saya:

1) Daripada Dilah -

Kerana itu, ingatlah kepadaKu, nescaya Aku ingat padamu -Albaqarah:152

Zikirlah banyak-banyak. Selawat. Insya Allah it will give you solace. The more you miss us, do more prayer for us. Ana rindu enti jugak. I may not understand what you are going through rite now, but I still want to remind you that i care. It seems like we have known each other forever. I can't imagine life without you. You have always been there to support me whether i need you to cheer me on or hold me up. We have spent endless hours engaged in conversation about nothing and everything. I wouldn't trade those time for anything in the world. Together we have hurt, we have smiled, we have grown . We have figured out the secret thru life or tried at least. Ur friendship mean so much to me and i hope i can always be there for you the you have always been for me.

2) Daripada Kak Ngah -

KeranaMu Allah,
Tiada yang lebih kuasa dan hebat melainkan DIA,
Tiada yang lebih memahami hidupku dan mengetahui isi hatiku melainkan DIA,
Ketika orang lain tidak memahami perjuanganku, KAU memahami perjuanganku,
Dialah tempat pengaduanku dan DIA menyayangiku,
Cintanya adalah abadi dan tiada yang setanding cintaNya,
Cinta manusia adalah pura-pura, cintaNya hakiki dan abadi,
Hidupku hanya keranaMu, Ya Allah,
Kerana suatu hari nanti aku akan kembali jua padaMu.

3) Daripada Jannah-

Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang merumitkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata menerjah pipi. Lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan 'belaian' pencipta. Sebagai tanda ingatanNya. Semoga tabah dan thabat dalam perjuangan.

Sahabat-sahabat ini terlalu mahal berbanding dunia dan perhiasannya. Ya Allah, temukan kami semula di dalam syurgaMu..

Thursday, November 08, 2007

1=4..

Kau tahu apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud?

Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)?

Kau tahu apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu?

Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan.

Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!Ingin aku khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat diriku tersentak. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri.

Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Kanak-kanak Palestin 2...





Kanak-kanak Palestin 1...





Punya hati dan perasaan???

Thursday, November 01, 2007

Apa-apa..

Ayah saya pernah bertanyakan saya soalan. Satu soalan yang membuatkan saya terbantut juga untuk menulis. Adakah saya mempraktikkan segala apa yang saya tulis? Kalau si ibu yang bertanya, saya kurang terasa. Tapi kata-kata si ayah selalu memberikan kesan pada saya. Dia banyak mengajar saya berfikir.

Semestinya saya hanya manusia biasa. Insan yang sememangnya terkenal dengan sifat lupa.

Tulisan di dalam blog ini hanya peringatan untuk diri saya semata-mata.

Dalam dunia ini, susah rasanya kita nak bertemu dengan seseorang yang benar-benar memahami kita, memahami segalanya tentang kita.

Ingat tak iklan petronas? Pasal si ayah yang bertanyakan si anak mengenai seekor burung. Terharu bukan dengan pengorbanan seorang ayah. Tapi berapa lama agaknya si anak boleh bertanyakan soalan tersebut dan si ayah terus menjawab. Agak-agaknya jenuh tak si ayah sekiranya si anak bertanya untuk kali yang ke seribu? Saya yakin si ayah juga akan jenuh.

Tapi Allah tidak begitu. Tanyalah Dia puluhan kali dan Dia akan sentiasa merindui permintaan hambaNya. Ujian Allah untuk kita kadangkala terlalu kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah.

Ingat lagi kisah Bilal? Disebat dan sebiji batu yang besar diletakkan di atas dadanya. Mungkin kita tidak dapat menyelami kisah Bilal. Apa class, batu sahaja!! Mungkin itu yang bermain di dalam minda kita. Tapi fikirkan batu tersebut menekan tulang-tulang yang ada di dada dan sekiranya tulang tersebut patah, ia akan merosakkan organ yang lain. Cuba bayangkan tulang tersebut menekan organ-organ kita? Allahu A'lam keperitannya.

Ingat lagi kisah Sumayyah? Sampaikan anaknya sendiri tidak mampu melihat kesengsaraan yang dialami oleh si ibu. Dan Allah mengiktiraf iman si anak.

Agak-agaknya zaman tu, tak de ke Saidina Abu Bakar? Tak de ke Saidina Umar untuk membela mereka? Adakah kekayaan mereka tidak mampu untuk memusnahkan orang kafir yang terlalu biadab itu? Tapi kenapa tidak berlaku perang?

Sebab bila mereka bertanya pada Rasulullah, Rasulullah meminta mereka bersabar. Mereka belum lagi diuji seperti golongan terdahulu dari mereka yang mana rambut mereka disikat dengan logam panas dan badan mereka digergaji sehingga terbelah separuh. Mereka belum melalui semua itu.

Kadangkala mudah sekali saya mengeluh bila diuji. Meskipun hakikatnya ujian tersebut terlalu kecil.
There was an error in this gadget